Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 23 Februari 2011

Analisis : Di manakah kesudahan strategi politik PAS?

Ekoran dari perkembangan terbaru dengan kematian ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, Perlis sahaja satu-satunya negeri yang belum diadakan pilihanraya kecil selepas PRU ke-12 lalu. Paling banyak ada di Pulau Pinang, iaitu 3 kali dan menjadi lebih menarik bila dua kerusi DUN dalam parlimen dalam Permatang Pauh, iaitu DUN Penanti dan Permatang Pasir serta Parlimen Permatang Pauh sendiri bertukar penyandang.
Kerusi parlimen Permatang Pauh diadakan pilihanraya kecil pada bulan Ogos, 2008, yakni tidak sampai 6 bulan dan menjadi yang pertama selepas PRU ke-12 lalu. Kerusi tersebut diserahkan semula oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tahun 2009 bolehlah diistiharkan tahun pilihanraya kecil kerana sepanjang tahun tersebut sebanyak 8 pilihanraya kecil diadakan melibatkan 2 kerusi parlimen dan 6 kerusi DUN. PAS berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada UMNO (BN) dalam pilihanraya kecil diadakan pada bulan Januari, 2009 dan mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang dalam pilihanraya kecil pada bulan April, 2009.
Manakala bagi 6 kerusi DUN pula, semua parti mengekalkan kerusi DUN masing-masing pada PRK 2009, iaitu PKR bagi DUN Bukit Selambau (April, 2009) dan Penanti (Mei, 2009) dan PAS pula mengekalkan Manek Urai ((Julai, 2009) dan Permatang Pasir (Ogos, 2009) serta BN pula mengekalkan Batang Ai (April, 2009) dan Bagan Pinang (Oktober, 2009).
Tetapi pada tahun 2010, daripada 3 pilihanraya kecil Parlimen dan satu pilihanraya kecil DUN keadaan tidak lagi menyebelahi PR dan pencapaian BN menjadi semakin baik. BN (MIC) berjaya merampas kerusi parlimen Hulu Selangor (April, 2010) dari PKR tetapi BN (SUPP) kecundang di kerusi parlimen Sibu (Mei, 2010) kepada DAP serta BN (PBS) berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi (November, 2010). Nasib tidak menyebelahi PR, bila PAS kecundang kepada BN (UMNO) dalam PRK DUN Galas (November, 2010).
Tirai pilihnraya kecil pada 2011 merupakan ujian kepada BN (UMNO) pula sama ada mampu mengekalkannya atau pun tidak. BN (UMNO) memulakannya dengan baik bila ianya berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang, Johor (Januari, 2011).Sekarang perhatian tertumpu kepada kerusi DUN Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang pula.
Sekarang ini merupakan pertarungan antara UMNO dan PAS secara langsung. Sejak kalah dalam pilihanraya kecil DUN Galas tempohari, kelihatan PAS sedang mencari-cari strategi yang sesuai.
Bagi tahun 2009, ternyata ianya memihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) bila berjaya merampas kerusi parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut (MAWE) yang juga ADUN Wakaf Mempelam.
Ekoran daripada kemenangan ini, PAS sekali lagi mempertarohkan Ir Mohd Nizar Jamaluddin, ADUN Pasir Panjang yang juga bekas Menteri Besar Perak dan berjaya mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang.
Ini menjadikan kedua-dua ADUN ini (Wahid dan Nizar) memegang dua kerusi serentak, yakni kerusi DUN dan Parlimen, selain daripada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang).

Anak Bekas Adun Calon BN Merlimau

Muhyiddin berjabat tangan dengan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin, Roslan Ahmad yang dipilih sebagai calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Rabu. - Foto THE STAR Oleh A.MALEK YAHAYA

MERLIMAU: Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin, Roslan Ahmad, 44, dipilih sebagai calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Pengurus Perbadanan Melaka Holdings (PMH) itu pada majlis pengumuman calom BN di sini Rabu.

Roslan merupakan pemimpin muda yang tidak asing di kawasan ini.

Beliau merupakan anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin penggal 1974.

Bapa saudara Roslan pula adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Isnin (1997-1999).

Lulusan Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Institut Teknologi Tun Abdul Razak berkahwin dengan Zanifah Umar dan dikurniakan empat cahaya mata berusia antara empat hingga 11 tahun.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac serentak dengan Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Pahang jika ada pertandingan.Mstar

Anak Bekas Menteri Dilantik Setiausaha Politik Guan Eng

KUALA LUMPUR 23 FEB : Zairil Khir Johari dilantik sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkuatkuasa serta merta yang diumumkan pada hari ini.

"Perlantikan ini akan berkuatkuasa dengan serta merta," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu.

Tambahnya, tugas Zairil adalah untuk membantunya dalam urusan politik sama ada dalam parti mahupun pada peringkat kebangsaan yang berpusat di Sekretariat DAP di Kuala Lumpur.

Katanya, Zairil mempunyai latar belakang dalam pelbagai bidang iaitu berkelulusan Sarjana dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi daripada School of Oriental and African Studies, University of London dan juga Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Sistem Maklumat.

Guan Eng berkata, Zairil merupakan usahawan dalam industri coklat tempatan, di mana beliau telah memperkenalkan teknologi percetakan penuh warna di atas coklat yang pertama di Malaysia.

"Saya yakin dengan pengalamannya yang luas dan pelbagai, Zairil akan memberi sumbangan yang positif kepada parti dalam perjuangan kita untuk menongkah arus demi mencapai matlamat kenegaraan yang adil dan saksama untuk setiap warga Malaysia," ujarnya.

Zairil adalah anak bekas Menteri Pelajaran, Allahyarham Tan Sri Khir Johari.TVS

Chua Jui Meng akui pernah takutkan orang Cina dengan PAS

TEMERLOH, 23 Feb: Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS.Imbang Penuh
Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong ‘anu’ dan tidak boleh lagi makan ‘kerbau pendek’.

Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama.

“Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek.

“Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat,” katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir.

Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.

Turut berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR Tian Chua dan beberapa orang lagi.

Chua selanjutnya menceritakan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak jatuh kerana mengaut kekayaan melampau dengan keluarga beliau mempunyai kekayaan lebih RM270 bilion.

Tambahnya, sedangkan sejumlah besar rakyat hidup melarat dan dibelenggu kemiskinan sehinggalah mereka bangun memberontak.

“Saya nak beritahu apa bezanya dengan Malaysia, 11 juta penduduk di negara ini berpendapatan di bawah RM1,500 iaitu berstatus miskin jika dibandingkan dengan kos hidup. Dan 8 juta daripada mereka adalah orang Melayu.

“Satu perkara lagi yang mempunyai persamaan Malaysia dengan negara-negara Arab yang menghadapi kebangkitan rakyat itu ialah rasuah. Semasa saya mulai memasuki parlimen tiga dekad yang lalu kedudukan indeks rasuah Malaysia sekitar nombor 20.

“Tetapi ketika Perdana Menteri sekarang mengambil alih pemerintahan sudah berada di kedudukan ke 57,” katanya.

Jelasnya, beliau percaya jika rakyat dalam keadaan tertekan mereka akan bertindak untuk mendapatkan keadilan.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....