Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 8 November 2009

Cara PAS membawa diri ke alaf baru "Selamat Maju Jaya Pas"



SETELAH BERAKHIRNYA apa yang dipanggil Seminar Memperkasakan Parti semalam, PAS kini nampaknya berazam untuk memperbaiki dirinya demi untuk menjadi sebuah 'parti untuk semua'.

Natijah ini sebenarnya terserlah daripada awal lagi. Soal capai atau tidak itu soal lain. Mari kita lihat kemungkinan-kemungkinannya ke arah itu.

Pertama, belum pernah dalam sejarah parti itu, satu seminar untuk melihat kelemahan diri diadakan dalam suasana yang begitu terbuka sebagaimana yang ditunjukkan melalui seminar itu.

Saya katakan terbuka kerana seminar itu turut dihadiri wakil-wakil media tanpa ada unsur-unsur saringan terlebih dahulu.

Kedua, PAS menjemput dua orang ahli akademik yang dari segi keanggotaannya tiada kaitan langsung dengan mereka untuk membentangkan kertas kerja mengenai kemajuan dan kelemahan PAS walaupun kehadiran Aziz Bari lebih kepada untuk menjawab atau mempertahankan tulisan beliau sehingga mengundang kepada kontroversi kritikan pedas Nik Aziz Nik Mat yang selepas itu pula mendorong kepada terhasilnya seminar berkenaan.

PAS yang seperti ini tidak akan kelihatan di era 1980an mahupun 1990an.

Malah PAS diera 1980an masih dengan slogan 'Bakar Wartawan' atau 'bakar suratkhabar'.

Tapi kali ini, PAS bukan sahaja membuka pintunya kepada kritikan luar malah mengizinkan pihak media mendengar kandungan kritikan tersebut.

Jadi cara PAS membawa dirinya ke alaf baru ini serta keputusan sebulat suara bagi meluluskan lima resolusi yang dicapai pada seminar berkenaan pada dasarnya menggambarkan bahawa segala kekalutan yang berlaku dalam PAS sejak akhir-akhir ini berjaya diselesaikan secara terbuka dan melalui kaedah musyawarah.

Pendek kata, PAS ingin menunjukkan kepada dunia bahawa ia benar-benar serius dalam menawarkan alternatif kepada rakyat Malaysia melalui dasar-dasar keterbukaan yang sedang ditunjukkannya masa kini.

Syabas PAS dan moga-moga apa yang ditunjukkannya ini tidak bermaksud satu gimik politik.

Bagaimanapun, apa yang diperkatakan ini hanyalah satu sudut pandang dari kacamata orang luar.

Seperkara lagi yang kelihatannya agak nyata hasil daripada seminar itu ialah betapa para perwakilan ke Seminar itu tidak lagi bersedia untuk duduk berbincang secara serius dengan UMNO berhubung kerajaan perpaduan.

Peluang mengikuti keseluruhan perjalan seminar berkenaan semalam menimbulkan satu persepsi bahawa pada dasarnya pemimpin dan ahli peringkat akar umbi sememangnya menolak idea kerjasama tersebut.

Rata-rata perwakilan yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan melahirkan persepsi yang negatif ke atas apa jua usaha sama ada yang tersirat mahupun tersurat berhubung cubaan menjalinkan kerjasama dengan Umno dan BN.

Dan menyedari akan sentimen inilah maka diakhir seminar itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa untuk kali yang terakhirnya menegaskan bahawa isu kerajaan perpaduan sudah berakhir dan parti itu menetapkan pendirian bahawa PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat 'dalam ribut mahupun dalam tenang'.

Malah Abdul Hadi juga memberi jaminan bahawa selepas berakhirnya seminar politik yang pertama kali dianjurkan itu, tidak akan ada lagi mana-mana pemimpin atau ahli parti itu yang akan membangkitkan lagi isu berkenaan yang dianggap telah menjadi punca berlakunya konflik dalaman PAS.

"Tak mungkin dibangkitkan lagi (isu kerajaan perpaduan), ia dah tutup... ini pendirian PAS, pendirian Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media di Markas Tarbiyah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini sejurus selepas selesainya seminar berkenaan.

Nampaknya dari sudut ini, ketetapan PAS sudah jelas bahawa mereka menolak secara total sebarang kerjasama dengan Umno dan BN dan berikrar akan terus bersama Pakatan Rakyat yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Dan PAS tidak mahu lagi isu ini menghantui mereka dan menghambat mereka buat selama-lamanya. Ia perlu dihentikan sekarang sebelum perpecahan terus berlaku di kalangan mereka sendiri. Hadi menyedari risiko politik itu dan beliau akur dengan kehendak akar umbi.

Namun begitu pada sudut yang lain pula, seminar itu turut memperlihatkan bahawa keputusan untuk 'menutup buku perpaduan' dengan UMNO tidak juga bermakna mereka memberi 'blank cheque' kepada pucuk pimpinan melakukan apa sahaja dengan Pakatan Rakyat.

Ini kerana masih terdapat suara-suara yang mempertikaikan batas kerjasama yang terjalin antara PAS dan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Secara rawak memang dapat dirumuskan bahawa ada dikalangan ahli PAS sendiri tidak merestui jika PAS bergabung secara rasmi bersama Pakatan Rakyat apatah lagi menggunakan satu simbol parti mewakili pakatan itu.

Jika inilah sentimennya, usaha ke arah membentuk satu pakatan sepertimana BN yang kini sedang diusahakan oleh Zaid Ibrahim bukanlah satu pelayaran yang mudah.

Ini dapat dilihat daripada gesaan para peserta seminar yang mendesak agar pucuk pimpinan parti menggariskan batas persempadanan kerjasama yang hendak dijalinkan itu jika ianya menjadi realiti.

Malah gesaan sedemikian juga selari dengan hasil kajian yang dibentangkan oleh ahli akademik, Dr Abu Hassan Hasbullah yang hadir sebagai salah seorang ahli panel seminar itu.

Menerusi kajiannya yang bertajuk "Kajian Mikro Kepercayaan Politik di Malaysia Dari Persepsi Pola Kepercayaan Untuk PRU ke 13 akan datang", Abu Hassan berkata sebilangan besar responden di kalangan golongan muda mahu PAS bertindak sebagai ahli bersekutu sahaja.

Dan Abdul Hadi dalam responnya kepada soal membentuk pakatan pembangkang yang lebih terikat sebagai satu pasukan menegaskan PAS sebagai satu badan politik mahu tidak mahu perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam Pakatan Rakyat untuk memimpin rakyat ke arah perubahan.

Pada masa yang sama, Hadi berkata, persefahaman yang akan diwujudkan itu akan dilakukan tanpa mengorbankan dasar yang diperjuangkan PAS.

Dalam erti kata yang lain, ada sedikit kusyen politik di situ. Maknanya Hadi berhati-hati. Jika pakatan yang hendak dibentuk itu tidak jadi realiti ia bukan disebabkan oleh ketidaksepakatan pembangkang tetapi kerana PAS sejak awal-awal lagi telah berdiri teguh bahawa ia tidak bersedia mengadaikan dasarnya hanya kerana keperluan sebuah pakatan sepertimana BN.

PAS juga menurutnya adalah sebuah parti yang mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri. Tapi kenyataan ini lebih menjurus kepada ego Hadi dan ego PAS. Tidak lebih dari itu.

Tetapi apabila ego itu berlalu, maka Hadi pun terus berkata; "PAS bukan sahaja perlu memperkukuhkan kekuatan bagi memenangi undi di kalangan pengundi Islam namun dalam masa yang sama perlu lebih berusaha untuk meraih undi penyokong bukan Islam."

Soal keperluan kepada undi bukan Islam itu bukan ego tapi Hadi yang kembali berpijak kepada dunia realiti.

"Dalam masa yang sama kita hendaklah mendapatkan undi bukan Islam sebanyak mungkin kerana inilah pendekatan politik yang sebenarnya, asalkan kita mempelihara, akidah dan menjaga sempadan," katanya.

Dan berpijak di bumi yang nyata ini akhirnya diterjemahkan dalam bentuk resolusi yang dicapai semalam iaitu untuk meningkatkan sokongan bukan Muslim dengan bertindak aktif menubuhkan Kelab Penyokong Pas di kawasan masing-masing serta membuat pelan tindakan antaranya menguatkan kempen nasional bertemakan 'PAS Untuk Semua'.

Walaupun pada akhirnya tidak semua yang akan setuju dengan dasar PAS tetapi keazamannya untuk menjadi parti untuk semua adalah satu langkah yang berani; --- berani kerana berazam untuk menjadi parti untuk semua tanpa bersedia mengorbankan dasarnya.

Selamat Maju Jaya PAS...

Ahli Pas Setuju Data Kajian Pas Bantu Baiki Parti




Data yang mengejutkan oleh Dr Abu Hasan yang memaparkan statistik kelemahan Pas diterima dengan baik oleh ahli parti berkenaan.

Tinjaun TV Selangor di Markas Pas Taman Melewar,sewaktu Seminar Memperkasakan Parti diadakan,mendapati rata rata ahli pas bersetuju data yang dibentangkan dapat membantu Pas dalam memperbaiki kepincangan parti.

Bagi Zulkifli Mat Tam dari Pahang,beliau menganggap kajian yang dilakukan jelas menunjukkan keprihatinan pelbagai pihak terhadap parti yang disertainya dari tahun 1986.

“Ini menunjukkan Pas mendapat sokongan yang jitu, ini perkara yang positif, dan oleh itu, pucuk pimpinan akan mengkaji data ini untuk melakukan keputusan yang tebaik kepada Pas,” katanya.

Mohd Razali Ramli pula menyatakan,beliau sudah menjangkakan data yang dikeluarkan akan memaparkan kemerosotan dalaman parti.

“Data tu dah dijangka dan kami yang duduk diperingkat akar umbi ini tahu sejauhmana sokongan keperingkat akar umbi dan oleh itu dengan secepat mungkin kita perlu lakukan penambahbaikan,” katanya.

Dalam data yang dikeluarkan,turut menyentuh peranan Muslimah sebagai jentera terkuat parti ini.Hal ini disokong Aziah Mohd Saad,Naib Ketua Cawangan Masjid Tanah ,Melaka.

“Kami setuju dengan data tu dan kita akan buat kajian dan akan susun strategi dan dapatkan lebih badan muslimah untuk bantu kami dalam memperkasakan parti,” katanya.TVS

(Video)Suasana Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009











Suasana Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009 (1) - Antara Kelantan vs Negeri Sembilan pada 7 November 2009 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. jiwokelate2009

SPRM bebas siasat termasuk menantu -Tok Guru Nik Aziz

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terpulanglah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sesiapa sahaja termasuk menantunya, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang dituduh melakukan pecah amanah.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata sekiranya dakwaan itu benar seperti dakwaan penulis blog terhadap menantunya itu, beliau sendiri akan mengucapkan terima kasih tetapi jika perkara itu tidak benar, penulis blog terbabit akan menanggung dosa kerana membuat tuduhan melulu.

"Kalau dia (penulis blog) buat perkara yang tidak ada, dia tanggung dosa, tetapi sekiranya betul saya ucapkan terima kasih.

"Sudah dua kali dah (disiasat), tidak ada apa pun, ini adalah blogblog mainan orang yang bermasalah...dia buat (cerita) benda tidak ada (tidak benar) dia tanggung dosa," katanya kepada pemberita di rumahnya di Pulau Melaka di sini, hari ini.

SPRM baru-baru ini telah menyiasat dakwaan itu dan telah ke pejabat Abdul Ariffahmi bagi menyiasat dakwaan penulis blog tersebut.

Nik Aziz yang mengakui mengenali penulis blog terbabit berkata berkemungkinan ia juga didalangi oleh "orang dalam" yang menyampaikan maklumat kepada penulis blog terbabit bagi tujuan tertentu.

"Kalau dengan niat untuk mengkhianati, dia tanggung dosa dan kalau dia buat dengan niat bersih, kami lebih beringat," kata Nik Aziz. BERNAMA

Jangan Tebuk Kapal Kalau Tak Setuju Dengan Kapten -Tuan Guru Presiden

KUALA LUMPUR ; Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sekiranya ada dikalangan ahli-ahli PAS tidak bersetuju dengan beliau, mereka tidak boleh melakukan perkara yang menyebabkan PAS menjadi rosak.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/hadiawang.jpgBeliau berkata demikian dalam ucapan penanguhan menggantikan Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Seminar Memperkasakan PAS di Dewan Dato’ Fadzil Noor, Taman Melewar semalam.

Tuan Guru Nik Aziz terpaksa pulang awal kerana tidak sihat dan uzur.

”Tak setuju dengan kapten, jangan tebuk kapal, walaupun ada ahli yang mabuk laut dalam pelayaran (pejalanan PAS), (namun) tak ada yang terjun dari kapal,”katanya

Beliau menegaskan akan terus menerajui PAS kerana amanah yang telah diberikan kepadanya melalui Muktamar PAS yang lalu.

”Kepimpinan adalah amanah, baju amanah tak akan dibuang, walaupun ujian yang hebat dan jauhnya perjalanan,”jelasnya.

Beliau juga mengingatkan perwakilan yang hadir, menegur pemimpin jangan jadi seperti beruang yang tampar lalat di muka tuannya.BO

Mabuk Kuasa : Kisah Katak dan Kodok



Video Ehsan Dari Greenboc

MP PAS Pendang Bahas Bajet 2010





MP PAS Pendang Bahas Bajet 2010 - Dr Mohd Hayati bin Othman membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Dasar) di Dewan Rakyat pada 5 November 2009.jiwokelate 2009

Isu kerajaan perpaduan tidak dibangkit lagi-Presiden Pas


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan isu kerajaan perpaduan tidak akan dibangkitkan lagi oleh pemimpin dan ahli parti itu.

Beliau berkata selepas Seminar Memperkasakan Parti anjuran parti itu hari ini berakhit, kesemua perwakilan yang hadir kekal dengan pendirian untuk tidak membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Tak mungkin dibangkitkan lagi (isu kerajaan perpaduan), ia dah tutup... ini pendirian PAS, pendirian Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media di Markas Tarbiyah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini hari ini.

Abdul Hadi menegaskan isu kerajaan perpaduan tidak timbul lagi dalam PAS.

Ditanya pandangannya sekiranya Umno masih berminat untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan PAS, beliau berkata parti itu akan bersama parti yang sudah lemah.

"Kita dah tutup, kita tak perlu bersama dengan bahtera yang sudah lemah.

"Kalau mereka masih berminat itu hanya nak tutup masalah dalaman sendiri," katanya.mstar

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....