Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 19 April 2010

Hulu Selangor:Seorang Lagi Calon Bebas Tarik Diri

Johan,3 dari kiri di hari Penamaan Calon 17 April lalu

KUALA KUBU BAHARU 19 Apr - Pertandingan merebut kerusi Parlimen P094 Hulu Selangor menjadi satu lawan satu antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional apabila calon Bebas, Johan Mohd Diah menarik daripada daripada pilihan raya kecil 25 April depan.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Pada sebelah pagi tadi calon Bebas pertama, VS Chandran mengumumkan beliau menarik dari daripada PRK Hulu Selangor.
Kini calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim aakn bertembung dengan P Kamalanathan daripada Barisan Nasional menjadikannya satu pertandingan yang bakal menarik perhatian seluruh negara. SK

Calon BN Hulu Selangor Sokong PERKASA

HULU SELANGOR, 19 April — Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan menjelaskan, beliau tetap menyokong pendirian Perkasa kerana percaya setiap individu mempunyai hak untuk bersuara.

“Saya percaya setiap orang mempunyai hak untuk bersuara dan menyampaikan pendapat mereka dan saya anggap tidak menjadi masalah jika saya menyokong perjuangan Perkasa.

“Bagi saya setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan hak mereka.

“Seperti orang Melayu boleh mempertahankan bahasa mereka, orang Cina boleh mempertahankan sekolah Cina dan orang India boleh mempertahankan sekolah rendah jenis Tamil,” katanya.

Dalam ceramahnya di Batang Kali malam tadi Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau dan pertubuhan bukan kerajaan itu bukan rasis kerana sanggup berkempen membantu calon BN itu.

Kamalanathan berkata, tidak menjadi masalah untuk setiap individu menyuarakan pendapat masing-masing.

Kamalanathan ditemui selepas beramah mesra bersama penduduk Kampung Hulu Yam Lama di Pusat Aktiviti Serbaguna JKKK Stesen Hulu Yan Lama dekat sini.TMI

Isu Arak:Gambar Gambar Fitnah Terhadap Zaid

gambar asal yang menjadi sumber gambar di bawah
Gambar yang disiarkan oleh blogger Umno
gambar asal Zaid
gambar yang disiarkan oleh blogger Umno

KUALA LUMPUR, 19 April: Umno melalui rakan-rakan blogger mereka nampaknya secara bersungguh-sungguh benar mahu mengaibkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dengan tuduhan kaki botolnya.

Namun, apa yang dibuat oleh mereka keterlaluan sehingga sanggup membuat gambar palsu bagi membuktikan tuduhan mereka.

Zulkifli Nordi nafi kempen untuk BN di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 19 April — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang dipecat PKR bulan lalu menafikan akan terlibat dalam kempen membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Zulkifli (gambar) berkata, sebagaimana telah dimaklumkan sebelum ini kepada The Malaysian Insider beliau tidak akan berada dalam negara ketika tempoh pilihan raya Hulu Selangor dan oleh itu tidak timbul soal akan turun berkempen.
“Saya secara khusus, secara peribadi telah memaklumkan kamu bahawa saya tidak akan terlibat dalam dan tidak akan pergi ke Hulu Selangor sempena pilihan raya kecil sama ada bagi BN ataupun Pakatan Rakyat kerana saya akan berada di luar negara mengikuti lawatan kerja ke Amerika Syarikat dan Emiriah sehingga seawal 25 April (Ahad ini),” kata beliau dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau kini berada di New York.

Video:Sidang Media Dr Halili Umum Keluar PKR



VIDEO & GAMBAR EHSAN MALAYSIAKINI

PETALING JAYA, 19 April — Jentera kempen pilihan raya kecil Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hulu Selangor berhadapan dengan tamparan ekoran tindakan Bendahari PKR Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat (gambar) memutuskan untuk keluar parti itu hari ini.

Beliau juga akan memohon untuk menyertai Umno atas alasan PKR sudah terkeluar dari landasan asal perjuangan.

Keputusan itu diumumkan ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor masuk hari ketiga hari ini.

Turut hadir pada sidang media yang diadakan di sini, bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.

Salehuddin menghadiri siri sidang media pengumuman keluar parti yang diadakan pemimpin-pemimpin PKR sejak pertengahan Februari lalu.

Dr. Halili, seorang pakar saraf, merupakan salah seorang pengasas Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan pernah bertanding pada pilihan raya umum 1999 dan 2004 di Hulu Selangor dan Batang Kali.

Beliau yang merupakan rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan salah seorang daripada 12 calon yang dihalusi pucuk kepimpinan parti untuk bertanding pilihan raya kecil ini.

PKR akhirnya memilih bekas menteri persekutuan Datuk Zaid Ibrahim yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

“Hari ini PKR berada di bawah kawalan sekumpulan kecil aliran kiri yang tidak boleh diterima oleh orang Melayu dan rakyat Malaysia,” kata Dr. Halili ketika membacakan kenyataan yang disediakan.

“Pada masa yang sama, saya mendapati kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sedang bekerja keras dan jujur untuk membawa perubahan politik,” kata beliau.

Dr. Halili berkata beliau memilih untuk membuat pengumuman keluar PKR ketika kempen pilihan raya kecil ini kerana tidak mahu namanya digunakan oleh parti itu.

“Saya sedar ada yang akan menuduh saya kecewa kerana tidak menjadi calon, tetapi saya tidak pernah menawarkan diri saya untuk dipilih sebagai calon Hulu Selangor,” kata Dr Halili yang berasal dari Hulu Yam, sebahagian daripada kawasan dalam bahagian Parlimen Hulu Selangor.

Ketika ditanya sama ada akan membantu kempen Barisan Nasional (BN), Dr. Halili menjawab, beliau kemungkinan tidak boleh turun berkempen kerana akan menghadiri konvokesyen anaknya di Australia.

Dr. Halili berkata, beliau menghadiri majlis pengumuman calon PKR Selasa lalu hanya atas sikap ingin tahu.

“Kemungkinan nama saya diumumkan, saya cuma nak tahu,” kata Dr. Halili ketika ditanya berhubung kehadiran beliau pada majlis itu yang diadakan di Serendah.

Berkaitan dengan hubungannya dengan Anwar, Dr. Halili berkata beliau berkhidmat untuk Ketua Umum Pakatan Rakyat itu atas kapasiti profesional.

“Saya profesional, jika saya perlu memberikan rawatan, ia adalah urusan peribadi,” kata Dr. Halili sambil menambah, beliau merupakan pakar bedah peribadi Anwar sejak 1994.TMI

Hulu Selangor:Tok Guru Nik Aziz sokong penuh pencalonan Zaid


KOTA BHARU, 19 April: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong penuh calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Mohd Zaid Ibrahim dan akan turun ke sana 23 April ini.Imbang Penuh

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata sebaik sahaja dimaklumkan Zaid bakal bertanding di Hulu Selangor, Tuan Guru menelefonnya dari tanah suci memaklumkan sokongan penuhnya terhadap calon Pakatan Rakyat.

Jelas Husam, Tuan Guru memberitahu Zaid akan mendapat sokongan dalam pilihan raya kecil itu nanti memandangkan kelebihan yang ada padanya disamping peka terhadap masaalah rakyat.

“Kerana itu, Tuan Guru akan turun ke Hulu Selangor pada 23 April ini untuk berkempen bagi membantu kemenangan calon Pakatan selepas pulang ke tanah air 21 April ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan kunci rumah kedai Bandar Baru Tunjung, dekat sini pagi tadi.

Saya Bukan Malaikat-Zaid Ibrahim

HULU SELANGOR - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau melakukan kesalahan di masa lampau, sambil menegaskan beliau tidak sempurna seperti malaikat.

“Saya sudah perjelaskan kehidupan saya sebelum ini. Saya bukan malaikat dan saya tidak ‘sesempurna’ macam pemimpin UMNO.

“Saya ada kelemahan pada usia muda dahulu,” katanya ketika ditemui selepas solat Asar di masjid di Kerling di sini, semalam.

Katanya, walaupun beliau sebelum ini pernah melakukan kesalahan, namun beliau tidak pernah melarikan diri.

“Kalau mereka (UMNO) nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf kepada Allah dan saya dah minta maaf kepada orang Selangor.

“Itu terpulanglah kepada mereka nak mainkan isu ini (dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor) kerana mereka ini sempurna seperti malaikat,” katanya.

Umno Upah Gengster Ugut Pengundi Di Hulu Selangor


Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan Umno-Barisan Nasional menggunakan apa sahaja cara bagi memenangi pilihan raya 25 April depan termasuk mengupah gengster bagi mengugut dan menakutkan penyokong Pakatan Rakyat.
Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin, pilihan raya kali ini paling penting buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan menggunakan seluruh jentera dan aparat kerajaan bagi memastikan kemenangan BN.
Ini termasuk menghantar gengster dari pertubuhan-pertubuhan yang tidak berdaftar.
"Seperti biasa ada pertubuhan silat yang dibayar, dan pertubuhan yang tak didaftar dibayar untuk menimbulkan kekecohan. Ini pilihan raya yang paling mahal sekali.
Menggunakan gengster ini memang kerja Umno dan Barisan Nasional. Saya menjangkakan akan lebih teruk dan parah lagi," kata Badrul atau CheGuBard.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....