SUMBER
Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Selasa, 17 Januari 2012
Gambar : Yang Umno Suka,Tidak Suka Dan Paling Tidak Suka
SUMBER
Exco Selangor : Dr Rani Ganti Hasan Ali ???
Himpunan Bersih 3.0 Jika Tuntutan Tidak Dilaksana
KUALA LUMPUR 17 Jan: Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga memberi amaran bahawa gabungan itu akan menganjurkan Himpunan Bersih 3.0, sekiranya kerajaan masih gagal menunaikan tuntutan untuk melaksanakan pilihan raya bersih dan adil.
Menurut Ambiga, pihaknya telah melakukan pelbagai cara termasuk menerusi kaedah rundingan dan menegaskan gabungan itu turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan proses pilihan raya.
“Ia mesti dilaksanakan (oleh Suruhanjaya Pilihan Raya). Maka kita akan cuba semua itu, namun sekiranya mereka (SPR) tidak memenuhinya sebelum PRU, kami tidak menolak kemungkinan untuk menggerakkan Bersih 3,” tegas Ambiga.
Menurut Ambiga, adalah jelas SPR tidak menghormati cadangan yang dikemukakan PSC dan Parlimen sekiranya suruhanjaya itu masih tidak mahu melaksanakan lapan tuntutan Bersih.
Di sidang media sama, Sasterawan Negara, A Samad Said turut mengatakan Bersih 3.0 adalah alternatif terakhir sekiranya tuntutan itu tidak dilaksanakan.
“Sekiranya semua pilihan tidak dilaksanakan, memang tidak mustahil akan diadakan Bersih 3.0,”
Bersih hari ini melancarkan Kempen Jom 100 bertujuan menarik seramai mungkin pengundi berdaftar untuk keluar mengundi bagi mencapai sasaran 100 % keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Pada PRU ke-12 sebelum ini, seramai 8.16 juta rakyat menunaikan tanggungjawab mereka mengundi untuk memilih wakil rakyat masing-masing.Keadilandaily
Kenyataan Balas Pemimpin Pas Berikutan Sidang Media Hasan Ali Semalam
Panas !! Blogger Pencacai Umno Hadapi Saman Fitnah RM 10 Juta
Penulis blog pro-Umno
Papagomo dan Parpukari menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta
setiap seorang kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak
Mohd Noor.
Abdul Razak melalui firma guaman Netto & Co pada 3 Januari lalu mengeluarkan surat tuntutan ke atas kedua-dua mereka dan juga satu notis tuntutan yang disiarkan pada akhbar utama Sabtu lalu. Ketika dihubungi, peguam Abdul Razak, - Ruben Netto berkata anak guamnya itu terpaksa menggunakan notis awam kerana beliau tidak mempunyai cara lain untuk membela dirinya. "Apabila kita menghadap seorang hakim, kita mahu mengatakan bahawa kita telah melakukan segala-galanya yang terdaya untuk mengenal pasti penulis blog itu," katanya. Notis berkenaan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog Papagomo dan Mohamad Salim Iskandar sebagai pemilik blog Parpukari.
Abdul Razak mendakwa bahawa Papagomo melalui
posting di blog pada 11 Disember tahun lalu dan Parpukari melalui
posting pada 4 Disember dan 12 Disember tahun lalu telah memfitnah
dirinya.
"Mereka memfitnah anak guam saya dengan memanggilnya penyanggak dan menuduhnya menipu kerajaan serta bersekongkol dengan pembangkang dan melabelnya sebagai tidak tahu bersyukur kepada Umno," kata Netto.
Menurutnya tuntutan RM10
juta daripada setiap mereka itu adalah wajar dan menambah Abdul Razak
adalah pemegang lesen telekomunikasi yang berhubungan dengan
perkhidmatan jalur lebar dan satelit dengan kerjasama dari Telekom
Malaysia. |
A Samad Said Dilantik Pengerusi Bersama Bersih
Video : Panas !! Penyokong Umno Menghentam Dan Mengutuk Pemimpin Mereka
Demonstrasi di perkarangan Surau Al-Jabbar diketuai Presiden Persatuan Peniaga Kecil dan Penjaja Melayu, Datuk Bahrim A. Razak.
Dalam ucapannya beliau yang mendakwa menjadi ahli Umno sejak tahun 60an mengutuk dan menghentam keras pemimpin Umno.Beliau berucap ketika demo membantah tindakan kerajaan memberi notis mengosongkan tanah mereka di Setapak.
Beliau mempersoalkan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang enggan memberikan hak milik kepada penduduk sebaliknya memberikan hak milik kepada Syarikat 59 INC Sdn Bhd.
Tindakan ini memangsakan penduduk Melayu dan 70 peniaga bumiputera yang membuka bengkel di sana sejak 1995.Paling menyedihkan Surau Al-Jabbar yang menjadi nadi aktiviti agama di situ juga akan dirobohkan.
Sebelum ini penduduk dah banyak kali pohon hak milik, jumpa dengan Zul Hasnan, Raja Nong Chik tapi tidak diberikan kerajaan atas alasan itu tanah lombong. Tapi bila pemaju mohon, dapat pulak.
Menurutnya, siri perjumpaan dengan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ditetapkan pada 23 dan 27 Disember lalu dibatalkan.