Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 2 Januari 2012

Insiden Demo UPSI : Pengakuan Mengejutkan siswi Yang Ditahan Polis


Seorang siswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti NurulPiteriah yang turut dikenalpasti antara 17 yang ditahan dalam himpunan semalam tampil membuat pengakuan yang mengejutkan.

 Menurutnya yang juga lebih dikenali Yuyu Luna di laman sosial facebook, beliau menyatakan dirinya masih kabur dengan tindakan pihak polis menahannya dalam himpunan itu.

Tadi (petang semalam) dah dibebaskan atas jaminan polis, perbicaraan 20 Januari nanti tetapi saya masih kabur atas kesalahan apa saya ditangkap jam 3.30 pagi tadi (1 Januari 2012).“Sebab ada berlaku penipuan dari pihak polis untuk membawa saya ke balai.

“Saya tidak ditangkap, tetapi diberitahu oleh dua orang pegawai wanita bahawa ada orang mahu jumpa di dalam balai, maka saya ikut dan sampai di balai dorang cakap saya bersalah, cuma bila tanya apa kesalahan mereka tak bagi tahu.”, ceritanya dalam satu kenyataan.


Beliau yang dilihat aktif berpencak di pentas gerakan mahasiswa nasional akhir-akhir ini turut diberi amaran keras oleh pihak universiti.

Insiden Demo UPSI : Mahasiswa Yang Dipukul Polis Akan Ambil Tindakan Mahkamah

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Mohd Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya.

Peguam kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini, Mohd Khairuddin Othman mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak berkuasa berkenaan dalam masa terdekat.

“Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri.“Sehubungan itu, keluarganya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis dalam masa terdekat, dan antara defendan adalah Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak, dan anggota polis yang terlibat dalam kejadian awal pagi tahun baru itu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Video : Dua Darjat,Tindakan Polis Keatas Demo Mahasiswa vs Demo Umno Di Depan UPSI

Antara dua darjat :


Demo mahasiswa depan UPSI


Demo Umno depan UPSI


Sifat double standard pasukan polis terserlah.Tiada apa2 tindakan atau sekatan keatas pendemo Umno yang membuat bantahan keatas Adam Adli di depan UPSI( gambar kiri ).Tiada yang tercedera atau ditangkap,polis kelihatan hanya memantau untuk memastikan demo ini berjalan dengan lancar.

Sementara sikap keras ditunjukkan polis ketika menyuraikan demo mahasiswa didepan UPSI pada malam tahun baru lalu.Mereka hanya sekumpulan pelajar yang ingin suara mereka didengar, mengapa harus bertindak keras.
Percayalah sikap berat sebelah pihak polis yang didalangi Umno ini menambahkan lagi kebencian rakyat.Jom kuburkan Umno pada PRU 13...

Full Video : Ust Azhar Idrus Main Gitar Bersama Zizan Raja Lawak



Pendakwah dan penceramah agama, Ustaz Azhar Idrus menunjukkan bakat dalam bidang muzik ketika sesi soal jawab agama dalam program Jom Santai Bersama GeMS di Dataran Kemerdekaan di sini semalam.

Program sempena sambutan tahun baru 2012 anjuran Kerajaan Negeri itu menggabungkan Azhar, yang pernah menjadi guru muzik, bersama pelakun, pelawak dan pengacara terkenal, Zizan dalam sesi itu.

Lagi Video Berkaitan DISINI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....