Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 7 Ogos 2011

[ Video ] Isu Gereja : Tiada Tindakan Terhadap Dr Hasan Ali - PAS



KUALA LUMPUR: PAS tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berhubung kenyataannya yang mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah gereja di Petaling Jaya pada Rabu lalu.

Sebaliknya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti berkenaan mengambil pendirian menyerahkan kepada kerajaan Selangor bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"PAS tak buat apa-apa keputusan terhadap Datuk Dr Hasan, beliau akan teruskan tugasnya sebagai exco," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (CWC) di sini, Ahad.

Pada mesyuarat hampir lima jam yang turut di hadiri Dr Hasan, CWC turut diberi penjelasan berhubung insiden serbuan di majlis makan malam muhibah di Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC).

Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, PAS memutuskan untuk bersemuka dengan JAIS dan pihak gereja sendiri bagi mendapatkan maklumat terperinci.

"Kita akan turun ke medan, kita nak dapatkan sendiri penjelasan daripada kedua-dua pihak.

"Kita tak boleh dengar penjelasan daripada Dr Hasan sahaja...kena berlaku adil," katanya.

Ditanya sama ada PAS meragui penjelasan Dr Hasan yang dilihat bertentangan dengan pendirian kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Hadi berkata isu berkenaan tidak seharusnya dibangkitkan.

"Bukan soal tak percaya penjelasan atau tidak, tapi tak cukup. Laporan media lagi tak boleh percaya. Jadi kita mahu dapatkan maklumat tepat dan terpeinci.

"Dr Hasan sendiri beritahu bahawa beliau pun dapat maklumat daripada JAIS selepas serbuan dibuat," katanya.

Sementara itu ditanya sama ada haram sekiranya orang Islam menerima bantuan daripada penganut agama lain, Abdul Hadi berkata: "Tanya mufti, saya tak ada tauliah untuk jawab hukum."Mstar

Daftar pemilih : Pakatan beri Najib tujuh hari panggil sidang Parlimen khas

Salahuddin: Kita mahu isu pemastautin tetap bertukar kepada warganegara dengan cepat dibahaskan sebelum kita membuat tindakan selanjutnya.

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Pakatan Rakyat akan menyerahkan satu surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta agar diadakan sidang tergempar Parlimen bagi menyelesaikan Isu berkaitan pengurusan pilihan raya — didakwa pemastautin tetap diberikan hak untuk mengundi.

Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, pihaknya memberi tempoh tujuh hari kepada Najib untuk memanggil sidang tergempar Parlimen.

Surat rasmi itu akan diserahkan esok di Parlimen dan akan diterima Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

“Kita beri tempoh tujuh hari untuk adakan sidang tergempar Parlimen.

“Kita mahu isu pemastautin tetap bertukar kepada warganegara dengan cepat dibahaskan sebelum kita membuat tindakan selanjutnya,” kata Salahuddin sambil menambah, tindakan itu akan mengancam keselamatan negara.

Sebelum ini Pakatan Rakyat juga mendakwa Barisan Nasional (BN) mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi “MyDaftar”.

Operasi itu dikatakan mahu menjadikan warga asing sebagai pengundi yang sah bagi memenangkan BN pada pilihan raya umum ke-13.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak untuk pastikan pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil.

“Kita akan jumpa dengan siapa sahaja untuk pastikan pilihan raya yang bersih dan adil,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di sini.

Tambah Hadi, tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap bertujuan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum ke-13.

“Kita bincang mengenai daftar pemilih yang kita mahu ia dibersihkan terutamanya yang melibatkan pendatang asing, yang mana ia melibatkan jentera kerajaan untuk memberikan kemenangan kepada BN,” katanya.TMI

Isu gereja : Dr Hasan Ali sedia dipecat

Hasan berkata beliau “sanggup melakukan apa sahaja” demi memperjuangkan kepentingan umat Islam. — Foto fail

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau sanggup dipecat demi mempertahankan Islam, sebelum berdepan dengan jawatankuasa kerja PAS pusat untuk menjelaskan tindakan serbuan ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya Rabu lalu.
Akhbar milik Umno Utusan Malaysia, dalam laporan di muka depan edisi hujung minggu hari ini mengatakan pemimpin kanan PAS ini di bawah tajuk “Saya rela dipecat.”
“Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor,” kata Hasan.
“Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?” tambah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor ini.
Hasan sebelum ini mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membuat serbuan ke atas satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama.
Beliau berkata majlis itu juga pihaknya telah dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.
Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), yang menggariskan tindakan-tindakan memurtadkan dilakukan oleh bukan Islam ke atas Muslim, membolehkan pihak berkuasa agama untuk melancarkan siasatan dan menahan mana-mana individual tanpa waran.
Tindakan Hasan mempertahankan Jais berlaku selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesal tentang insiden yang berlaku.
Dilihat sebagai satu isu keagamaan konservatif, Hasan tidak bersetuju dengan dasar-dasar liberal kerajaan negeri Selangor, yang paling ketara adalah larangan penjualan arak di negeri maju itu awal tahun ini.
Hasan telah kehilangan jawatan utama pada pemilihan PAS, yang dilihat memilih pemimpin lebih progresif dan inklusif.
Selepas tidak dikekalkan sebagai pemimpin nombor satu Selangor, tindakan Hasan dilihat cenderung kepada pemikian Umno.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....