Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 13 April 2011

Gambar : Sekitar Kempen Tuan Guru Presiden Pas Di Dun Beting Maro Sarawak






Saman Fitnah RM 100 Juta Umi Hafilda Terhadap Baginda dan Malaysiakini Dibatalkan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, membatalkan saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Umi Hafilda Ali( gambar kiri ) terhadap Baginda Minda dan pemilik portal berita, MalaysiaKini.
Baginda Minda atau nama sebenarnya, Nor Azman Abdullah merupakan bekas rakan perniagaan Umi Hafilda.
Keputusan untuk membatalkan saman tersebut dibuat oleh Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof di dalam kamarnya, ekoran peguam yang mewakili pihak-pihak tidak menghadiri prosiding sebutan yang dijadualkan hari ini.
Umi Hafilda memfailkan saman tersebut pada 17 Mac lalu menerusi Tetuan Sahrihan & Hamdan dengan menamakan Nor Azman dan MKini Dotcom Sdn Bhd sebagai defendan-defendan kerana mendakwa telah memfitnahnya.
Adik kepada Timbalan Presiden Pari Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali itu mendakwa Nor Azman telah mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah secara sindiran pada sidang media yang dihadiri oleh sekumpulan wartawan di lobi Parlimen pada 15 Mac lalu.
Dakwanya lagi, defendan kedua telah menerbitkan kenyataan tersebut pada hari yang sama dalam bahasa Malaysia pada pukul 2.31 petang manakala versi bahasa Inggeris diterbitkan pada pukul 3.04 petang.
Artikel tersebut didakwa ditulis oleh wartawan Hazlan Zakaria dan bertajuk ‘Baginda pula jelajah ‘bongkar’ Ummi Hafilda’ dan 'Ummi’s sex-partner threatens to ‘tells all’.

Pilihanraya Sarawak : Najib Cuba "Selamatkan" Taib Atau Menggulingkannya?

KUCHING 13 APRIL : Persoalan mengenai adakah pusat punya kuasa untuk menentukan tarikh pengunduran Tan Sri Taib Mahmud masih belum terjawab sehingga ke hari ini.

Keadaan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Najib Razak di Stadium tertutup MBKS di Kuching Isnin lalu menyebabkan karektor sebenar Taib terserlah.

Najib dalam kempennya mencanangkan bahawa Taib akan berundur dari tampuk pemerintahan sejurus selepas pilihanraya negeri yang diadakan Sabtu ini.

Ironinya, pengumuman Najib itu nyata tidak disenangi oleh Taib yang kemudiannya bertegas dalam ucapannya pada majlis sama yang dihadiri Najib bahawa beliau hanya akan berundur "beberapa tahun" lagi.

Penganalisis melihat senario ini dari sudut pandang bahawa Taib kini mengingkari keputusan Putrajaya.

Walaupun Najib berulang kali secara umum berkata Taib bukan satu liabiliti untuk BN tetapi bukan menjadi rahsia lagi, beliau kini dianggap membebankan parti komponen BN yang lain.

Fokus kini cuba mengalihkan perhatian dari Taib. Pada separuh masa kedua, kempen ini, Najib dan menteri-menteri persekutuan kini dilihat giat berkempen di Sarawak.

[ Update Video ] Husam Tolak Tanding Presiden,Sokong Penuh Kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi




KOTA BHARU, 13 April: Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Husam Musa, hari ini menyatakan sokongan penuh beliau kepada pimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan dengan itu, Husam menolak sebarang percalonan dari mana-mana PAS kawasan untuk mencalonkan beliau sebagai Presiden PAS.

“Saya menyokong 100 peratus kepada pimpinan Tuan Guru Haji Hadi, kerana kepada saya beliau adalah seorang yang berwibawa dan boleh menyatukan PAS.

“Jadi saya harap kawasan-kawasan lain tidak mencalonkan saya bagi jawatan presiden,” katanya.

“Saya tidak pernah ada hasrat untuk bertanding jawatan setinggi itu, apa tah lagi apabila dipertembungkan dengan Tuan Guru Haji Hadi,” katanya lagi.

Ujarnya, generasi muda kini mungkin tidak mengetahui hubungannya dengan Tuan Guru Haji Hadi.

“Pada tahun 1983 bila saya lepas universiti, saya ‘full time’ berkerja dengan PAS.

“Dan yang menerima saya di dalam majlis rasmi adalah Tuan Guru Haji Hadi dan almarhum Ustaz Hassan Syukri,” ujarnya lagi.

Walau macam mana pun beliau mengucap kan terima kasih kepada PAS kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan beliau sebagai Presiden PAS.

“Mungkin PAS Bukit Bintang mempunyai sebab-sebab yang tertentu sehingga mencalonkan saya,” katanya.

Ujarnya lagi, beliau hanya akan bertanding sebagai AJK PAS Pusat sahaja dan fokus utama beliau ialah Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

“Tugas utama saya ialah bagi memastikan Kelantan diuruskan dengan baik dan berjaya dalam PRU 13 yang semakin hampir,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini PAS kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan Husam bagi bertanding jawatan Presiden PAS sewaktu mesyuarat agung PAS kawasan berkenaan.

Mesyuarat itu juga mencalonkan bekas Naib Presiden, Mohamad Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden.

Manakala, tiga jawatan Naib Presiden mereka mencalonkan Salahuddin Ayob, Datuk Mahfuz Omar dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.Hrkh

Sokongan pengundi Iban kepada PAS luar biasa

PETALING JAYA: Sokongan pengundi termasuk bukan Melayu kepada PAS meningkat mendadak dan ini memberi petanda akan menang sekurang-kurangnya satu kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak.

“PAS akan meletakkan satu kerusi yang menjadi batu asas di Sarawak,” kata naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Sambutan pengundi bukan sahaja orang Melayu tetapi juga di kalangan masyarakat Iban yang beragama Kristian juga luar biasa.

“Masyarakat Sarawak yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam sudah tidak takut lagi kepada PAS.

“Selama ini, mereka tidak mendapat gambaran sebenar mengenai PAS setelah faktanya diselewengkan,” katanya lagi.

Dalam pilihan raya ini PAS bertanding lima kerusi iaitu Sadong Jaya, Tanjung Datu, Beting Maro, Muara Tuang dan Tanjung Datu.

“Semasa berkempen di kawasan rumah panjang kaum Iban yang beragama Kristian, mereka menerima PAS sebagaimana pengundi Melayu.

“Nampaknya, mereka telah menerima perjuangan PAS,” tambahnya.

Hari mengundi bagi pilihan raya negeri Sarawak ialah Ahad ini. Sarawak mempunyai 71 kerusi negeri.

Pada pilihnaraya 2006, Barisan Nasional menang 63 kerusi manakala pembangkang lpan kerusi.

Bagaimanapun, calon PAS yang bertanding kerusi Beting Maro kalah kepada BN.FMT

Video & Gambar : Sekitar Kempen Calon Pas Dun Muara Tuang






KOTA SAMARAHAN - Dalam kesibukkan kempen hari ketujuh pilihanraya negeri Sarawak, kehadiran calon PAS DUN Muara Tuang Noraini Hamzah (Kak Ani) ke Kampung Sebayor, disini, disambut meriah.

Program ziarah penduduk dari rumah ke rumah yang diatur oleh kontingen PAS Terengganu, diselang-seli dengan nyanyian dan laungan slogan dari anak-anak kecil, seolah-olah satu pasukan sorak.

"Pusing-pusing jalan-jalan, dulu dacing sekatrang bulan!,"jerit anak-anak dengan gembira kerana ia adalah pengalaman yang baru kepada mereka.

Itulah fenomena di banyak tempat dalam DUN Muara Tuang, kerana mereka baru berkenalan dengan PAS yang kekadang dipanggil bola ping pong, telur atau bendera jepun, selain nama 'glamour' parti bulan.

PAS bertanding kali pertama di DUN terbabit setelah 48 tahun Sarawak merdeka melalui persekutuan Malaysia pada 1963.

Teras penyokong Pakatan Rakyat di Kampung Sebayor adalah Pak Ghali yang sebelum ini banyak membantu calon PKR yang bertanding di situ.

Ketika ditemui, Pak Ghali sedang memasang bendera 'Jepun' berwarna hijau dengan galah buluh panjang.

Katanya, beliau dan para penyokong sudah berhari-hari, menunggu-nunggu kedatangan Kak Ani ke kampung Sebayor.

"Saya memang tunggu dah beberapa hari, calon datng ke sini, orang ramai pun sudah tanya saya, bila calon ajan datang,

"saya kata mungkin dia sibuk ke kawasan lain yang ada pengundi lebih ramai lebih dulu,"kata bekas askar dan juga pesara Jabatan Pelajaran Sarawak itu.

Menurutnya, dalam rumah beliau, mempunyai sembilan orang pengundi yang akan mengundi Kak Ani.BOImbang Penuh

Pilihanraya Sarawak : Taib Degil,BN Berdepan Saingan Paling Sengit Dalam Sejarah

KUCHING, 13 April — Tinggal tiga hari sebelum hari penentuan Sabtu ini, kelihatan petanda seolah-olah ada yang tidak kena dengan Barisan Nasional (BN) Sarawak - hanya disebabkan kedegilan seorang pemimpin.
Beberapa pegawai jentera BN mengakui bahawa keengganan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menetapkan tarikh beliau akan melepaskan jawatannya dan enggan menerima hakikat bahawa perikatan itu kini berhadapan dengan cabaran sengit, kali pertama dalam sejarah, daripada Pakatan Rakyat dan hanya bergantung pada mereka dari luar kitaran politik, termasuk kuasa ghaib, dilihat sebagai memeningkan keadaan.
Taib genap tiga dekad menjadi ketua menteri Sarawak pada 26 Mac lalu.
Malah pegawai-pegawai BN juga kecewa dengan pendirian Taib yang tidak mahu menerima persekitaran bahawa beliau sebenarnya menjadi punca kepada setiap serangan negatif mengenai kepimpinan perikatan itu di Sarawak.
“Perdana Menteri menawarkan beliau jalan keluar awal untuk membantu mengatasi kerosakan dialami dan juga memberikan laluan untuk menentukan peringkatnya sendiri untuk berhenti (sebagai Ketua Menteri).
“Tetapi beliau tidak mempedulikan masa depan BN hanya kerana kepentingan diri,” kata satu sumber BN kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada jaminan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu bahawa peralihan kepimpinan akan berlaku dengan segera selepas pilihan raya negeri ke-10 ini.
Pemimpin-pemimpin BN juga yakin tidak mungkin perikatan itu akan kehilangan kuasa negeri tetapi tindakan Taib mahu terus kekal akan menyebabkan mereka keciciran banyak kawasan di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 71 kerusi. Pakatan Rakyat dilihat akan menang hampir 20 kerusi.
“Malah beliau juga tidak berkempen dengan efektif dan berfokus. Keengganan beliau mendengar (pandangan ramai) akan menjejaskan BN,” kata satu lagi sumber.
Pada pilihan raya negeri 2006, pembangkang hanya menang tujuh kerusi.
Prestasi pembangkang yang berbara dilihat akan memberikan nafas baru kepada mereka menghadapi cabaran kali ini dan kemungkinan menggugat rancangan Najib untuk memanggil pilihan raya umum tahun ini.
Sekian lama Sarawak telah dianggap sebagai negeri yang selamat bagi BN kerana Taib mengawal ketat kepimpinan dan mengetepikan suara-suara yang membangkang kerajaan negeri.

Video : Panas !!! Pengakuan Mangsa Siasatan SPRM





Seorang pegawai pemasaran berkata beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membelasahnya selepas menahannya dua tahun lalu atas dakwaan menerima rasuah.

T Sivanesan,24, dalam keterangannya kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock berkata seorang daripada pegawai itu juga menggunakan sebatang besi yang dibungkus dengan surat khabar bagi membelasahnya.Pukul di kemaluan, letak ais.

"Seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Ashraf Mohd Yusof menggunakan rotan bagi memukul di bahagian kemaluan saya. Seorang lagi meletakkan ais di tempat sulit saya.

"Semua ini berlaku ketika saya ditahan oleh SPRM Selangor dan tangan saya digari. Saya juga dibogelkan dan hanya dibenarkan memakai seluar dalam dan semua ini berlaku di Plaza Masalam," dakwanya.

Selain Ashraf, beliau juga menamakan Khairul Nizam, Zulkifli, dan Hairul Ilham Hamzah sebagai pegawai yang memukulnya itu.

Menyambung keterangannya, Sivanesan berkata pada permulaannya, dia ditampar dan ditendang berulang kali oleh lima hingga enam anggota suruhanjaya berkenaan.

Lelaki itu juga berkata seorang pegawai yang dinamakannya sebagai Mogan memaklumkannya bahawa tempat tahanan itu akan menjadi neraka sekiranya beliau tidak berkerjasama.

"Mereka mahu saya tandatangan mengaku bahawa saya setuju ditahan SPRM tetapi saya tak setuju,” katanya.

Sivanesan (kiri) berkata beliau kemudiannya dibawa kepada seorang majistret yang kemudiannya mengeluarkan arahan tahanan reman selama empat hari.

Menurutnya, SPRM menuduhnya menerima rasuah sebanyak RM30,000 dan malah menggelidah rumahnya tetapi tidak menjumpai apa-apa.

"Berikutan tahana reman itu, mereka terus pukul saya selama 15 hingga 20 minit apabila saya pergi ke Plaza Masalam," katanya.- MKini

Video : Calon Pas Dun Sadong Jaya Menyanyi Bersama Anak Muda




SADONG JAYA, 12 April: Selain kempen rumah ke rumah, apa sahaja bakat atau kelebihan yang ada tentunya akan digunakan oleh calon yang bertanding pilihan raya untuk menarik sokongan raImbang Penuhkyat.

Begitu juga calon muda PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sadong Jaya, Abang Eddy Abang Fauzi.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Abang Eddy, 34, menggunakan kebolehan bermain alat muzik dan menyanyi untuk mendampingi rakyat di sini.

Dalam kempennya di pekan Sadong Jaya hari ini, beliau turut mempamerkan kehebatannya itu.

Dengan memetik gitar di tangan, beliau turut menghadiahkan lagu 'Kau Ilhamku' yang dipopularkan artis polular 90an, Man Bai untuk penduduk kawasan itu khasnya anak muda.

"Jom kita nyanyi sama-sama,"katanya kepada anak-anak muda yang di mengerumuni untuk melihat kebolehan beliau.

"Maafkanlah oh...Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu...

"Kau senyumlah oh...Sekadar memori kita di arena ini...Kau ilhamku...", antara bait lagu 'ever green' yang dinyanyikan itu.

Biarpun pendekatan itu agak baru bagi PAS, namun ianya dilihat cukup memberi kesan untuk mempengaruhi dan mendampingi masyarakat di sini yang sememangnya meminati muzik.

Di akhir persembahan itu, beliau turut berucap dan menggesa belia membuat perubahan untuk bersama PAS pada pilihan raya kali ini."InsayaAllah, pada 16 April ini kita semua pakat beri undi kepada PAS."Kita dari PAS berjanji akan membela nasib rakyat semua kaum di sini,"katanya.

Turut serta bersama calon dalam siri kempenya hari ini, artis dan komposer terkenal, Shafie Ahmad atau lebih popular dengan nama Pak Long.

Pak Long sebelum ini popular dengan lagu Cinta Pantai Merdeka yang dihasilkan untuk kumpulan Jinbara, manakala sekarang dengan lagu 'Selagi Ada Waktu.'

Difahamkan, setakat kempen yang masuk hari keenam hari ini, penerimaan masyarakat terhadap Abang Eddy cukup memberangsangkan.

Sadong Jaya dikatakan antara tiga Dun yang menjadi sasaran PAS untuk menang selain Beting Maro dan Sebuyau.

Abang Eddy ditentang calon BN, Aidel Lariwoo dan seorang lagi calon bebas, Mahayudin Bin Wahab.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....