Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 14 Disember 2011

[ Video inside] Video hina hudud ada kaitan dengan orang kuat Noh Omar???




KUALA LUMPUR, 14 Dis: Penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan klip video yang menghina hukum hudud adalah dimiliki oleh orang yang sama yang menguruskan blog Datuk Seri Noh Omar.

Penerbit video ini juga adalah orang yang sama yang menguruskan laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang di samping blog Pena Noh Omar itu.

"Besar kemungkinan dia adalah orang kuat Noh Omar," kata seorang blogger yang juga menerbitkan video klip bagi mendedahkan siapa sebenarnya di belakang video klip yang menghina hukum hudud ini.

Video klip pendedahan itu diterbitkan oleh Malaysianews di laman Youtube.

Pelbagai pihak kesal dengan tindakan pihak kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap penghinaan yang dibuat oleh video klip sembang rakyat itu.

Drs Khalil Idham Lim mempersoalkan mengapa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim terus membisu terhadap video yang berjudul 'Musim Hudud Pas' dan 'Lagi Hudud PAS' itu secara jelas mengelirukan umat Islam di Malaysia yang telah disebar luas di laman Facebook dan Youtube baru-baru ini.

“Kita tidak boleh nafikan bahawa sejak akhir-akhir ini media boleh direka dalam pelbagai bentuk dan corak kerana perkembangan teknologi yang pesat, tetapi seharusnya tidak boleh sehingga menghina agama lebih-lebih lagi Islam itu sendiri.

“Kita amat khuatir terhadap perkembangan sebegini memandangkan para pelakonnya terdiri dari orang Islam dan ada di antaranya berlakon yang sebagai agamawan di samping penggunaan kamera beresolusi tinggi yang sudah pastinya mahal harganya,” ujar Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu.

Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, klip video itu juga mempunyai unsur yang boleh mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam.

Menurut Malaysianews, kaitan antara video klip sembang rakyat itu amat jelas dengan Noh Omar dan Umno Selangor.

Ia mempunyai persamaan antara satu sama lain melalui emailnya iaitu " ajaff8@gmail.com" yang ada sebagai email penerbit dan webmaster untuk kesemua laman-laman dan video klip itu.Hrkh

Fitnah : Mahkamah Arah Utusan Bayar RM 200 000 Pada Guan Eng

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan Malaysia bersalah membuat laporan berniat jahat, fitnah dan tidak benar mengenai Ketua Menteri Lim Guan Eng dan mengarahkan agar akhbar milik Umno itu membayar beliau RM200,000 dalam bentuk ganti rugi dan kos sebanyak RM25,000 .

Dalam keputusannya Hakim G.V Varughese mendapati tujuh perenggan dalam laporan Utusan yang bertajuk “Kebiadapan Guan Eng” telah memfitnah Lim (gambar), sekali gus menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Malay dan anti-Islam.

“Hakim memutuskan bahawa defendan telah memperlihatkan vendeta selektif terhadap DAP dan plantif,” kata peguam Lim Jagdeep Singh Deo kepada The Malaysian Insider.

Awal Januari lalu, Lim mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memutuskan untuk menyaman Utusan setelah akhbar harian itu menyiarkan sebuah artikel pada Disember 2010 yang mendakwa DAP adalah alat kerajaan asing dan mahu parti berkenaan diharamkan.

Sebelum itu, Lim mengutuskan sepucuk surat tuntutan meminta Utusan menarik balik beberapa perkataan yang didakwa memfitnahnya dalam beritanya.

Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang rasis dan anti-Melayu dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat 2010.

Lim dalam notis tuntutanya menafikan dakwaan berkenaan dan memohon akhbar itu menyiarkan permohonan maaf dan pampasan daripada Utusan kerana memfitnahnya.TMI

Video klip hina hudud : Pemuda PAS lapor polis

Pemuda Kelantan menunjukkan laporan polis yang dibuat

KOTA BHARU 14 Dis:
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, hari ini membuat laporan polis berhubung klip video bertajuk ‘lagi hudud PAS’ yang disiarkan di halaman Youtube.

Laporan itu dibuat memandangkan klip video berkenaan melanggar aturan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Syekyen 120 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu 1994, seksyen 298 dan 298A Kanun Keseksaan.

Laporan berkenaan dibuat oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Mohamed Nuri Mat Yaacob di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa, di sini tengahari tadi.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman, ketika ditemui memberitahu kerana ingin menentang PAS, pihak tertentu sanggup mempersendakan hukum Allah.

“Langsung mereka tidak sedar tindakan itu bukan sahaja memperlekehkan PAS untuk menegakkan hukum Allah, sebaliknya menghina hukum Allah sendiri,”ujarnya.

Latif turut mempertikaikan kenapa Umno tidak mempertikaikan isu video itu sedangkan masaalah lain parti itu menjadi juara seperti isu air, ‘samakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi dan berbagai lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan Pusat mengambil tindakan segera berhubung penghinaan hukum Hudud itu kerana ianya boleh mengelirukan orang ramai.

Sementara itu, seorang blogger melaporkan dalam analisanya, penerbit video berkenaan mempunyai kaitan dengan Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Pengerusi Umno Selangor.

Ini kerana, email penerbit berkenaan juga email kepada webmaster laman web Pena Noh Omar, Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang.Hrkh

Video : Panas !!! Ali Rustam Ganggu Ceramah Pas




Ini lah standard KM Melaka, sanggup datang jadi penganggu ceramah PAS di Bukit Baru, Melaka. Sama sahaja standard JKKK.

Cakap pula merapu, banyak hina Kelantan dan Pulau Pinang. Untuk pengetahuan, Dun Bukit Baru merupakan Dun beliau bertanding PRU lepas.

Khabar angin juga mengatakan PRU13 nanti beliau tidak akan bertanding di Dun Bukit Baru dan Parlimen Bukit Katil kerana kebarangkalian beliau akan kalah tinggi.

Fitnah II: Pendakwa raya tiada bukti, saya wajib dibebaskan- Anwar

KUALA LUMPUR 14 Dis: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau wajib dibebaskan dari tuduhan Fitnah II yang dihadapinya.

Menurut Anwar, kegagalan pendakwa raya mengemukakan bukti kukuh meskipun perbicaraan sudah memasuki peringkat penggulungan hujah, mewajarkan pembebasan beliau tanpa sebarang syarat.

“Bagi saya tidak ada fakta dan keterangan kukuh untuk mereka menghukum saya.“Saya wajar dan wajib dibebaskan,” kata Anwar selepas mahkamah ditangguhkan petang semalam.

Anwar dalam pada itu mempertahankan tindakannya memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh sewaktu diperintahkan membela diri.

“Saya memilih untuk bercakap dari kandang tertuduh kerana itulah satu-satunya peluang saya untuk mengkritik sistem,” kata Anwar merujuk kepada sistem keadilan negara yang dilihat berat sebelah sepanjang perbicaraan Fitnah II berlangsung.

Bercakap lanjut, Anwar membidas pendakwa raya yang keupayaan saksi pakar pembelaan.“Bagi saya kalau nak meremehkan keupayaan mereka (saksi pembelaan) tidak sukar.“Itu sahaja yang mereka (pendakwa raya) lakukan,” kata Anwar.

Petang semalam pendakwa raya selesai membentangkan hujah penggulungan mereka selepas peguam bela Anwar selesai berbuat demikian.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Khamis, 15 Disember jam 930 pagi sebagai tarikh untuk peguam bela membentangkan bidasan kepada hujah penggulungan pendakwa raya.Keadilandaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....