Demikian kata Puan Mariam Abdul Rashid, ibu mertua kepada Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.
Puan Mariam berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas melawat menantunya Safwan yang baru keluar dari hospital.
Ketika bercakap kepada media, Safwan berkata, dia ditumbuk sekali di bahagian muka dan ditendang dengan lutut oleh anggota polis.
Kejadian itu berlaku apabila beliau cuba membebaskan rakannya yang sedang diheret oleh polis di malam tahun baru 2012 di Univerisiti Perguruan Sultan Idris.
"Bangga..." kata Puan Mariam sambil tersenyum kepada wartawan yang bertanya kepada beliau tentang Safwan yang terpaksa diusung ke hospital selepas dipukul.
"Dia menantulah dan anak saya juga seorang aktivis pelajar," kata Puan Mariam.
"Bangga..sebab mereka sangat berani untuk memperjuangkan yang hak dan juga untuk membela nasib yang lain.
"Walaupun kita rasa agak sedih dengan kejadian yang berlaku....menyebabkan kecederaan dan sebagainya.
"Kita sangat kesal dengan tindakan polis terhadap mahasiswa yang sepatutnya diberikan kebebasan untuk menyuarakan pandangan mereka tetapi sebaliknya berlaku begitu...itu sahaja," kata Puan Mariam.
Namun Puan Mariam sekali lagi menyambung dengan berkata, "Saya bangga ada anak dan menantu yang begitu.....".Hrkh
Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Selasa, 3 Januari 2012
Video : Demo UPSI,Mertua ' Bangga ' Dengan Perjuangan Safwan Anang
[Video] Insiden UPSI : Gempar !!! Auntie Bersih Beri Ceramah Percuma Pada Wanita Umno
KUALA LUMPUR 3 Jan: Sekumpulan Wanita Umno mendapat ‘ceramah khas’ dari Annie Ooi Siew Lan atau nama popularnya, ‘Untie Bersih’ di depan Balai Polis Dang Wangi hari ini.
Annie bertindak demikian secara spontan semasa kumpulan Wanita Umno itu tiba di balai tersebut untuk membuat laporan polis berhubung himpunan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Januari ini.
“Untuk apa kamu ada di sini? Kamu perjuangkan siapa? Kamu sepatutnya memperjuangkan mahasiswa yang di pukul (di UPSI) itu dan jangan bersubahat dengan mereka yang membuat ganas terhadap mahasiswa yang hanya berhimpun secara aman,” kata Annie.
Nasihat beliau itu bagaimanapun disambut Wanita Umno terbabit dengan menyatakan ‘mana ada mahasiswa di pukul, tidak ada, tidak ada’.
Manakala seseorang menyampuk dengan berkata ‘tengok videolah, video ada, ada bukti. Jangan jadi lembu’.
Ceramah ringkas Annie beberapa minit itu bagaimanapun tamat selepas wartawan mengerumuni beliau bersama kumpulan Wanita Umno terbabit.
Ketika ditemui wartawan, Annie bagaimanapun terkejut apabila diberitahu wanita Umno itu datang kerana mahu membuat laporan polis terhadap himpunan menyokong Anwar pada 9 Januari ini.
“Kes anak muda dipukul jauh lebih penting dari buat report itu. Sebagai wanita, mereka (Wanita Umno itu) sepatutnya memperjuangkan anak muda dan bukannya bersubahat dengan kerajaan sekarang yang berterusan menyekat kebebasan rakyat yang hanya berhimpun secara aman bagi menyuarakan pendapat,” tegasnya yang juga bekas guru.
Annie mula dikenali selepas beliau terlibat dalam himpunan Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
Beliau hadir di balai itu bagi memberi sokongan moral terhadap mahasiswa yang membuat laporan polis akibat dikasari dalam insiden yang berlaku di UPSI, baru-baru ini.Keadilandaily
Video : Insiden UPSI,Mahasiswa buat laporan polis
Kumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) hari ini membuat laporan polis berhubung 'insiden berdarah' di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Januari lalu.
Kumpulan tersebut mendakwa pihak polis kerana bertindak ganas dan mencabuli hak mereka untuk berhimpun dan bersuara pada perhimpunan itu.
Laporan polis itu dibuat oleh jurucakap BEBAS Haziq Abdullah Abdul Aziz di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kira-kiran jam 2 petang tadi.
Video : Hukum Tonton Cerita Hantu - Ust Azhar Idrus
Dalam sesi soal jawab agama bersama penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak, persoalan itu ditimbulkan.
Jawapan lengkap mengenainya, saksikan keratan video diatas.
Video : Kenyataan Media Pakatan Rakyat Berkaitan Himpunan 9 Januari
KUALA LUMPUR 3 Jan: Pakatan Rakyat akan menggembeling kekuatan 100 ribu rakyat untuk berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini, iaitu tarikh keputusan perbicaraan Fitnah II diketahui.
“KEADILAN dengan kerjasama DAP dan PAS akan gerakkan 100 ribu rakyat Malaysia untuk turun berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, serta ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN.
Turut sama pada sidang media itu adalah Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani Abdul Hamid yang hadir menyatakan sokongan bagi pihak Pas.
Bercakap lanjut, Azmin berkata keputusan perbicaraan Fitnah II tidak akan menggugat iltizam Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.
Sebaliknya, Pakatan tetap sepakat bahawa Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri ketujuh walaupun Umno BN gigih menggunakan kes Fitnah II untuk menggagalkan usaha itu.
“Adalah jelas kes ini bermotifkan politik dan berniat jahat. Pimpinan UMNO-BN mahu memastikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dipersetujui Permuafakatan Pakatan Rakyat.
“Kami bertegas muslihat ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat dari tekad untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.
“Pakatan Rakyat sepakat bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh,” kata Azmin.
Menurutnya lagi, jika Anwar dibebaskan, rakyat yang turun berhimpun pada hari itu akan bersama-sama meraikan ‘kemenangan’ tersebut.
Pada hari sama keputusan Fitnah II diketahui juga, Anwar akan ke Pulau Pinang untuk menyampaikan ceramah, kata Azmin.
“Selepas keputusan mahkamah Anwar Ibrahim akan ke Pulau Pinang – samada untuk merayakan kebebasan atau meneruskan perjuangan,” kata Azmin.
Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus fokus memastikan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.
“Kemenangan tersebut adalah demi Malaysia yang demokratik, Malaysia yang makmur, Malaysia yang aman dan harmoni, Malaysia yang bebas serta demi Malaysia baru milik rakyat,” katanya.Keadilandaily