Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 14 Ogos 2011

Bakar Malaysiakini : Selepas Digertak Pemimpin Gerakan Nada Ezam Mula Kendur


Kenyataan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon semalam yang dipetik dari The Malaysian Insider

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menyelar tindakan Senator Ezam Mohd Nor yang mengugut mahu membakar pejabat portal berita The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang beliau dakwa sebagai ejen pengkhianat Islam.
Tegas Koh, tindakan Ezam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima.
Beliau juga berkata tindakan Ezam itu terlalu mengikut perasaan apabila mengulas tentang kontroversi “serbuan” ke atas Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu.
“Dalam amalan demoktrasi, Ezam mempunyai hak untuk menyatakan pendirian dalam mempertahankan Islam dan juga melahirkan kebimbangan dengan kegiatan memurtadkan orang Islam yang kini sedang disiasat (Jais).
“Jika beliau mengatakan laporan portal berita ini salah, beliau perlu membahaskan secara jelas, sediakan fakta-fakta dan bukti yang kukuh atau ambil tindakan perundangan,” katanya dalam satu kenyataan.
Koh menambah tindakan membuat ugutan sebegitu tidak menggambarkan sikap seorang senator yang sepatutnya memberikan contoh kepada rakyat.
Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tindakan itu juga akan menjatuhkan imej Ezam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwakili beliau.
“Malangnya beliau telah menggunakan pengaruhnya untuk membantah dan membalasnya, beliau juga membenarkan dirinya dipengaruhi oleh emosi dan sentimen yang akan memberikan kesan negatif.
“Dengan menggunakan kenyataan bersifat ugutan, beliau bukan sahaja merosakkan imejnya selaku senator tapi juga pertubuhan yang diwakilinya,” katanya.
Tambah Koh, dengan semangat 1 Malaysia semua pemimpin termasuk Ezam perlu menunjukkan sikap yang tidak bertentangan dengan prinsip itu.
“Rakyat Malaysia tahu komitmen dan amalan kita, 1 Malaysia yang ditonjolkan sepatutnya menunjukkan komitmen dan perpaduan.
“Dengan semangat 1 Malaysia, setiap pemimpin perlu bercakap dan bertindak dengan berdasarkan tanggungjawab dan menyelesaikan segala salah faham, kontroversi atau konflik bukan menyemarakkan lagi kemarahan,” katanya.TMI

Fitnah Liwat II : Orang Gaji 'Hilang' Boleh Lewatkan Kes


KUALA LUMPUR 14 OGOS : Selepas kemunculan mengejut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor Jumaat lalu untuk ditemubual peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat terhadapnya, mereka masih ada enam lagi saksi termasuk dua orang gaji Indonesia kepada pemilik kondominium, Hasanudin Abdul Hamid.

Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu Malaysiakini, menurut pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira, orang gaji tersebut - Suliati dan Fitria Dipan - sudah pulang ke Indonesia dan polis belum lagi dapat mengesan mereka.

"Pihak pendakwa perlu melaporkan kepada mahkamah esok bilakah pihak pembela dapat menemubual baki saksi-saksi tersebut.

"Pemahaman di mahkamah ialah sehinggalah semua saksi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan telah disediakan dan ditemubual, pembelaan Anwar tidak boleh diteruskan. Oleh itu, tanggungjawabnya terletak pada pihak pendakwa untuk menyediakan mereka," tegas Sankara.

Selain dua orang gaji tersebut, seorang lagi saksi yang ditawarkan oleh pihak pembela ialah bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan (atas).

Selasa lalu, mahkamah menolak bantahan pihak pendakwa terhadap kehadiran Anwar ketika bekas ketua polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof enggan ditemubual.

Sehingga ini, pihak pembela telah menemubual 19 saksi termasuk Najib, Rosmah dan Mohd Rodwan yang menjadi aide-de-camp Najib ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri (TPM).

Bagaimanapun Najib, Rosmah, dan Rodwan ketika ditemubual Jumaat lalu, berkata, tidak mahu menjadi saksi pembela dan enggan untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

Peguambela telah menemubual lima saksi beberapa minggu lalu, termasuk bekas atlit negara, Datuk Mumtaz Jaafar (kiri), yang dikatakan rakan karib Rosmah, Khairil Annas Jusoh - bekas pegawai khas Najib ketika menjadi TPM dan Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, yang merupakan orang pertama memeriksa Saiful.

Dr Anantha Raj Daniel dari Hospital Kuala Lumpur dan saudara perempuan Saiful - Saidati - juga telah ditemubual.

Selain Musa dan dua bekas orang gaji Indonesia itu, mereka yang belum ditemubual ialah ibu bekas tunang Saiful, Sharehah Md Salim; jururawat hospital Pusrawi, Yazihan Jusoh, dan pengawal peribadi Anwar, Mohd Rasid Mohd Rosdi.TVS

Peserta Bersih 2.0 Diupah ?? Kenyataan Bodoh Rais Yatim Diselar !!!


SHAH ALAM 14 OGOS : Kenyataan dangkal Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berhubung upah RM50 kepada peserta himpunan Bersih 2.0 diselar ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

Sambil menyifatkan Rais sudah kehabisan modal dalam menyatakan pendiriannya, Mahfuz turut memberi amaran kepada Rais agar tidak menyamakan peserta himpunan Bersih 2.0 dengan mereka-mereka yang perlu disogok untuk melakukan sesuatu.

"Dia (Rais) anggap semua orang sama macam dalam Umno, nak buat sesuatu itu mesti dengan bayaran, nak pergi mana pun dengan bayaran. Jadi inilah budaya dalam Umno selama ini bahawa majlis keraian, menyambut pimpinan mereka boleh ramai kerana diberikan duit, diangkut dengan bas.

"Rais tak boleh berfikir luar daripada kotak pemikiran Umno.Kalau Umno berjaya menghimpunkan orang dengan duit, jadi orang lain pun hanya akan buat dengan duit,kata Mahfuz kepada Tv Selangor.

Rais semalam mendakwa ada peserta himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu diupah RM50 setiap seorang untuk memakai baju kuning, malah mendakwa mereka juga diberi makanan untuk berbuat demikian.

Rais juga membuat kesimpulannya sendiri dengan menyatakan bahawa sebilangan rakyat yang menyertai himpunan itu bukan bertujuan untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tetapi bermatlamat politik.

Malah beliau turut mengaitkan himpunan aman di negara ini dengan rusuhan di London.

"Adakah mereka (Umno) nak katakan bahawa kalau (rakyat) Malaysia yang keluar Bersih itu dibayar dengan duit, (jadi) adakah mereka nak katakan mereka yang keluar buat rusuhan (London) dibayar dengan duit?

"Hampir 100,000 orang yang hadir di Kuala Lumpur tapi tidak ada rusuhan, sebaliknya yang merusuh adalah pihak polis. Pihak keselamatan yang merusuh peserta perhimpunan, yang datang dengan penuh kesopanan,"sanggah Mahfuz terhadap pendirian Rais.

Tambah Mahfuz, Rais dan parti pemerintah hakikatnya harus akur bahawa punca kebangkitan rakyat adalah rentetan pelbagai masalah yang dihadapi mereka termasuk kos sara hidup yang semakin meningkat dan tidak setara dengan gaji mereka.
"Apapun dia (Rais) mengatakan punca demonstrasi tu menunjukkan bahawa dia perlu mengakui bahawa rakyat negara kita ini berhadapan dengan masalah yang besar. Kalau dia kata tekanan hidup, bermakna rakyat tertekan dengan kos hidup kerana ketidakadilan dalam pelaksanaan pemerintah negara kita ini,"katanya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....