Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 8 September 2009

Majlis Berbuka Puasa anjuran Pas Beris Pak Abu

Saksikan kemeriahan Majlis Berbuka Puasa anjuran Parti Islam Semalaysia Cawangan Beris Pak Abu pada 8/sept/2009:

Seekor lembu ditumbangkan untuk majlis ini
Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing
Kerjasama yang baik dari ahli Cawangan antara faktor kejayaan sesuatu program yang diatur
Gotong royong menyediakan lauk pauk,satu contoh kerjasama ahli2 Pas Beris Pak Abu
Lauk yang dimasak sendiri oleh ahli2 Pas Beris Pak Abu,di belakang tukang masak gulai kawah
terkenal kami,Hj said Husin
Penduduk sekitar mula datang membanjiri Madrasah Hj Husin, Markas Pas Beris Pak Abu
Sebahagian dari anak2 dan isteri ahli Cawangan yang hadir memeriahkan majlis
Sudah menjadi tradisi di Cawangan ini,anak2 dan isteri ahli turut sama hadir untuk berbuka bersama
Anak anak turut dijemput
Berdoa memohon dariNya ketika hampir waktu berbuka
Mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk sekitar
Antara hadirin yang hadir
Program Berbuka Puasa anjuran Cawangan Beris Pak Abu tahun ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk sekitar.Hampir 300 tetamu hadir pada majlis yang menjadi aktiviti tahunan di Cawangan ini sejak sekian lama.Untuk majlis ini setiap ahli Cawangan menderma RM 20 disamping derma oleh anak2 Beris Pak Abu di perantauan(SEK2 MALAYSIABERIH)dan orang orang perseorangan.Hasil dari derma ini seekor lembu telah ditumbangkan untuk menyediakan hidangan pada para hadirin.Majlis yang mendapat sambutan yang menggalakkan ini mendapat kerjasama yang baik dari ahli Cawangan yang bergotong royong menyediakan hidangan untuk para tetamu.Terima kasih semua,semoga kerjasama anda ahli2 Pas Beris Pak Abu mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zamri lawan Nizar: Mahkamah tolak permohonan Sivakumar

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan saman bekas Speaker Perak, V Sivakumar terhadap penggantinya yang didakwa menyerang dan melakukan pemenjaraan salah semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.

Ketika menolak permohonan itu dengan kos hari ini, Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.

Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

"Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah," katanya.

Sivakumar dalam permohonan samannya juga memohon injuksi bagi menghalang R Ganesan dan sesiapa di bawah arahan Ganesan daripada menghalang tugasnya sebagai Speaker dan menghalang daripada menyebabkan kecederaan berterusan terhadapnya.

Hakim Azahar berkata, pada fikirannya, tidak ada sebarang keraguan yang Sivakumar telah dilucutkan daripada jawatan Speaker dengan satu resolusi dan satu lagi resolusi telah diluluskan untuk melantik Ganesan sebagai Speaker pada sidang 7 Mei lalu.

Beliau menambah, tindakan mempersoalkan kesahihan pelucutan Sivakumar adalah mempersoalkan resolusi DUN.

"Saya tidak boleh bersetuju dengan peguam plaintif yang prosiding pada 7 May tidak menentukan siapa yang menjadi Speaker," katanya.mstar

Zamri lawan Nizar:Ahmad Said belanja 8.3 juta beli kurma

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dilihat terdesak untuk memenangi hati rakyat apabila mengeluarkan peruntukkan kira-kira RM8.3 juta bagi membeli kurma dan air zam-zam sepanjang bulan puasa ini.

Perkara terbongkar apabila Ahmad Said membidas Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung(JKKK) Terengganu yang gagal menjalankan tugas mengagihkan sumbangan ini kepada rakyat seperti diamanahkan oleh Kerajaan Negeri.

Beliau yang berang dengan keengganan JKKK memberikan kerjasama mengesa mereka ini agar meletakkan jawatan.

Terapi yang menjadi persoalannya ialah bagaimana sumbangan sebesar itu diagihkan sedangkan banyak lagi yang boleh digunakan dengan wang sebanyak itu bagi membaiki taraf hidup rakyat Terengganu.

Mengulas perkara ini Timbalan Angkatan Muda Keadilan(AMK) Fariz Musa ternyata kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Menteri Besar Terengganu ini.

Katanya, inilah wajah pemimpin Umno yang menggunakan wang rakyat tetapi untuk kepentingan parti itu sendiri.

"Ahmad Said ternyata terdesak dengan situasi politik Terengganu sekarang, sehingga pembungkus agihan sumbangan itu diletakkan gambar beliau. Lebih memalukan peruntukkan ini sepatutnya dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira apapun fahaman politik mereka," katanya.

Di Kuala Nerus, ramai penduduk yang tidak menerima hantaran kurma dan air zam-zam tersebut.

Seorang penduduk di sebuah Taman Perumahan Seberang Takir berkata sehingga kini beliau belum menerima pemberian kerajaan negeri tersebut.

Manakala beberapa laman blog tempatan juga turut melaporkan, mereka hanya menerima hantaran kurma dan air zam-zam itu yang disangkut di pagar rumah sahaja.

"Ternyata ini tindakan yang tidak serius dan tidak bertanggungjawab, nilai wang sebanyak itu hanya disangkut dipagar. Lebih baik wang itu beri kepada golongan sasar yang sudah dikenalpasti seperti ibu tunggal dan orang kurang upaya," katanya.

Fariz juga mendakwa Terengganu masih lagi menjadi antara negeri yang termiskin di Malaysia sedangkan royalti minyak sudah memandai untuk membangunkan negeri tetapi semuanya diagihkan kepada kroni Umno.

Seorang ADUN BN pernah memberitahu pihak media supaya menyiasat pembelian kurma dan air zam-zam tersebut yang dikatakan, kontrak pembeliannya dianugerahkan kepada seorang ’kroni’. - Suara Keadilan

Zamri lawan Nizar:Pas tidak akan bersama Umno-Salahudin

Tok Guru bersama Anwar di Kota Bharu


KUALA LUMPUR, 8 Sept: PAS menyifatkan, perlawaan Umno bertalu-talu kepada PAS agar bekerjasama dengan parti yang kini terjebak dengan isu perkauman sebagai satu tindakan tersepit.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Umno kini terlalu tertekan dengan isu perkauman ini dan sangat memerlukan PAS untuk mengesahkan tindakan mereka.

Jika PAS tidak menyokong tindakan Umno maka masyarakat akan menganggap tindakan Umno sebagai berdasarkan perkauman dan bukannya berasaskan Islam.

Salahudin mengulas ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Manek Urai semalam.

Dalam ucapan itu sekali lagi pemimpin Umno mempelawa PAS berunding dengan mereka demi kepentingan ummah dan Islam tetapi menegaskan "tidak rela Umno dihina".

Ini adalah huluran tangan yang kesekian kalinya oleh pemimpin Umno agar PAS bersama-sama dengan mereka sejak pilihan raya umum 2008 lalu.

Bagi Salahudin, Umno hanya akan menghulurkan tangan ketika mereka tersepit tetapi selepas selesai masalah mereka, PAS akan ditendang sebagaimana yang dialami oleh PAS sebelum ini.

"Ketika negara hadapi isu perkauman 1969, PAS diajak bersatu demi Melayu dan Islam. Tetapi apa berlaku selepas Umno kuat kembali?" soal Salahudin.

Bagi beliau, Umno tersepit sekali lagi kini. Selepas kalah teruk dalam pilihan raya 2008, Umno menjadikan isu perkauman sebagai pendekatan untuk mengikat sokongan orang Melayu kepada mereka. Kononnya bangsa Melayu tertekan kini.

"Yang tertekan bukan bangsa Melayu tetapi Umno," kata beliau.

Apabila aktivis-aktivis Umno di Seksyen 23, Shah Alam memainkan isu perkauman dan agama sempit sehingga sanggup membawa kepala lembu yang masih berdarah ke Pejabat SUK Selangor, Umno sekali lagi tersepit.

"Mereka ingat PAS akan menyokong mereka atas dasar mereka memperjuangkan Islam dan Melayu dan melawan agama Hindu.

"PAS berpendirian tidak menyokong mereka kerana Islam tidak mengajar begitu. Hampir kesemua pemimpin PAS mengambil pendekatan yang diajar Al Quran iaitu jangan kamu menghina tuhan-tuhan mereka kerana dibimbangi mereka juga akan menghina Allah," kata Salahudin.

Kini, katanya Umno tersepit dan mengharapkan PAS bersama-sama mereka.

"Umno kini telah menjadikan perkauman sebagai makanan ruji mereka. Kita tidak akan bersama dengan mereka," kata Salahudin._harakahdaily

Zamri lawan Nizar:Umno sedia berunding dengan Pas-Najib

Najib bersama Tok Guru Pengkalan Chepa

KUALA KRAI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno bersedia untuk berunding dengan PAS demi kepentingan umat Islam di negara ini.

Najib yang juga Presiden Umno berkata kesediaan untuk berunding dan mengadakan perbincangan dengan PAS juga adalah demi membangunkan umat Islam.

Bagaimanapun, beliau kecewa dengan tindakan pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan yang menghina orang Umno.

"Nak buat baik, saya sanggup runding dengan PAS untuk kepentingan Islam. Tapi saya tidak rela kalau Umno dihina oleh sesiapapun," katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra dengan rakyat dan berbuka puasa di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, Isnin.

Kira-kira 4,000 penduduk Kuala Krai dan Manek Urai menghadiri majlis itu yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan bahawa penyokong Umno tidak masuk syurga walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan isu masuk syurga itu adalah hak mutlak Allah.

Bagaimanapun, tindakan Nik Abdul Aziz menghina Umno bukan merupakan kali pertama malah sebelum ini beliau pernah menyamakannya dengan ajaran sesat dan komunis.

Najib berkata perbincangan antara PAS itu haruslah mementingkan pembangunan umat Islam di negara ini.

Katanya jika mahu perbincangan itu berjaya PAS tidak sepatutnya mempertikai dan mempersoal akidah orang Umno kerana mereka juga adalah orang Islam.

Najib berkata perkara seumpama itu tidak perlu disebut-sebutkan kerana ia bukan membentuk perpaduan di kalangan umat Islam sebaliknya memecahkan perpaduan di kalangan mereka.

"Jangan persoalkan akidah kita... Sebab ini akan menimbulkan kekecohan dalam masyarakat," katanya.

Beliau berkata PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak sepatutnya berlagak warak dan menilai akidah orang Islam yang lain kerana mereka daripada parti berlainan.

Katanya tindakan mempersoal keIslaman seseorang umat Islam bukanlah kerja manusia tetapi hak mutlak Tuhan untuk menentukannya.

"Dan (tindakan) persoalkan keIslaman kita ini bukan kerja manusia, ini kerja Allah. Ia jelas dalam Quran dan hadis," katanya.BERNAMA

Zamri lawan Nizar:Bagan Pinang penting buat Pakatan

Pimpinan Pakatan Rakyat

Oleh Mohd Sayuti Omar

SUDAH takdir Allah s.w.t. Malaysia terpaksa menghadapi pilihan raya kecil sekali lagi. Barang kali Allah sengaja mahu mentakdirkan demikian kerana ingin memenuhi kamahun manusia politik juga. Semua kena menerima penuh redha takdir Allah ini.

Pembangkang di Kedah begitu mengharapkan diadakan piliahan raya kerusi DUN Kota Siputeh, namun atas kuasa Allah juga SPR mengumumkan tidak ada pilihan raya. Kerusi itu tidak kosong. Maka kecewalah PR Kedah untuk menyaksikan piliahn raya berkenaan yang diharap akan berpihak kepada mereka untuk menambahkan satu lagi kerusi di DUN di negeri jelapang padi itu bagi memperkukuhkan kerajaan mereka.

Namun Allah maha adil, diganti-Nya dengan sebuah kerusi di Negeri Sembilan. Penggantian ini seolah-olah mahu mencabar SPR yang dilihat berusaha untuk mempertahan dan menyelamatkan UBN dengan pelbagai teknik dan tindakan menyolok mata? Ia juga sebagai disengaja mahu menguji sejauh mana kekuatan UBN di zon selatan pula selepas tiga zon lain kekuasan UBN sudah merudum satu demi satu.

Kali ini Allah menjemput Adun Bagan Pinang, Azman Mohd Nor untuk berpulang ke sisi-Nya.
Saya menerima kematian Adun ini semasa di Aceh, ketika sedang meraikan anak-anak yatim piatu dan ibu tunggal mangsa tsunami berbuka puasa. Pengirim budiman maklumat itu ialah sdr Kamal Amir Kamal Hijaz dan isteri juga turut mengirimkan SMS memaklumkan kematian Adun berkenaan.

Pada hemat saya pilihan raya kecil ke sembilan ini sangat penting bagi Pakatan Rakyat terutamanya Pas. Pilihan raya pertama di zon selatan ini memberi peluang kepada Pas menunjukkan belang dan taring mereka sebenarnya. Masa inilah Pas boleh membuktikan sejauh mana slogan Pas for all diterima umum seperti mana dibanggakan itu.

Mungkin juga Allah memilih ini khas untuk menguji Pas. Pada pilihan raya umum lalu Pas kalah dengan 2,333 undi. Calon Pas, Ramli Ismail mendapat 4,097 undi manakala calon UBN, Azman Mohd Nor mendapat 6,430. Kemenangan dengan majoriti yang tinggi itu boleh disifatkan DUN ini adalah kubu UBN.

Komposisi pengundi di DUN ini dikira menarik. Daru jumlah 14,192 pengundi (2008) Melayu menguasai 66%, Cina 10.5%, India 19.9% dan lain-lain 3.5%. Kedudukan ini bakal memberi peluang baik kepada Pas. Sekiranya bukan Melayu terus menolak UBN, sudah pasti Pas akan memberi tentangan sengit kepada UBN kali ini.

Pilihan raya kecil ini adalah perlawanan sebenar antara PR dengan UBN. Pas khususnya tidak boleh merasakan selesa kali ini. Kemenangan Pas dalam tiga pilihan raya lalu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan sangat kerana ketiga kawasan itu bolehlah dianggap sebagai kawasan semulajadi Pas. Manik Urai, Bukit Gantang dan Kuala Terengganu adalah kerusi milik atau pernah menjadi Pas sebelum ini. Jadi perlawanan semasa pilihan raya itu berat sebelah.

Berlainan dengan Bagan Pinang ini. Kawasan ini kawasan UBN. Pilihan raya ini seperti Pas mencari lawan bukan menunggu lawan. Sekiranya Pas dapat mengugatkan kedudukan UBN ia memberi petanda kehebatan Pas sebenarnya. Sama ada Pas dapat mengurangkan majoriti atau menang, ia dikira kemenangan bergaya bagi Pas. Kemenangan Pas nanti memberi isyarat jelas bahawa kedudukan UBN di Negeri Sembilan sudah tidak teguh lagi. Kemenangan itu juga akan menjadi perintis kepada kejatuhan kerajan UBN pada pilihan raya ke-13 kelak.

Pas atau Pakatan memang mempunyai peluang untuk berbuat demikian. Hari ini pun kerajaan UBN di Negeri Sembilan sudah lemah bila mana gagal mendapat dua pertiga di DUN. UBN 21 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15. Sekiranya aliran pengundi dalam pilihan raya lalu terus berkembang Bagan Pinang bakal menyaksikan bagaiman UBN akan tertumus.

Makanya Pas perlu menghadapi pilihan raya ini dengan perancangan yang paling smart dan strategis. Seluruh tenaga Pas perlu berpadu. Pedoman dan gerak kerja seasama di Permatang Pasir perlu diamalkan di sini. Perangai buruk di Manik Urai hendak dibuang jauh. Jangan ada mana-mana individu atau puak yang ingin mencari political mileage di sini tetapi carilah kemenangan bersama demi PR.

Ingat kejayaan dalam pilihan raya ini sangat bererti bagi Pas. Ia akan membuktikan benih Pas yang kini sudah ada satu kerusi di DUN itu mula bercambah dan bakal subur di DUN Negeri Sembilan.

Bagaimana pun untuk mencapai itu bukan mudah. Sudah pasti UBN akan berkerja habis-habisan mempertahankan kerusi berkenaan. Bagan Pinang adalah bukan saja perlu dipertahankan UBN kerana kerusi itu hak mereka, tetapi ia juga merupakan maruah kepada parti itu. Demi maruah UBN akan melakukan apa saja. Mungkin sesuatu yang tidak dibuat di lain-lain pilihan raya kecil akan dipraktikkan di sini. Kalah menunjukkan UBN boleh bersiap sedia menggali kubur di negeri berkenaan.

Lantaran itu desas desus UBN akan menurunkan semula tokoh veteran mereka bekas MB, Mohd Isa Samad tidak mustahil. Hanya Mohd Isa sahaja yang dikira dapat menyelamatkan kerusi berkenaan. Sekiranya UBN menyerahkan kepada MB, Mohamad Hassan yang seganding dengan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, ia samalah seperti sengaja mahu menyerahkan kerusi berkenaan kepada Pas.

Dalam hal ini saya merasakan Mohd Isa akan dipertaruhkan untuk membela maruah UBN di kerusi berkenaan. Sekiranya Mohd Isa diturun ia menyukarkan sedikit Pas dan Pakatan Rakyat. Walaupun Mohd Isa sudah terasing dari arus perdana Umno Negeri Sembilan ketika ini tetapi pengaruhnya di Bagan Pinang masih ada. Untuk memastikan kemenangan, UBN tidak akan melihat kepada kesilapan dan dosa-dosa Mohd Isa, tetapi akan mengutamakan kemenangan terlebih dahulu.

Seandainya UBN membelakgn Mohd Isa, awal-awal lagi saya merasakan kerusi itu bakal menjadi milik Pas. Bagan Pinang juga memberi peluang kepada Mohd Isa untuk bangkit kembali dalam jelumun politik Melayu itu.

Selain dari itu keputusan pilihan raya Bagan Pinang ini juga akan memberi jawaban kepada sikap pengundi Melayu di Negeri Sembilan. Apakah mereka yang mengamalkan adat perpatih itu masih kekal dan setia dengan Umno ataupun mereka juga sudah terbuka seperti mana Melayu, Jawa dan Banjar di Perak di Selangor yang sudah menghunuskan pedang dan keris kepada Umno?

http://msomelayu.blogspot.com/

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....