Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 26 September 2010

Pemilihan PKR : Nurul Izzah menang, Kamarul dan Elizabeth tewas


KUALA LUMPUR, 26 Sept — Datuk Kamarul Bahrin Abas yang mengetuai 20 ahli Parlimen mengisytiharkan sokongan padu kepada Azmin Ali bagi jawatan timbalan presiden tiga minggu lalu gagal dalam saingan ketua cabang PKR Telok Kemang hari ini.

Ahli Parlimen Telok Kemang itu tewas di tangan Adun Port Dickson M Ravi yang menerima 279 undi.Anggota Dewan Rakyat penggal pertama itu menerima 137 undi.Hanya dua calon daripada barisan Kamarul menang dalam cubaan mereka.

Ketika dihubungi malam ini, Ravi berkata, sebagaimana pernah disebutkan sebelum ini beliau memang telah “yakin akan menang.”Kamarul tidak dapat dihubungi untuk reaksi.

“Kalau tidak yakin saya sudah pasti saya tidak turun gelanggang pertandingan,” kata beliau yang memangku jawatan ketua cabang sejak 2008.Pada pemilihan 2007 Ravi memenangi jawatan timbalan ketua cabang.

“Ini kali pertama pemilihan benar-benar diadakan dengan pengundian secara tersusun. Sebelum ini pemilihan hanya melibatkan angkat tangan,” katanya.

“Ini bukan kemenangan saya tapi kemenangan ahli akar umbi. Pertandingan ini adalah pertandingan keluarga dan selepas ini saya akan terus bekerjasama dengan Datuk Kamarul di mana beliau beliau adalah Ahli Parlimen Telok Kemang,” kata beliau sambil berkata DUN Port Dickson adalah salah satu daripada lima DUN dalam bahagian Parlimen Telok Kemang.

Ravi berkata bagi jawatan presiden dan timbalan presiden cabang itu mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Zaid Ibrahim.Ditanya mengapa mencalonkan Anwar, Ravi berkata, majoriti mahukan penasihat PKR itu mengetuai parti.

Dalam pada itu anak Anwar, Nurul Izzah menewaskan tiga calon lain untuk memenangi jawatan ketua cabang Lembah Pantai.Nurul memperoleh 429 undi.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong tewas pemilihan ketua cabang Petaling Jaya Utara.TMI

Panas !!! Nazri Aziz VS Awang Selamat

Surat ini merupakan surat kedua yang Nazri menujukan kepada Awang Selamat. — gambar fail

PADANG RENGAS, 26 Sept — Kepada saudara, tidak kira siapa anda sebenarnya, sudah pasti saya akan respons kepada rencana tulisan saudara. Jika kita percaya pada kebebasan bersuara, biar diketahui bahawa ia bukan sahaja diberikan kepada akhbar, tetapi juga kepada orang perseorangan.
Dalam menggunakan hak saya untuk membalas dan untuk mempertahankan diri saya, sila jangan membuat tafsiran bahawa saya cuba untuk mengelak kritikan terhadap diri saya. Saya sememangnya berhadapan dengan kritikan-kritikan sejak sekian lama pembabitan saya dalam politik dan saya masih berdiri di mana saya berada sekarang.
Saudara Utusan menulis bahawa dia menerima banyak SMS untuk menjustifikasikan yang dia menerima sokongan terhadap artikel mengenai diri saya (minggu lalu). Saya tidak mahu bercakap mengenai SMS dan emel-emel yang saya terima kerana dia tidak berupaya untuk mengesahkannya, tetapi saya pasti dia juga telah dimaklumkan bahawa komen-komen yang dinukilkan oleh orang ramai yang membaca portal, menunjukkan saya juga menerima banyak sokongan daripada rakyat, sebagaimana dia mendakwa menerima dalam jumlah yang banyak.
Mengapa tidak boleh saya menyifatkan anda sebagai rasis apabila anda kelihatan kecewa dengan pujian dan respons-respons positif yang saya terima daripada bukan Melayu dan cuba untuk meletakkannya sebagai negatif terhadap diri saya, khususnya yang datang daripada Kit Siang dan Guan Eng. Dengan berbuat demikian, anda dengan jelas meletakkan diri anda sebagai, kita orang Melayu, menentang bukan Melayu. Adakah hanya komen dan pujian orang Melayu perlu diambil kira dan yang lain-lain pula diketepikan, atas alasan yang sendiri yang tahu. Anda mempunyai perjalanan yang begitu jauh untuk menerima bahawa Malaysia adalah sebuah negara milik rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua kaum, yang menzahirkan kesetiaan mereka kepada tanah lahir mereka ini.

Gambar : Sultan Muhammad ke-V(Tuanku Muhammad Faris Petra) Bersama Rakyat Di Masjid Kg Sireh











Harta Sosilawati Dianggarkan Lebih RM 150 Juta

Rumah banglo di Taman Harmonis, Gombak bernilai RM1 juta

Oleh FIRDAUS SAHAT
“Allahyarham pernah berkata kepada saya, dia lega anaknya boleh diharap dan mempercayai mereka seratus peratus untuk mengendalikan semua perniagaannya, lebih-lebih lagi tiada orang lain yang boleh dipercayai,” kata Datuk Zaidi Zain, peguam peribadi jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh kejam.

“Tidak lama dulu dia pernah memberitahu untuk membuat surat wasiat tetapi ia tidak diteruskan. Cuma pada perbincangan terakhir antara kami di bilik saksi sewaktu kes tuntutan harta terhadap bekas suaminya, Nash (Nasharudin Elias) di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos lalu, pelbagai perkara diluahkannya kepada saya.(Gambar kiri,Bangunan Nouvelle Beauty Centre di Kg Baru Kuala Lumpur)

“Antaranya, dia tidak mahu berkompromi dengan mana-mana pihak yang menipunya. Malah dia berkali-kali menyatakan tidak mempercayai sesiapa selain anaknya.

“Secara lisan, Allahyarham berhajat menyerahkan segala urusan perniagaannya kepada anak sulung iaitu Erni Dekritawati Yuliana atau Rita,” katanya.

Selain Rita, 25, lima lagi anak Allahyarham hasil perkahwinan dengan Bukhari Mohamad adalah Erwan Suwari Ridzuan, 24, Erwan Nasri, 23, Erni Erinawati Sofia, 21, Erni Reenilawati, 19, dan Siti Nur Fatimah, 13.

Ketika itu, Zaidi berkata, arwah menjelaskan hatinya kembali tenang dan betul-betul lega apabila lima daripada enam anaknya mampu menguruskan perniagaannya.

“Daripada percakapannya, saya pasti dia betul-betul lega. Malah, gayanya seperti terlepas daripada satu beban yang sangat berat apabila dia mengatur tugas terhadap lima anaknya mengenai setiap perniagaan dimiliki.

“Arwah juga menjelaskan, dia tidak mahu memikirkan mengenai perniagaan yang diserahkan kepada anaknya. Dia ingin menumpukan perhatian terhadap bidang hartanah saja,” katanya.

Namun selepas kejadian ngeri yang berlaku, Zaidi yakin segala perihal mengenai perniagaan dan harta milik arwah yang dianggarkan bernilai lebih RM150 juta akan dimiliki waris pengasas kosmetik Nouvelle Visages iaitu anaknya meskipun tiada wasiat bertulis.

Amaran Ibrahim Ali Kepada Tiga Pemimpin Umno

Ibrahim (kiri) bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Pasir Mas hari ini. — Gambar oleh Jack Ooi

PASIR MAS, 25 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada tiga pemimpin Umno supaya tidak lagi mempersoalkan perjuangan pertubuhan Melayu itu yang ditubuhkan dua tahun lalu untuk mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.
Ketiga-tiga pemimpin tersebut adalah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Ketiga-tiga pemimpin tersebut pernah mendakwa Perkasa boleh menjadi punca kepada BN kehilangan sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.
“Saya kenal siapa mereka, mereka sepatutnya tidak salahkan Perkasa,” kata beliau sambil mendakwa, “saya tahu DNA mereka.”
“Kalau saya dedahkan nanti, jadi berperang pula,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini.
“Jadi lebih baik cukup sampai di sini sahaja,” katanya ketika berucap pada program Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas di sini.
Tengku Adnan menjelaskan Umno tidak akan menyokong Ibrahim jika beliau bertanding semula sebagai calon Bebas di Pasir Mas.
Dalam surat terbukanya menjawab tuduhan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia terbitan Kumpulan Utusan Ahad lalu, Nazri berkata, beliau sentiasa tahu siapa ketuanya dan mahu Awang mengetahui bahawa “saya sentiasa tahu siapa ketua saya.”

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....