Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 29 Julai 2009

Zamri lawan Nizar: Pemuda Umno Kedah buat laporan Polis

ALOR SETAR 29 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO Kedah hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai penyelewengan tender balak yang didakwa membabitkan pemimpin tinggi kerajaan negeri Kedah.
Ketuanya, Badrulhisham Hashim ditemani Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Harris Che Mat membuat laporan di pejabat SPRM cawangan Kedah di Anak Bukit di sini.
“Pergerakan Pemuda UMNO membuat laporan itu setelah mendapat bukti yang semuanya diserahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan. Saya yakin SPRM akan dapat membongkar kes ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Beliau mendakwa penyelewengan itu membabitkan kepimpinan kerajaan negeri Kedah.
“Selain itu, pemberian tender balak di Lot 1771 Bukit Kachi, daerah Kubang Pasu mempunyai unsur penyelewengan,” dakwanya. - Bernama



Pemuda Umno buat laporan Polis kes rasuah.He..he.. lucunya tak bimbang ke nanti kena melutut minta maaf macam raja sepak Datuk Nozula di Kelantan.Mula mula tuduh,lepas itu terhegeh hegeh minta maaf.Tak pun cam Utusan Meloya yang terpaksa melutut pada Tok Guru.

SPRM pun satu kalau sebelah sana buat laporan cepat je siasat,kalau sebelah sini ehemm faham faham jela.Siapa pulak yang mati di Kedah nanti ha..ha..ha..Ambo nak nasihatkan pada Pemuda Umno dan SPRM selesaikan dulu kes kes yang berprofile tinggi yang semua orang tahu.Betul tak nenek Rafidah.Tak pun bongkarkan kotak kotak sakti si Ezam.Jangan hanya nak cari publisiti murah nanti terpercik ke muka sendiri,tapi tak apa tuduh melulu pun tak apa kalau kena saman Mat Taib yang kira duit pakai timbang kilo tu boleh tolong bayarkan.Jangan nak tunjuk baik la Pemuda Umno, bos kamu yang menang Ketua Pemuda tu pun

USRAH Bulanan AJK Dewan Pemuda Pas Kaw. Besut

Malam semalam DPP Kawasan Besut telah mengadakan Usrah Bulanannya bertempat di Pondok Bukit Puteri.Usrah ini diadakan secara bergilir gilir di rumah AJK.Kali ini giliran Timbalan Ketua DPP kaw. Besut Ust Kaspi Ismail sebagai tuan rumah.Sebelum ini usrah diadakan di rumah Ust Zulkifli Kadir yang juga Ketua DPP kaw. Besut.Usrah yang di pengerusikan oleh Naib Ketua DPP Kaw. Besut Ust Arif Daud sebagai naqib ini bermula selepas solat maghrib berjemaah.Usrah berakhir kpada jam 9.20 mlm.Dalam kesempatan ini DPP Kaw. Besut turut mengadakan Mesyuarat Bulanan kali ke 5 nya ditempat yang sama.Majlis bersurai jam 12.15 pagi selepas menjamah jamuan ringkas yang di sediakan tuan rumah.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zamri lawan Nizar: Fatwa ISA siapa bertanggungjawab

Oleh Zolkharnain Abidin

ISA dikuatkuasakan semenjak 1960 dan ribuan menjadi mangsanya. Sekarang akta itu berhadapan desakan umum supaya dimansuhkan. Namun ada pro dan kontranya. Kata putus diperlukan. Salah satu institusi yang dilihat berwibawa untuk memutuskannya ialah jawatankuasa fatwa kebangsaan. Jawatankuasa ini ‘berlidah masin’.



Bekas Mufti Perlis menyarankan supaya para mufti Malaysia, atau jawatankuasa fatwa kebangsaan memfatwakan ISA. (Baca sini)

Baginya, jawatankuasa fatwa kita yang biasanya bermesyuarat di hotel-hotel besar itu tidak mengeluarkan pandangan yang besar-besar. Wang awam tidak digunakan secara efektif oleh mufti untuk kepentingan awam.

Salah satu perkara besar yang dilihat terabai untuk difatwakan ialah ISA. Sudah sampai masanya akta itu dilihat dari sudut hukumnya.

Saya menyokong Asri dalam pandangannya ini.

Sepengetahuan saya, para mufti mengeluarkan fatwa apabila diminta atau diarah. Namun, itu tidak bermakna mereka tidak boleh berbincang mengenainya. Berdasarkan tulisan Asri, seolah-olah para mufti kita tidak pernah berbincang pun mengenai ISA, apatah memfatwakannya.

Inilah sebahagian keberanian dan keterbukaan Asri yang tidak ada pada mufti lain sehingga memungkinkan dia kurang disenangi.

Ada persoalan lain lagi, mengapa tidak dirujuk kepada mufti terlebih dahulu sebelum akta itu diwujudkan?

Di Melaka, jawatan mufti secara rasmi wujud serentak dengan penubuhan majlis agama Islam negeri itu pada tahun 1960. Di Selangor dan Perak wujud semenjak 1949 lagi. Di Negeri Sembilan pada tahun 1950. Rasanya, di negeri-begeri lain juga hampir sama sahaja. Cuma bilakah jawatankuasa / majlis fatwa kebangsaan ditubuhkan, kurang dapat dipastikan.

Kalau akta itu wujud lebih awal daripada mufti, memang tidak berbangkit merujuk kepada mufti. Tetapi kalau ia wujud selepas mufti wujud, mengapa mufti tidak dirujuk?

Tak apa, biarkan sahaja persoalan itu di situ.

Persoalan pokok di sini ialah sikap kerajaan. Bukan sahaja dalam isu ini bahkan dalam banyak isu, para ulama’ secara umum dan para mufti tidak dirujuk terlebih dahulu.

ASN dan ASB misalnya, rasanya tidak dirujuk kepada mufti terlebih dahulu sebelum dilancarkan. Bila rakyat bising, barulah dirujuk kepada fatwa.

Fatwa mengenai ASN dan ASB hanya dibuat pada tahun 2008 dalam muzakarahnya yang ke 80. (Baca sini) Sedangkan ASN dirasmikan pada bulan April 1981 oleh Hussein Oon. (Baca sini) Selama 27 tahun, …ulang, 27 tahun… rakyat terlibat dengan skim itu tanpa mengetahui status hukumnya.

Mengapa ini boleh terjadi? Ketika ASN dan ASB diuar-uarkan jawatankuasa fatwa sudah ada. Mengapa tidak dirujuk? Ada banyak kemungkinan juga di sini. Boleh jadi tidak rujuk langsung, boleh jadi rujuk tetapi tiada fatwa, boleh jadi rujuk tetapi fatwanya tidak disenangi lalu disembunyikan, dan banyak lagi.

Tak apa, biarkan juga kemungkinan itu di situ.

Apa yang mustahak ialah, fatwa mengenainya hanya diumumkan 27 tahun selepas itu, mengapa? Kalau halal mengapa tidak diumumkan lebih awal. Kalau haram pula mengapa disembunyikan? Mengapa biarkan ia terkontang-kanting selama 27 tahun?

Justeru, kalau sampai kini tiada fatwa mengenai ISA, itu tidak menghairankan sangat. Bukan mufti tidak mahu memfatwakannya, tetapi mereka tidak dirujuk. Sama seperti dalam isu ASN dan ASB.

Para mufti mungkin tersilap kerana tidak pro aktif dalam isu ISA, tetapi kesilapan besar tetap menimpa pihak berkuasa.

Tentunya yang berkuasa pada hari ini ialah BN. Ah…Umnolah, takkan MCA dan MIC pula.

http://bongkarsauh.blogspot.com/

Zamri lawan Nizar:Sivakumar buat laporan Polis terhadap SUK Perak


28 Julai 2009, YB V.Sivakumar telah membuat laporan polis terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Balai Polis Pusat, Ipoh pada jam 12.34pm. YB V.Sivakumar dan Ahli-ahli Jawatankuasa Hak & Kebebasan telah dihalang oleh polis daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 27 Julai 2009. Halang ini dibuat oleh polis atas arahan Dato Dr Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.


YB V.Sivakumar sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri yang sah dan ahli-ahli jawatankuasanya mahu mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Hak & Kebebasan di bilik Yang Dipertua atau bilik mesyuarat. Tujuannya adalah untuk menyiasat aduan yang dibuat oleh ADUN Pokok Assam YB Yee Sui Kai terhadap Dato Ganesan berkaitan dengan insiden 7 Mei Dewan Negeri Perak.

Apabila YB V.Sivakumar dan ahli-ahli jawatankuasanya sampai ke pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan, polis telah menghalang dan menutup pintu masuk tersebut. Alasan yang diberikan oleh polis ialah mereka hanya menjalankan tugas. Arahan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri untuk tidak membenarkan Jawatankuasa itu masuk ke dalam kawasan Bangunan Perak Darul Ridzuan.


Tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak polis adalah bertentangan dengan seksyen 124 Kanun Keseksaan. Kejadian di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan tersebut disaksikan oleh orang ramai.

Oleh kerana polis telah menghalang jawatankuasa itu daripada bermesyuarat di Bangunan Perak Darul Ridzuan, maka mesyuarat tersebut terpaksa diadakan di salah sebuah bilik mesyuarat di Hotel Syuen, Ipoh.

YB V.Sivakumar telah membuat laporan polis dengan harapan pihak polis akan mengambil segala tindakan undang-undang yang wajar supaya membela kedaulatan undang-undang negara dan menegakkan keadilan.

speakforperak

Zamri lawan Nizar: Mitak maap Tok Guru-Utusan Malaysia


PERMOHONAN MAAF

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.
YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.
Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.
Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.
Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.





Kematian Beng Hock: Najib temui keluarganya


PUTRAJAYA 28 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menemui anggota keluarga mendiang Teoh Beng Hock di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Pada pertemuan itu atas undangan Perdana Menteri, Najib sekali lagi menyampaikan takziah kepada bapa Beng Hock, Teoh Leong Hwee; emaknya, Teng Shuw Hor; abangnya, Beng Kee; adik perempuannya, Lee Lan; dan juga tunangnya, Soh Cher Wei.

Najib memberitahu keluarga Beng Hock bahawa beliau dan semua anggota Kabinet memandang berat kejadian yang menimpa mendiang.

"Apa saja yang perlu akan dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian dan jika ada sebarang salah laku, tindakan pasti akan diambil," kata Perdana Menteri kepada keluarga Beng Hock pada pertemuan selama 30 minit itu yang bermula sekitar 7.30 malam.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada seorang anggota Exco kerajaan Selangor, ditemui mati terjatuh di aras lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai selepas diminta memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna dana oleh beberapa wakil rakyat Selangor.

Najib juga menjelaskan kepada keluarga Beng Hock bahawa penubuhan suruhanjaya siasatan diraja dan inkues merupakan pendekatan serentak bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

Inkues itu merupakan satu tuntutan undang-undang dalam kes seperti ini yang melibatkan kematian mengejut manakala Suruhanjaya Siasatan Diraja itu ditubuhkan bagi tujuan meneliti aspek prosedur SPRM dalam menjalankan siasatannya.

Najib berkata, pendekatan itu akan dapat memastikan sama ada mana-mana aspek atau tindakan yang diambil, mungkin ada kaitan atau menyebabkan kejadian itu.

Katanya, hasil siasatan itu akan dianggap sebagai input kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja itu.

Kepada permintaan keluarga berkenaan agar anak Beng Hock menggunakan nama keluarga Teoh selepas dilahirkan nanti, Najib berkata, beliau akan meminta Peguam Negara dan jabatan-jabatan berkaitan mencari penyelesaian.

Soh, 28, seorang guru sekolah di Semenyih, kini mengandung dua bulan.

Yang turut hadir pada pertemuan itu ialah bekas Setiausaha Agung DAP, Kerk Kim Hock yang mempunyai pertalian keluarga dengan Teoh. - BERNAMA

Untuk apa Najib jumpa keluarga Beng Hock,untuk minta maaf atau untuk apa.Adakah isu ini selesai dengan maaf sahaja.Lebih baik beliau mempercepatkan siasatan dan mengambil tindakan pada mereka yang terlibat.Satu lagi,adakah beliau atau mana mana pemimpin UMNO pernah melawat mangsa yang di tembak dalam teragedi Batu Buruk dulu, mana hasil siasatan dan adakah tindakan di ambil pada mereka terlibat.Apa dah jadi,fikirkan sendiri tepuk dada tanya selera.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zamri lawan Nizar: Kes Sivakumar di dengar 4 sept.


KUALA LUMPUR: Permohonan kebenaran bekas Speaker Dewan Undangan (DUN) Perak, V Sivakumar untuk semakan kehakiman bagi meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan tiga kawasan pilihan raya itu kosong dan mengadakan pilihan raya di kawasan berkenaan akan didengar Mahkamah Tinggi, 4 September ini.

Hakim Lau Bee Lan menetapkan tarikh itu apabila kes berkenaan dikemukakan untuk sebutan di kamar beliau semalam.

Permohonan kebenaran Sivakumar akan didengar bersama dengan permohonan yang sama yang dikemukakan oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang, Chen Fook Chye, Tai Sing Ng dan A Sivanesan dan tiga orang pengundi, Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai(Jelapang).

Zamri lawan Nizar: Kalau tak berjaya jumpa di mahkamah-Tok Guru

Kerajaan Kelantan tidak menolak kemungkinan menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah sekiranya rundingan gagal antara kedua-dua pihak.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya usaha penyelesaian cara rundingan dengan kerajaan pusat buntu, kerajaan negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan melalui undang-undang.

Malah kata beliau sekiranya mahkamah tempatan tidak juga dapat menyelesaikan tuntutan itu, ia mungkin akan dibawa ke mahkmah antarabangsa.

“Bagaimanapun sebelum tindakan akhir dibawa ke mahkamah kerajaan negeri akan menyelesaikan secara rundingan dengan kerajaan pusat bagi mendapatkan royalti.Image

“Sekarang masih ada jalan mudah iaitu rundingan, maka tiada sebab kenapa ia perlu diselesaikan di mahkamah pada peringkat ini,” ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan hari ini.

Baru-baru ini Menteri Besar menghantar surat tuntutan royalti minyak kepada Perdana Menteri memandangkan terdapat pelantar carigali yang di kawasan perairan Kelantan.

Bagaimanapun surat tersebut belum dijawab perdana menteri sehingga sekarang.

Sebelum ini Petronas Carigali Sdn Bhd mengadakan usahasama dengna Shell Exploration dan Production Malaysia B.V menemui gas di Blok PM301 yang difahamkan terletak dalam kawasan perairan Kelantan.

ImageTelaga Bunga Anggerik 1 memulakan penerokaan pada 21 November 2004 dan telah menggerudi sedalam 1,527 meter dan menemui empat zon gas.

Mengenai kenyataan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang berhujah Kelantan berhak mendapat royalti berkenaan Menteri Besar berkata, beliau bersyukur di atas keprihatinan bekas Menteri Kewangan itu.

“Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas memang mengetahui perkara sebenar dan sedar akan hak Kelantan,” ujarnya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap cadangan Kementerian Pelajaran yang cuba menghadkan 10 subjek sahaja bagi calon SPM bermula tahun depan.

Katanya, tindakan itu secara tidak langsung mencantas daya saing seseorang manusia di samping merugikan masyarakat.Image

“Tindakan berkenaan merugikan bukan sahaja pelajar sebaliknya masyarakat memandangkan pelajar hari ini pelapis pemimpin pada masa depan.

“Antara sedar atau sebaliknya kerajaan pusat telah mematikan hasrat di kalangan pelajar yang mempunyai semangat berlumba bagi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran,” katanya

Menurutnya semangat ingin berlumba di kalangan pelajar perlu disemai serta dibajai dari awal lagi.

Pada sambutan itu anggota parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman diumumkan Tokoh Pendidikan Yik 2009.

Dengan anugerah itu beliau mendapat tiket mengerjakan umrah dan sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Besar.

http://www.harakahdaily.net

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....