Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 21 Oktober 2009

Kembali ke pangkuan Umno,kenyataan media Ibrahim Ali



KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau masih ingin terus berfungsi sebagai ahli Parlimen bebas dari Pasir Mas, buat masa ini.

Bagaimanapun beliau menyatakan pendiriannya untuk menyokong Umno dan kepemimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mengenai hubungannya dengan PAS pula, Ibrahim berkata, kerjasama yang terjalin ketika pilihan raya umum lepas dengan parti itu kini sudah berakhir.

"Pada waktu itu PAS merasakan parti itu lemah terutamanya di Kelantan maka mereka menghulur tangan untuk bekerjasama dengan saya dan menjadi lumrah bagi orang yang tidak berparti memberi kerjasama kepada mana-mana parti politik yang mandekati kita.

"Mereka minta kerjasama saya dan saya beri kerjasama, bila selesai pilihan raya selesailah kerjasama di antara saya dengan PAS dan saya tidak menyertai PAS, hanya sekadar itu," katanya.

Mengulas lanjut mengenai desas desus yang mengatakan yang beliau akan menyertai Umno, Ibrahim menjelaskan; "Saya berpendapat atas beberapa sebab, belum ada lagi keperluan bagi saya untuk menghantar borang menyertai Umno.

"Saya adalah ahli Parlimen bebas dan bersedia bekerja sama dengan mana-mana pihak tetapi kecenderungan saya sekarang ini ialah menyokong Umno iaitu kepimpinan kerajaan sekarang sebab saya tengok sudah ada tanda-tanda positif ke arah perubahan dan ini adalah perkembangan yang cukup baik," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, terdapat beberapa sebab beliau mengambil keputusan untuk tidak menyertai Umno dalam waktu terdekat termasuk tidak mahu dipandang serong oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan beliau mengambil kesempatan kerana parti itu kini semakin pulih.

"Saya membuat pendirian ini sebab saya tak mahu nanti dituduh menyertai Umno kerana Umno sudah mula bertambah kuat, kerana ada kepentingan diri dan seumpamanya," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa parti itu tidak menyekat mana-mana pihak untuk kembali kepangkuan Umno termasuk Ibrahim sekiranya ingin menyertai semula parti yang ditunjangi orang Melayu itu. Katanya, Umno sedia mengkaji kewajaran Ibrahim kembali ke pangkuan Umno jika bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas itu berhasrat berbuat demikian dan sebarang permohonan menyertai Umno akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi (MT).

Kata Ibrahim lagi, kecenderungannya untuk menyokong Umno dan BN adalah berdasarkan faktor parti itu kini lebih bersikap terbuka dan sedia dikritik.

"Satu perkara yang paling seronok saya lihat dalam Umno sekarang ia sudah jadi betul terbuka dan boleh ditegur dan dikritik malah kepimpinan parti itu juga mengatakan kritikan yang membina (akan) disambut baik," katanya.

Jelasnya perkata tersebut berbeza dengan PAS yang bersikap sukar menerima teguran dan kritikan.

"Dulu pun saya mengatakan saya akan bekerjasama dengan sesiapa termasuk PAS, tetapi saya tidak menjadi ahli PAS dan bila saya memberi teguran, pandangan dan kritikan mana yang saya rasa patut, nampaknya mereka tidak boleh terima sebaliknya mendesak saya supaya meletak jawatan.

"Di sinilah saya lihat ada perbezaan... saya adalah ahli Parlimen Bebas dan bersedia bekerjasmaa dengan mana-mana pihak tetapi kecenderungan saya sekarang ini ialah menyokong Umno iaitu kepimpinan kerajaan sekarang sebab saya tengok sudah ada tanda-tanda positif yang cukup baik.

"Jadi kalau ada perkara-perkara positif yang cukup baik kita kenalah memberi sokongan tanpa mengira kepentingan kita," katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan pemimpin Umno Kelantan, Ibrahim berkata: "Saya mempunyai hubungan yang baik dengan semua pemimpin Umno Kelantan kerana mereka juga rakan-rakan saya dulu dan jika mereka minta memberi sokongan dan bantuan, apa yang boleh saya bantu saya akan bantu, apatah lagi untuk kebaikan rakyat Kelantan."mstar

Sidang Parlimen | MP Pas mencelah jawapan Menteri



MP PAS mencelah jawapan Menteri (1) menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008.



MP PAS mencelah jawapan Menteri (2) - Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dan Dr Dzulkefly Ahmad mencelah jawapan penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad .Jiwokelate 2009

ECER:Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh





KUALA LUMPUR, 21 Okt: Parlimen hari ini diberitahu bahawa kerajaan negeri Kelantan di bawah Menteri Besarnya Datuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memberi kerjasama yang begitu baik terhadap Plan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (/ECER) yang dilancarkan pada 29 Oktober dua tahun lalu.

Ini dinyatakan sendiri oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop(BN-Tasek Gelugor) ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk brahim Ali (Bebas- Pasir Mas) yang mahu Perdana Menteri menyatakan secara terpenrinci apakah kerajaan Kelantan memberi kerjasama yang penuh terhadap pelaksanaan projek ECER dan memberi contoh kerjasama yang diberi dan yang tidak diberi secara khusus.

Menjawab soalan itu lagi, Nor memberitahu dan memuji kerajaan Kelantan yang melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung di dalam ECER dan tidak menyatakan sebarang contoh yang 'negatif' seperti yang dimahukan dalam soalan terbabit.

"Semua negeri memberi kerjasama yang baik termasuk kerajaan Kelantan dan ini dibuktikan dengan kerajasama cukup baik yang diberikan oleh Menteri Besarnya sendiri," kata Nor di Dewan Rakyat pagi tadi.

Ibrahim kemudiannya menyambut baik jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan itu turut, berharap dengan penjelasan itu tidak timbul lagi isu mahupun dakwaan negatif yang dilemparkan ke atas kerajaan Kelantan yang kononnya tidak mahu memberi kerjasama terhadap dasar dan projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan selama ini.

"Alhamudlillah dengan jawapan itu kita berharap tidak akan timbul lagi kononnya Kerajaan Kelantan tidak mahu bekerjasama dan projek-projek ini adalah untuk kepentingan rakyat itu sendiri," kata Ibrahim Ali.

Bulan lalu, Nik Aziz dilaporkan berkata bahawa kerajaan negeri itu sentiasa memberikan kerjasama kepada kerajaan pusat dalam membangunkan projek di bawah pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER).

Sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein mendakwa Kelantan tidak berminat untuk menjayakan projek tersebut menyebabkan mereka lebih kebelakang berbanding Pahang.

"Dia kata Kelantan tidak kerjasama dengan pusat sedangkan kita ada jawapan bertulis daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri," tegas Nik Aziz.

Beliau menyerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut.

ECER melibatkan kos pelaburan berjumlah RM112 billion untuk tempoh 12 tahun (2007 - 2020) atau RM9.33 bilion setahun iaitu meliputi tiga Rancangan Malaysia iaitu Rancangan Malaysia ke-9, 10, dan 11.

ECER mempunyai 227 projek di keempat-empat buah negeri di pantai Timur termasuk Kelantan.

Lebih separuh (53%) daripada pembiayaan ECER datangnya daripada peruntukan kerajaan persekutuan (39%), Syarikat Kerajaan (GLC) 14 %, bakinya (47%) daripada swasta iaitu Inisiatif Swasta (27%) dan Sektor Swasta (20%).

Komponen pelaburan utama ialah Pengangkutan dan Infranstruktur (43%), Pelancongan (15%), Pendidikan dan kemudahan awam (15%), Pengeluaran dan petrokimia (9%) dan Pertanian (4%). _harakahdaily

Zaman Umno bakal berakhir


HULU TERENGGANU - Situasi politik negara masa kini merupakan masa paling baik dan sesuai bagi rakyat membuat perubahan dalam mana-mana pilihan raya diadakan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/nikamar.JPGTimbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Nik Mohamad Amar Nik Arshad menyarankan agar pemimpin serta ahli PAS di seluruh negara mempertingkatkan kualiti parti.

Ini penting, katanya agar rakyat umum dapat membezakan antara keupayaan pemimpin parti Umno dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Kita (PAS) melihat sekarang adalah masa paling sesuai untuk rakyat buat perubahan. Suasana pemimpin politik (Umno dan Barisan Nasional) negara yang berkecamuk.

“Kita (PAS) kena tingkatkan kualiti kerja kita (parti) di semua peringkat cawangan, Dewan Undangan Negeri (Dun), kawasan dan negeri.

“Biar kualiti kita (PAS) berbeza dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan barulah boleh laksanakan amanah Allah SWT,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Majlis Ceramah Perdana Sempena Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu 2009 di Padang Bola Pekan, Manir, 17 Oktober lalu.

Dato’ Nik Mohamad Amar yang juga Ahli Exco Kerajaan Kelantan yakin zaman pemerintahan Umno-BN bakal berakhir kerana hilang sokongan serta kepercayaan rakyat terhadap parti komponan tersebut.

Bahkan, katanya kemenangan calon BN, Tan Sri Isa Samad dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang tidak menggambarkan penerimaan rakyat umum terhadap parti tersebut.

Menurutnya, calon BN yang terbukti bersalah terlibat dengan masalah rasuah dan politik wang boleh menang kerana Umno-BN bukan sebuah parti bersih.

“Umno sebuah parti yang kotor dan terlibat dengan banyak masalah rasuah, politik wang, penyelewengan dan penipuan.

“Dia (Umno-BN) bukan parti bersih tetapi menang dengan cara tidak bermaruah dan calon yang tidak bermaruah,” tegasnya.

Menurutnya, pelbagai isu yang menjadi ‘senjata’ kepada PAS dan Pakatan Rakyat akan digunakan untuk membuat perubahan

Sementara itu, mengulas isu berkaitan kecelaruan politik calon Bebas yang bertanding atas tiket PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, Dato’ Paduka Ibrahim Ali yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas itu disifatkan sebagai barang ‘permainan’ di Kelantan.

“Dia (Ibrahim Ali) tidak boleh buat apa-apa. Parti Umno pun tidak mahu terima dia (Ibrahim). Kita (PAS) di Kelantan anggap dia (Ibrahim) seperti barang ‘permainan’ kanak-kanak.

“Ada dia (Ibrahim) boleh juga ada ‘hiburan’ politik yang tidak menjejaskan pengaruh dan kekuatan PAS Kelantan untuk kekal berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang, Insya’Allah,” ujarnya.

Menurutnya, dalam PRU Ke-13 PAS dan Pakatan Rakyat bukan sahaja mampu mengekalkan kemenangan sedia ada tetapi yakin merampas kembali Terengganu.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....