Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 7 April 2011

Gambar : Kenali Calon Calon Pas Pada Pilihanraya Negeri Sarawak


N22 SEBUYAU


Haji Adam bin Ahid,berumur 62 tahun adalah merupakan anak jati kawasan Sebuyau.Beliau yang merupakan Pesuruhjaya Pas Sarawak menjadi aktivis sepenuh masa bagi Pas Sarawak.Haji Adam telahpun berkahwin dan kini mempunyai empat orang anak.

Pemilihan Haji Adam di kawasan Sebuyau adalah satu pilihan yang tepat, bukan sahaja kerana beliau adalah Pesuruhjaya Pas Negeri,tetapi lebih daripada itu adalah jumlah ahli keluarganya yang agak besar di kawasan Sebuyau. Mengikut Pas Sarawak,Haji Adam mempunyai rantaian keluarga yang agak besar meliputi kawasan Sebuyau,Sebangan,Seruyu,Su
ngai Apin dan Tebelu.

Selain itu juga,Haji Adam turut dikenali dan mempunyai ramai kenalan dari kaum Cina dan Iban dalam Dun Sebuyau.Dalam Pilihanraya Negeri kali ini,beliau akan menghadapi pertandingan tiga penjuru antara beliau dengan Julaihi Narawi (PBB) dan calon Bebas,Ali bin Semsu.

Dalam Pilihanraya Negeri pada tahun 2006,N22 Sebuyau yang terletak dalam Parlimen Batang Lupar menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PKR,Mohamad Akek dan penyandang sekarang,Julaihi.

Julaihi menang setelah memperoleh 3748 undi berbanding Mohamad 1300 undi dengan majoriti sebanyak 2448 undi.Untuk rekod,Sebuyau dianggap sebagai kawasan campuran dengan 58.3% pengundi daripada kaum Melanau dan 37.1% Iban.

Bila Dun S’wak dibubar, projek pembangunan mencurah-curah

PETALING JAYA: Petugas-petugas PKR hari ini mendedahkan bahawa projek pembangunan mencurah-curah masuk ke kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Nangka selepas Dun Sarawak dibubarkan.
Salah seorang petugas di kawasan itu, Halimey Abu Bakar berkata, “kini mereka sibuk mengetar jalan di Kampung Temayong yang selama 50 tahun hanya jalan tanah merah. Saya tidak nafikan di tempat-tempat lain begitu juga.
“Beginilah sikap kerajaan negeri, hanya membantu setelah mereka mahu mendapat undi. Rakyat Sarawak akan terus mundur dan ketinggalan jika BN (Barisan Nasional) terus menjadi pemerintah di negeri itu,” katanya kepada FMT.
Katanya, kira-kira 10 petugas PKR Selangor berada di Nangka bagi membantu calonnya Norisham Mat Ali.
Jurutera berusia 29 tahun ini akan mencabar calon BN, Anuar Rapee dari Parti Bersatu Bumiputera Sarawak (PBB) pada pilihan raya negeri (PRN) pada 16 April ini.
Halimey berkata, Kampung Temayong mempunyai kira-kira 2,600 pengundi kaum Iban yang terletak 40 kilometer dari pekan Nangka.

Video : Calon Pas Dun Beting Maro Sarawak




BATANG LUPAR, 7 April: Masyarakat di Dun Beting Maro bagai dilanda fenomena baru dengan kehadiran calon anak muda PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Pencalonan Abang Ahmad, 32, atau lebih mesra dengan panggilan 'Abang Mat', bukan sahaja ditunggu-tunggu, malah beliau dirai seperti seorang selebriti oleh masyarakat di sini.

Tinjauan Harakahdaily ketika hari pertama beliau berkempen bertemu rakyat semalam memperlihatkan betapa keterujaan rakyat menerima kehadiran beliau sebagai wakil mereka.

Manakan tidak, keluar sahaja dari kereta, beliau terus diserbu tidak kira golongan tua, muda mahupun kanak-kanak yang tidak mahu terlepas peluang bersalam dengan beliau.Malah, ada sesetengah mereka yang mencium tangan beliau.

Panggilan 'handsome boy', 'Abg Mat handsome' kini mula dijadikan 'trademark' rakyat kepada calon yang berkerjaya peguam ini.

Satu lagi 'trademark' baru yang sedang dipopularkan di peringkat PAS kepada Abang Mat iaitu simbol dua jari iaitu 'peace' yang turut memberi makna calon nombor dua dalam cetakan senarai atas kertas undi.Ianya juga sebagai melawan simbol satu jari '1Malaysia' yang dipopularkan BN.

Ditanya tentang sambutan luar biasa masyarakat terhadap beliau, Abang Mat berkata beliau terharu dan optimis akan berlaku perubahan besar di Dun ini.

"Alhamdulillah, sokongan tersangat baik...sepupu sepapat saya ramai di sini, kalau nak list tak cukup.

"Saya pun mula risau, sampai ada yang kata, hari ini tampal poster, esok semua hilang sebab masing-masing ambik simpan dalam almari kat rumah," katanya berseloroh.

Dalam pertemuan rakyat dengan beliau juga, didapati masalah tanah antara perkara yang sering diluahkan.

Tidak hairanlah, peguam muda ini sangat diharap sekurang-kurangnya mampu membawa masalah mereka dalam persidangan Dewan Undangan Negeri.

Mengulas sambutan rakyat terhadap PAS, beliau berkata sambutan rakyat itu sangat berbeza berbanding pilihan raya negeri 2006 dulu.

"Kalau 2006 dulu kita nak masuk rumah panjang kereta kita disekat dengan parang, tapi kali ini tuai rumah dia sambut kita, hampar tikar untuk kita," katanya yang petah berkata-kata.

"Tapi sekarang, orang muda pun sokong parti PAS sebab mereka nak sangat perubahan."Mereka nak bagi pengajaran kepada kerajaan memerintah," katanya lagi.

Ditanya isu yang akan dibawa sepanjang kempen pula, beliau tidak menolak isu tanah menjadi agenda utama.Selain itu, beliau juga mahu memperjuangkan isu pendidikan kepada masyarakat di sini.

"Kalau diberi mandat, kita akan bagi ilmu kepada rakyat, bukan seperti BN, bagi duit 5 tahun sekali," katanya.

Mengulas pendekatan kempen pula, beliau yang mempunyai 15 orang adik beradik mahu menggunakan pendekatan mesra keluarga kerana majoriti masyarakat di sini mengenali keluarganya.

"Saya menganggap calon lawan itu, sebagai abang saya. Kita akan kempen dalam bentuk kekeluargaan dan tidak akan serang calon lawan."Yang penting, rakyat dahagakan perubahan," katanya.Pada pilihan raya kali ini, Abang Mat ditentang calon BN, Razaili Gapor.

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS mengetengahkan calon daripada kalangan ustaz, Alem Din yang tewas di tangan calon BN Bolhassan @ Ahmad Di dengan majoriti 895 undi. Kawasan Melayu Melanau itu mempunyai keseluruhan 7,868 pengundi.Hrkh

Video : Dr Wan Azizah Sanggah Kenyataan Nazri Aziz



KUCHING 7 APRIL : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz membuat kenyataan dangkal apabila mendakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak layak untuk memastikan sama ada individu dalam video lucah yang disebarkan adalah suaminya, Anwar Ibrahim.

Azizah kelmarin menegaskan individu itu bukan suaminya berasaskan susuk badannya dan menggesa Nazri supaya tidak merekacipta alasan bagi menghalalkan penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk terus mengaibkan suaminya.

Azizah berkata dalil Nazri bahawa beliau tidak boleh menentukan sama ada lelaki itu adalah Anwar tidak masuk akal.

"Kalau ada kemalangan mana-mana, kalau saudara Anwar didapati (terlibat), saya (sebagai isteri tentu) akan dipanggil untuk membuat pengecaman. Jadi, (selaku isteri) saya memang layak untuk mengatakan (lelaki misteri dalam klip video fitnah) itu suami saya atau tidak," kata beliau di Tupong, Kuching.

Nazri semalam berkata beliau mahukan Jemaah Menteri meluluskan penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat sama ada individu dalam rakaman itu adalah Anwar kerana kerajaan tidak boleh menerima penolakkan Wan Azizah.

Menurut beliau, kerajaan Umno-BN akan terpalit dengan tuduhan terlibat dalam video seks itu berikutan penafian Wan Azizah.

Kenyataan Nazri itu menerima cemuhan pelbagai pihak kerana dilihat cuba menggunakan Suruhanjaya diRaja untuk “membersihkan” Umno daripada dikaitkan dengan
video lucah itu.

Mengulas kekhuatiran Nazri itu, Wan Azizah berkata “"siapa makan cili tentulah terasa pedasnya.”

Wan Azizah juga menolak cubaan beberapa pimpinan Barisan Nasional untuk mengemukakan usul di Parlimen bagi menubuhkan Suruhanjaya itu.

Bagaimanapun usul itu “tenggelam” setelah Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan video itu ditayangkan atas alasan ia bukan cara Islam dan melanggar kemuliaan dewan.

"Yang nak buat Suruhanaya Diraja itu, memang tidak perlu pergi ke Parlimen. Itu jawapan saya. Dia (Mohd Nazri) nak buat atau tidak (terpulang), tetapi ada isu yang lain (lebih penting)," tegas Wan Azizah.

Tambah beliau, sepatutnya penubuhan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) bertumpu pada kes yang boleh mencemarkan kepentingan negara seperti kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Sharibuu yang dikaitkan dengan komisyen pembelian kapal selam oleh kerajaan.

"Saya tidak setuju dengan Datuk Nazri yang mendakwa kes kematian Teoh Beng Hock adalah perkara kecil...saya rasa itu adalah masalah-masalah negara yang begitu runcing dan perlu ditangani segera," beliau menambah.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata kematian terbaru membabitkan seorang pegawai kastam di bangunan SPRM di Jalan Corhrane, Kuala Lumpur sepatutnya mendorong Nazri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri untuk menubuhkan Suruhanjaya di Raja bagi menyiasat SPRM secara menyeluruh.

Baginya, kerajaan yang diteraju oleh Barisan Nasional patut "membersihkan segala kotoran" dalam SPRM demi memulihara kembali integriti serta nama baik negara di persada nasional.

Tuntas dari itu, beliau secara peribadi meminta Mohd Nazri pula menjelaskan motif di sebalik usaha Umno menubuhkan Suruhanjaya diRaja yang baginya berbau “suatu konspirasi terancang untuk terus mengaibkan Anwar sempena pilihan raya negeri Sarawak ke-10 sekarang".TVS

Duta Khas : Samy Vellu Dibayar Gaji Dan Elaun RM 27,227.20 Sebulan

Duta Khas (infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S Samy Vellu dibayar gaji dan elaun adalah RM27,227.20 sebulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Selain itu, bekas presiden MIC itu juga menikmati segala kemudahan dan elaun lain yang diberikan selaras dengan taraf duta. “Seramai enam orang kakitangan (juga) telah diperuntukkan untuk bertugas di pejabat Duta Khas.

Bermula 1 Jun 2011, Pejabat Duta Khas adalah di tingkat 25, Plaza Sentral, KL Sentral, Kuala Lumpur,” katanya dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini.

Nazri menjawap soalan yang dikemukakan oleh Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin tahu rasional kerajaan menubuhkan jawatan tersebut dan lingkungan kerjanya. “Rasional menubuhkan jawatan Duta Khas (infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan adalah untuk meningkatkan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam pembangunan infrastruktur di India dan Asia Selatan.

Tidak bertindih “Oleh kerana negara-negara Asia Selatan, terutamanya India sedang mengalami pembangunan ekonomi yang pesat, keperluan infrastruktur yang berkualiti adalah amat penting untuk menyokong pembangunan ekonomi tersebut,” katanya.

Gambar : ( PRN Sarawak ) Presiden Pas Cuba Dihalang Masuk Ke Kawasan Penamaan Calon







Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....