Seorang India berpakaian BN mencium Zulkifli Nordin. Kesannya, Naib Pengerusi MIC Shah Alam bersama 104 pengikutnya keluar MIC
KUALA LUMPUR: Selepas media BN menyiarkan gambar
seorang lelaki India mencium calon BN Shah Alam, Zulkifli Nordin, Naib
pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya keluar
meninggalkan MIC.
Ia dibuat sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN)
kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi
Parlimen Shah Alam.
Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini, lapor The Malaysian Insider.
"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi laman itu.

Supayah
yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009
juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu
sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman
Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.
"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu."Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi.