Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 2 September 2010

Beberapa Individu Dikenalpasti Dalam Kes Video Rahsia Di Pejabat MB Selangor

SHAH ALAM 2 Sept - Beberapa individu telah dikenalpasti melalui rakaman video kamera intip yang ditemui tersembunyi di pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim awal bulan lalu.

Setiausaha Politik kepada Tan Sri Khalid, Faekah Husin dalam satu sidang media yang diadakan pagi tadi berkata individu terbabit dikenalpasti bertugas di tingkat sama dengan pejabat Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam.

"Hasil daripada siasatan dalaman yang dijalankan, terdapat beberapa wajah dan suara individu yang dapat dikenalpasti di rakaman video berkenaan, bagaimanapun kita tidak mahu memberikan butiran lajut (mengenai individu terbabit) buat masa ini.

"Ada diantara mereka memang sepatutnya berada di kawasan berkenaan manakala ada juga yang dikenalpasti tidak sepatutnya berada di bilik terbabit," katanya kepada wartawan.

Beliau menambah pasukan bertindak yang ditubuhkan bagi menyiasat isu kewujudan video kamera intip berkenaan akan menemui Menteri Besar esok untuk menentukan tindakan susulan yang bakal diambil.

Faekah berkata, pasukan bertindak terbabit memerlukan kebenaran Menteri bBsar sebelum mereka meneruskan langkah menemubual mereka yang dikenalpasti dalam rakaman video terbabit.

Menurutnya lagi, individu terbabit perlu disoal siasat untuk mengenal pasti dalang yang merancang meletakkan video kamera berkenaa di dalam pejabat Menteri Besar.

"Siasatan awal yang dijalankan oleh pasukan bertindak berkenaan telah menjurus kepada kesimpulan bahawa dalang yang terbabit dengan perbuatan itu adalah percubaan 'nakal' membabitkan politik," tambah Faekah lagi.

Beliau juga mengesahkan telah menemui tiga pegawai polis pagi tadi dan seterusnya lagi mengesahkan bahawa tiada siasatan telah dijalankan oleh pihak polis kerana setakat ini tiada sebarang laporan polis telah dibuat.

Abdul Khalid telah mendedahkan bahawa beliau telah menemui sebuah video kamera intip di pejabatnya 10 Ogos lalu.

Menurutnya video kamera terbabit telah diletakkan dalam keadaan tersorok di sebalik langsir tingkap pejabatnya yang terletak di tingkat 21 Bangunan SUK.

Menurutnya lagi, kewujudan video kamera terbabit disedari beliau selepas ia mengeluarkan bunyi amaran kehabisan bateri.SK

Mahkamah Sahkan Perceraian Kedua Roslin Hashim


 Perkahwinan Roslin dan Norhayati bertahan hanya sebulan. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mengesahkan perceraian talak satu pemain badminton negara, Roslin Hashim dengan pasangannya Norhayati Othman, pada 7 Ogos lalu.
Ia cerai kali kedua buat Roslin.
Perkahwinan pasangan itu hanya bertahan kira-kira sebulan.
Roslin yang dipetik Berita Harian berkata, dia tidak pernah serik untuk berkahwin lagi kerana memang mahukan perkahwinan yang berkekalan untuk selamanya.
“Bagaimanapun saya akur dengan kehendak Allah dan ini adalah takdir saya. Saya juga ingin jelaskan Raja Azmi (isteri bekas pemain badminton negara Jailani Sidek) tiada kaitan langsung dalam masalah perkahwinan saya,” katanya.
Hakim Syarie Mahyudin Wan Muhammad membuat keputusan itu semalam selepas berpuas hati dengan keterangan Norhayati, 38, yang juga Pengarah Pemasaran dan Promosi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional dan Roslin, 35.
“Kes perceraian ini mengejutkan ramai pihak berikutan pasangan baru saja berkahwin.
“Apa yang dikesalkan perkahwinan yang berlangsung di hotel berakhir di hotel. Sepatutnya setiap masalah dibawa berbincang sebelum membuat sebarang keputusan,” kata hakim.
Beliau kemudiannya memerintahkan agar penceraian mereka ini didaftarkan di pejabat agama Islam dan surat nikah asal dibatalkan.
Sinar Harian pula melaporkan, Wan Mahyuddin, mengarahkan supaya Norhayati beridah selama tiga kali suci bermula 7 Ogos.
Mahyudin berkata, Roslin bersetuju dengan ikrar dan mengakui berlakunya lafaz cerai berbunyi “I cerai youlah” di bilik 533 Hotel Corus di sini pada pukul 8.32 malam, 7 Ogos lalu.
Katanya, mahkamah bersetuju lafaz dibuat Roslin itu jelas ditujukan kepada Norhayati tanpa paksaan mana-mana pihak dan ia talak satu walaupun beliau tidak menyebut berapa talak dijatuhkan.
Pada 10 Ogos lalu, Norhayati melalui peguam syarie, Zulqarnain Lukman memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai manakala Roslin menerusi peguam syarie Roslizam Rahim tidak memfailkan sebarang pembelaan berikutan mengakui berlakunya kejadian berkenaan.
Kes itu dibawa 18 Ogos lalu.
Selepas perkahwinan pertamanya hanya mampu bertahan selama 12 hari, Roslin berhadapan dengan masalah rumah tangga kali kedua bulan lalu.
Roslin didakwa telah melafazkan cerai terhadap isteri barunya, dua hari sebelum perkahwinan mereka genap sebulan.
Ketika lafaz itu dibuat, produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman bersama Jailani dan dua adik lelaki Nurhayati, Arif Rafhan serta Arif Fauzan turut berada di bilik tersebut.
Sewaktu memberi keterangan pada prosiding tersebut, Nurhayati berkata dia bersama-sama ibu dan dua adik lelakinya itu telah pergi ke hotel berkenaan selepas mengetahui bahawa Roslin, 34, dan Raja Azmi, 50, berada di situ.
Di hotel tersebut, mereka mendapati penerbit filem “...Dalam Botol” itu telah menempah bilik hotel bernombor 533 atas namanya sendiri.
Menurutnya, kesemua mereka kemudian menuju ke tingkat lima hotel berkenaan dan menunggu Jailani di tingkat itu sebelum pergi ke bilik tersebut.
“Tiba di bilik tersebut, suami saya tiada di situ, hanya Raja Azmi yang ada. Saya kemudian meminta Jailani untuk menelefon Roslin dan memanggilnya ke bilik tersebut kerana saya ingin bersemuka dengan suami saya mengenai keadaan berdua-dua ini,” ujarnya.
Nurhayati turut mendakwa, Roslin dan kakak angkatnya itu mengaku berdua-duaan di bilik tersebut.
Pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan mereka pada 9 Julai lalu selepas diperkenalkan oleh Raja Azmi hampir enam bulan sebelum mereka bernikah.
Mereka dijangka mengadakan majlis resepsi perkahwinan apabila ibu bapa Roslin pulang dari Mekah selepas Aidilfitri.TMI

Isu khutbah: Masjid di Pulau Pinang dilarang gunakan khatib jemputan

GEORGE TOWN, 1 Sept — Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) mengambil tindakan drastik dalam isu khatib membaca khutbah Jumaat di Pulau Pinang dengan melarang semua masjid di negeri tersebut daripada mengundang khatib-khatib jemputan.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat majlis itu pada 26 Ogos lalu.
Dalam pekeliling yang diedarkan awal minggu ini yang diperoleh The Malaysian Insider, Setiausaha MAIPP, Sazali Hussein berkata majlis memutuskan untuk melarang pihak pentadbiran masjid membawa mana-mana khatib jemputan bagi menyampaikan khutbah berkuat kuasa mulai 26 Ogos lalu.
Larangan itu terpakai sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, kata Sazali.
Pekeliling itu ditandatangani oleh Sazali dan diedarkan kepada kesemua 212 masjid di Pulau Pinang.
Beliau yang juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang memberitahu, “khutbah hendaklah disampaikan oleh imam-imam yang telah dilantik atau yang diberi kebenaran oleh MAIPP.”
Bagaimanapun beliau tidak menyebut tindakan yang akan diambil jika peraturan itu diingkari.
Tindakan ini dipercayai susulan isu khatib jemputan Zakaria Ahmad dari Taiping yang telah menyampaikan khutbah Jumaat sebelum ini di Masjid Padang Menora, Seberang Perai Utara.
Dalam khutbah tersebut Zakaria telah membacakan doa dalam khutbah kedua dengan memohon supaya hidayah diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menerima Islam.
Namun ia menjadi kontroversi ekoran kenyataan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa khatib tersebut telah menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri ketika bacaan doa tersebut dengan nama Ketua Menteri.
Sehubungan itu, JAIPP turut memohon penjelasan Zakaria dalam pertemuan dengan Yang Dipertua MAINPP Elias Zakaria dan Sazali pada 24 Ogos lalu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....