Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 19 Disember 2009

Gambar Gambar Sekitar Konvensyen Pakatan Rakyat


barisan pemimpin pakatan rakyat....











barisan utama pemimpin pr...














Ini mesti wakil dari 1 Black Perak and 1 Black Malaysia...semangat..mesti datang paling awal sebab duduk paling depan.


Sumber:
http://ummuasiah2001.blogspot.com/dan berbagai sumber

Sekitar Hari Keluarga Dewan Pemuda Pas Kaw. Besut

Majlis dirasmikan oleh bekas Ketua Muslimat Pas Pusat,Ustazah Hjh Kalsom
Sebahagian dari isteri dan anak-anak AJK Pemuda Besut yang hadir
Sesi ta'aruf isteri isteri AJK Pemuda Besut
Antara sebahagian AJK Pemuda Besut,isteri dan anak-anak
Pertandingan Belon Beracun
Pertandingan Merebut Kerusi
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Cari Perbezaan
Sedang meyediakan pakaian anak untuk Pertandingan Pakaian Beragam
Pertandingan Pakaian Beragam oleh anak anak AJK Pemuda
Pertandingan memakai lampin pada bayi.Di sertai oleh AJK Pemuda Besut
Majlis penyampaian hadiah
Hadiah di sampaikan Ketua Pemuda(Kanan) Ust Zulkifli Kadir
AJK Pemuda saudara Rahim menjamu selera sebelum majlis bersurai


Hari keluarga AJK Dewan Pemuda Pas Kaw. Besut ini di adakan pada 19/12/2009 di Dewan Hj Salleh Alor Lintah.Tujuan program ini di adakan adalah untuk merapatkan lagi tali persaudaraan antara keluarga AJK.Majlis yang di rasmikan oleh bekas Ketua Muslimat Pas Pusat,Ustazah Hjh Kalsom ini berjaya mengumpulkan hampir 100 orang yang terdiri dari AJK Pemuda Besut(20 org)isteri dan anak masing masing.Sesi ta'aruf para isteri AJK adalah antara acara yang di adakan dalam program ini selain acara sukaneka untuk anak2,isteri dan para AJK sendiri.Hadiah untuk pemenang pelbagai pertandingan di sampaikan oleh Ketua Pemuda Ust Zulkifli Kadir.Majlis yang bermula jam 9.00 AM ini bersurai kira kira jam 2.30 PM selepas para peserta selesai menjamu selera.Makanan untuk makan tengahari di sediakan oleh AJK Pemuda Besut.
P/S:VIDEO AKAN MENYUSUL

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Konvensyen PR:Pakatan ikrar tubuh suruhanjaya diraja selesai isu agama



SHAH ALAM, Dis 19 — Pakatan Rakyat berikrar untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk mengkaji semua isu berkaitan dengan kes-kes pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah jika ia memerintah kerajaan persekutuan.

Ia antara perkara disepakati oleh PAS-DAP-PKR yang sebelum ini dilihat bercanggah pendirian dalam isu-isu berkaitan dengan agama khususnya soal perkahwinan dan penceraian membabitkan mereka bukan Islam menganuti Islam.

PAS berjuang berlandaskan penubuhan negara Islam, yang sebelum ini tidak dipersetujui oleh DAP manakala PKR dilihat berada di tengah-tengah.

“Pakatan Rakyat berikrar menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah termasuk sebuah suruhanjaya diraja untuk mengkaji semua isu berkaitan dengan mendalam,” kata Dasar Pakatan Rakyat yang dibentangkan hari ini.

Pakatan Rakyat juga berikrar akan menganjurkan dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.

Turut diikrar ialah memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama.

“Pakatan Rakyat berikrar mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia,” demikian bunyi dasar yang dibentangkan pagi tadi.

Ia dibahaskan pada Konvensyen Pakatan Rakyat sulung yang dihadiri 1,500 perwakilan dari PAS-DAP-PKR.

Dasar itu menambah agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat.

“Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama.

“Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganuti sistem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin,” kata dasar itu.TMI

Institusi Awam DiPerkosa, Umno Mengamalkan Politik Perkauman





KUALA TERENGGANU – Institusi Awam seperti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Institusi Kehakiman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini tidak lagi dapat berfungsi dengan bebas dan amanah.

Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata Umno telah menyalahgunakan Institusi tersebut demi untuk mengekalkan kuasa mereka memerintah Malaysia.

”Dan semua Institusi ini telah diperkosa oleh Umno sehingga mereka (institusi awam) tidak dapat berfungsi sebagai satu institusi yang bebas dan amanah kepada rakyat,”katanya ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamudin Hussein yang menuduh Pakatan Rakyat telah menjadi institusi awam sebagai sasaran serangan mereka.

Menurutnya DAP sebagai satu komponen Pakatan Rakyat bukan sengaja mengada-adakan masalah dengan mempertikaikan institusi berkenaan.

Namun katanya, ia adalah kerana institusi tersebut telah gagal berfungi sebagai institusi yang demokratik dan bebas dari pengaruh pemimpin-pemimpin politik Barisan Nasional (BN)

”Oleh kerana campurtangan politik Umno dan BN, menyebabkan institusi ini tidak memnuhi apa yang diharapkan oleh rakyat,

”apa yang disebut oleh Hishamudin tidak berasas samasekali, kerana perjuangan DAP dari dulu sehingga kini adalah untuk mmpertahankan hak rakyat smua bangsa, tidak kira kaum dan agama,”jelasnya.

Beliau turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Naib Presiden Umno itu, Pakatan Rakyat menanamkan ‘lanskap’ politik kebencian dalam perjuangannya.

”Kita tidak pernah untuk menanamkan politik kebencian dalam perjuangan DAP, apa yang diperjuangkan adalah hak rakyat yang terpinggir daripada arus pembangunan, rakyat yang telah didiskrimnasi oleh pemerintah, ini yang kita perjuangkan,”tegas Chai Hing.

Katanya, kalau DAP berjuang sebagaimana yang didakwa oleh Hisham , sudah lama DAP akan berkubur dalam arena politik tanahair.

Hishamudin ketika berucap dalam majlis bersama wartawan disini baru-baru ini berkata politik yang dibawa oleh Pakatan Rakyat adalah politik yang menanamkan kebencian dikalangan rakyat Malaysia.

Hisham berkata kerana itu pihak pembangkang menyerang satu demi satu institusi awam sebagai dinyatakan diatas. BO

SPRM Dibenar Siasat Tanpa Had, Selangor Tegas Lindungi Kakitgn





Kerajaan Negeri Selangor tetap tegas dengan pendirian bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)tidak boleh menyoal siasat kakitangannya selepas waktu pejabat.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, tindakan itu dibuat bagi menjaga keselamatan kakitangannya.

"Kerajaan negeri tetap bahawa hanya boleh siasat pada waktu pejabat dan kita tidak mahu siasatan dibuat di luar kawasan sebab kita tidak mahu kesan yang melibatkan mendiang Teoh Beng Hock berulang," katanya.

Rodziah berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan bahawa SPRM dibenarkan menjalankan soal siasat selepas waktu pejabat dan tanpa had masa yang ditetapkan.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim mahkamah tersebut yang diketuai oleh Hakim Datuk Hassan Lah sebulat suara memutuskan waktu siasatan tidak boleh dibataskan atau terhad dalam tempoh masa bekerja yang biasa.

Rodziah berkata, SPRM tidak memerlukan tempoh masa yang panjang bagi menyoal siasat saksi untuk mendapatkan maklumat kerana prosedurnya berlainan dengan soal siasat yang dilakukan terhadap penjenayah.

"Sebenarnya siasatan itu tidak sepatutnya sebagai penjenayah hanya untuk mendapat maklumat. Ia tidak perlu begitu lama dan sebagainya dan saya rasa sekadar waktu pejabat adalah sesuai dan wajar,"katanya.

Mantan Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri, Teoh Beng Hock ditemui mati keesokan harinya di tingkat lima Plaza Masalam selepas disoal siasat SPRM.

Sehingga kini, Inkues terhadap kematiannya masih disiasat dan bedah siasat kali kedua ke atas mediang terpaksa dibuat setelah pakar patologi yang dilantik kerajaan negeri, Dr Pronthip Rojanasunand mendedahkan bahawa 80 peratus kemungkinan Beng Hock dibunuh.Greenboc

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....