Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 29 Julai 2011

[ Video ] Keganasan polis di KL Sentral, PKR kemuka bukti video


saksikan video ini bermula dari minit 5:56

PETALING JAYA: Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran mengulangi bahawa tindakan polis yang menghala tembakan gas pemedih mata tepat kepada peserta Bersih di laluan bawah KL sentral, 9 Julai lalu adalah satu cubaan membunuh.

Beliau berkata, perbuatan itu boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan badan yang serius dan melanggar undang-undang di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis juga melanggar undang undang antarabangsa dan tidak mengikut prosedur ditetapkan, apabila melepaskan tembakan di tempat tertutup atau di dalam terowong.

Serangan itu katanya, mencederakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadinya Fayadh Al Bakri, dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

“Fayadh dan Khalid masing-masing cedera di muka dan kepala kerana tembakan terus dari kanister gas pemedih mata sehingga cedera parah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), di sini hari ini.

Akibat tindakan ganas itu, Fayyadh mengalami kecederaan serius sehingga dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan di bahagian muka. Manakala Khalid pula mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala dan menerima enam jahitan.

Dalam sidang media yang sama, wartawan turut ditunjukkan beberapa klip rakaman membuktikan polis melepaskan tembakan menghala ke arah orang ramai.

Peguam hak asasi manusia dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, berkata, Ketua Polis Daerah Brickfields (OCPD), Wan Bari Wan Khalid, memberi arahan kepada polis supaya menembak ke arah bawah.

“Semasa serangan di terowong KL Sentral, pihak polis telah mengarahkan “Bawah! Bawah” sebelum menembak kanister gas pemedih mata terhadap peserta Bersih.

“Polis juga beri amaran kepada wartawan, dan jurugambar beredar, kalau tidak mahu kena (tembakan),” kata Fadiah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa juga menyifatkan tindakan polis itu bertujuan mendatangkan kecederaan dan boleh mengakibatkan kematian.

“Lebih kurang 12 tembakan gas pemedih mata ditembak di kawasan tertutup yang penuh dengan peserta, ini boleh mendatangkan kecederaan.

“Bayangkan gas pemedih mata ditembak di dalam bilik tertutup di mana ruang udara adalah tebal dan penuh dengan asap, dan dengan setiap nafas anda mendapat gas pemedih mata dalam paru-paru anda … orang boleh mati,” kata Sivarasa.Keadilandaily

Polis diberi tempoh 24 jam mohon maaf kepada Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Peguam kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyerahkan notis tuntutan kepada polis bagi meminta maaf kepada anak guamnya dalam tempoh 24 jam.

Notis itu telah dihantar dengan tangan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 4 petang tadi dan menuntut Ketua Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid memohon maaf kepada Mohamad Sabu(gambar kiri) kerana memfitnah timbalan presiden PAS itu.

"Kami menuntut ia dibuat dalam masa 24 jam melalui semua media termasuk tv dan akhbar."Saya telah diarahkan oleh anak guam saya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Datuk .... Jika tidak dibuat dalam masa 24 jam," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Mohamad sebelum ini mendakwa Salleh berbohong berhubung kecederaan yang dialaminya dalam insiden 9 Julai lalu.

Menurut Mohamad, beliau sememangnya dilanggar oleh pihak polis dan mengalami kecederaan pada bahagian lututnya sehingga menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan di hospital pakar di Petaling Jaya pada 17 Julai lalu.

Doktor memasukkan skru 2 1/2 inci untuk menyambungkan ligamen dan bahagian tulang di bahagian lututnya.

Malah katanya, Salleh sendiri tahu tentang dirinya yang dilanggar oleh pihak polis sehingga mengalami kecederaan dan tidak dapat berjalan apabila beliau terpaksa dipapah oleh pihak polis untuk dimasukkan ke dalam kenderaan polis, dipapah ketika dibawa ke lokap polis, dipapah ketika dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Laporan berhubung beliau dilanggar itu juga dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 14 Julai lalu.

Kejadian menyedihkan yang dialaminya itu berpunca dari keganasan polis dalam menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai lalu.

Insiden-insiden keganasan polis itu termasuk terhadap dirinya dan para peserta lain telah diadukan kepada pihak Suhakam dan beliau bersetuju serta akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Suhakam untuk mengadakan sisatan awam berhubung perkara itu.

Beliau amat kesal kerana Salleh yang dipengaruhi oleh para pemimpin Umno dan kerajaan BN sanggup mempermainkan soal keselamatan dan kesihatannya, pada hal kedua-dua perkara itu adalah perkara serius yang tidak sewajarnya dipermainkan.

Beliau turut kesal apabila PAS yang dahulunya hanya berlawan dengan Umno BN, tetapi kini dihadapkan pula dengan institusi awam untuk mempermainkan rekod keselamatan dan kesihatan seseorang.Hrkh

MCA marah DAP utamakan Melayu

PETALING JAYA: Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.

Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu.

“Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?” soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu.

Lim dalam kenyataannya berkata, para kontraktor dalam lima daerah untuk projek JPS adalah terdiri daripada Melayu, Bumiputera dan India Muslim manakala kontraktor wanita mewakili 20 peratus.

Tan berkata sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri, tidak ada seorang pun kontraktor Cina dalam lima daerah mendapat projek. JPS.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi projek kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera supaya dilihat adil tetapi mereka mesti memastikan para kontraktor itu mampu menyiapkan projek-projek yang diberi dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

Tan berkata terdapat bukti bahawa walaupun mendapat sokongan daripada masyarakat Cina untuk Lim dan DAP, kepentingan masyarakat Cina kian terhakis sejak DAP berkuasa.

“Mereka (DAP) sedar bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada orang-orang Cina selama-lamanya tetapi saya harap tindakan DAP untuk “mengambil hati” bangsa-bangsa lain tidak dilakukan dengan mengenepikan kepentingan masyarakat Cina di negeri itu,” katanya.FMT

Bakal Pengantin dikenakan tunjuk alat kelamin masing-masing?

Perlu ke tindakan sedemikian. Siapa yang berhak membuat pemeriksaan? Para wali ke? Mungkin memalukan tetapi itulah jalan yang perlu diambil untuk menyiasat mereka yang bakal berkahwin benar jantina mereka. Bahkan zaman pelbagai penyakit ini, perlu juga dibuat pemeriksaan… yelah!
Mana tahu kot2 pasangan membawa penyakit berjangkit. Setengah tempat mensyaratkan pasangan bebas daripada HIV kerana dibimbangi jangkitan penyakit aids. Kalau tak pun… tersalah jantina… sama sejenis?

GOWA - Wa Ode Nurmalasari, warga daerah Gowa, Sulawesi Selatan, menyesal telah menjalani pernikahan dengan Jonathan @ Jonny kerana tanpa disadari telah hidup bersama sesama jenis selama dua tahun.

Ketika ditanya semasa ditahan pihak polis, Jonny mengatakan telah menikah tahun 2009 dan telah membina rumah tangga selama dua tahun. "Hubungan yang saya lakukannya dengan istri saya hanya sekadar menyentuh tubuh bagian atas. Saya tidak pernah berhubungan badan apalagi memakai alat bantu," ungkapnya.

Terbongkarnya identiti Jonny, ketika beliau hendak berkahwin lagi dengan seorang perempuan muda asal Gowa. Awal berkenalan melalui SMS dengan mengaku sebagai seorang pengawal keselamatan swasta.
Ayah perempuan itu, Syamsuddin mengaku, awalnya mereka mempercayai Jonny orang baik-baik dan bersetuju untuk mengahwinkan Jonny dengan putrinya. Tetapi setelah mendengar beberapa maklumat dan timbulnya kecurigaan dari beberapa keluarga terdekat lalu Syamsuddin memutuskan melakukan pemeriksaan.

"Awalnya tidak percaya, lalu ketika dia datang ke rumah dan terus memaksanya dengan memasukkannya ke dalam bilik untuk diperiksa ternyata betul dia perempuan," ucap Syamsuddin.

Komentar : Latah Wan Ahmad dan SPR

Melatah itu dikatakan hanya ada pada orang Melayu, sebagaimana amok yang menjadikan budayanya unik.

Sifat-sifat kemelayuan itu turut berlaku dalam dunia moden hari ini, termasuk dalam satu acara dialog di antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diwakili oleh Timbalan Pengarahnya Wan Ahmad Wan Omar (gambar  kiri, tengah, Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreevenasan (gambar kiri, kiri) dan Prof Shamsul Amri Baharuddin (gambar kiri, kanan) dari UKM, yang telah berlangsung baru-baru ini.

Latah Wan Ahmad tidaklah seperti mana yang biasa dikaitkan dengan seorang nenek atau datuk yang diusik oleh anak atau cucunya.

Sebaliknya melatah versi SPR ini adalah dengan bentuk terlepas cakap, tersasul atau "kantoi" dengan menyebut antaranya "Barisan Nasional tak hentam SPR", ketika membezakan layanan SPR terhadap BERSIH 2.0, Pakatan Rakyat dan BN.

Lawak seram

Begitu juga ayat susunan Wan Ahmad, "kita (SPR) memang ada hubungan yang baik dengan Bukit Aman", ketika beliau cuba menggambarkan sistem pengurusan SPR yang dianggap cekap dan lengkap termasuk hubungan "istimewa"-nya dengan Polis Diraja Malaysia.

Selepas tersasul menyebut ayat-ayat ini, hadirin dalam dialog yang diadakan di Shah Alam pada Selasa lalu dapat melihat perubahan air muka beliau yang semacam tersedar akan kata-katanya.  Dan, beliau mula mengambil masa untuk "melarikan" topik itu.  Lucu sungguh!

Latah secara spontan ini, secara tidak langsung telah memberi gambaran sebenar kepada penonton "debat" yang menyaksikannya melalui siaran langsung TV internet dan kita sendiri bahawa itulah realiti bawah-sedar yang terjadi selama ini kepada pihak SPR.

Bagaimana kita menerima dan memahaminya?

Selain melatah dengan "bertandak", biasanya sindrom ini akan diikuti dengan sebutan kata-kata yang diucap tanpa dikawal oleh individu tersebut.  Kadang kala bunyinya mencarut, kadangkala pula tersebut perkara "rahsia".

Bagi individu yang berkedudukan penting seperti Wan Ahmad ini, pastilah ia menjadi tragedi seram baginya dan SPR sendiri.  Bagi yang mahu kepada pilihan raya yang bebas, bersih dan adil, ia tidak ubah seperti menonton satu lawak seram.

Bagaimana ianya berlaku?

Melihat pada suhu dialog pada ketika itu, kedudukan Timbalan Pengerusi SPR itu semasa sedang berdebat dengan Ambiga dan juga menghadapi persoalan daripada hadirin, beliau berada dalam keadaan amat defensif.  Malah sedang berada dalam tekanan kesan dari asakan bertubi-tubi yang datang dari mood hadirin pada masa itu.

Kita memahami tekanan yang dialaminya tetapi tidak pula menyangka beliau akan "kantoi" menyebut perkara-perkara seperti itu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....