Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 17 Mac 2010

Zahrain Serang Anwar Dalam Ucapannya Di Parlimen

KUALA LUMPUR: Ucapan sulung Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim selaku wakil rakyat Bebas hari ini yang mendedahkan punca beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyebabkan suasana Persidangan Dewan Rakyat bertukar kecoh.
Malah kurang lima minit selepas bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu berucap bermula 5.05 petang, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar Dewan selepas Zahrain mengaitkan Anwar dengan kegagalan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan "16 Sept".
Zahrain yang menyifatkan rancangan itu sebagai usaha untuk mengambil alih kerajaan tanpa mengira kesannya, berkata beliau masih ingat bagaimana wakil rakyat PKR diperalatkan dan dibohongi kononnya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti lebih daripada mencukupi.
Katanya mereka diberitahu kononnya Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan.
"Malah Yang di-Pertuan Agong dikatakan merestui YB Permatang Pauh sebagai Perdana Menteri keenam," kata Zahrain ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Video & Gambar:Sekitar Protes Orang Asli Di Putrajaya










Artikel Berkaitan Baca Di Sini

Anwar sindir Najib puji diri sendiri


KUALA LUMPUR, 17 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Datuk Seri Najib Razak kerana memuatkan pujian kepada diri sendiri dalam teks titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sewaktu merasmikan sidang parlimen dua hari lalu.

“Jarang berlaku dalam ucapan titah Yang Di Pertuan Agong, perdana menteri secara peribadi memuji dirinya sendiri,” sindir Anwar tengah hari tadi sambil disambut gelak ketawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di dewan Rakyat.

Dalam nada yang jenaka, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menasihatkan Najib supaya memuatkan ucapan penghargaan kepada Umno BN kerana berjaya mengekalkan kuasa dalam kerajaan.Imbang Penuh

“Tanpa rasa malu Perdana Menteri memuji dirinya sendiri, selalunya diletakkan tahniah kepada kerajaan kerana menang pilihan raya, itu kebiasaannya,”

Disebabkan Speaker Dewan Datuk Donald Kiandee tidak menghalang seloroh itu, Anwar terus membaca teks titah ucapan yang dimaksudkan beliau.

Harrussani, Bekas Seorang Pegawai Cawangan Khas (SB) Ganti Asri Sebagai Kolumnis


Utusan Malaysia mengugurkan Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai kolumnis penerbitan Mingguan Malaysia dan menggantikannya dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Penulisan terakhir beliau disiarkan dalam Mingguan Malaysia pada 28 Feb lalu.

Memetik Wikipedia, Harussani pernah menjawat jawatan sebagai anggota polis Cawangan Khas, Bukit Aman sebelum menjadi Kadi Besar Pulau Pinang dari tahun 1966-1984.

Harussani kemudian dilantik menjadi mufti Perak sehingga kini.

Melalui penguguran ini menunjukkan pemerintah berpatah arang dengan bekas mufti Perlis tersebut yang mutakhir ini kritikal dengan perkembangan sosio-politik tanahair.

Majlis Pelancaran Pasukan Seni Silat Dewan Pemuda Pas Kawasasn Besut

Majlis di Pengerusikan oleh Ust Khairul Ikhwan,Ust Budak Besut
Ucapan alu aluan oleh Ketua Pemuda Pas Besut,Ust Zulkifli Kadir
Turut berucap,Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pusat,saudara Suhaizan Kayat
Ucapan Perasmian oleh Tim.Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,Ust Azman Sapawi Abd Rani
Dari kiri,Ust Zulkifli Kadir,Saudara Suhaizan Kayat,Ust Azman Sapawi dan Exco DPPP Ust Ridhuan mohd Nor.

Zahrain, Zul Noordin nafi bertemu Najib minggu lalu

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Dua Ahli Parlimen Bebas Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin menafikan mereka telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu sebaik sahaja mereka keluar dan dikeluarkan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Zulkifli mendakwa khabar angin itu disebarkan oleh firaun-firaun kecil dari PKR, parti yang mereka pernah wakili sebelum ini.
Ketika ditemui di Parlimen hari ini, Zahrain (gambar) berkata “tidak, kami tidak bertemu. Tidak benar.”
Zulkifli pula ketawa besar sambil berkata khabar angin itu hanya kerja mereka yang beliau menggambarkan sebagai firaun kecil, golongan yang didakwa terlibat dalam usaha mengeluarkannya dari PKR.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....