Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Ahad, 23 Disember 2012
Tahniah !! 64% Rakyat Mesir Terima Draf Perlembagaan Baru
KAHERAH - PAS merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh rakyat Mesir
kerana telah membuat keputusan dengan majoriti 64 peratus mengatakan
'ya' dan menyokong dalam pilihan raya 'referundum' perlembagaan.
Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS negeri Terengganu, Ustaz Mohd Soud Said( gambar kiri ) berkata ia melambangkan majoriti rakyat Mesir mahukan kepada Islam dan kepimpinan Islam menerajui negara tersebut.
"Atas kejayaan (itu) kita (PAS) ucapkan tahniah kepada Dr Mohammad Morsi dan seluruh rakyat mesir samaada di dalam atau di luar Mesir diatas kemenangan dalam referendam perlembagaan baru Mesir,
"ini melambangkan majoriti rakyat Mesir mahukan kepada Islam menerajui Mesir,"ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai respons sebaik keputusan tidak rasmi diumumkan pihak Parti Keadilan dan Kebebasan selepas pusingan kedua referundum tersebut pada kira-kira jam 11 malam 22hb Disember, di sini.
[Gambar - Ustaz Soud menunjukkan salah satu buku perlembagaan palsu yang diedarkan di kalangan rakyat Mesir, dipercaya salah satu usaha menggagalkan referendum terbabit]
Dengan itu, beliau berharap semua pihak dapat menerima keputusan tersebut dengan 'lapang dada' khususnya pihak pembangkang yang dilaporkan akan menolak keputusan referundum itu.
Menurutnya, keputusan tersebut amat penting bagi membangunkan negeri Mesir yang baru, yang lebih aman, stabil dan maju.

Himpunan Hijau sertai perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka
KUALA
LUMPUR 23 DIS: Himpunan Hijau peserta perkhemahan ‘Solidariti Untuk
Omar’ di Dataran Merdeka mulai petang ini, kata Pengerusi Solidariti
Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang.
“Kita sedang tunggu mereka. Perkhemahan dijangka bermula petang ini.
Difahamkan sayap pemuda Himpunan Hijau yang akan sertai kita. Tujuannya
untuk beritahu orang ramai mengenai perjuangan pendidikan percuma dan
hukuman penjara sebulan terhadap Omar.
“Esok kita akan beramai-ramai ke Mahkamah Jalan Duta memberi sokongan kepada Omar yang memfail rayuan hukuman,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Ketua
Pemuda DAPSY, Teo Kok Seong yang berada di Dataran Merdeka pagi ini
menyelar kerajaan yang menggunakan Akta Majlis Perbandaran Tempatan bagi
menyekat demokrasi dan hak berhimpun secara aman.
“Isunya tentang pendidikan. Mereka ‘Occupy’ untuk bersuara
memansuhkan PTPTN. Itu cuma permintaan. Kerajaan patut turun dengar.
Anak muda ada idea berbeza tentang pendidikan,” katanya.
Kira-kira 30 mahasiswa dan orang ramai berkhemah di depan penjara
Kajang sejak Jumaat lalu dengan malam tadi diadakan acara BBQ dan
nyanyian lagu protes.
Mereka turut diawasi kira-kira sepuluh anggota Unit Keselamatan
Penjara (UKP) Kajang yang membuat sekatan di depan pagar dan 12 anggota
polis beruniform dan preman.
Terdahulu pada sebelah petang. UKP menghalang peserta perkhemahan
menggunakan masjid untuk solat sehingga mengundang rasa simpati penduduk
setempat.
Sebahagian mereka turut membawakan makanan, minuman dan ubat nyamuk.
Selain itu, Adun Kajang, Lee Kim Sin menaja lima set khemah baru.KD
PAS Perak cabar Zambry
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS
Negeri Perak mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
membuktikan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh pimpinan Pakatan
Rakyat (PR) negeri ketika memerintah Kerajaan selama sebelas bulan
sebelum rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN).
Zambry mendakwa terdapat bukti itu ketika memberikan ucapan
penggulungan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak baru-baru
ini.
“Kami
merasakan, sepanjang persidangan Dun Perak selepas rampasan kuasa
sehingga sekarang, Datuk Seri Zambry sering memberikan ugutan akan
membongkarkan salah guna kuasa terutamanya Datuk Seri Ir Mohammad Nizar
Jamaluddin.
“Oleh yang demikian, kami mencabar agar Datuk Seri Zambry mendedahkan
salahguna kuasa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Nizar kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujar koordinatornya, Dr
Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar).
Sebenarnya, kata beliau Zambry terlalu bimbang pendedahan yang telah dibuat terhadapnya berkaitan salahguna kuasa yang telah dilaporkan kepada SPRM kerana ianya telah mengejutkan ramai pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri termasuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

Selama ini, ujarnya Zambry melemparkan pelbagai tuduhan salah guna
kuasa kepada Nizar bagi memburukkan imejdan ianya kini terpalit
kepadanya sendiri setelah dibuktikan.“Bagi kami, adakah tindakan yang dilakukan oleh Datuk Seri Zambry benar-benar 'bersih'.
“Adakah Datuk Seri Zambry tidak mengamalkan sikap kronisme? Adakah
juga Datuk Seri Zambry memelihara semua aset rakyat dengan betul?”
katanya dalam satu kenyataan.
Bagi PAS Pera, jelas beliau sebenarnya Zambry bimbang tentang projek
Rumah Perak, Batu Feringghi, Pulau Pinang yang telah diberikan kepada
pegawai khasnya.Hrkh
Panas !! Ketua Muslimat Pas Berbahas Dengan Ustaz Umno
Untuk besarkan KLIK imej
Dipetik dari FB Siti Zailah Mohd Yusuf :
Malam ini Kak Lah berbahas dgn ustaz umno. Kebetulan kak lah singgah disurau kampung kawasanoang umno.
Ustaz umno mendakwa Datin Rosmah tak tutup aurat tak pa sebab ukuran
iman tengok dari hati bukan fizikal. Ustaz umno menjawab soalan Kak Lah
dlm majlis kuliah magrib di Repek kebetulan Kak Lah singgah solat disurau
kg tersebut.Tanpa diduga bertembung.
Selepas ustaz umno kuliah Kak Lah tanya apa dalil umno mempertkaikan Pas kerjasama dgn DAP sedangkan sekian lama umno kerjasama dgn MCA dan MIC.
Dia jawab MCA kafir zimmi.Bila Kak Lah soal balik tentang penentangan hudud Chua soi Lek.Dia tak boleh jawab.Ustaz Umno kata kita mesti bela Islam dan bela org Melayu.Kak Lah tanya dia Negeri Kelantan 95% org melayu Islam.
Kenapa umno sekat Royalti? Kenapa tak bela Melayu Islam diKelantan dlm isu royalti?.ustaz umno tak boleh jawab...buat malu saja! !!!!
Tahniah !! terbaik dari YB Siti Zailah Mohd Yusof ,Ahli Parlimen Rantau Panjang merangkap Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat ~ Tinta Hijau DKB
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009