Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 18 Mei 2011

Perang Jihad : Saya Berpandukan Kenyataan Hishamuddin, Kata Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR 18 MEI : Datuk Ibrahim Ali berkata beliau menyatakan kesediaan untuk melancarkan perang jihad ke atas penganut Kristian hanya selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Tun Hussein mendakwa laporan Utusan Malaysia mengenai konspirasi penubuhan negara Kristian mempunyai asas.

Dalam mempertahankan kenyataan yang dibuatnya Ahad lalu, Presiden Perkasa itu berkata ugutan jihad yang dibuatnya adalah untuk memberi peringatan kepada pihak-pihak yang kononnya mencabar kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Saya buat kenyataan....selepas membaca kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di akhbar yang mengatakan laporan Utusan Malaysia itu ada asasnya.

“Jadi salahkah apabila saya mengaitkan perkara ini untuk sekadar mengingatkan? Lainlah kalau saya mencetuskan sesuatu yang tidak ada. Memang saya patut dianggap salah atau patut diambil tindakan,"kata beliau.

“Saya sedar apa yang saya kata dan bertanggungjawab dengan kenyataan yang saya buat kerana saya tahu ia untuk kebaikan negara dan rakyat serta keselamatan negara,” katanya.

Utusan Malaysia minggu lalu mencetuskan kemarahan awam selepas mendakwa sekumpulan paderi bersekongkol dengan pemimpin DAP untuk menubuhkan negara Kristian pada satu mesyuarat di Pulau Pinang.

Laporan itu serta merta dinafikan oleh paderi terbabit dan pihak berkuasa Gereja. Mereka turut mendesak supaya tindakan tegas diambil terhadap Utusan kerana menyiarkan fitnah oleh dua blogger pro-Umno bersabit konspirasi itu.

Hishamuddin bagaimanapun bertindak balas dengan hanya menegur Utusan, malah berkata, laporan akhbar itu ada asasnya.

Tuan Guru Presiden Berkecuali Pemilihan Timbalan, Naib Presiden PAS

SUNGAI PETANI: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak memihak kepada mana-mana calon yang akan bertanding jawatan timbalan dan naib presiden parti itu pada muktamarnya dari 3 hingga 5 Jun ini.

"Saya tidak menyokong sesiapa namun saya mahukan kepimpinan kolektif, campuran calon berlatarbelakang agama dan profesional," katanya kepada pemberitaselepas mengetuai Jawatankuasa PAS Pusat selepas mendengar taklimat projek kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, dekat sini, Rabu.

Taklimat disampaiksn Pengarah Jabatan Kerja Raya Kedah, Roslan Abdul Ghani.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa dan Naib-naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha PAS Datuk Mustafa Ali.

Abdul Hadi, yang menang jawatan Presiden tanpa bertanding bagi penggal kelima, berkata hakikat bahawa ramai calon layak bertanding kedua-dua jawatan itu menandakan demokrasi dalam PAS hidup.

Setakat ini enam calon disahkan layak bertanding jawatan Timbalan Presiden termasuk penyandang Nasharudin serta Azizan dan Tuan Ibrahim manakala 14 lagi layak bertanding jawatan naib presiden termasuk penyandang, Mahfuz.

Nasharudin pula berkata beliau tidak gentar bertanding mempertahankan jawatannya kerana tahu ahli-ahli PAS tidak perlu dilobi. "Sebelum inipun saya menang ke atas calon-calon yang hebat-hebat belaka, jadi tiada apa nak ditakutkan," katanya. -BERNAMA

Pakatan Rakyat Rampas 6,532 Keping VCD Lucah

Anggota Unit Amal membawa sebakul VCD lucah yang dirampas ke balai polis untuk dibuat laporan...Gambar Farhan
Zaidi [tengah] menunjukkan bukti bahan rampasan dalam sidang media bersama rakan-rakannya

SELAYANG, 18 Mei: Pakatan Rakyat merampas 6, 532 keping VCD lucah yang kononnya dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ia cuba disebarkan dalam majlis Solat Hajat di Stadium Selayang baru-baru ini.

Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Abdul Talib dalam sidang medianya bersama Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, yang menghairannya bagaimana penyebar VCD ini boleh terlepas dari tindakan polis kerana menyebarkan bahan lucah adalah satu kesalahan.

"Yang menghairankan saya mereka boleh edar VCD dan risalah tersebut secara terang-terangan walaupun program tersebut dikawal oleh polis dari petang sampai ke malam," kata Zaidi yang mempersoalkan kreabiliti polis yang bertugas pada hari berkenaan.

Bagi beliau, tindakan ini adalah tTaktik keji Umno untuk mengekalkan kuasa mereka daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, katanya pada sidang media bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) di pejabat PAS Selayang semalam.
"Kami dapat mengesan VCD dan risalah ini pada jam 8 malam di mana selepas solat Maghrib yang diletakan secara terbuka di cermin-cermin kereta serta bertaburan di tepi dan bahu jalan stadium atau diletakkan di motosikal hadirin serta yang hadir pada majlis tersebut.

"Dan kami sangat terkejut dengan lenggok-lenggang polis yang seolah-olah membutakan mata mereka terhadap pekara yang sedang berlaku pada malam tersebut, kami sangat kecewa," jelasnya

Walaubagaimana pun, mereka telah membuat laporan polis dan minta pihak polis buat siasatan dengan segera serta teperinci, "kami sanggup beri kerjasama dengan polis sekiranya pihak polis mahukan bukti dan gambar untuk membantu siasatan," kata Zaidi.

Beliau mula mengutuk keras tindakan itu dan menegaskan kepada pihak pimpinan Umno itu supaya bertanggungjawab dan berhenti melakukan tindakan keji ini atas sebab sensitiviti umum.

"Mereka edar VCD dan risalah itu secara terbuka, orang ramai yang terdiri daripada pakcik, makcik, ustaz, ustazah, remaja sekolah, belia, lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak tak cukup umur pun boleh pegang dan lihat VCD dan risalah lucah ini," jelas beliau dengan nada yang sedikit marah.

"Tindakan Umno ini sangat keji, anak saya pun boleh pegang dan lihat bahan lucah tersebut, mereka tidak fikir akan sensitiviti dan kepentingan umum, mereka seolah-olah merayakan kelucahan dalam masyarakat kita, semua peringkat usia tahu apa itu seks, liwat, lucah dan ini mungkin akan menjadi satu budaya keji dalam masyarakat di mana remaja-remaja dan belia kita, anak Melayu akan terlibat dengan gejala-gejala seperti ini nanti," jelas beliau dengan nada sedih sebagai seorang bapa yang tidak mahu pekara ini berlaku kepada anak-anaknya.

Pemilihan PAS : Salahuddin Tolak Tanding Timbalan Presiden

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar ) menolak pencalonan untuk bertanding jawatan timbalan presiden dengan alasan untuk memberi laluan kepada calon lain yang menurutnya lebih layak bersaing bagi kedudukan tersebut.

Bagaimanapun beliau yang turut layak bertanding bagi jawatan yang disandangnya kini berkemungkinan besar akan mempertahankan jawatan tersebut bagi penggal kedua selepas menang buat kali pertama pada pemilihan 2009.

"Bagi jawatan timbalan presiden saya merasakan calon lain lebih layak untuk memikul jawatan itu.

"Saya sendiri masih belum layak untuk bertanding di kedudukan itu," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Penolakan Salahuddin itu bermakna tinggal lima lagi calon lain yang disenaraikan layak bertanding pada pemilihan parti itu pada awal bulan depan untuk membuat keputusan sama ada akan menerima pencalonan mereka.

Lima itu ialah penyandang bagi jawatan berkenaan, Nasharudin Mat Isa; Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu; serta seorang lagi Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mengulas mengenai pencalonan bagi jawatan naib, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, beliau mahu melihat jumlah pencalonan yang diterimanya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya perlu lihat dahulu jumlah pencalonan yang saya dapat. Daripada jumlah berkenaan ia akan memberi gambaran mengenai keyakinan perwakilan kepada saya.

"Ia juga sebagai pengukur kepada prestasi saya sejak dua tahun lalu memegang jawatan ini, kalau jumlahnya (pencalonan) memberansangkan, Insya-Allah saya akan mempertahankan kedudukan sekarang," katanya lagi.

Selain Salahuddin, 13 lagi calon lain yang layak bertanding bagi jawatan naib ialah Azizan, Husam, Mohamad, Nasharudin dan Tuan Ibrahim.

Datuk Mahfuz Omar (penyandang); Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad; Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman; Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli; Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa; Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Nik Zawawi Salleh dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.Mstar

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....