Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 6 September 2012

Video : Hudud !! Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz




Perbezaan yang ketara antara kenyataan Najib berbanding kenyataan Tok Guru Nik Aziz berkaitan dengan hudud.Disini jelas memperlihatkan siapa yang sebenarnya memperjuangkan Islam dan siapa pula yang sering berdolak dalik dalam soal hudud.

Perbuatan Biadab Merosakkan Banner Dan Bendera Pas

Akhir akhir ini sering berlaku perbuatan biadab dan tidak demokratik pihak2 tertentu yang merosakkan bendera dan banner Pas tanpa alasan yang munasabah.

Perbuatan ini adalah tindakan terdesak yang menggambarkan kekalutan dan ketakutan mereka menjelang PRU ke 13 :
309 Banner dan bendera Pas disabotaj sekitar Parlimen Masjid Tanah. Semua banner dan bendera terletak dlm premis dan tanah pesendirian telah diceroboh, dikoyak dan dibakar.
Di Dun Kuala Linggi,banner ucapan selamat menyambut ramadan dan ucapan kemerdekaan negara ke 55 dicarik carikkan.

Full Video : Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat DS Anwar Di Alor Setar Kedah





Ceramah Perdana sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Alor Setar Kedah 02/09/2012 lalu...

Janji Demokrasi: Mat Sabu turut dikehendaki polis

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu turut dikehendaki oleh polis bagi membantu siasatan perhimpunan “Janji Demokrasi” yang dianjurkan oleh Gabungan Janji pada malam 30 Ogos lalu sempena ulangtahun Kemerdekaan ke 55.

Menurut Tajuddin Jawwad, setiausaha politik kepada timbalan presiden PAS itu, polis datang kerumah Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu (gambar) pada pukul 4.00 petang semalam.

“Sewaktu polis datang, Mat Sabu tiada dirumah, mereka hanya dapat menemui isterinya.“Notis diserahkan oleh polis kepada isteri Mat Sabu yang meminta beliau untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,” kata beliau ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Gabungan Janji disertai oleh 47 NGO yang menganjurkan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka minggu lepas bagi menuntut kerajaan Malaysia bagi menunaikan segala janji-janji untuk mereformasikan pilihan raya.

Semalam, polis telah memanggil saterawan negara, Datuk A Samad Said yang membacakan sajak Janji Demokrasi yang ditulis khas sempena perhimpunan ambang Merdeka tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, pengarah eksekutif Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin Abdullah turut menerima notis sama meminta beliau hadir ke IPD Dang Wangi berkenaan dengan perhimpunan Janji Demokrasi.

Menurut Empower dari sebuah email yang dikirimkan sebentar tadi, Maria akan bersama-sama dengan Pak Samad untuk melaporkan diri di IPD Dang Wangi pada pukul 3.00 petang hari ini dengan ditemani oleh peguam.

Timbalan presiden PAS pula akan ke IPD Dang Wangi pada 9 September ini pada sebelah petang.“Selepas gagal berjumpa Mat Sabu, inspektor dari Dang Wangi meminta nombor telefon beliau dari isterinya.

“Mereka dapat bercakap dan Mat Sabu minta untuk ke Dang Wangi pada 9 September ini,” kata Tajuddin lagi.

Gambar : Antara Ucapan Anwar Dan Tazkirah Pemimpin Umno Di Masjid

Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan tindakan biadab dan tidak bertamaddun Perkasa yang menyerbu Masjid Seberang Pumpong, Alor Setar ketika DS Anwar sedang berucap [ Disebut tazkirah oleh puak puak Umno].

Antara alasan mereka,DS Anwar tidak mempunyai tauliah dan berpolitik di Masjid.Disini aku bawakan beberapa keping gambar pemimpin pemimpin Umno yang sedang berucap di Masjid.Adakah mereka mereka ini lulusan agama ? Dan mempunyai tauliah ?

Adakah ucapan mereka langsung tidak menyentuh soal politik ? Bagi aku agak mustahil bagi ahli politik berucap tanpa menyentuh soal politik.

Anwar Ibrahim di Masjid Seberang Pumpong, Alor Setar
Khairy di Taman Rembau Utama

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....