Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 14 Julai 2009

PAS MENANG,Peghargaan dari Ambo buat rakyat Serambi Mekah Tanah Serendah Sekebun Bunga

Abe Uji mene di Manek Urai,majoriti 65 undi.Mene tetap mene,kaloh tetap kaloh




























P/S-CATATAN INI DITULIS DALAM LOGHAT KELANTAN SEPENUHNYA,HARAP MAAF JIKA ADA YANG TIDAK MEMAHAMI TULISAN INI.

Ambo nok royat sikit deh,ambo ni asal Besut tapi ore tau blako sek sek Besut ni 100% kecek Klate.Ambo sdiri pong hok sengotinyo asal lik nu jugok,ikut ko bari tok ambo,toknye ambo asal Ttani nikoh Bachok pah tu nye lere oloh kebesut.Hok lik tino asal Batu Sbutir P.Puteh.Baktula bakalih ambo raso dekat nga Klate,tapi blahmano pong ambo saye ko negeri ambo tganung, kato ore mano kito pijok situla langi kito junjung.Ambo sanjung tinggi KEBAWAH DULI YANG MAHA SRI PADUKA BAGINDA YANG DPERTUAN AGONG,rajo ambo,ampon tueku semboh patik arak diampon.

Mano sakni eh?oh yak kelih boktae,jauh ambo babak.Tapi ambo meme sanjung sek2 Klate ni.Susoh leloh blahmano pong sek2 demo tetap nga PAS bukae srupo ore pak ambo,bilo la Tok Guru Aji Adi bulih jadi MB smula.Sek2 demo brutong duk bowoh Pas,tiap2 jmaat bulih gi denga Tok Guru ngaja Mmede ilmu,ambo pong rajin gi tapi jare2 jah la.Ambo tabik ko sek demo blahmano khajoe pusak buat pong demo tetap dok blake Tok Guru.Hoo lah kalu dok tok kae Pas bulih mene di Klate sapa limo pengga.Hebat sek demo,hebat.Sapo kato sek2 demo susoh,tera lalu gak kut Bacok tubit kut ghetok Pok Nik Loh,besa2 rumoh wae,hok sek2 nayu bloko tuh,tok leh duit ehse pong demo tok pelik,pak Ambo wehh!!! tele lah duit ehse tu,pah tu tele nga beh2 biar tubik taik biru he..he..he.

Hok so lagi ambo here sremo sek cino Klate kecek Klate srupo nga nayu,sek demo wak ghano eh?
Kelah sek2 demo,pah kalu dae staro tu bilo puok ni nok tingga Tok Guru.Tula ya Pas bulih mene sapa 5000 lebih di Koto Lamo tuh.Ambo sdiri pong taing gi KB jare2 jupo sek cino tukkar nga nayu.Pah so lagi hok mano khajoe demo buat sremo ore tiru.Pah kemahathir,doloh,najib sremo tiru hok Tok Guru demo buat, dari segi maso khijo sapa ko kaunter islae.Hebak sek2 demo.

Tahniah skali lagi ko sek2 demo Abe Uji nye ata ko sek2 Manik Urai pulok doh kdewe negeri,ooo biso sek demo.Mene sikit pong tok apo janji mene,so undi pong ko guano.Ambo tau rama sek2 demo hok duk luar tok kelik.Kelik tok kelik demo tu kiro doh,khajoe Kelate tok jejah blahmano.Tak po ngundi kik lagi sek2 demo tae berat UMNO.Ambo bradu dulu la deh,jupo smula.
Sbelung tu mari kito pakak denga lagu dikir "BUDU" saloh satu identiti sek2 demo.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Hari mengundi PRK Manek Urai dari lensa TINTA HIJAU

Bersama rakan bermotosikal dari Besut ke Manek Urai
Bersama Pemuda Tok Bali Pasir Puteh Kelantan.Anak muda yang begitu bersemangat menjulang Parti Islam Semalaysia.Syabas teruskan perjuangan anda.Male jumaat ni kito jupo Tok Bali,ejah ike we muroh sikit ko ambo berehhhh....
Dr Zulkifli Ahmed,Ahli Parlimen Kuala Selangor.Memang ramai pimpinan Pas turun ke Manik Urai hari ini.
Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli,dah macam orang Kelantan
Anak Tok Guru Nik Aziz,Ust Nik M.Abduh yang juga Exco Dewan Pemuda Pas Pusat,begitu peramah melayan ambo
Hampir 70% kenderaan membawa bendera Pas berbanding UMNO
Harrier Pas,siapa kata orang Pas miskin.Rezeki di tangan tuhan bukan di tangan UMNO.
Berkereta besar masih sanggup membawa bendera PAS."pelik apo kawe ore nego" kematangan berpolitik rakyat Kelantan
Yes,Pas for all
Ganah,ganah abe ni meme ganah
Konvoi motosikal berkuasa tinggi,tentunya dari PAS.Tak sempat ambik gambar dari depan ambik kot belakang je le,nasib baik ada bendera kecik tu.
Anak muda bersama PAS,syabas ore mudo
Ust Budak Kelantan sedang membaca doa sambil diamimkan kami semua,kemanisan dalam perjuangan.Di chuchuh Puteri
Pusat Mengundi Pehi
Pusat Mengundi Sungai Sat
Pusat Mengundi Chuchuh Puteri
Pusat Mengundi Lata Rek

SEKIAN DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Siapa pilihan pengundi Manek Urai terjawab hari ini.

Kesesakan di Manek Urai sepanjang tempoh berkempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, sampai ke kemuncaknya hari apabila lebih 12,000 pemilih yang layak, keluar mengundi mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini untuk memilih wakil rakyat mereka - Tuan Aziz Tuan Man dari BN atau Mohd Fauzi Abdullah dari PAS.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjangka keputusan pilihanraya kecil hari ini dapat diketahui seawal jam 8 malam.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR tidak

menjangka sebarang masalah untuk mengumumkan keputusan awal berdasarkan kawasan DUN itu yang kecil.

Beliau berkata, sasaran SPR ialah lebih 85 peratus daripada 12,293 pengundi akan mengundi hari ini kerana 90 peratus daripada pengundi adalah petani, penoreh getah, nelayan dan tidak tertakluk kepada hari bekerja.

Manakala Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga telah mengumumkan hari ini sebagai cuti am untuk membolehkan pemilih keluar pengundi.

Sepanjang tempoh lapan hari berkempen, BN dilihat menggunakan isu latar belakang pendidikan dan karier calon PAS yang lebih dikenali sebagai Abe Uji - seorang pemborong ikan.

Manakala calon BN, Tuan Aziz pula merupakan lulusan ijazah pengurusan teknologi daripada Universiti Utara Malaysia.

Isu memperlekehkan latarbelakang Abe Uji itu telah mencetus rasa tidak puas hati di kalangan peraih dan peniaga ikan di Kelantan dengan mengadakan bantahan di Manek Urai Jumaat lalu.

Di samping itu, BN juga menjadikan isu pembangunan sebagai taruhan utamanya, antaranya menjadikan Manek Urai anak emas kerajaan pusat, menjadikannnya sebagai kota agropolitan serta membina beberapa kemudahan baru - termasuk jambatan baru dua lorong di Manek Urai Lama, sekolah kebangsaan di Chuchoh Puteri dan masjid baru di Temalir.

Oleh kerana faktor agama memainkan peranan penting di sini, BN juga cuba menyampaikan mesej kempennya bahawa pembangunan dan kemajuan merupakan sebahagian daripada tuntutan agama, bukan sekadar kejayaan di akhirat semata-mata.

BN turut mengadakan ajlis solat hajat di semua sembilan peti undi di Manik Urai malam tadi di bilik operasi BN di Sungai Sok Luar, Manik Urai, yang disertai kira-kira 200 jemaah, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno, memohon kemenangan calonnya.

Dalam kempennya, BN juga menggunakan isu kerajaan perpaduan, dengan cuba "melaga-lagakan" antara Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, dengan Mursyidul Amnya, Nik Aziz. Ini tergambar melalui risalah harian mereka Suara Manek Urai yang diterbitkan secara harian.

Sementara PAS pula menyentuh isu penyalahgunaan jentera dan kakitangan kerajaan, antaranya penggunaan helikopter oleh Muhyiddin semasa berkempen. Isu tuntutan royalti minyak Kelantan berjumlah RM1 bilion yang diketengahkan oleh exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, juga dilihat berkesan.

Hari ini, PAS mengeluarkan risalah khas isu royalti tersebut, bertajuk "Fakta Sebenar Minyak Kelantan" yang menggunakan hujah ilmiah dan penuh. Menariknya, risalah itu dicetak menggunakan keseluruhannya dakwat biru, seperti kelaziman dalam cetakan BN.

Jika isu pembangunan menjadi penentu kemenangan calon masing-masing, maka pengundi Manek Urai perlu membuat pilihan antara royalti minyak yang diperjuangkan PAS atau pembangunan insfrastuktur BN yang dijanjikan segera, sejurus selepas kemenangan dicapai esok.

Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan rumah mewah bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo, terus dimainkan dari masa ke semasa dalam kempennya.

Ceramah bukan ukuran

Sementara itu, diukur daripada jumlah kehadiran ke ceramah, PAS ternyata dapat mengumpulkan penyokong dengan angka yang jauh melebihi kehadiran di program BN.

Semalam, tiga tunggak utama Pakatan Rakyat - Anwar, penasihat DAP Lim Kit Siang dan Nik Aziz - mengumpulkan hampir 5,000 penyokong dalam ceramah di Sungai Peria. Sementara majlis timbalan perdana menteri petang kelmarin hanya mengumpulkan penyokong kira-kira 200 orang.

Bagaimanapun, kehadiran itu tidak dapat menjadi pengukur sokongan kerana secara tradisinya, tempat PAS berceramah bukan sekadar menjadi tempat penerangan parti tetapi juga pusat perniagaan yang dibanjiri para peniaga kecil.

PAS menang di Manek Urai 10 daripada 12 kali pihanraya umum. Terbaru, mereka hanya tewas pada 2004, ketika Ismail Yaacob atau Pok Su Wel, tidak bertanding.

Sepanjang lima kali bertanding, beliau menang kesemuanya. Kelebihan beliau sehingga kini masih dijadikan taruhan PAS yang menostalgiakan tokoh itu dengan memainkan lagu khas berirama dikir barat dan dokumentari pendek sebagai sanjungan kepadanya sebelum berceramah.

Sebuah jalan di Manek Urai Baru turut dinamakan Jalan Pok Su Wel.

Sumber PAS memberitahu, sehingga hari ini, parti Islam itu selamat dengan 58 peratus sokongan. Sejak semalam, Nik Aziz dan pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Fatah Harun menyatakan keyakinan akan menang dalam pilihanraya kecil esok.

Esok jadi tumpuan


Bagaimanapun, mereka berdua kelihatan masih risaukan kehadiran pengundi hantu. Keharian 3,000 anggota polis di kawasan tersebut masih mengundang kecurihgaan berterusan pemimpin PAS.

Sumber Umno pula memberitahu, mereka yakin dengan sokongan lebih 50 peratus setakat ini. Semua mata kini tertumpu ke Manek Urai. Selepas "pengumuman besar" pembinaan jambatan semalam, BN dilihat sudah kehabisan peluru. PAS pula, yang menjanjikan kejutan besarnya hari ini.

Nik Aziz mengumumkan esok sebagai cuti umum di Kelantan bagi memudahkan pemilih keluar pengundi. Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada perkara itu merupakan kejutan yang dijanjikan. Jika tidak, BN akan menghadapi masalahnya - serangan terakhir dan muktamad PAS.

Dalam pilihanraya lalu, PAS menang dengan majoriti 1,352 undi. Lantaran itu, semua mata tertumpu kepada hari pengundian esok. Persoalannya apakah PAS mampu mempertahankan kerusi itu dengan majoriti yang selesa.

Ataupun pilihanraya kecil esok akan membawa tuah kepada BN dan menandakan berakhirnya 'kekecewaannya' yang sering tewas dalam pilihanraya kecil sejak pilihanraya umum tahun lalu - kecuali di Batang Ai, Sarawak - sepertimana yang diharapkan oleh timbalan perdana menteri.

Sumber: Malaysiakini

Selamat tinggal Beris Pak Abu,selamat datang Manek Urai.


Pagi ini ambo bersama beberapa orang rakan akan berkonvoi ke Manek Urai dengan motosikal.Motosikal? ya motosikal he..he..Macam zaman mude rasanya.Perjalanan dari Besut ke Manek Urai mengambil masa lebih kurang sejam lebih.Tujuan ambo kesana adalah untuk meninjau perjalanan pengundian secara dekat disamping memberi sokongan moral kepada Pas.
Kami bermotosikal ke sana bagi memudahkan perjalanan kami kerana mungkin berlaku kesesakan lalulintas di sana.Masa muda2 dulu ambo sering juga berkonvoi beramai2 keserata pelusuk negara ini.Tapi rasanya sudah lama ambo tidak bermotosikal sejauh ini.Kemungkinan untuk sakit pinggang tu mesti ada he..he..dan tentunya tukang urut di rumah ambo akan bersedia dengan minyak urutnya di muka pintu apabila ambo pulang nanti.Tak apa kita yang berjuang dalam Pas ini sudah biasa dengan berbagai cabaran dan kesukaran.
Tunggu kepulangan ambo bersama ole ole yang ambo bawa pulang dari sana nanti.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....