Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 30 Disember 2009

Gus Dur meninggal Dunia








Mantan Presiden KH Abdurahman Wahid atau Gus Dur meninggal dunia, Rabu (30/12), di Rumah Sakit Cipto Mangungkusumo (RSCM), Jakarta Pusat, dalam usia 68 tahun. Sebelumnya, mantan Ketua Umum Pengurus Besar Nahdlatul Ulama itu dirawat di bilik VVIP nombor 116 Gedung A rumah sakit itu.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono datang ke RSCM, petang Rabu tadi untuk menjenguk Gus Dur yang dikhabarkan telah nazak. Presiden Yudhoyono tiba di halaman RSCM sekitar pukul 6.30 menggunakan kereta rasmi Presiden dengan pengawalan tidak terlalu ketat.

Presiden Yudhoyono yang mengenakan kemeja batik berwarna coklakelihatan memasuki pintu utama RSCM langsung menuju wad tempat Gus Dur dirawat. Isterinya Ani Yudhoyono tidak kelihatn mendampingi Presiden.

Sekitar 10 minit setelah Presiden tiba, datang Menteri Kesihatan Endang Sedyaningsih yang nampak agak terburu-buru. Ia kemudian segera menyusul ke wad tempat Gus Dur dirawat yang sedang dikunjungi Presiden.

Sebelum dirawat di RSCM Jakarta, cucu NU KH Hasyim Ashari itu sempat menjalani perawatan medis di RS Jombang Jawa Timur, pada Kamis (24/12), kerana sakit lelah setelah melakukan kunjungan ke beberapa pondok di Jawa Timur.

Gambar Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Anak DS Anwar Ibrahim

MAJLIS MENYAMBUT MENANTU -SYAHEEDAH DAN IHSAN
ABC RESORT JANDA BAIK PAHANG DARUL MAKMUR.
27/12/2009.
.


KAMBING GOLEK KE KAMBING SALAI NI?

KUMPULAN MARHABAN DAN BARZANJI DARI KUMPULAN WANITA PENDUDUK KAMPUNG.

PENGANTIN LAMA TIBA DULU.



IHSAN BERSALAM DENGAN BAPA MENTUA.
KEMUDIAN DENGAN MAK MENTUA.





MENTERI BESAR PAHANG DATO' SERI ADNAN YAAKOP TURUT HADIR DUDUK SEBELAH DSAI LAGI.
WAJAH CERIA PENGANTIN BARU



HJH NORLIZA MD YAN BERSAMA SUAMI HADIR UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS INI.

ANAK HAIZAH YG BONGSU(YG PALING KECIL TU) MENARI DIHADAPAN KEDUA MEMPELAI.

SALAM DGN BAPA PENGANTIN SEBELUM BALIK.

GAMBAR KENANG-KENANGAN BERSAMA MAK DAN BAPA PENGANTIN

Husam Sedia Bersemuka Keluarga Tok Guru Nik Aziz

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata beliau bersedia untuk bersemuka dengan keluarga Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran dakwaan beliau cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin PAS.

Husam (gambar) juga dituduh sebagai antara mereka yang memberikan nasihat yang salah kepada Nik Aziz sehingga menyebabkan tercetusnya masalah dalaman parti itu dan kerajaan negeri Kelantan sejak kebelakangan ini.

"Saya sedia bersemuka dengan keluarga Tok Guru,” kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat mingguan kerajaan negeri hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung tulisan Nik Amalina Nik Abdul Aziz dalam blognya bahawa seorang Exco Kerajaan Negeri wajar meletakkan jawatan.

Nik Amalina merupakan isteri Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) yang telah dinasihatkan oleh Nik Aziz agar berundur dan akan berbuat demikian Mac ini.

Difahamkan tulisan Nik Amalina tersebut merujuk kepada Husam.

Sebelum tulisan Nik Amalina, Husam juga dikatakan menjadi 'kritikan' tulisan seorang lagi anak Nik Aziz, Nik Abduh.

Kedua-dua mereka mendakwa Nik Aziz kini terpaksa berhadapan dengan isu semasa seorang diri tanpa pembelaan pemimpin PAS negeri dan pusat.

Husam berkata, dalam konteks Islam yang pertama "kita boleh bersemuka dengan mana-mana anggota, ahli termasuk keluarga bagi mencari titik pertemuan daripada segala permasalahan yang timbul."

“Saya kira anggota keluarga Tok Guru bersedia. Jadi, tak payahlah surat khabar atau orang luar nak campur atau api-apikan pula,” kata ahli jawatankuasa pusat PAS ini.

Menjawab dakwaan kononnya akan meletakkan jawatan, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan memberitahu, itu hanya khabar angin semata-mata.

“Hari itu surat khabar dah sebut saya nak letak jawatan. Saya dah hantar surat tuntutan saman terhadap akhbar terbabit. Sekarang ni timbul lagi?

“Sekarang ini kita sedang focus kepada perundingan petroleum, jadi tidak ada sebab saya hendak berhenti,” jelasnya.

Husam diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu.

Beliau menyifatkan kadang-kadang media suka mengeksploitasi satu-satu kenyataan dengan menokok tambah atau mengurangkan kenyataan sebenar.

“Kita tak buat pun tanda soal, dia (akhbar) cuba masukkan... kita tak masuk pun tanda seruan... ia pula tolong buatkan,” kata beliau dengan nada sinis memberitahu, selepas selesai isu tuntutan royalti nanti akhbar boleh membuat khabar angin "Husam nak berhenti" lagi.

Malah semalam Nik Aziz menamatkan spekulasi kononnya Husam akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran Pejabat Menteri Besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan semua orang.

"Mana boleh dia (Husam) letak jawatan... kita semua sayang pada dia, dia punya kebijaksanaan," kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata beliau bersedia untuk bersemuka dengan keluarga Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran dakwaan beliau cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin PAS. -TMI

JHEAIK sahkan perkahwinan kedua Sultan Kelantan

Gambar Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra bersama isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad pada hari pernikahan mereka. Gambar ini diperoleh menerusi emel yang dihantar oleh Elia Suhana.

KOTA BHARU 29 Dis. – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) hari ini mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra telah berkahwin dengan isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad, 30, pada 31 Disember 2007.

Pernikahan itu disahkan oleh Ketua Pendaftar, Nikah, Cerai, Rujuk JHEAIK, Hasnan Ramli ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini lewat petang ini.

“Saya hanya boleh mengesahkan perkahwinan Sultan Kelantan dengan isteri kedua baginda itu,’’ katanya.

Semalam akhbar The Malay Mail dalam versi online melaporkan misteri identiti salah seorang daripada dua wanita yang dibawa melawat Sultan Ismail Petra yang gering di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada pukul 4.20 pagi 8 Oktober lalu.

Laman web tersebut semalam melaporkan pengakuan Elia Suhana sebagai isteri kedua Sultan Kelantan.

Elia Suhana dalam laman web tersebut mendakwa terpaksa mendedahkan kedudukan sebenar dirinya bagi memperbetulkan laporan akhbar Malay Mail pada 21 Disember lalu yang menyiarkan berita dua wanita dibawa secara senyap-senyap ke hospital itu bagi melawat Sultan Kelantan.

Penyiaran berita yang bertajuk Police Ruckus In Royal Ward dalam akhbar itu didakwa Elia Suhana telah menimbulkan pandangan negatif terhadap baginda, institusi kesultanan dan polis istana.

Utusan Malaysia hari ini turut menerima kenyataan akhbar setebal lima muka surat melalui faks yang ditandatangani Elia Suhana dan dikatakan turut dihantar kepada semua media untuk membuat penjelasan itu.

Turut dilampirkan salinan sijil perkahwinan serta kad perakuan nikahnya. Utusan

KREDIT UNTUK

Kelantan nafi tidak terima calon luar


Mohamad Daud bersama Nik Aziz dan Nik Amar dalam sidang media semalam


KOTA BHARU, 30 Dis: Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohd Daud Iraqi menafikan membuat kenyataan yang hanya mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang seperti yang disiar beberapa akhbar dan juga portal berita di internet.

Bahkan katanya, tiada langsung wartawan yang bertanyakan hal itu padanya.

"Saya tidak pernah buat kenyataan itu dalam surat khabar, tiba-tiba keluar.

"Wartawan pun tidak ada yang tanya, lagi pun saya tidak bertanggungjawab pilih calon," katanya pada sidang media bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Sehubungan itu beliau meminta pihak media yang melapor hal berkenaan membuat pembetulan segera.

"Tu yang saya pelik tu, 'tumbuh tidak bertanam', saya mintak media tolong buat pembetulan," katanya lagi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula ketika mengulas perkara itu berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa perkara itu 'boleh difikir-fikir' adalah mengambil jalan tengah kerana menyangka Datuk Mohd Daud Iraqi benar-benar mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Kenyataan saya buat itu betul-betul hormat kepada ketua Dewan Ulamak negeri, saya sangka kenyataan beliau itu benar, rupanya bohong...dosa orang buat kerja-kerja macam ni," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

Kelantan ujarnya tiada masalah langsung membenarkan calon luar bertanding kerusi pilihanraya di negeri itu.

"Kelantan dah memang biasa camtu...calon parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta, saya sendiri isytihar depan orang ramai di Pasir Puteh.

"Pendirian Kelantan memang begitu, suka bantuan dari orang luar, dan suka batu orang luar, tradisi ini IsyaAllah saya akan bawa dalam mesyuarat, bila jawatankuasa pilih calon setuju orang luar, saya akan setuju orang luar," katanya lagi.

Tegasnya, amalan membataskan kenegerian katanya bukan dari ajaran Islam malah adat melayu lama yang bertapak.

"Islam ini tidak ada negeri-negeri ni...ini bukan ajaran Islam, ini ajaran Melayu kuno," katanya.Hrkh

Update Video:Tok Guru Nik Aziz mengulas isu Husam letak jawatan dan dua pegawainya dipecat



Tok Guru Nik Aziz mengulas spekulasi Husam letak jawatan sebagai Exco dan pemecatan SU Politik dan SU Akhbarnya.

SUMBER VIDEO

SPRM JANGAN GUNA ALASAN LAMA





Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menggunakan alasan lapuk bagi mengelak melaksanakan tanggungjawabnya berhubung kes penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.

UPDATE VIDEO:NIK AZIZ CABAR UMNO KELUAR BN





Susulan demontrasi desak Pas Selangor Keluar Pakatan Rakyat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencabar UMNO keluar daripada Barisan Nasional kalau parti Orang Melayu terbesar itu merasakan kerjasama Pas dan DAP dalam Pakatan Pembangkang salah.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....