Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 18 Jun 2010

Tian Chua Masih Ahli Parlimen Batu-Nazri Aziz


KUALA LUMPUR, 18 Jun – Ketika pelbagai pihak beranggapan Tian Chua sudah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu kerana denda RM2,000, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz(gambar atas) berpandangan sebaliknya.
Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen itu menegaskan, Pengarah Strategi PKR ini boleh terus menyandang kerusi beliau dan keputusan hakim semalam telah “menyelamatkan” kedudukannya.
“Bagi saya beliau (Tian Chua) masih lagi Ahli Parlimen yang sah kerana denda RM2,000 tidak akan menyebabkannya hilang kelayakan tetapi jika RM2,001 baru akan dilucut jawatan itu.
“Jadi keputusan yang dibuat hakim perlu diterima, jangan dengar pendapat orang lain yang cakap Tian Chua (gambar kiri) bukan lagi Ahli Parlimen,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.
Nazri memberikan pandangannya ini ketika peguam-peguam Tian Chua dijadual menemui hakim kesnya Isnin ini.
Pandangan Nazri itu berbeza dengan pendirian Pengerusi DAP Karpal Singh yang juga peguam veteran bahawa Tian Chua sudah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu hanya kerana denda RM2,000.

Mahkamah tolak usaha Anwar akses laporan perubatan Saiful


KUALA LUMPUR, 18 Jun - Pemimpin pembangkang Datuk Seri AnwarIbrahim hari ini gagal mendapatkan laporan perubatan dan sampel spesimen yangdisediakan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan dokumen-dokumen itu dan memutuskan bahawa tidak ada peruntukan dan asas undang-undang bagi membekalkan dokumen-dokumen itu kepada pihak pembelaan.
Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan dari peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan.
Pihak pembelaan memerlukan pelbagai dokumen dan bahan untuk diteliti pakar forensik Australia Prof Madya David Lawrence Noel Wells, yang telah diambil sebagai pemerhati oleh pasukan Anwar, sebelum pemeriksaan balas ke atas saksi kedua, pakar bedah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Mohd Razali Ibrahim.
Dalam permohonannya, Anwar meminta semua nota klinikal dan laporan perubatan, bahan, spesimen, e-mel, nota bertulis tangan, surat-menyurat, catatan dan pemerhatian oleh ketiga-tiga doktor yang telah memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas Mohd Saiful mendakwa dia diliwat oleh Anwar.

Episod Baru Perbalahan Umno Terengganu


- Ketua Umno, JKKK DUN Alor Limbat Serah Memorandum Bantah ADUN

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah membuat kejutan terkini, yang dilihat sebagai
‘mencetuskan episod terbaru perbalahan Umno negeri Terengganu’.

Beliau mendedahkan ada pihak tertentu mendesaknya untuk meletakkan jawatan dan menjanjikan projek bernilai puluhan juta ringgit kepada sesiapa yang berjaya menjatuhkannya.

Menurutnya, susulan tawaran itu, wujud kumpulan melibatkan ketua-ketua cawangan Umno dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) melahirkan rasa tidak puas hati dan bertindak menghantar memorandum kepada Menteri Besar.

Katanya, beliau telah maklum, memorandum tersebut adalah bertujuan mendesak agar beliau melepaskan jawatan Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat

“Saya tahu (mengenainya) namun tidak gusar kerana sedar terdapat segelintir pemimpin cawangan yang gagal mentadbir cawangan mereka, cuba menutup kelemahan sendiri dengan menuding jari kepada wakil rakyat.

“Sepatutnya cawangan terletak di zon yang kalah harus memperkasakan cawangan masing-masing, tapi sebaliknya yang berlaku selain memberi alasan wakil rakyat tidak turun padang,” katanya ketika mengulas tindakan lebih 40 ketua cawangan dan JKKK DUN Alor Limbat yang bertindak menyerahkan memorandum kepada Dato’ Ahmad Said kelmarin.

PAS Sedia Hadapi Pilihan Raya Umum - Tok Guru Nik Aziz


KOTA BAHARU: PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa dari sekarang, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Walaupun kuasa mengumumkan tarikh pilihan raya itu terletak di tangan Perdana Menteri untuk membuat suatu kejutan, Menteri Besar Kelantan itu berkata kerajaan seharusnya memberi tempoh tertentu sebelum mengadakan pilihan raya bagi membolehkan parti bertanding membuat persediaan.

"Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya tidak patut diadakan secara mengejut dan perlu diisytiharkan lebih awal seperti tiga bulan atau sebagainya supaya kita sama-sama boleh bersedia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan.

Bercakap kepada pemberita di Tumpat dua hari lepas, Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Menteri Besar Kelantan berkata soal cepat atau lambat pilihan raya diadakan, bagi PAS ia tidak menimbulkan masalah kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia.-BERNAMA

Tian Chua hadapi risiko lucut kerusi, hakim ‘kekal’ keputusan

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Nasib Ahli Parlimen Batu dari PKR Tian Chua kini terletak di tangan Speaker Dewan Rakyat untuk ditentukan - mirip kes yang pernah disaksikan di Parlimen empat dekad yang lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha kekal dengan keputusannya semalam — mengenakan denda ke atas wakil rakyat penggal pertama itu RM2,000 — had penalti yang memadai untuk mengisytiharkan beliau sudah hilang kerusi yang dimenangi Mac 2008.

“Kami dimaklumkan oleh hakim menerusi timbalan pendaftar bahawa alasan (penghakiman) adalah jelas dan tidak memerlukan penjelasan (susulan),” kata peguam Tian Chua, Amer Hamzah Arshad kepada The Malaysian Insider pagi ini.

Peguam-peguam Tian Chua cuba menemui hakim pagi ini berhubung keputusan petang semalam.Hakim mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000 selepas mendengar rayuannya.TMI

Saya tak tonton video seks Elizabeth Wong-Anwar

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa beliau pernah miliki atau menonton video separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong awal tahun lalu.
Anwar mengecam dakwaan Datuk Seri Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru yang keluar PRK Februari lalu, di Parlimen semalam.
Anwar menuduh Zahrain kelihatan selesa membuat pendedahan selepas kembali ke pangkuan Umno.
“Kenapa kita perlu pedulikannya? Kenapa kita nak pedulikan seseorang yang sudah dibayar? Adakah awak fikir ini satu tuduhan serius?
“Jika ia serius, saya akan menghasilkan video itu. Tapi tidak, saya belum menontonnya. Mungkin beliau menonton video lucah ini, saya tidak tahu,” kata Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat pada sidang media di Parlimen tengah hari tadi.
Ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) semalam, Zahrain melancarkan satu lagi tuduhan terhadap bekas bosnya itu dengan menuduh beliau menyokong penyingkiran Wong daripada pentadbiran kerajaan Selangor.Wong merupakan Exco Kerajaan Negeri.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....