Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 24 Mei 2010

Samy pecat 2 anggota CWC, angka kini 4 orang

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Datuk Seri S. Samy Vellu meneruskan tindakan mencantas penentangnya dengan memecat dua lagi pemimpin hari ini — kali ini membabitkan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang dipilih.
K.P. Samy dan G. Kumar Aamaan dikeluarkan surat pemecatan daripada Presiden MIC hari ini.
Dengan keputusan drastik itu, Samy Vellu yang menggunakan kuasa sebagai presiden untuk memecat mereka, empat orang telah dipecat dalam dua minggu ini.
Dua yang dipecat sebelum ini ialah Ketua MIC Bahagian Petaling Jaya Selatan V. Subramaniam atau lebih dikenali sebagai Bharat Maniam dan Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan.Mugilan dipecat Khamis lalu.
Samy Vellu memecat Samy dan Kumar ketika Bharat Maniam membuat rayuan berhubung pemecatannya hari ini.Mugilan juga memutuskan untuk membuat rayuan hari ini.Ketika dihubungi 6 petang tadi, Samy mengesahkan menerima surat pemecatan.

Zaid Fail Petisyen Cabar Keputusan Pilihan Raya Hulu Selangor

PETALING JAYA: Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya berkenaan yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 1,725.

Petisyen berkenaan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam di bawah Seksyen 32(a) dan 32 (c) Akta Kesalahan pilihan Raya 1954.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah pada pilihan raya berkenaan.

Pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu yang lalu, calon BN, P. Kamalanathan berjaya memperoleh 24,997 undi menewaskan Zaid yang memperoleh 23,272 undi.

Video : Majlis Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS










Analisa : PAS Tidak Harap Lagi Bukan Islam PKR, DAP ?

Sebahagian ahli DHPP yang hadir pada Majlis Pelancarannya
SEMALAM secara rasminya PAS melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dengan jumlah keahlian permulaan seramai 20,000 anggota di seluruh negara. Pelancarannya merupakan lembaran sejarah baru bagi parti Islam itu yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Banyak yang perlu dilakukan PAS untuk menjadikan DHPP itu satu kenyataan dan perjalanannya amat panjang. Sayap baru itu kini dipengerusikan oleh Hu Pang Chaw dan timbalannya, N. Balasubramaniam yang sebelum ini menerajui Kelab Penyokong Pas bagi kaum India.
Pang Chaw sebelum ini adalah Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan - yang bergerak secara bebas atas nama kumpulan penyokong.
DHPP akan bergerak sama seperti sayap sedia ada iaitu Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat. Sayap baru itu bakal memiliki anggota jawatankuasanya di peringkat pusat di samping akan digerakkan ke peringkat negeri selain menjadi wakil dewan dalam majlis-majlis rasmi parti.
Sejak beberapa siri pilihan raya umum lalu, komuniti bukan Islam atau bukan Melayu dilihat sebagai penentu kepada kemenangan mana-mana parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang yang dianggotai PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pakatan bincang pelan tawan Sabah, Sarawak bulan depan

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan pertemuan mereka bulan depan untuk membincangkan strategi untuk menawan Sabah dan Sarawak yang selama ini dianggap sebagai ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional (BN), kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Lim berkata, keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu baru-baru ini dengan sendiir menunjukkan kedua-dua negeri itu tidak boleh lagi dianggap sebagai kubu kuat BN.
Kata beliau, satu pengertian penting keputusan pilihan raya kecil Sibu ialah BN tidak boleh memandang mudah kedudukannya di Sabah dan Sarawak.
Dalam kenyataan dikeluarkan, Ahli Parlimen Ipoh Timur itu menambah, kemenangan tempoh hari telah menyediakan tapak persaingan yang sama rata bagi BN dan PR untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Katanya, tsunami politik Mac 2008 merupakan pemangkin kepada usaha memecahkan penguasaan kuasa politik BN sejak negara mencapai kemerdekaan.

Gambar : Sekitar Majlis Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong Pas


Suasana di kaunter Pendaftaran (jam 8.30 pagi)
Didalam dewan.. gabuangan cina dan india... apa nama ntah! huhuhu
Banner di pentas
Pimpinan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Hulu Selangor.. sarap dulu syeikh!!
baru jelas pandangan!

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN BESUT KALI KE 51




Mesyuarat Agung Pas Kawasan Besut Kali Ke 51 ini diadakan di Dewan Hj Salleh Alor Lintah Jerteh pada Sabtu 8 Jamadil Akhir 1431 bersamaan 22 Mei 2010.Majlis dirasmikan Presiden Pas,Datuk Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....