Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 23 November 2009

(Video) Sidang media Tok Guru dan Ariffahmi




Menantu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Abd Rahman seorang exco Pemuda PAS Kelantan, yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas, meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya sudah didatangani oleh pemimpin pusat yang mengandungi Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din, dan juga wakil parlimen daripada Kubang Kerian dan Kuala Krai.

Semuanya menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihati menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sewaktu saya lantik dulu saya lantik dia dalam mesyuarat penuh, dalam mesyuarat itu ada LA, ada penasihat undang-undang, dan beliau tak ada komen apa, tapi oleh kerana fitnah melalui macam-macam surat layang dan sebagainya, maka saya dinasihati supaya elak diri dari fitnah ini berkembang. Itu sahajalah.

Jadi menantu tok guru sekarang ini akan letak jawatan?
Ya

Bila nak letak tu?
Tarikh itu terserah kepada dia.

Tapi tadi tok guru kata apa yang berlaku fitnah dan bukan kebenaran, jadi kenapa pula disuruh letak jawatan?
Saya lantik menantu saya ini, saya sebut dia menantu, tapi fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah.

Nabi kita pernah sebut kerpada Siti Aisyah, bahawa nabi bercadang nak roboh kaabah yang ada sekarang, nak bina balik supaya sama dengan kaabah zaman nabi Ibrahim, tapi tak jadi nak buat bimbang takut orang Arab yang baru masuk Islam, bawa fitnah dan sebagainya,

Orang lain, blogger nak tuduh itu dia punya pasal la, dia tanggung dosa menyusahkan orang.

Adakah tok guru lepas ini akan rombak juga pengurusan PMBK?
Itu masalah kedua.Masalah sekarang ini menantu saya itu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab.

Jadi ini tak ada kena mengena dengan siasatan SPRM?

Siasatan SPRM tu siasatlah. Itu kerja dia. Tapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur, sesiapa yang gerak dia akan dilaknat Allah, itu pemfitnah punya fasal. tapi (letak jawatan) ini nak jaga kepimpinan parti Islam Semalaysia.

Yang mana satu tuduhan, tulisan itu fitnah?
Terlalu banyak, saya pun terima terlalu banyak surat layang, surat layang tak ada tandatangan, zaman sekarang orang baca dalam internet seluruh dunia.

Masa pelantikan (Arif) tok guru dapat pandangan dari semua pihak ya?
Saya sudah sebut dalam mesyuarat,dan mesyuarat senyap, termasuk YB sendiri.

Adakah dalam keadaan sekarang pimpinan PAS Kelantan tak beri sokongan pada tok guru, sebab tak ada pun yang beri kenyataan , bahawa sudah dibincang dalam mesyuarat, bahawa pelantikan (Arif) sudah dapat restu semua pimpinan?
Itu tak payah. Saya tak perlu kenyataan (sokongan) terbuka begitu. Tapi oleh kerana fitnah yang dibuat oleh blogger semua sekali yang semua orang boleh baca. Dan nama baik kepimpinan Islam akan menjadi cacat. (setakat itu sahajalah)

Transkrip penuh sidang media Abdul Ariffahmi

Macam mana pendirian saudara Arif? (gambar)
Pertama sekali saya ingin nyatakan saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk hjaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik Parti Islam Semalaysia, dan juga nama baik kerajaan negeri Kelantan.

Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya.

Saya juga pohon sokongan dan dokongan dari semua pimpinan PAS samaada di negeri kelantan, atau di pihak PAS pusat untuk sama-sama berusaha hapuskan tuduhan-tuduhan yang saya sifatkan sebagai fitnah dalam blog tertentu dan saya yakin saya tidak bersalah.

Penerimaan keputusan ini atas sifat jaga jemaah Pas sendiri, dan jaga kerajaan negeri dan jaga nama baik tok guru.

Bila saudara akan lepas jawatan?
Saya akan tengok rekod cuti saya, berapa hari ada, lepas itu saya akan kira, saya akan buat keputusan bila tarikh yang sesuai untuk saya lepaskan jawatan.

Dalam hal ini adakah saudara dinasihat lepas jawatan atau saudara tawar diri untuk lepas jawatan?
Saya hanya menerima arahan, saya seperti biasa saya sentiasa patuh kepada pimpinan, terutama arahan ini, gesaan ini keluar dari mulut tok guru sendiri. Saya sentiasa setia dan patuh pada dia, dan saya terima dengan hati terbuka.

Kenapa saudara tak letak serta merta, bukankah itu lebih baik?
Sebelum ini saya ada merujuk kepada dia, atas desakan yang dibuat ke atas saya, tapi pada masa itu dia minta saya tidak letak jawatan, dan atas asas itu saya teruskan tugas saya sebagai CEO kerana itu arahan dari beliau sendiri untuk teruskan.

Tadi saudara sebut semua fitnah yang dilempar ke atas saudara dalam PMBK dan sebelum ini adalah fitnah, kalau itu fitnah adakah akan ambil sebarang tindakan undang-undang?
Sebenranya beberapa orang peguam sedang kaji semua tuduhan dan saya sedang teliti dan akan dengar nasihat para peguam dan liohat secara teliti, dan pada masa sesuai nanti kita akan lakukan apa yang patut.

Saya nak ulang lagi, apa yang dtulis dalam blog tertentu sebelum ini yang menyatakan saya telah diminta meletak jawatan dan rentetan itu arahan telah dikeluarkan, saya tak terima arahan itu, dan saya telah pergi ke KL merajuk, itu tak betul, saya hanya terima arahan pada hari ini sahaja, dan saya boleh terima keputusan ini dengan dada yang lapang dan insya ALLAH saya akan sentiasa setia, dan sentiasa hormati tok guru sebagai bapa mertua saya dan pemimpin kita semua.

Apa rancangan masa depan?
Itu belum pikir lagi, mungkin berniaga.thinking of life

Menantu Tok Guru Nik Aziz sah letak jawatan



KOTA BARU, Nov 23 – Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman akhirnya bersetuju untuk meletakkan jawatan beliau itu yang menjadi pertikaian banyak pihak sejak kebelakangan ini.

Peletakkan jawatan tersebut dibuat sebagai respons kepada hasrat Menteri Besar Kelantan yang juga bapa mertuanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Peletakan jawatan saya bukan bermakna saya bersalah... segala fitnah yang dilontarkan kepada saya itu tetap saya nafikan. Hanya masa yang akan menentukan.

“Saya berundur kerana akur dengan keputusan Tuan Guru, atas rasa sayang dan hormat saya kepada dia dan untuk menjaga imejnya dan juga imej kerajaan negeri. Saya akan menghantar surat perletakan jawatan saya secepat mungkin,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Terdahulu Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mengadakan mesyuarat tertutup bersama beberapa pimpinan PAS Pusat iaitu Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presidennya Salahuddin Ayub, Bendaharinya Dr. Mohd Hatta Ramli dan Timbalan Mursyidul Amnya Datuk Dr. Mohd Hatta Ramli.

Dipercayai Nik Aziz dinasihatkan oleh pemimpin PAS untuk mengarahkan menantunya supaya meletak jawatan demi kepentingan Islam, parti dan kerajaan Kelantan.

Sebab itu, Nik Aziz memanggil Ariffahmi menyertai kenyataan medianya dan mendengar hasrat kepimpinan PAS tersebut.

Ariffahmi yang sebelum ini menunggu keputusan Nik Aziz sebelum ini terus akur untuk meletak jawatan demi Nik Aziz dan PAS.

Dalam perkembangan berkaitan, blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau Kickdefella melafazkan rasa syukur atas keputusan Nik Aziz dan Ariffahmi tersebut.

Keputusan Ariffahmi meletak jawatan tersebut sekali gus menghentikan pelbagai spekulasi tidak sihat ke atas peribadi Nik Aziz, kerajaan Kelantan dan PAS sendiri.TMI

Kota Seputih:Mahkamah tolak permohonan SPR



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mendapat perintah untuk menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kota Siputeh sebagai kosong.

Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasakuasa Khas) hari ini menolak permohonan SPR bagi mendapatkan perintah penangguhan itu tetapi suruhanjaya itu telah merujuk perkara berkenaan kepada Mahkamah Rayuan dengan mengemukakan satu lagi permohonan untuk perintah penangguhan.

Jika ia tidak mendapat perintah itu, SPR perlu mengeluarkan writ menjelang Rabu ini bagi mengadakan satu pilihan raya kecil di situ.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin berkata beliau bersetuju dengan Sulaiman Abdullah, peguam utama bagi Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, bahawa SPR gagal menyakinkan mahkamah berhubung isu keadaan luar biasa bagi mewajarkan permohonan itu dibenarkan.

Katanya alasan mengenai implikasi kewangan yang dinyatakan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaruddin Md Said yang mewakili SPR, tidak boleh ditakrif sebagai satu keadaan luar biasa.

"Mengikut undangundang, menguruskan pilihan raya merupakan tanggungjawab biasa SPR dan suruhanjaya ini tidak merujuk mana-mana undang-undang kes untuk menyokong hujahnya," kata Alizatul.

Pada 17 November lepas, SPR mengemukakan permohonan itu setelah Alizatul membuat keputusan sehari sebelum itu bahawa kerusi berkenaan kosong kerana mendapati penyandangnya Datuk Abu Hassan Sharif daripada Barisan Nasional (BN) gagal menghadiri dua mesyuarat dewan itu berturut-turut tanpa mendapat cuti.

Mahkamah membuat keputusan itu ekoran tindakan Speaker DUN Kedah memfailkan semakan perundangan setelah SPR menerima sijil sakit Abu Hassan dan mengisytiharkan tidak berlaku kekosongan dan beliau masih mewakili kerusi itu.

Dalam penghakimannya hari ini, Alizatul berkata tanpa unsur keadaan luar biasa, mahkamah tidak dapat membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan itu.

Abu Hassan turut hadir pada prosiding hari ini. BERNAMA

Tok Guru Nik Aziz perlu namakan pengganti MB-Nik Amar

KUALA LUMPUR, Nov 23 — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa menamakan penggantinya ketika pentadbiran kerajaan negeri pimpinan beliau yang sudah tahun ke-19, terus dibelenggu isu demi isu.

Gesaan itu diketengahkan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

"Saya secara peribadi rasa perlu Tuan Guru Nik Aziz menamakan pengganti atau sekurangnya bagi petanda untuk mudahkan proses," kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Mohd Amar menambah: "Kalau berlaku tiba-tiba (perubahan pucuk pimpinan), mungkin orang yang naik (pengganti) perlukan masa untuk stabilkan keadaan."

Kata beliau, pandangan itu bukan bertujuan memaksa berundur sekarang.

"Cuma pada pandangan saya, Tuan Guru sudah ada dalam fikiran tapi tak mahu namakan kerana tak nak lukakan sesiapa.

"Bukan suruh Tuan Guru berundur, lebih baik namakan pengganti atau cadangkan kepada parti, nak terus kekal pun tiada masalah," katanya lagi.

Nik Aziz menerajui Kelantan sejak pilihan raya umum 1990.

Kata Mohd Amar, pelan peralihan boleh mengurangkan kekecohan dan khabar angin.

"Kalau peralihan kuasa berlaku dan jelas, mungkin kekecohan ini tak berlaku," katanya.TMI

Ust Nasharuddin dikejarkan ke IJN






KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa, 47, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini selepas mengadu sakit dada ketika persidangan Dewan Rakyat sedang berlangsung hari ini.

Timbalan Presiden Pas itu dikejarkan ke IJN selepas menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan di bangunan Parlimen setelah mengadu kepada Ahli Parlimen Tumpat, daripada Pas Datuk Kamaruddin Jaffar.

Beliau kemudiannya dilihat dibawa dengan kerusi roda ditemani Kamaruddin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada pukul 11.40 pagi k IJN.

Mahfuz ketika ditemui pemberita berkata, Nasharuddin pada mulanya mengadu sakit otot di bahagian dada dan selepas pemeriksaan di klinik tadi, beliau dinasihatkan untuk ke IJN bagi pemeriksaan selanjutnya.

Beliau bagaimana pun enggan mengulas lebih lanjut mengenai keadaan Nasharuddin.SH

Pembatalan permit ceramah Anwar,Polis ikut telunjuk Pemuda Umno





PETALING JAYA, Nov 23 — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan ceramahnya di Kulai, Johor malam tadi ekoran bantahan Pemuda Umno.

Anwar dalam kenyataannya menyebut ekoran bantahan kira-kira 30 ahli Pemuda Umno polis daerah menarik balik permit yang telah pun dikeluarkan.

Turut dijadual berucap bersama Anwar ialah bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng yang menyertai PKR pertengahan tahun ini.

"Ceramah saya dan Datuk Chua Jui Meng di Kulai terpaksa dibatalkan kerana permit yang telah pun dikeluarkan, ditarik balik selepas mendapat bantahan dari kira-kira 30 orang pemuda Umno. Hanya Tian Chua dan Dr Boo Cheng Hau sempat berceramah," katanya.

Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang di Parlimen menambah, alasan yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah ternyata tidak masuk akal.

"Apakah selepas ini jika rakyat beramai-ramai membantah sebarang majlis anjuran Umno, maka ia akan dibatalkan?

"Saya hanya berkesempatan menyampaikan amanat sekitar 10 minit kepada hadirin sebelum mereka bersurai.

"Tidak wajar polis mengikut telunjuk Umno dan akur kepada sebilangan ahli yang bersikap biadap," kata Anwar.TMI

Spekulasi Husam letak jawatan propaganda murahan

SHAH ALAM – Pas Pusat menafikan spekulasi Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa berhasrat melepaskan semua jawatan dalam parti dan Kerajaan Negeri sebaliknya menganggap kenyataan itu sebagai propaganda murahan UMNO berniat jahat memecahbelahkan parti itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, UMNO melalui media arus perdananya sengaja mencetuskan propaganda murahan itu bagi mempengaruhi rakyat kononnya Pas sedang menghadapi krisis dalaman yang sangat kritikal.

“Perkara ini tidak pernah berlaku dalam politik Pas dan ini jelas sebagai satu pembohongan. Malah, sewaktu Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat semalam, Datuk Husam hadir dan tidak timbul langsung isu ini.SH

PAS Yakin PR Akan Terus Berkuasa


Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang menerajui beberapa negeri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 lalu diyakini dapat meneruskan perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih baik pada masa depan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, ini berikutan ketelusan pentadbiran sedia ada sekarang berupaya menunjukkan kepimpinan yang baik dan bebas penyelewengan.

“Buktinya sehingga kini belum ada pihak termasuk pendedahan melalui akhbar penyelewengan yang dilakukan sama ada oleh pemimpin parti atau kalangan pemerintah negeri yang dikuasai PR.

“Ini menunjukkan kita sememangnya mengamalkan pentadbiran yang telus dalam semua bidang dalam usaha untuk memberi keselesaan kepada rakyat,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Pas Jerai di Dewan Orang Ramai di sini, semalam.

Menurutnya, punca utama tidak berlakunya penyelewengan ini adalah kerana semua pemimpin di negeri Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang mengamalkan perbelanjaan berhemah.

“Ketelusan yang menjadi amalan semua pemimpin PR dalam mentadbir negeri masing-masing turut meyakinkan rakyat bahawa mereka tidak terlibat dengan perbuatan rasuah.

“Malah perbelanjaan berjimat cermat kesemua kerajaan negeri tersebut berjaya mengurangkan 30 peratus perbelanjaan mentadbir yang kemudiannya boleh pula digunakan untuk membantu rakyat dalam bentuk yang lain pula,” katanya.

Salahuddin berkata, PR tidak akan menyembunyikan mana-mana pemimpinnya yang didapati menyalah guna kuasa termasuk mengenakan tindakan tegas jika didapati bersalah oleh mahkamah.

“Kita bukan sahaja ingin melihat pemimpin bersih tetapi mereka mesti tunjukkan perjuangan yang dibawa adalah untuk membantu rakyat, bukan kerana kepentingan peribadi," katanya. -SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....