Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 21 November 2011

Kenyataan Rasmi Tok Guru Nik Aziz Terhadap Laporan Mingguan Malaysia "Air Kelantan Terkotor?"

Laporan muka hadapan Mingguan Malaysia yang membawa tajuk "Air Kelantan Terkotor?". Tanpa fakta, tanpa data, sebarang tajuk bebas diletakkan dengan tanda "?". Jangan lupa, akhbar yang sama pernah membawa tajuk yang kemudiannya disahkan bohong iaitu "Kristian Agama Rasmi?" Jika akhbar ini boleh berbohong pada satu kali, apa halangannya untuk berbohong untuk kali kedua? Ingat Utusan, ingat bohong. Ingat Utusan, ingat fitnah..

Respon Terhadap Laporan Mingguan Malaysia Pada 20 November 2011

"Air Kelantan Terkotor?"
  1. Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk “Air Kelantan Terkotor?”. Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respon terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (Keluaran hari Ahad : Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan. Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu “Kristian Agama Rasmi Negara” satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.

Berapa Najib Bayar Pada Cyber Trooper Umno-BN?

KUALA LUMPUR 21 Nov: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mempersoal sumber kewangan yang diguna Umno-Barisan Nasional untuk membayar pejuang upahan siber (cyber Trooper) bagi memenangkan mereka dalam pilihan raya umum akan datang.
Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri berkata, terdapat kebimbangan sumber kewangan itu diperoleh hasil wang pembayar cukai.
“Kita menuntut Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan mengenainya. Datuk Najib jangan bersembunyi di sebalik Cyber Trooper. Beliau perlu menjawab skandal NFC (National Feedlot Corporation) dan bukan mengupah Cyber Trooper untuk mengalihkan isu,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Najib semalam  yang menyuarakan sokongan terbuka terhadap Cyber Trooper Umno BN untuk berdepan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Najib dalam kenyataannya berkata, beliau mengiktiraf pejuang siber sebagai ‘pengamal media sosial’ dan menganggap mereka sebagai askar baru kepada gabungan parti itu.
Presiden Umno itu turut mengingatkan bahawa Umno-BN bakal tumbang dalam pilihan raya jika gagal memanipulasi media baru.

Video : Selamatkan Malaysia !!! Fakta Kenapa Umno/BN Perlu Ditumbangkan Pada PRU 13

Muak dengan politik durjana Umno

Baru-baru ini seorang penganalisis politik dalam sebuah akhbar harian Inggeris telah menulis bahawa pengaruh PAS telah jatuh menjunam disebabkan oleh persahabatan PAS dengan DAP.

Kenyataan ini adalah satu kenyataan yang dangkal kerana ia tidak berasaskan fakta ataupun bukti yang kukuh tetapi merupakan hanya satu kenyataan yang diluahkan oleh akhbar tersebut yang bertugas sebagai pengampu Kerajaan BN.

Fakta sebenarnya menunjukkan bahawa orang Melayu khususnya di Kelantan telah berasa muak dengan politik durjana Umno yang menjijikkan dan ramai di antara mereka telah keluar dari Umno dan menyertai PAS sebab mereka dapat melihat bahawa nasib orang Melayu terutamanya yang papa kedana tidak terbela dibawa Umno yang hanya mementingkan kroni.

Penganlisis politik ini juga berkata bahawa sekarang pengaruh Ustaz Hadi Awang juga semakin lemah sebab angka orang yang menghadiri khutbah dan ceramahnya juga telah menurun.

Jelaslah bahawa Umno telah memberi lesen kepada akhbar Inggeris ini untuk menghina PAS dan para pemimpin PAS. Selain dari akhbar ini, MCA juga saban hari mengutuk PAS atas isu Hudud. Presiden MCA Chua Soi Lek yang biadap itu tidak henti-henti dalam serangannya menentang Islam.

Dari sini boleh dilihat bahawa kemunafikan Umno menyerlah disebabkan oleh pendiriannya yang jahil murakab apabila membenarkan Chua Soi Lek menghina Islam. Umno telah menggunakan MCA untuk menentang PAS dan menentang Islam walaupun ia senantiasa menguar-uarkan dirinya sebagai juara Melayu dan juara Islam.

Harus dibawa ke perhatian umum bahawa Umno, MCA dan MIC hanyalah parti-parti yang berotak assabiyah dan mereka hanya memperjuangkan hak kaum masing-masing.

Ini jauh sekali berlainan dengan persahabatan PAS yang mengamalkan Politik Li-Ta'arafu dimana persahabatan dengan DAP adalah saling kenal-mengenali dan hormat-menghormati serta sama-sama berganding bahu memperjuangkan hak rakyat seluruh Malaysia dari semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama, miskin ataupun kaya.Hrkh

[Video] Sukan SEA : Peserta Silat Indonesia Menang Emas Dengan Cara Yang Amat Memalukan




Peserta Indonesia menggigit peserta Thailand

Video perlawanan akhir pencak silat antara Thailand dan Indonesia di SEA Games 2011 yang diadakan di Palembang, Indonesia.
Peserta Indonesia yang memakai tali biru menang emas dengan cara memalukan sukan pencak silat,Dia menyorok di belakang pengadil.
Berjalan di sekitar bulatan untuk mengelakkan serangan lawan dan mengigit pada bahu lawan..sungguh memalukan,tak terkata bila tengok video no..Sukan Sea Indonesia kali ni adalah sukan Sea paling teruk dalam sejarah..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....