Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 11 November 2012

Video : Warga emas mengamuk dalam ceramah Azmin Ali




Ceramah Jelajah Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali ke Negeri Johor di mana jadual program beliau singgah di Kampung Parit Lapis, Taman Nira, Batu Pahat. Kampung ini khabarnya merupakan kubu kuat Umno.

Apa yang ingin yang ingin dikongsikan di sini ialah, salah satu kejadian yang berjaya dirakamkan oleh lensa kamera di mana seorang warga emas penduduk tempatan mengamuk ketika Azmin Ali sedang memberikan ucapan.

2 Exco Kelantan terima anugerah Dato’ Paduka

KOTA BHARU: Dua anggota Exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi dan Dr Muhammad Fadzli Hassan hari ini menerima anugerah yang membawa geralan Dato’ Paduka sempena ulangtahun hari keputeraan Sultan Muhammad V.

Mereka menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia.(Gambar: Che Abdullah dan isteri.)

Turut menerima darjah sama Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad yang juga bekas anggota Exco.

Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Seri Dr Ali Hamsa mengetuai senarai 239 penerima Anugerah Gelaran Kebesaran, Darjah-Darjah Kebesaran dan Pelantikan Jaksa Pendamai pada istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan di Istana Balai Besar hari ini.

Sebelum itu berlangsung Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan di  Padang Merdeka bermula jam 8.15 pagi.

Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V kali ke-43 tahun ini dengan cogan kata “Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat” manakala temanya “Islam Dimartabat, Raja Didaulat, Negeri Berkat”.

Semalam Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Zainuddin Ibrahim berkata istiadat pengurniaan darjah kebesaran tahun ini membabitkan penerima seramai 636 orang.

Seramai 397 penerima lagi iaitu bagi Bintang-Bintang, Pingat-Pingat dan Surat-Surat Kepujian pula akan berlangsung pada satu tarikh ditetapkan kemudian.

Sementara itu Dr Muhammad Fadzli merakamkan ucapan syukur dan terharu di atas penganugerahan daripada Sultan Kelantan dan berharap semoga ia memberi kebaikan di dunia dan akhirat.Hrkh

Video : Tok Guru Nik Aziz Pertahan Nurul Izzah




KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berikutan pelbagai kecaman sesetengah pihak ekoran kenyataannya dikatakan meremehkan soal akidah atau menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Abdul Aziz berkata, kenyataan Nurul Izzah menjadi perkara serius dan dibincangkan oleh pelbagai pihak memandangkan beliau merupakan anggota parti pembangkang yang sememangnya sentiasa tidak sehaluan dengan pihak lawan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....