Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 8 Oktober 2009

Parti samseng harus di tolak-Ketua Penerangan Pas Pusat




Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk tindakan ganas Pemuda Umno yang menyerang Markas Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat dan menetak seorang petugas pemuda PAS di Bagan Pinang lewat malam tadi.

Sebelum itu, beberapa pemuda PAS turut diserang oleh ratusan Pemuda Umno di Taman Dato Hj Abdul Samad petang semalam. Tindakan ganas Pemuda Umno ini mencemar suasana Pilihanraya yang sepatutnya berjalan dengan aman.

Ini bukan kali pertama petugas PAS diserang, di Ijok peristiwa serangan yang serupa berlaku tetapi polis gagal membuat sebarang tangkapan.

Peristiwa pembunuhan Ketua Pemuda PAS yang juga ahli Parlimen, Abdul Samad Ghul; pembunuhan Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Haji Tahrim Ali dan serangan 200 pemuda Umno di Felda Lubuk Merbau hingga mengorbankan Saudara Osman Talib hingga kini belum ada jawapan dari pihak Polis.

Polis sememangnya mengetahui bahawa Umno mempunyai rangkaian samseng yang ganas tetapi masih berpeluk tubuh bila melihat rakyat yang tidak berdosa diganyang hingga ada yang terkorban.

Bukan sahaja ahli PAS, sesama Umno juga mereka sanggup berbunuhan kerana berebut kuasa. Pembunuhan di Gemenceh, Negeri Sembilan yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Taha Talib oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim kerana berebut jawatan di Bahagian Tampin membuktikan bahawa Umno sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa. Kes ini telah disiasat oleh Tan Sri Musa Hassan yang kini sudah menjadi Ketua Polis Negara.

PAS menuntut agar pihak Polis mengambil serius akan kesemua kes yang telah berlaku ini dan tidak memekakkan telinga atau menutup mata hanya kerana yang menyerang itu adalah Pemuda Umno. PAS mahu jawapan dan mendesak agar Polis membuat siasatan serta tangkapan bagi kes serangan yang telah dilaporkan ini dengan segera.

PAS juga mendesak agar rakyat Bagan Pinang membuat pilihan yang betul kerana Tan Sri Isa Samad yang menjadi calon BN mempunyai rekod rasuah yang buruk dalam pemilihan Umno. Kini, beliau bertanding di Bagan Pinang dan keadaan menjadi lebih buruk lagi kerana samseng serta kaki pukul digunakan bagi membantu beliau berhadapan dengan calon Pas yang ternyata bersedia berkorban untuk rakyat.

Kita tidak mahu kes pembunuhan di Gemenceh berulang barulah Polis dan pengundi membuka mata. Cukuplah apa yang berlaku hari ini menjadi jawapan kepada pengundi untuk membuat perubahan. PAS menyeru agar pengundi menghukum BN dengan menolak pemimpin rasuah dan parti samseng di Bagan Pinang.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.BO

Pas ada bukti Umno berkempen dalam Kem Tentera




KUALA LUMPUR, 8 Okt: Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat akan membuat laporan kepada tiga pihak termasuk polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) berhubung satu bukti terbaru rasuah politik BN kepada pihak tentera dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Bagan Pinang.
Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan hari ini membuat satu pendedahan esklusif berhubung tindakan Menteri Pertahanan Dato' Seri Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Mohamad Hassan yang menjanjikan pelbagai projek pembangunan kepada tentera jika mereka mengundi Barisan Nasional.

Antaranya kerajaan akan menambah prasarana dalam kem dengan membina kolam renang dan gelanggang futsal serta menyediakan kemudahan internet tanpa wayar. Beliau juga menawarkan bantuan pendidikan kepada anak-anak tentera yang akan melanjutkan pelajaran ke menara gading jika mereka mengundi BN.

Manakala Mohamad Hassan pula menawarkan peruntukan bernilai RM100,000 untuk menaiktaraf surau di institut berkenaan didakwa untuk memberi kemudahan kepada anggota tentera untuk melakukan solat Jumaat di kem berkenaan tanpa perlu berjalan jauh keluar dari kem.

Menurut satu sumber dalaman PAS, kedua-dua pemimpin BN itu masuk berkempen kepada tentera di Institut Kejuruteraan Darat (IJED) Kem Kampung Sawah di Port Dickson pada jam 10 pagi 6 Oktober lalu.

Program yang dinamakan Perjumpaan Hari Raya itu melibatkan 847 orang tentera yang akan mengundi secara pos di Bagan Pinang.

Pada sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut pagi tadi, rakaman 15 minit ucapan Zahid dan Mohamad Hassan turut diperdengar kepada wakil media.

Nasrudin berkata, pihaknya amat kesal dengan sikap tidak beretika pemimpin BN itu yang terus menerus menyalahguna kedudukan mereka dalam kerajaan untuk berkempen memenangkan calon mereka.

Perbuatan itu juga tegasnya merupakan satu kesalahan pilihan raya dan melanggar peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan raya 1954 (Nota: Seksyen 10) (AKP).

Sehubungan itu, beliau berkata, laporan berkenaan perlu dibuat untuk membolehkan PAS membatalkan keputusan pilihan raya sekiranya kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional 11 Oktober ini._harakahdaily

KD Inderapura:Kapal pendarat terbesar milik TLDM terbakar(Video inside)

>






IPOH: KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut.

Kejadian dilaporkan kira-kira 6 pagi ini dan sehingga kini usaha memadamkan kebakaran masih berjalan.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman berkata laporan awal menyatakan kebakaran membabitkan bahagian pejabat dan bahagian muatan barang.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

"Polis juga belum menerima laporan daripada TLDM Lumut," katanya ketika dihubungi. BERNAMA

Kredit Untuk:Otaimanjung & Manjungmari



(Video) Ketua Pemuda Pas/PKR gempur Bagan Pinang





Video oleh:Malaysiakini

PRK Bagan Pinang:Zulkifli yakin pengundi akan beralih menyokong Pas






TELUK KEMANG – Calon PAS Zulkefli Mohamad Omar yang mewakili Pakatan Rakyat, yakin agenda perubahan untuk semua kaum semakin hampir, menjelang hari pengundian pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober, ahad.

”Kita berdoalah kepada Tuhan, semoga kejayaan ini dapat dicapai, bukan untuk saya sebagai calon peribadi, tapi mewakili semangat pakatan bersama semua (parti termasuk DAP dan PKR),

”kita nak bawa agenda perubahan untuk kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum,”katanya ketika ditemui Warta Bagan Pinang, di Pusat Penyelaras DAP, perhentian terakhir sesi kempen semalam 7 Oktober.

Beliau berkata, setakat semalam, setelah 4 hari berkempen, lebih 50 peratus pengundi DUN Bagan Pinang telah ditemui dan rata-rata memberikan jawapan positif untuk mengundi PAS dan menolak calon Barisan Nasional (BN).BO

"Pengkhianat" | Muhyiddin di cabar berdebat dengan Anwar






Pemuda Pakatan Rakyat menggesa Muhyiddin Yassin menyahut cabaran Ketua Umum Keadilan Anwar Ibrahim untuk tampil berbahas mengenai tuduhan Timbalan Perdana Menteri kononnya Anwar pengkhianat Melayu.

Ketua Pemuda Keadilan Samsul Iskandar berkata Anwar telah bersetuju perbahasan itu diadakan pada Jumaat ini di Bagan Pinang dan berharap Muhyiddin membuktikan kewibawaannya untuk hadir berdebat atas tuduhan yang dibuatnya.

Samsul bersama pemimpin sayap pemuda PAS dan DAP petang tadi menyerahkan jemputan kepada Muhyiddin untuk turut berdebat supaya rakyat boleh dimaklumkan keadaan sebenar di sebalik tuduhan pengkhianat itu.

“Kami merasakan sudah tiba masanya rakyat diberi peluang dan peranan yang sebenar menghayati proses demokrasi sepertimana tercatat di dalam perlembagaan negara.

“Kami juga yakin program debat ini akan menjadi satu panduan serta bimbingan pendidikan politik yang sihat di negara ini dan dalam pada masa yang sama dapat mewujudkan suasana pilihanraya yang bebas, aman, adil dan harmoni serta membina ketemadunan bangsa Malaysia,” kata Samsul.

Dalam pada itu, beliau berkata debat itu memberi peluang kepada Umno BN memperlihatkan keikhlasan dan kejujuran pemimpinnya.

“Kami yakin dan percaya bahawa kepimpinan tertinggi Umno Barisan Nasional akan merebut peluang ini untuk memperlihatkan kebenaran usaha gigih mereka.

“Justeru, kami ingin melihat sejauh mana keberanian Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyahut cabaran debat terbuka ini,” katanya,

Tambah beliau, sekiranya Muhyiddin enggan menyahut cabaran ini, ia menambahkan lagi kelesuan rakyat terhadap Umno .

Beliau berharap Umno Barisan Nasional akan memberi keputusan dalam masa terdekat dan jelasnya perdebatan yang diadakan adalah mengikut format ala perdebatan harga minyak secara terbuka yang diadakan terdahulu pada 16 Julai 2008.

“Kita mengalu-alukan mana-mana media elektronik untuk membuat secara langsung liputan termasuk juga media web untuk membuat liputan tersebut. Kita akan dapatkan khidmat tokoh akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai moderator supaya ianya benar benar di anggap bebas". katanya TVA

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....