Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 6 Ogos 2011

Jais Serbu Gereja : PAS buat pendirian rasmi esok

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — PAS akan membuat pendirian rasmi berhubung serbuan ke atas majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama esok selepas mendapatkan penjelasan daripada Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali.
“Kami akan membuat pendirian esok, apakah pendirian PAS esok... kita tunggu esok,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
PAS akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat esok, di mana Hasan merupakan salah seorang ahlinya.
Hasan merupakan Exco Kerajaan Negeri bertanggungjawab kepada hal ehwal agama Islam.
Dalam satu kenyataan semalam, PAS Selangor menuntut penjelasan Hasan berhubung dakwaan ada usaha mahu memurtadkan orang Islam pada satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad berkata, selain itu pihaknya juga mahu menunggu laporan Jais mengenai serbuan itu yang turut disertai polis.
“Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan Jais dan mesyuarat dewan (harian) bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.
“Kita nak tengoklah apa bukti yang dia (Hasan) kata ada itu,” katan beliau pada sidang media di pejabatnya di sini.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam memberitahu setakat ini, hanya Hasan yang mengaitkan program anjuran Harapan Komuniti dengan tujuan mahu memurtadkan umat Islam.
“Jais sebelum ini memberi alasan terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.
“Setakat ini , ‘kecuali satu’ tiada mana-mana pihak yang mengaitkan persoalan pengembangan agama bukan Islam terhadap penganut Islam,” tambah Khalid.
Kelmarin, kira-kria 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama tanpa waran kira-kira 10 malam.
Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.
Hasan mempertahankan tindakan Jais.
Sementara itu dalam temu bual kepada HarakahDaily, Tuan Ibrahim berkata “diiharapkan Jais dapat tampil ke depan untuk menjelaskan keadaan sebenar dan hasil siasatan untuk mengelakkan fitnah terhadap gereja, kerajaan Selangor, nama baik Islam dan Jais sendiri berkeliaran di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mohon maaflah sekiranya tersilap.”
“Sememangnya Islam melarang kita melakukan fitnah terhadap sesuatu perkara, tetapi di waktu yang sama jangan kita melakukan sesuatu yang boleh mengundang fitnah,” nasihat beliau.
Akhbar itu turut membawa cerita pengalaman Tuan Ibrahim.
“Ini adalah cerita sebenar daripada pengalaman saya yang sikit ini. Semasa saya bekerja di UiTM dahulu, satu hari ketika berjumpa dengan kawan di sebuah restoran Melayu di sekitar kawasan kampus untuk membincangkan sesuatu saya telah memesan jus oren. Semasa air buah dihidangkan, tauke yang menyediakan air buah tersebut dalam satu cawan gelas yang ada jenama arak bermula huruf ‘G’. Saya memintanya dengan baik untuk menukarkan gelas tersebut.
“Bos, air ini halal, tapi gelasnya… akan mengundang syak wasangka dan fitnah daripada pelajar-pelajar saya dan juga kepada kedai,” kata saya.
Kata beliau terdapat dua pengajaran di sebalik peristiwa itu iaitu manusia seperti biasa mempunyai sangka buruk – apabila mereka ternampak “saya meminum daripada gelas arak, kebanyakan pelajar, terutamanya pelajar Islam yang tidak mengenal arak, akan mempunyai syak wasangka bahawa sememangnya air dalam gelas itu ialah arak walaupun ia warna oren di sebuah restoran Melayu.”
“Dan tauke pula akan dilihat sebagai sebagai peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup menjual arak,” katanya lagi.
“Pengajaran satu – janganlah mereka terlalu cepat mempercayai fitnah tanpa siasatan terlebih dahulu. Adakah saya bersalah sekiranya saya minum dari gelas arak tersebut?
“Saya tidak boleh salahkan orang yang menyangka saya minum arak daripada gelas tersebut, lebih-lebih lagi gelas yang saya pegang itu ialah gelas arak walaupun dalamnya jus buah oren,” katanya lagi.

Bersih 2.0 : Mat Zal cerita detik disepak terajang polis


KEGANASAN polis terhadap beliau dapat disaksikan pada banyak gambar dan video BERSIH 2.0. Muhamad Zal Ismail, 38 tahun yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Pantai Cicar, Kawasan Merbok, Kedah menceritakan semula detik keganasan polis ke atasnya.

Menurut Muhamad Zal, semasa Himpunan Aman BERSIH 2.0 itu, beliau berada di Maybank Pudu Raya. Setelah pihak polis menggempur peserta Bersih, beliau turut berundur ke Jalan Pudu. Di situ, beliau telah berada di sebalik palang menyaksikan polis memprovokasi peserta dan menunggu sahabat-sahabatnya yang lain.

Bagaimanapun katanya, polis datang kepada beliau dalam jumlah yang ramai. Beliau ditarik dari sebalik palang lalu jatuh dan ketika itu walaupun tanpa melawan, Muhamad Zal telah ditumbuk terajang. Katanya, sehingga hari ini masih berbekas kesan tapak kasut anggota polis yang menendangnya.

Kepalanya juga dipukul hingga berdarah, tetapi beliau tidak menyedari pendarahan itu melainkan rasa sakit. Beliau tidak pasti alat digunakan tetapi beberapa saksi yang melihat menyatakan bahawa dia dipukul menggunakan sejenis alat besi dipanggil “buku lima.” Pihak polis ujar beliau, menyiram kepalanya dengan air mungkin untuk mengurangkan kesan darah.

Di dalam banyak gambar dan video yang diperolehi, kelihatan seorang anggota dengan vest kuning polis menutupi kepalanya dengan topi. Pun begitu ujar Muhamad Zal, topi tersebut bukan miliknya, tetapi berkemungkinan polis cuba melindungi kesan luka berdarah di kepalanya dengan topi tersebut.

Beliau kemudian dibawa ke trak polis yang berjarak lebih 100 meter dan di sepanjang jalan itu beliau disepak terajang serta dimaki hamun polis sebagai pengkhianat negara. Beliau ditahan di Pulapol dan dibebaskan sekitar jam 8 malam.Detikdaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....