Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 8 Mei 2010

Polis Nafi Bertindak Kasar Terhadap Kerabat Diraja Kelantan


KOTA BAHARU 8 Mei - Polis Kelantan hari ini menafikan berlakunya tindakan mengasari anggota kerabat diraja Kelantan yang ingin menziarahi Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Amir Hamzah Ibrahim berkata tidak ada kekasaran yang berlaku seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu.
Beliau diminta mengulas laporan media mengenai kekesalan anggota keluarga diraja kerana pihak polis bersikap kasar dan enggan membenarkan mereka masuk melawat Sultan Kelantan yang menjalani rawatan jantung di HUSM sejak Selasa.
Ayahanda saudara kepada Tuanku Ismail, Tengku Seri Utama Raja, Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah dilaporkan berasa dukacita apabila pegawai polis hanyamembenarkan individu tertentu untuk melawat baginda.

Lagi Remaja Ditembak Polis Dalam Kejadian Kejar Mengejar

BANGUNLAH NAK... Juhaida Che Hasan mengucup tangan anaknya Mohd Azizi Aziz, 17, yang cedera di perut akibat terkena tembakan polis semasa melawat remaja itu di Hospital Tuanku Ja'afar di sini hari ini. Turut serta ialah (dari kiri) bapa Azizi, Aziz Omar. Azizi yang menunggang motosikal dikatakan melarikan diri dan enggan berhenti semasa diarah berhenti menyebabkan anggota polis melepaskan satu das tembakan ke arahnya pada 3.30 pagi tadi. - Foto BERNAMA
GEMENCHEH: Seorang anggota polis digantung tugasnya kerana menembak seorang remaja dalam kejadian kejar-mengejar di Jalan Jelebu di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd Azizi Aziz, 17, ditembak polis kerana enggan memberhentikan motosikal walaupun diarah berulang-kali untuk berbuat demikian.
Mohd Azizi daripada Paroi dekat sini ditembak pada perut dan menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Ja’afar di sini.

Pencuri Minta Maaf,Tersilap Curi Kereta Rasmi Ketua Polis Selangor

PETALING JAYA: "Sorry PDRM tersilap sapu."

Itulah kata-kata dalam nota ringkas yang ditinggalkan di atas papan pemuka kereta rasmi Proton Perdana V6 milik Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan dicuri 48 jam lalu sebelum ditemui di Prima Damansara di sini semalam.

Pasukan penyiasat menemui kenderaan rasmi berwarna hitam itu kira-kira pukul 8.35 pagi dalam keadaan baik.Barangan lain termasuk topi rasmi polis masih dalam keadaan tidak terusik.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, polis masih menyiasat sama ada kes itu melibatkan sindiket curi kereta atau tidak.

Khamis lalu, kereta rasmi Khalid diletakkan oleh pemandunya tidak jauh dari sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam kerana dia ingin bersarapan. Setengah jam kemudian, pemandu terbabit mendapati kenderaan itu lesap sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di Seksyen 11.

Khalid pada ketika berada di luar negara menghadiri mesyuarat. Kereta berkenaan tidak memiliki sebarang logo PDRM.

Bagaimanapun, kenderaan itu dilengkapkan dengan sistem kedudukan global (GPS).

Gambar : Sekitar Penamaan Calon PRK Parlimen Sibu






Raja Nazrin perkenan menerima menghadap Pakatan Rakyat Perak





Rhu Rendang, MARANG
– Perdana Menteri , Dato’ Seri Najib Razak telah memberikan projek besar pertahanan kepada sebuah lagi syarikat yahudi, APCO International.

Projek tersebut yang bernilai lebih RM900,000,000 adalah untuk membangunkan satu kawasan tanah lebih 1000 ekar di Sungkai, Perak Darul Ridzwan, dianugerahkan Najib kepada syarikat tersebut ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaludin berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ceramah di perkarangan masjid Rusila disini semalam.

Beliau juga memaklumkan, Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah telah memperkenankan permohonan ADUN Pakatan Rakyat untuk menghadap baginda.BO

PRK Sibu : SNAP Kembali Menyokong BN?

KUALA LUMPUR: Benarkah Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menyokong BN?
Itu persoalan yang bermain dalam kalangan pemerhati politik diseluruh Negara berhubung kenyataan secara tiba-tiba oleh Ting Ling Kiew yang mendakwa dirinya sebagai Timbalan Presiden parti itu.
Ting mendakwa bahawa penyertaan SNAP yang juga parti kedua tertua di negeri Sarawak sebagai tidak sah dan kononnya tidak diputuskan oleh majoritinya ahli jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) sebenarnya boleh diragui.
Ini kerana, kenyataan yang dikeluaran oleh Ting itu bukan dilihat sebagai kenyataan politik menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu yang pengundiannya diadakan pada 16 Mei ini dengan penamaan calon sedang bermula ketika ini.
Kenyataan ting itu juga pernah dikeluarkan pada PRK Batang Air setahun yang lalu.
“Kami masih ahli komponen BN di peringkat pusat, oleh itu adalah logik bagi kami untuk menyokong calon daripada BN seperti yang kami lakukan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai tahun lalu dan kali ini kami mahu semua anggota parti memberikan sokongan mereka kepada calon BN yang bertanding di kerusi Parlimen Sibu,” kata Ting dalam siding media beberapa hari lalu.
Apakah ia secara kebetulan atau ada agenda tersembunyi?

Peguam Negara Akan Jawab Afidavit Tengku Temenggong Kelantan

PETALING JAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail akan menjawab kandungan afidavit difailkan oleh sekumpulan peguam dalam permohonan habeas corpus untuk membawa Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan.
Beliau berkata, pihaknya akan menjawab afidavit berkenaan di mahkamah nanti.Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.
“Tetapi saya akan jawab permohonan habeas corpus itu di mahkamah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan turut enggan mengulas mengenai afidavit berkenaan.
“Saya serahkan perkara ini kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya,” jelas beliau.
Hari ini peguam yang mewakili Sultan Kelantan telah memfailkan writ habeas corpus bagi memohon kebenaran untuk membawa baginda keluar dari HUSM di Kubang Kerian.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....