Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 11 Oktober 2012

Ahli Parlimen Sabak Bernam Tak Jadi Ke Penjara

Mahkamah Tinggi Shah Alam menangguhkan pelaksanaan hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya,  Rosli Busro yang disabitkan atas tuduhan membuat tuntutan palsu.

Pada mulanya, mahkamah menolak rayuan mereka dan Hakim Datuk Akhtar Tahir memerintahkan hukuman tersebut dijalankan mulai hari ini DISINI.

Bagaimanapun, pihak peguambela berjaya berhujah meminta penangguhan hukuman tersebut lewat petang ini.

Bagaimanapun, jumlah ikatjamin terhadap Abdul Rahman dinaikkan daripada RM50,000 hingga RM80,000.

Tertuduh mempunyai peluang terakhir untuk mengemukakan rayuan terhadap sabitan hukuman tersebut di Mahkamah Rayuan.

Pada 1 Mac, Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Abdul Rahman dan Rosli bersalah terhadap lapan lapan tuduhan membuat tuntutan palsu bagi program-program yang tidak pernah diadakan berjumlah RM80,000.MK

Rayuan Ditolak : Mahkamah Arah Ahli Parlimen Sabak Bernam Ke Penjara

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro kerana membuat lapan tuntutan palsu membabikan RM80,000 bagi program-program yang tidak dijalankan, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh, 1 Mac lalu.

Selain itu, Akhtar juga menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Akhtar dalam penghakimannya berkata Abdul Rahman menghadapi lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar dan Rosli pula didakwa bersubahat dengannya melakukan kesemua kesalahan itu.

Menurutnya, hujahan peguam mewakili mereka yang mendakwa keterangan dua saksi penting dalam kes itu iaitu Mohd Harmizar Sulaiman dan Rizam Ismail tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah atas alasan kedua-dua mereka merupakan rakan sejenayah.

"Saya telah baca keterangan kedua-dua saksi itu dan saya tidak anggap bahawa mereka 'accomplice'. Mereka lebih sebagai pak turut atau menurut apa-apa yang diminta oleh Abdul Rahman dan Rosl serta keterangan mereka disokong oleh keterangan saksi bebas lain.

"Saya berpendapat hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan kesilapan apabila menerima keterangan kedua-dua saksi ini. Bedasarkan keterangan mereka jelas membuktikan kedua-dua tertuduh mempunyai niat untuk membuat tuntutan palsu," katanya.

Himpunan Kebangkitan Rakyat ditangguh Jan 2013

KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 3 November ini ditangguhkan kerana stadium tersebut akan digunakan untuk Pertandingan Bolasepak Piala Suzuki AFF.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, himpunan tersebut bagaimanapun digantikan dengan pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan pada tarikh yang sama.

"Pakatan Rakyat Negeri Sembilan sudah pun bersetuju untuk diadakan pelancaran himpunan ini dan kita akan adakan perhimpunan ini di peringkat zon dan negeri," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mohamad berkata, Pakatan Rakyat mencadangkan tarikh 12 atau 19 Januari tahun hadapan untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagai kemuncaknya dan memohon penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Merdeka.

"Kita harap pihak stadium menghormati seruan Perdana Menteri agar setiap perhimpunan diadakan di stadium dan memberi kebenaran kepada kita untuk menggunakan salah satu stadium itu," katanya.

Namun katanya, sekiranya permohonan menggunakan stadium tida diluluskan, himpunan tersebut akan tetap diadakan di jalan raya.

"Kita akan tetepa berhimpun di luar stadium jika tidak dibenarkan menggunakan stadium," katanya.

Tambah beliau, peserta digalakkan memakai empat warna ke himpunan tersebut iaitu kuning, merah, oren dan hijau.

Mat Indera : Perbicaraan Kes Mat Sabu lwn Utusan

PULAU PINANG: Perbicaraan kes fitnah yang difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu ke atas Utusan Malaysia mendedahkan banyak perkara baru yang boleh dilihat dakwaan pihak penjajah British bahawa Mat Indera adalah seorang komunis adalah sangat-sangat diragui.

(Dr Karl Hack yang dibawa Utusan untuk mempertahankan dakwaannya)

Pada perbicaraan yang berlangsung pada hari isnin dan semalam di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pihak Utusan nampaknya bersungguh untuk mempertahankan dakwaan dan tuduhan bahawa Mat Indera adalah seorang komunis.

Mereka memanggil seorang ahli sejarah kelulusan Universiti Oxford, Dr.Karl Hack untuk membantu dakwaan itu.

Dalam keterangannya saksi orang Inggeris tersebut mendakwa berdasarkan rujukan beliau dari keterangan Mat Indera yang diberikan kepada polis British pada tahun 1950, beliau berpendapat Mat indera adalah seorang komunis.

Perbicaraan tersebut menjadi panas apabila peguam Mat Sabu, Hanipa Maidin mempertikaikan pendapat Dr Hack.

Ketika menyoal balas saksi tersebut, Hanipa mempersoalkan bahawa bukan di dalam tugas dan skop bidang beliau untuk menentukan ideologi seseorang termasuk Mat Indera, namun saksi menolak saranan Hanipa tersebut.

Hanipa menyatakan "Dr Karl Max (maaf saya maksudkan Dr Karl Hack), saya katakan bahawa bagi menentukan sama ada seseorang seperti Mat Indera sebagai komunis atau tidak, tidak cukup untuk anda sekadar memahami ideologi komunis, anda juga perlu tahu tentang Islam khususnya ajaran islam tentang sikap orang Islam terhadap penjahan?"

Pemegang IC sementara disenaraikan sebagai pengundi


KUALA LUMPUR 11 Oktober: Pemegang Kad Pengenalan Pemastautin Sementara atau MyKas ada dalam senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dedah Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.

Dalam Dewan Rakyat semalam, Ahli Parlimen Kuantan itu membawa bukti salinan carian di laman web SPR, terdapat pemegang Mykas didaftar sebagai Hasmidah Surahbil dengan nombor kad pengenalan 820315-12-6446.

Hasmidah disenaraikan sebagai pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dalam Parlimen Hulu Langat. Turut dinyatakan ialah lokaliti pengundi di Taman Baiduri Jaya dan daerah mengundi di Bandar Teknologi Kajang.

“Perkara ini bukannya kali pertama berlaku. Kita telah lapor kepada Jabatan Pendaftararan Negara (JPN) dan SPR. Mengapa sampai hari ini nama tidak digugurkan?” soalnya pada perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Jelas Fuziah, pemegang Mykas kebanyakannya merupakan pekerja asing dan mereka dikecualikan dari bayaran cukai. Mykas mempunyai tarikh luput dan perlu diperbaharui setiap setahun.

Fuziah turut mempersoal keberkesanan sistem Hubungan Terus Agensi (Alis) dengan JPN yang sewajarnya mengemaskini status pemegang Mykas secara automatik.

“Tapi nama pemastautin sementara itu berada dalam senarai daftar pemilih SPR sebagai pengundi sah. Ada orang lain berpeluang menentukan hala tuju negara dan memilih wakil rakyat dan pemimpin.

“Ini menjejaskan keselamatan negara dan merampas hak rakyat Malaysia apabila ada pihak lain yang menentukan sesebuah kerajaan di Malaysia,” tegas Fuziah.KD

Video : Laungan Royalti Kelantan Bergema Di Stadium Sultan Muhammad Ke IV




Laungan ROYALTI HAK KELANTAN bergema di Stadium Sultan Muhammad ke IV ketika perlawanan suku akhir Kelantan VS Selangor yang lalu.

Tahniah kepada rakyat Kelantan terutama NGO R yang begitu komited dan bersungguh sungguh memperjuangkan hak mereka.Artikel seterusnya DISINI.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....