Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 21 Januari 2010

Protes Terhadap Najib??Lagi Wakil Rakyat BN Ponteng





KUALA LUMPUR : Mungkinkah budaya ponteng dikalangan wakil rakyat BN merupakan tabiat mereka atau wujud bentuk protes berterusan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak?
Jika dalam tragedi 14 Disember 2009 menyaksikan sejumlah besar daripada Ahli Parlimennya (MP) ponteng di Dewan Rakyat, situasi itu nampaknya gagal dijadikan iktibar oleh mereka samada sengaja atau buat-buat lupa, tidak pula diketahui.
Terbaru, tiga MP BN ponteng lagi dan kali ini melibatkan lawatan pemimpin dari luar negara yang gagal disambut oleh mereka sehingga menyaksikan pemimpin dari Korea itu menyindir sikap berkenaan.

Program Subsidi Beras Poilitik Murahan Noh Omar


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Datuk Noh Omar dilihat terdesak memenangi hati rakyat khususnya Selangor setelah reputasi Umno-Barisan Nasional merundum pada pilihanraya umum ke 12.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafie, matlamat utama Noh Omar adalah semata-mata mahu mengangkat dirinya sebagai orang nombor dua di Selangor selepas Najib Razak, Pengerusi BN dan Umno negeri.

Shuhaimi berkata taktik Noh Omar melaksanakan program Subsidi Beras Untuk Rakyat atau Subur ini mendedahkan politik murahan yang dibawa beliau untuk meraih sokongan.

“Beliau terdesak untuk memastikan yang sokongan itu beralih kepada dia, maka dia menggunakan duit kementerian, saya nak tegaskan duit kementerian itu ialah duit rakyat, bukan duit daripada poket Dato Noh Omar sendiri, jadi duit ini dia tidak boleh dibelanjakan program di kepala otak dia saja, tak boleh sebab ini duit rakyat, dia mesti belanjakan di seluruh negara. Melalui program Subur memanglah dia katakan dia belanjakan di seluruh negara dan sebagainya, tetapi dari segi pelaksanaan, kita tidak nampak yang pelaksanaan itu diadakan untuk membantu rakyat, melainkan hanya untuk menaikkan imej Menteri Pertanian, iaitu Dato Noh Omar sendiri”, jelas Shuhaimi.

Beliau bercakap demikian ketika ditemui di pejabatnya di Kota Kemuning baru-baru ini.

Shuhaimi berkata agensi persekutuan diperalatkan untuk membeli sokongan pengundi bagi Umno.

“Apa yang Noh Omar buat macam penubuhan Majlis Pembangunan, dia Umno ni mereka buat 3 perkara, pertamanya melalui ICU di bawah JPM mereka mengagihkan keuntungan ini melalui 3 agensi, melalui Kementerian Pertanian yang ada program Subur, MPPP dan melalui Jabatan Pembangunan Negeri”, ujarnya lagi.

Kata Shuhaimi, rakyat Selangor menuntut keterbukaan dalam segala aspek apabila menolak Umno kerana gagal mempamerkan pentadbiran yang telus dan tiada kebertanggungjawaban khususnya pengagihan peruntukan kerajaan pusat kepada negeri ini.

“Rakyat negeri Selangor menolak Umno, kalau rakyat Selangor menyokong Umno, mereka tindakan meletakkan Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai pemerintah, jadi orang-orang yang dilantik di MPPP, Subur, Majlis Pembangunan ICU, ini adalah orang-orang yang telah ditolak rakyat daripada segi kebertanggungjawaban, ketelusan itu pun sudah terkeluar, orang yang minoriti yang mengagih-agihkan peruntukan kepada orang lain, jadi daripada segi kuasa dia tidak ada kuasa untuk melakukan itu”, tambahnya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN -TVS

Setelah di tolak di Malaysia,Astora Jabat kini sertai politik Thailand


KUALA LUMPUR, 21 Jan: Bekas wartawan kontroversi akhbar Utusan, Astora Jabat, akhirnya kembali ke kampung kelahirannya di Resak (Ruso), Narathiwat, Selatan Thailand dan bakal bertanding dalam pilihan raya umum di negara itu.

Hasan Abdul Rahman atau nama Siamnya “Sei Toramain” memberitahu dalam blognya, setelah beberapa bulan kembali ke tempat kelahirannya itu beliau telah mendapat tiga tawaran daripada tiga parti politik Thai untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum Thailand akan datang.

“Saya memilih parti yang paling besar dan dijangka akan menang dalam pilihan raya akan datang, iaitu Parti Peau Thai. Walaupun saya tidak berminat dengan politik, tetapi patut bagi saya mengubah arah dan membuat kerja yang lebih mencabar. Saya sendiri suka mencuba bidang kerja baru dan perkara-perkara yang mencabar yang tidak jauh dari bidang kerja asal,” tulis beliau dalam blognya.

Kapal TLDM terbakar: Pegawai Pemerintah dihadapkan ke mahkamah





LUMUT 21 Jan. – Pegawai pemerintah kapal KD Inderapura milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) , yang rosak teruk dalam kebakaran pada 8 Oktober lalu, akan dihadapkan ke mahkamah tentera pada 25 Januari ini, kata Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Beliau berkata, pegawai pemerintah itu perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada kapalnya. - Utusan

Menteri tak faham undang-undang jangan cakap isu royalti-Tun Salleh Abas


KUALA TERENGGANU, Jan 21 — Bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abas berkata, ahli-ahli politik termasuk anggota jemaah menteri dari Umno, yang tidak mahir tentang undang-undang pembangunan petroleum tidak wajar memperkudakan isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri dan pusat khususnya dalam tuntutan Kelantan sekarang.
Oleh itu tegas beliau, dari segi undang-undang, rakyat kini seolah-olah dikelirukan oleh ahli-ahli politik yang berfikiran sempit tentang selok-belok perundangan dalam isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dan Terengganu.
“Persoalan yang ada di hadapan kita semua sekarang ialah berkaitan hak sesebuah negeri dalam menuntut royalti dari Petronas, bukannya dari kerajaan pusat.

BN SEMBUNYI ISU MENDESAK DIBALIK KALIMAH ALLAH




Gerakan Islam terbesar tanahair, Parti Islam Se-Malaysia, menyeru rakyat untuk tidak termakan taktik kerajaan Umno-BN meretakkan perpaduan rakyat dengan politik keagamaan. TVS

Berapa gaji PM,TPM DAN MENTERI KABINET?


asalamualaikum dan Salam Sejahtera,
tuan dan puan,
Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.
Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup.Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteriserta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.

Misteri kehilangan Enjin Jet TUDM

Oleh:Lim Hong Siang

Isu enjin jet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang telah "dihilangkan" dengan tercetusnya kontroversi penggunaan kalimah "Allah", sebermulanya tahun 2010.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Azmi Khalid (gambar kanan) hari ini menggilap ingatan rakyat Malaysia terhadap isu ini, apabila memanggil mesyuarat untuk mendengar taklimat daripada Kementerian Pertahanan berhubung prosedur penyelenggaraan kelengkapan tentera.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas secara mendalam, malah meminta agar "jangan membuat kesimpulan terlebih dahulu", apabila diajukan soalan sama ada Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang juga Menteri Pertahanan ketika kejadian itu berlaku, akan dipanggil untuk menghadap PAC.
Bahkan, Azmi Khalid berterus terang bahawa pihaknya tidak akan memanggil pihak-pihak tertentu untuk menghadiri mesyuarat ini, sebaliknya menyerah kepada Kementerian Pertahanan untuk mengaturkan segala-galanya.

Seludup pasir: 34 ditahan kerana rasuah termasuk habuan seks

PUTRAJAYA, Jan 20 — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 34 orang di lima negeri termasuk dua ahli politik dan kakitangan awam kerana rasuah wang tunai dan seks, sebahagian langkah membendung aktiviti perlombongan pasir haram.
Kesemua mereka dijangka didakwa di mahkamah esok.
Dengan penahanan 34 mereka, SPRM percaya telah berjaya mematahkan sindiket menyeludup pasir ke sebuah negara asing.
Bagaimanapun SPRM tidak menamakan negara jiran itu.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru mendakwa dalam tulisan blognya bahawa mengapa pasir masih dijual kepada Singapura.
Isu mengeksport pasir ke Singapura merupakan satu perkara yang sensitif dari segi politik kerana ia membabitkan hubungan dua hala kedua-dua yang agak ‘panas’ ekoran pertikaian berhubung jualan air dan pasir.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....