Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 28 September 2009

Apa hak Ibrahim Ali pertikai kepimpinan Tok Guru | Nizar News


Video oleh:Greenboc



Tanda sokongan.Puluhan ribu Rakyat Kelantan membanjiri Stadium untuk bermunajat bersama Tok Guru tanda sokongan kepimpinan Mursyidul Am Pas itu sehari sebelum PRU 12.Jika tidak kerana Pas memberi laluan kepada Berahim bertanding di Pasir Mas sudah pasti katak tak tau malu ini hilang wang pertaruhan.Dasar kacang lupakan kulit,seperti melepaskan anjing tersepit.Tunggu PRU 13 nanti!!!!



Rakyat Kelantan begitu gembira menyambut kemenangan Pas di bawah kepimpinan Tok Guru pada PRU 12 yang lalu.Apa hak Berahim Ali mempertikai kepimpinan beliau.

Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub membidas tindakan Ahli Parlimen Pasir MAs Ibrahim Ali mencabar Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya Ibrahim tidak mempunyai sebarang asas untuk membuat kenyataan sedemikian dan kenyataan berkenaan jelas memperlihatkan kecenderungannya untuk kembali kepada Umno.

“Apa hak Ibrahim Ali? Dia dulu diberikan kerusi di Pasir Mas kemudian dia jadikan dirinya sebagai calon bebas dan mungkin kecenderungan kembali kepada Umno. Itu saya rasa Ibrahim Ali tidak ade asas untuk bercakap mengani perkara itu,” katanya.

Cabaran berkenaan dibuat susulan desakan Menteri Besar Kelantan itu supaya Ibrahim melepaskan jawatannya ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu.

Pada pilihanraya umum 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon Bebas atas tiket Pas.

Terbaru Ibrahim mengeluarkan 10 hujah mengapa Nik Aziz perlu mengosongkan jawatan yang disandangnya sejak 1990. Antaranya beliau menyifatkan Nik Aziz sebagai ‘barang lama’ kerana terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar.

Mengulas mengenai perkara ini Salahuddin berkata tidak ada isu untuk Nik Aziz mengundurkan diri apatah lagi melihat kepada prestasinya sehingga ke hari ini.

“Sekarang beliau tidak ada masalah kesihatan dan persembahan dia baik, tidak ada isu untuk beliau mengundurkan diri pada tahap yang ada pada hari ini,” katanya.TVA

Umno mula berkempen di Bagan Pinang





TELUK KEMANG – Walaupun secara rasminya tempoh kempen pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang belum bermula, namun UMNO dan Barisan Nasional telah mula menjaja ’cakap-cakap politik’ untuk mempertahankan DUN tersebut.

ZulkefliOmar.jpgPesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohamad Omar berkata, antaranya UMNO berkempen mengatakan sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRK Bagan Pinang, Barisan Nasional masih memerintah di Negeri Sembilan.

”UMNO pun dah mula kempen, dia kata kalau menang Pakatan (Rakyat) di kawasan ini (Bagan Pinang), BN masih lagi bekuasa di Negeri Sembilan,

”jadi, dia kata, tak ada makna beri (undi) kepada Pakatan dan PAS dalam pilihanraya kecil ini,”katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam Majlis Sambutan Eidul Fitri di Kampung Bagan Pinang, semalam (27 September).

Sebaliknya, kata Zulkefli, PRK Bagan Pinang adalah amat penting kerana ia merupakan kubu kuat UMNO, sekiranya Pakatan Rakyat menang ia akan merubah lanskap politik negara.

Kemenangan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang, katanya, akan mencabut ’tali hayat’ kekuasaan BN di Parlimen yang bergantung kepada sokongan politik di Sabah dan Sarawak.

”Angin perubahan di Semenanjung (Malaysia) begitu kuat, dan kita percaya sekiranya kita mencapai kemenangan demi kemenangan, rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak akan mengikut kita (Pakatan Rakyat),”jelasnya

Menurutnya, parti-parti politik di Malaysia Timur akan mengikut parti mana yang mendapat kemenangan terbanyak di Semenanjung.BO

Calon PRK Bagan Pinang | Umno/BN berperang sesama sendiri


Video oleh:Greenboc



Pencalonan Isa Samad di sokong penuh oleh UMNO Bahagian Teluk Kemang tetapi di tentang hebat Mahathir

Setiap kali ada pilihan raya, umum atau kecil, Umno BN menerusi media yang dikawalnya kerap menyiarkan laporan kononya Pakatan Rakyat tidak sepakat berhubung pemilihan calon.

Hakikatnya apa yang berlaku ialah sebaliknya. Contoh atau bukti terbaru ialah soal calon Umno BN yang bakal dipilih untuk bertanding pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Jelas Umno BN terus bergolak berhubung isu calon yang bakal diletakkan pada pilihnaraya kecil Bagan Pinang. Realiltinya ialah ada pelbagai puak dalam Umno yang mahu ‘bos ’masing-masing dipilih.

Dan walau siapa pun dipilih pucuk pimpinan , rasa tidak puas hati pasti ada dan dendam mendendam akan terjadi..

“Soal calon di Bagan Pinang ini sekarang ini pada pendapat saya calon ini menimbulkan masalah besar. Sebab itu ada kenyataan-kenyataan yang hebat daripada pemimpin-pemimpin Umno antaranya yang mempertahankan supaya Isa Samad menjadi calon dan ada juga yang mengkritik.

“Yang terbaru ialah kenyataan Tun Dr. Mahathir sendiri bekas Perdana Menteri yang menawarkan diri untuk beliau bertanding di kerusi Bagan Pinang sekiranya Isa Samad masih dikekalkan sebagai calon Barisan Nasional,”.

Kata beliau tentangan terhadap Isa oleh Umno sendiri memang dijangkakan dan kes politik wang beliau dulu akan dijadikan alasan menyerang beliau.

“Pada saya Umno kini sedang mengalami krisis keyakinan yang cukup besar apakan lagi dalam konteks politik Negeri Sembilan sudah menjadi rahsia umum yang Isa Samad adalah suatu pemimpin politik yang digeruni oleh Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang ini.

“Saya melihat Isa Samad juga akan menggunakan rahsia-rahsia sulit yang beliau ada terhadap Datuk Najib sendiri kerana kita sendiri tahu banyak rahsia-rahsia Datuk Najib sendiri termasuk skandal beliau yang ditutup oleh Isa Samad. Pada kita, ini merupakan perkara-perkara yang tidak memberikan pendidikan politik yang baik kepada rakyat.

Bagi Pakatan Rakyat pemilihan calonnya akan dilakukan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

“Dan oleh kerana itu kita meletakkan syarat yang ketat untuk menjadi calon. Dia perlu menjadi seorang yang amanah, bertanggungjawab mempunyai intergriti dan tentunya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pilihan raya.

“Budaya seperti ini tidak berlaku dalam Umno kerana Isa Samad ini terpalit dengan pelbagai masalah intergriti dan penyelewengan rasuah politik wang yang ingin dijadikan calon. Ini pada pendapat kita, itu adalah satu kelebihan kepada pakatan terutamanya Pas yang akan bertanding kerana saya yakin rakyat sekarang ini, rakyat sudah pandai membuat pilihan dan penilaian rakyat ini boleh mengukur mana-mana parti yang mengabaikan kepentingan rakyat,” katanya.TVA

Isu SELCAT | Dr Hasan Ali perlu tegas-Dr Asri

PETALING JAYA: Kritikan Pesuruhjaya PAS Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali terhadap tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) turut mendapat reaksi dari mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.

“Saya berpendapat YB Dato Dr Hasan Ali mestilah terus bertegas menyatakan sikap yang telus dan pendiriannya yang Islamik walaupun mungkin bertentangan dengan Kerajaan Negeri. Itu sebagai tanggungjawab ‘hisbah’ atau membetulkan perjalanan pemerintahan," jelas beliau pagi tadi.

Menurut Dr Asri, kerajaan-kerajaan yang baru diberi mandat oleh rakyat jangan dibiarkan merasa begitu 'complacent' dan berani untuk buat apa sahaja yang akhirnya penyakit-penyakit lama dalam politik dulu akan diwarisi oleh kerajaan-kerajaan yang baru.

"PAS sebagai parti yang selama ini melaungkan slogan Islam tidak boleh tenggelam dalam permainan politik sehingga melupai prinsip-prinsip yang pernah dinyatakan," kata tokoh agama yang terkenal dengan kelantangannya menyuarakan pendapat dan tidak berpihak pada mana-mana parti politik.

Kata Dr Asri lagi, jika selama ini PAS lantang mengkritik Kerajaan BN, apakah wajar untuk PAS membisukan apabila melihat kecacatan yang nyata dalam kerajaan yang dikongsinya dengan orang lain.

"Selama PAS menyatakan prinsipnya dan sikapnya yang Islamik, maka PAS akan dianggap berpendirian dan tidak hanyut dalam permainan politik semata,” jelas Dr Asri.

Sebelum ini, Hasan mempertahankan kritikannya terhadap tatacara Selcat dan menyifatkan kritikan itu sebagai satu tindakan wajar.

"Adakah salah bagi seorang Exco untuk mencadangkan kepada Selcat agar mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan imejnya dan penerimaan oleh publik," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS Selangor baru-baru ini.

Pendirian Hassan yang terus-terusan mempertikaikan isu Selcat telah mencetuskan polemik baru dan mendapat rekasi pelbagai dari beberapa pihak.

Namun, PAS pusat yang akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini, tidak bercadang untuk mengambil tindakan disiplin ke atas Dr Hassan. Sebaliknya, pucuk kepimpinan parti itu hanya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Hasan iaitu Exco kanan Kerajaan Negeri Selangor.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa juga berpendapat usul supaya Hasan harus dikenakan tindakan cuma perbezaan pandangan yang wujud di kalangan pemimpin negeri dan pusat.

"Ianya bukan menunjukkan ada usaha mahu menjatuhkan beliau. Saya tidak melihat kepada keperluan sampai ke peringkat itu kerana bagi saya Datuk Hasan memberikan pandangan beliau tentang perlunya prosedur Selcat diperbaiki. Bagi saya memberikan pandangan sebegitu tidaklah sampai perlu diambil tindakan disiplin," jelas Nasharudin.

PAS Selangor juga bersetuju bahawa jika Selcat menerima pandangan Hasan, ia boleh berfungsi dengan lebih baik.mstar

PRK Bagan Pinang:Tiada Pilihanraya tiada Menteri?




BAGAN PINANG – ADUN Lukut, Negeri Sembilan, Ean Yong Tin Sin berkata jentera Pakatan Rakyat sudah mula begerak tanpa menunggu hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, partinya akan menyokong sepenuhnya siapa sahaja calon Pakatan Rakyat yang akan dinamakan oleh PAS.

”Kita sudah bersama-sama berjalan dan melawat kepada banyak kampung termasuk ladang dan kampung baru di seluruh Bagan Pinang,

”inilah sudah menunjukkan semangat yang bgitu tinggi (dikalangan Pakatan),”katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Eidul Fitri yang dianjurkan oleh PAS Negeri Sembilan di kampung Bagan Pinang, semalam.

Menurutnya Rakyat di Bagan Pinang dan Teluk Kemang kini boleh melihat menteri-menteri kerana adanya pilihanraya kecil. sehingga kini sudah tiga orang Menteri Tionghua.

Sebaliknya, sebelum ini, tidak berlaku pilihanraya kecil, susah rakyat untuk melihar muka menteri.

”Kalau tak ada pilihanraya kecil, penduduk-penduduk Bagan Pinang susah lah nak jemput menteri-menteri,”ujarnya.

Justeru beliau menyeru semua rakyat yang susah agar meminta peruntuan dan bantuan sebanyak-banyaknya dari menteri-menteri yang datang, tetapi mengundi PakatanRakyat dalam pilihanraya yang akan diadakan pada 11 September akan datang.BO

Tindakan pertikai SELCAT adalah wajar: Hasan Ali


SHAH ALAM: Sambil memperoleh mandat daripada Badan Perhubungan Negeri petang tadi, Pesuruhjaya PAS Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menegaskan, kritikannya terhadap tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) adalah satu tindakan wajar.

"Adakah salah bagi seorang Exco untuk mencadangkan kepada Selcat agar mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan imejnya dan penerimaan oleh publik," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS Selangor di sini.

Ia merupakan pertemuan kedua dalam tempoh 24 oleh pemimpin PAS negeri Selangor. Ia diadakan sehari sebelum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas tiga penjuru.

Mesyuarat tiga penjuru itu akan berlangsung di sini malam esok.

Hasan berkata, Badan Perhubungan PAS negeri telah meluluskan enam resolusi termasuk yang berkaitan dengan kritikan terhadap cara beliau mempertikaikan tatacara Selcat dua minggu lalu.

Resolusi pertama diluluskan untuk memperakui dan menyokong beliau sebagai Pesuruhjaya PAS negeri dan Exco Kerajaan Negeri.

"Kedudukan sebagai Pesurujhaya negeri dibuat oleh Presiden parti manakala jawatan Exco dilantik oleh Menteri Besar," kata beliau sambil menambah, tiada pihak yang harus mempersoalkan kedua-dua jawatan itu.

Kata Hasan, PAS Selangor juga menerima cadangan beliau untuk memperbaiki prosedur-prosedur Selcat.

PAS Selangor juga bersetuju bahawa jika Selcat menerima pandangan Hasan, ia boleh berfungsi dengan lebih baik.

Hasan berkata, PAS Selangor akan meminta kerajaan negeri agar mengkaji jentera operasi Selcat untuk menerima penghormatan di kalangan rakyat.

Katanya, PAS negeri juga meluluskan resolusi bahawa ia akan tetap kekal bersama Pakatan Rakyat Selangor.

"Kami tidak akan meninggalkan Pakatan," katanya.

Satu lagi resolusi yang diluluskan berkaitan dengan saraan hubungan baik antara kerajaan negeri dan kakitangan awam.

"Hubungan antara kerajaan negeri dan pegawai-pegawainya mestilah harmoni sepanjang masa bagi menjamin kelancaran jentera kerajaan negeri," katanya. mstar

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....