Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 6 Januari 2012

Panas !!! Nasihat Mohd Sabu kepada Hasan Ali

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menasihatkan seluruh ahli dan kepimpinan PAS, khususnya AJK PAS Pusat, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali agar tidak mengkritik dasar mahupun keputusan parti terutama nya menggunakan medium musuh (Umno).

Sebaliknya sesiapa yang tidak berpuas hati dengan sebarang keputusan membabitkan perkara yang te lah ditetapkan melalui Muktamar PAS, mereka haruslah ‘beruzlah’ atau mendiamkan diri, katanya.

Menurut Mat Sabu, sejak dahulu lagi, kepimpinan mahupun ahli PAS yang tidak bersetuju dengan sebarang keputusan PAS mengamalkan sikap berdiam diri dan tidak mengkritik melalui medium musuh.

Dalam keputusan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) semasa zaman Dato’ Asri Muda, meskipun ada beberapa pimpinan dan ahli tidak berpuas hati dengan pendekatan PAS ketika itu, namun mereka berdiam diri sahaja, katanya.

Begitu juga semasa mengangkat keputusan bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dengan bekerjasama dengan Semangat 46, ada juga ahli yang tidak setuju, katanya.

Namun mereka berdiam diri dan mengambil tindakan untuk tidak aktif sebentar dengan parti, sebaliknya apabila keadaan reda, mereka kembali aktif, katanya.

Dalam perkembangan terbaharu pula, beliau menasihatkan pihak-pihak yang terbabit agar berdiam diri dan sebaiknya berbincang secara dalaman untuk menyampaikan pandangan.

“Nasihat Abang Mat, adalah lebih baik berdiam diri, ataupun sedia berbincang secara dalaman biarpun dengan suasana yang panas dan tegang, agar ia tidak menjadi bahan untuk musuh menyerang kita,” ujarnya.

Video : Turun Bendera Najib,Kenyataan Media Adam Adli Selepas Beri Keterangan Pada Polis




KUALA LUMPUR, 6 JAN : Pihak polis tiada mempunyai asas peruntukan dalam perlembagaan untuk meneruskan siasatan terhadap mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan IDris (UPSI) Adam Adli, 23 berhubung insiden menurunkan kain rentang bergambar Datuk Seri Najib Razak bulan lepas.

Adam yang ditemani peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kira-kira jam 11.30pagi untuk disoal siasat dan keluar kira-kira sejam selepas itu.

"Apabila saya meminta untuk melihat laporan, pegawai penyiasat Muhammad Nor tidak membenarkan dengan alasan ketuanya melarang. Jadi kita tidak tahu samada laporan itu benar-benar wujud dan apakah tuduhan yang telah diletakkan dalam laporan tersebut," ujar peguam hak asasi manusia itu.

Menurutnya lagi, sewaktu siasatan dijalankan, Adam dikemukakan 11 soalan yang mana Adam menggunakan haknya mengikut seksyen 112 (2) Kanun Prosedur Jenayah untuk tidak menjawab sebarang soalan.

Fadiah turut mempersoalkan salah satu soalan daripada pihak siasatan tentang kesahihan Adam memijak bendera yang telah diturunkan sedangkan ianya merupakan satu aligasi yang palsu.

"Walhal tiada langsung insiden memijak apa-apa pada ketika itu. Adam hanya menurunkan kain rentang yang ada wajah Najib untuk 5 minit bagi digantikan dengan bendera kebebasan akademik. Kemudian kain rentang Najib itu dinaikkan semula," jelas Fadiah lagi.

Fadiah turut menjelaskan bahawa tindakan Adam itu tidak menyalahi undang-undang malah setiap orang mempunyai hak untuk berbuat demikian.

"Kita tidak tahu mengapa polis sanggup membazirkan masa dan sumber-sumber mereka untuk mengheret mahasiswa yang hanya mempratikkan hak mereka di bawah undang-undang dengan taktik-taktik intimidasi dan ugutan bagi mengheret mahasiswa ke balai polis," tambah Fadiah.

Adam pula memberitahu beliau berharap agar pihak polis dapat menjalankan sisatan dengan adil dan jika tiada asas pertuduhan, maka tidak perlu membazirkan masa beliau lagi.

Adam disiasat di bawah peruntukan 504 kanun keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan yang boleh membawa hukuman penjara selama dua tahun. TVS

Pakatan: Bersih 3.0 digerak jika SPR enggan terima syor PSC

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat menegaskan tidak mustahil perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menggunakan khidmat Mimos, gagal melaksanakan dakwat kekal dan menyelesaikan isu pengundi awal sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) telah pun mendapat kesepakatan dan sepatutnya tidak wujud perbezaan dan kekeliruan maklumat.

"Keputusan untuk guna Mimos telah diputuskan dalam Parlimen. Usul telah diteruskan dan dipersetujui. Kenapa tiada penyelarasan?

“Ini perkara serius yang kita akan bincangkan dan bawa kepada majlis tertinggi presiden,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, SPR tidak akan menggunakan khidmat Mimos Berhad sebagai badan mengesahkan daftar pemilih seperti yang disyorkan oleh PSC mengenai penambahbaikan pilihan raya.

Nurul Izzah berkata, beliau telah dimaklumkan perkara itu ketika mengadakan pertemuan bersama Pengarah Pilihan Raya Wilayah Persekutuan, Shafie Taib semalam.

Bulan lalu, untuk pembersihan daftar pemilih PSC telah mengesyorkan supaya SPR melantik Mimos bagi tujuan verifikasi terhadap pembersihan senarai.

Hari ini, Nurul Izzah berkata: "Saya begitu terkejut dengan apa yang diberitahu kepada saya oleh SPR Negeri. Sedangkan, SPR pusat mengatakan bahawa mereka menggunakan khidmat Mimos. Bagaimana boleh timbul kekeliruan seperti ini?"

"Kami mahu kepastian. Pengerusi SPR perlu memastikan perkara ini disambut oleh negeri-negeri kerana jika tidak ia akan wujud jurang maklumat yang besar,” katanya yang turut hadir sidang media bersama Salahuddin, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke berkata, keputusan bersama PSC sudah dimaklumkan kepada SPR, tetapi pengurusan negeri mengatakan sebaliknya.

Beliau yang juga salah seorang anggota PSC berkata, "apa yang diberitahu SPR terhadap anggota PSC tidak diarah kepada SPR negeri sehingga ada kekeliruan."

"Adakah ini kekeliruan atau tiada arahan diberi kepada SPR negeri?

“SPR Negeri Wilayah Persekutuan  kata Mimos tidak diguna pakai. Itu tidak tepat. Timbul kekeliruan yang amat besar... kerisauan saya adalah, perbincangan nampak cantik dalam kertas perlu dilaksanakan. Jika tidak ia tidak membawa apa-apa makna,” katanya.

Justeru Loke berkata, penjelasan terpeinci perlu diberikan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.SH

Video : Himpunan 901,Kenyataan Media Azmin Ali Selepas Berbincang Dengan Polis



KUALA LUMPUR 6 Dis : Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali memberitahu, polis telah memberi kebenaran dan jaminan akan menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan yang bakal dianjurkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin depan.
“Kita telah bermuafakat dan bersetuju untuk meneruskan perhimpunan aman ini dengan beberapa perincian yang telah dibincang secara bersama,” kata Azmin selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh hari ini.
Ahli Parlimen Gombak itu akan menerangkan secara terperinci mengenai rancangan dan keputusan yang telah dicapai berhubung himpunan itu, di Ibu Pejabat KEADILAN petang ini.
“Tempat telah ditetapkan, perhimpunan akan diteruskan. Keputusannya positif dan saya gembira dengan polis tadi menunjukkan kesediaan untuk berbincang dengan parti politik khususnya pakatan rakyat,” katanya.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin menerusi laman twitter beliau, pihak polis membenarkan ruang perkarangan kawasan letak kereta berhadapan dengan mahkamah untuk berhimpun.
Sehubungan itu satu sidang media tergempar bersama pimpinan KEADILAN akan diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya 3.30 petang ini.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyatakan, pihaknya tidak akan mengharamkan himpunan berkenaan, sebaliknya mencadangkan supaya kawasan yang sesuai.Terdahulu, , turut hadir pada pertemuan tersebut beberapa pimpinan KEADILAN termasuk ketua Wanita, Zuraida Kamarudin, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan juga Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran.
Pertemuan itu dibuat selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Ketua Polis Negara menyarankan agar Ketua Polis Kuala Lumpur bertemu penganjur bagi membincangkan perkara tersebut.Keadilandaily

Sah !!! Presiden Pas Akan Hadiri Himpunan 901

KUALA LUMPUR, 6 Jan: "Saya akan hadir, dan untuk ahli PAS pula, terserah masing-masing,"  kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini.
Perkara ini disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily.
Manakala itu Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan  akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi meminta mana-mana pihak tidak salah faham dengan perhimpunan tersebut dengan menganggap ianya merupakan sokongan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Muslimat PAS akan memberi sokongan kepada perhimpunan pada 9 Januari bukan semata-mata atas isu Anwar.

"Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman," katanya kepada Harakahdaily, hari ini.Pimpinan PAS Selangor juga memutuskan untuk turun 9 Januari ini, kata Pesuruhjayanya, Dr Rani Othman.

"Kita akan bersama presiden di sana. Dalam perbincangan di peringkat negeri juga, kita sudah putuskan akan turun," katanya kepada Harakahdaily.Pemuda PAS pula sedang memobilisasi ahlinya untuk turun pada perhimpunan tersebut.

Jika Anwar terpenjara, Husam pengganti ?

Ketika kita menghampiri hari keputusan perbicaraan kes liwat 2 yang bukan sahaja melibatkan masa depan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, semakin banyak telahan siapakah pemimpin yang paling layak mengepalai Pakatan Rakyat sekiranya beliau dipenjarakan nanti.

Rata-rata tentunya bersetuju, keputusan mahkamah itu nanti dianggap akan mempengaruhi masa hadapan Pakatan termasuklah dalam isu menentukan siapakah bakal PM pertama Pakatan sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13)  nanti.

Selain isu bakal PM Pakatan, juga penting untuk dicongakkan, siapakah yang paling mampu menjana kebangkitan Pakatan sekiranya sekali lagi mereka tertewas dalam PRU-13 nanti.

Bagi pengunjung blog milik pengamal media popular, Mohd Sayuti Omar, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa dianggap sebagai calon popular untuk menerajui Pakatan sekiranya ketua pembangkang itu didapati bersalah dan dipenjarakan.

Sekurang-kurang demikianlah menurut keputusan undian yang melibatkan seramai 2,246 pengunjung blog Merah Tinta MSO sehingga hari ini.

Dalam tinjauan tersebut, Husam memperolehi undian tertinggi dengan 796 undian atau 35 peratus meninggalkan lima calon lain di belakang beliau.

Usia beliau yang dianggap masih muda dan majoriti pengunjung blog terbabit yang dipercayai di kalangan penyokong PAS mungkin boleh dianggap sebagai faktor yang mendorong kepada keputusan tersebut.

Hadi di belakang Husam

Agak menarik juga untuk diperhatikan, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang sendiri turut berada di belakang Husam dengan 521 undian atau 23 peratus.

[Update]Gambar : Puluhan Ribu Banjiri Ceramah Sempena Roadshow DS Anwar Di Machang

Puluhan ribu penuhi padang majlis daerah machang,roadshow dsai
Lagi sudut audiens yg hadir
Suasana hening puluhan ribu rakyat mendengar pidato DS Anwar

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....