Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 16 November 2009

Kota Siputeh: SPR diarah adakan pilihan raya kecil, BN akan kemukakan rayuan

KUALA LUMPUR, Nov 16 - Mahkamah Tinggi mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah yang menjadi pertikaian antara Speaker dan badan itu.

Keputusan itu yang diumumkan lewat petang tadi membuka laluan bagi pilihan raya kecil yang ke-10 sejak Mac 2008.

Pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Bagaimanapun peguam bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerusi itu, Datuk Abu Hasan Sarif dari BN, Datuk Hafarizam Harun mengesahkan yang pihaknya akan mengemukakan rayuan esok.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa SPR telah mengatasi kuasa Speaker apabila ia membuat keputusan agar Abu Hassan mengekalkan kerusinya meskipun ia telah dianggap kosong.

Alizatul berkata, peguam plaintif telah membuktikan yang Abu Hassan tidak hadir dua mesyuarat secara berturut-turut tanpa keizinan Speaker.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail mempertikaikan status Abu Hasan selepas SPR memutuskan kerusi itu tidak mengalami kekosongan dengan beliau masih merupakan wakil rakyat yang sah.

Dalam pada itu, Abd Isa menyifatkan keputusan mahkamah hari ini sebagai adil berdasarkan fakta yang telahdikemukakan kepada mahkamah.

“Saya yakin mahkamah telah membuat keputusan yang adil,” kata beliau yang mahu menunggu perkembangan selanjutnya.

Speaker diwakili oleh peguam Sulaiman Abdullah.

Pada 18 Ogos lalu, Abd Isa meminta SPR mengisytiharkan kerusi itu kosong atas alasan Abu Hasan tidak menghadiri sidang DUN dua kali berturut-turut tahun ini.

Abu Hasan tidak hadir pada sidang 19 April dan 9 Ogos tanpa izin Speaker.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.

Sebaliknya Abu Hassan menjelaskan, beliau telah mengemukakan surat sakit bagi membuktikan sebab ketidakhadirannya pada sidang DUN tempoh hari.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Abu Hasan agar terus menghadiri sidang DUN negeri itu yang dijadual bersidang esok.

DUN Kedah akan bersidang mulai esok bagi membentangkan bajet negeri 2010.

Dalam pada itu, Abu Hasan kelihatan menunggu dengan penuh sabar hampir tiga jam keputusan mahkamah dengan ditemani penyokong dan rakan-rakannya.

Bagaimanapun Abu Hassan kelihatan kecewa sebaik sahaja keputusan diumumkan.

“Saya menghormati keputusan mahkamah dan menyerahkan kepada peguam saya untuk membuat rayuan mengikut lunas perundangan,” kata beliau kepada wartawan.

Ketika ditanya sama ada beliau sedih dengan keputusan itu, beliau menjawab: “ia normal bagi seorang ahli politik.”TMI

Gobala buat laporan Polis terhadap Samy Vellu dan Vell Paari

Chegu Bard Kemuka Surat Terbuka Kepada MB Negeri 9


Ketua Keadilan Rembau, Badrul Hisham Shaharin, mengemukakan surat terbuka memohon penjelasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kes pengurupan wang sejumlah 10 juta ringgit.Menurutnya, Mohamad tidak mengendahkan permohonan beliau dan hanya menafikan perkara tersebut melalui media. “Seharusya menjadi adat penting,profesionalisme penjawat awam,khususnya dia selaku Menteri Besar,memberi jawapan dan menjelaskan isu isu yang dibangkitkan melalui siri siri surat saya kepada dia.Malah surat saya tidak pernah mendapat balasan,hanya penafian secara dangkal kepada media”.Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Keadilan Negeri, Seremban pagi tadi.Terdahulu, ahli Parlimen Batu Tian Chua, mendedahkan penglibatan Menteri Besar negeri itu dan sebuah syarikat pengurup wang dalam kenyataan medianya bertarikh 13 November 2009.Mohamad dikatakan melakukan transaksi haram itu pada tahun 2008 dengan mengirimkan sejumlah besar wang ke London.Perbuatan ini menyalahi Undang undang Akta Pengurupan Wang 1998.Badrul menegaskan, PKR memberi tempoh 14 hari kepada Mohamad Hasan untuk menjelaskan perkara terbabit beserta dokumen yang sah membuktikan beliau bebas daripada pertuduhan itu.Pihaknya tidak akan teragak agak untuk membongkarkan perkara ini kepada rakyat, sekiranya Menteri Besar melarikan diri dari menjelaskan tuduhan iniSelain itu, Badrul turut menyeru Gabenor Bank Negara, Dato Sri Dr Zetti Akhtar Aziz dan SPRM menjalankan siasatan segera ke atas transaksi haram ini.Menurut Badrul juga, satu laporan rasmi akan dibuat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman dalam minggu ini.“Sesuatu sedang berlaku,sabotaj terhadap kegiatan ekonomi.Dan kebanyakkannya ada kaitan dengan pemimpin politik di Malaysia",katanya.Pada 26 November 2008 Bank Negara telah membatalkan 20 lesen perniagaan pengurupan wang, termasuk syarikat pengurup wang yang didakwa itu tanpa sebarang sebab.Namun begitu, tiada sebarang tindakan undang-undang diambil Bank Negara sehingga kini.TVS

Mahkamah istiharDun Kota Seputih kosong

Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.

Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR. Mkini

Di taja atau tidak Tok Guru Nik Aziz akan tetap ke Mekah tahun depan


KOTA BARU, Nov 16 — Ketika isu kontroversi haji ditaja hangat diperkatakan, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan kesanggupannya untuk menerima tajaan mana-mana pihak bagi membolehkan beliau menunaikan ibadat haji pada tahun hadapan.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata sama ada ditaja ataupun tidak beliau mahu menunaikan ibadat haji pada musim akan datang setelah membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji tahun ini.

"Tahun depan ada orang tak nak taja ambo (saya) gi Mekah. Siapa nak taja ambo ambik. Tak taja pun ambo gi," kata beliau dipetik Bernama.

Nik Aziz (gambar) semasa berucap pada majlis solat hajat dan sambutan 19 tahun pemerintahan PAS Kelantan di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK) di sini malam tadi.

Semalam Pemuda Umno Kelantan menggesa agar Nik Aziz agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar susulan pengakuan beliau pernah dibiayai individu tertentu untuk mengerjakan haji masa-masa lalu dan tahun ini.

Malah Pemuda Umno Kelantan juga meminta menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman agar meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) atas alas an menyalahgunakan kedudukannya.

Pergerakan itu menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa agar siasatan berhubung kedua-dua personaliti itu dipertingkatkan.

Selasa lalu, media melaporkan pengakuan Nik Aziz bahawa beliau ditaja pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65,000 dan mendapat layanan bertaraf "VVIP".

Ekoran kenyataan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung perkara itu. Disebabkan timbul pelbagai polemik, Nik Aziz membatalkan hasratnya berlepas ke Mekah pada Rabu ini.

Semalam, Pemuda Umno Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak siasatan dijalankan dan meminta Nik Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Menteri Besar Kelantan membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji berikutan isu tajaan hajinya dipolitikkan.

"Untuk elak keadaan akan datang menjadi lebih serius lebih baik dia tidak pergi kerana dalam politik ni macam-macam boleh jadi. Ia menyebabkan persepsi yang kurang elok sedangkan di dalam Islam menaja haji itu tidak salah," katanya.

Mohd Amar berkata ia menjadi salah atau rasuah apabila individu itu memberikan sesuatu atau wang dengan menyatakan dia ingin sesuatu sebagai balasan daripada apa yang diberikan.TMI

Elaun RM 1,komen Anwar Ibrahim

Jangan Usik Selangor Atau Kami Serang Habis-habisan-Anwar Ibrahim

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....