Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 29 Oktober 2009

Ekoran keputusan Mesyuarat Khas Pas,apa kata Pas Selangor


PAS Selangor mengalu-alukan kesediaan PAS pusat untuk menangani kemelut yang berlaku dalam PAS sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009.

PAS Selangor juga menyambut baik keputusan untuk menolak EGM (mesyuarat agung khas) dan seterusnya menyelesaikan masalah dalaman melalui siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri Selangor bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa disiplin parti. Kami menyeru agar siasatan ini dilakukan dengan serta-merta bagi mengembalikan integriti seluruh ahli-ahli PAS di negeri Selangor.

Bagi memulihkan imej parti, PAS Selangor menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang mengganggu-gugat PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog.

Bagi meninggikan prinsip-prinsip al-'adalah yang ditetapkan oleh Islam, PAS Selangor ingin menekankan jawatankuasa disiplin parti hendaklah juga menyiasat orang yang membuat tuduhan dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka sekiranya tuduhan tersebut tidak benar kerana mencetuskan suasana yang tidak stabil dalam parti dan seterusnya merosakkan imej parti.

Merujuk kepada beberapa isu yang dibangkitkan, kami ingin menegaskan bahawa ahli-ahli PAS Selangor di semua peringkat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan PAS negeri sebagaimana yang telah diputuskan melalui mesyuarat khas badan perhubungan PAS negeri Selangor yang bertarikh 27 September 2009.
PAS Selangor menyeru kepada semua ahli-ahli parti agar menghormati jawatankuasa disiplin parti di dalam menjalankan tugasnya dengan tidak membicarakan isu ini sehinggalah proses penyiasatan dan pendakwaan selesai.

PAS Selangor seterusnya menyeru kepada ahli-ahli PAS di Selangor agar bertenang dan membiarkan proses siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti selesai sepenuhnya. Semua ahli-ahli PAS di Selangor mestilah menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YB Tuan Guru Presiden.

Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Seekor lagi spesis katak muncul di Selangor,lagi Adun PKR tinggalkan Parti


SHAH ALAM, 29 Okt:
Ekoran tindakan Menteri Besar Selangor mencadangkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), agar Adunnya di Perlabuhan Klang melepaskan jawatan, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan dirinya keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional.
Beliau membImageuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang ini.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo pula berkata, Umno sedia menerima Badrul untuk menyertainya.

Tan Sri Khalid Ibrahim dalam respon segeranya berkata, Umno boleh ambil Badrul sebagai wakil rakyatnya jika mereka mahu sangat. Namun Khalid mendesak, Badrul mesti bertanggungjawab kepada rakyat kawasan Perlabuhan Klang yang diwakilinya.

Pagi tadi, Badrul Hisham dicadangkan Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar meletakkan jawatan.

Tindakan ini diambil selepas hampir setahun proses membetulkan keadaan dibuat namun terbuktinya ianya gagal dan sikap Adun berkenaan tidak berubah.

Menurut kenyataan pejabat MB, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

"Sejak surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada beliau pada 20 Ogos 2009. Beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbaiki prestasi kerja beliau.

"Dalam surat jawapannya. Badrul Hisham telah menyatakan kesudian untuk berjumpa dengan pimpinan negeri dan parti..

"Namun demikian beliau masih enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti, menjawab panggilan telefon dan SMS, serta membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk Pelabuhan Klang," kata kenyataan tersebut.

Berikutan itu, Khalid hari ini membuat satu usul kepada MPP PKR supaya Badrul Hisham meletakkan jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Klang.

"Menteri besar juga akan menghantar satu delegasi untuk memaklumkan pendirian tersebut kepadanya dalam masa terdekat.

"Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana mereka ini hanya akan menggagalkan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat," kata kenyataan itu lagi.harakahdaily

MB Selangor minta Adun Pelabuhan Kelang letak jawatan



Menteri Besar Tan SriAbdul Khalid Ibrahim membuat usul kepada Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat menyarankan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatan. Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi NikAhmad berkatausul berkenaan dibuat atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap aduan penduduk Pelabuhan Kelang mengenai prestasi Badrul Hisham. Walaupun diberikan surat tnjuk sebab sebelum ini, Badrul gagal memperbaiki prestasi kerja beliau selain enggan membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk setempat. Badrul juga enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti dan tidak melayan panggilan telefon atau SMS yang dihantar kepada beliau mengenai isu berkenaan, kata Nik Nazmi. “Datuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil keputusan untuk menyatakan kepada Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat agar YB Badrul diminta letak jawatan kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik selaku wakil rakyat Pelabuhan Klang,” katanya.Nazmi berkata kerajaan negeri telah menerima banyak aduan mengenai mutu kerja Badrul sebelum ini. “Kerana banyak aduan, kita telah memberi surat tunjuk sebab, apabila dia (Badrul) membalas surat tunjuk sebab, dia menyatakan kesedian untuk berjumpa. Tetapi sampai hari ini kita cuba berjumpa dengan dia tetapi tidak berjaya, tidak dapat menghubungi beliau malah penduduk pun sukar untuk berjumpa dengannya,” kata Nik Nadzmi. “Jadi sebab itu kita ambil keputusan untuk minta dia letak jawatan,” katanya.Nik Nazmi berkata usul berkenaan tidak dibawa ke Speaker Dewan kerana Menteri Besar tidak mahu memecat Badrul sebaliknya hanya mahu beliau meletakkan jawatan secara sukarela.Menurutnya kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab kerana ia hanya mengekang usaha kerajaan negeri dalam memajukan Selangor.TVS

Sidang Dun Perak | Kenyataan Media Datuk Sri Nizar


Sidang media oleh YAB Datuk Sri Nizar sempena sidang Dun perak pada 28/10/2009.

Ceramah Zulkifli Mohd Omar dan Che'gu Bard di Beris Pak Abu

Bacaan ayat2 suci Al Quran oleh Ust Mohd Amin
Majlis di pengerusikan oleh Ust Zulkifli Kadir,Ketua Dewan Pemuda Pas Kaw. Besut
Ucapan alu aluan oleh Tim. YDP Pas Kaw. Besut,Hj Hassan Salleh
Ucapan berapi dari Che'gu Bard
Ucapan Zulkifli menarik perhatian para hadirin
Sebahagian daripada hadirin
Kusyuk,atas jalanpun demo duduk sapa sapa tokleh lalu he..he..



Ceramah Umum oleh Zulkifli Mohd Omar dan Che'gu Bard anjuran Pas Kaw. Besut dengan kerjasama Pas Cawangan Beris Pak Abu ini di adakan di Madrasah Hj Husin Beris Pak Abu.Dalam Ceramahnya Zulkifli banyak menyentuh tentang perjalanan PRK Bagan Pinang yang penuh dengan penyelewengan oleh Umno dan tindakan ganas mereka dalam usaha menakutkan pengundi.Sementara Che'gu Bard lebih memberi tumpuan pada isu nasional yang berlaku mutakhir ini.Beliau juga antara lain menyebut bagaimana setiap kali PM baru di lantik maka akan timbul pula Slogan yang baru dan slogan lama akan di lupakan.Ini semua untuk mengaburi mata rakyat supaya terus menyokong BN.Contohnya Wawasan 2020,Islam Hadhari dan terbaru 1 Malaysia.Turut berucap dalam majlis yang di pengerusikan Ketua Dewan Pemuda Pas Kaw. Besut Ust Zulkifli Kadir ialah Tim. Ketua Pas Kaw. Besut Hj Hassan Salleh yang mengalu alukan kehadiran penceramah dan para hadirin.Sementara Ust Mohd Amin memulakan majlis dengan bacaan ayat suci Al-Quran.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zamri lawan Nizar: YB HJ NIZAR MENGIRINGI TUANKU RAJA MUDA MELAWAT JAMBATAN RUNTUH



http://misabah.blogspot.com/

Kebetulan atau bagaikan di janji, YB Dato' Seri Hj Nizar telah mengiringi Tuanku Raja Muda Perak melawat tapak berlakunya jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang semalam.

YB Hj Nizar telah berada di tapak jambatan gantung runtuh 2 jam sebelum ketibaan Tuanku. Sambil menunggu ketibaan Tuanku, beliau berjumpa dan bersalaman dengan pihak polis, bomba, pegawai-pegawai dari Kementerian dan Jabatan Pendidikan serta Adun-adun BN yang turut berada di situ.

Beliau sempat memberi pandangan kepada wartawan, polis, bomba, pegawai kerajaan dan yang lain-lain sebagai seorang jurutera profesional betapa silap dan salahnya kontraktor binaan tersebut yang membuat jambatan tanpa menggunakan plan asal yang mesti mempunyai spesikasinya. Beliau percaya kontraktor tidak ikut spesikasi yang sebenar.

Sehinggalah Tuanku tiba, YB Hj Nizar turut menyambut dan mengiringi tuanku sehingga tuanku berangkat pulang. Sepanjang mengiringi tuanku, orang ramai menyaksikan sendiri betapa akrabnya tuanku dengan YB Hj Nizar. Tertolaklah segala tohmahan UMNO BN kononnya Hj Nizar derhaka pada tuanku, mana mungkin orang yang derhaka pada tuanku, boleh bersama tuanku tanpa sedikitpun rasa bersalah atau malu.

Bukan sekali ini, YB Hj Nizar bersama dalam majlis bersama tuanku, sebelum inipun selepas UMNO BN tuduh Hj Nizar derhaka pada tuanku, Hj Nizar tetap menghadiri majlis bersama tuanku apabila dapat jemputan, dan ternyata hubungan tetap akrab dan mesra.

Mesyuarat Khas Pas,tiada EGM hanya Seminar Khas







KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.harakahdaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....