Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 21 Julai 2011

Video : Pas Jadi Teras Politik Apabila Menang 60 Kerusi Parlimen




KUALA TERENGGANU - PAS akan menjadi teras politik negara sekiranya dapat memenangi 60 kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata DAP hanya mampu bertanding paling maksima 40 kerusi dari 222 buah kerusi parlimen yang dipertandingkan.

"politik Malaysia masih lagi (dikuasai) oleh Melayu Islam, DAP dalam dailog kelmarin, dia kata dia tak boleh (bertanding) lebih daripada 40 kerusi (parlimen) daripada 222 kerusi,

"bermakna baki lagi adalah kerusi Melayu Islam, inilah yang menjadi rebutan antara PAS dan Umno, sekiranya PAS menguasai 60 kerusi sahaja, PAS sudah boleh menguasai negara,"jelasnya ketika menyampaikan Ucaputama dalam program Nadwah Ulamak; Membina Negara Berkebajikan, di Kuala Ibai, Rabu 20 Julai.

Menurutnya, kini kedudukan Umno di Parlimen hanyalah sebanyak 78 kerusi, manakala PAS mempunyai 23 kerusi.

Sekiranya PAS boleh memenangi sehingga 60 kerusi, katanya, Umno hanya tinggal sekitar 40 kerusi sahaja.

"Bila dia jadi 40 kerusi, kita (PAS) ada 60 kerusi, maka PAS menguasai teras politik negara, (oleh itu) kita perlu merangka strategi menguasai undi-undi Melayu Islam,"tegasnya.

Namun begitu, kata beliau, adalah malang kepada pengundi Melayu Islam hari ini kerana telah diperbodohkan oleh media Melayu sendiri, iaitu RTM, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Marang itu, para pengundi bukan Melayu dan bukan Islam hari ini memiliki sikap terbuka menyokong calon-calon PAS yang bertanding.

"Sehingga kawasan (dimana) PAS bertanding lawan orang Cina MCA, orang Cina boleh mengundi PAS tidak mengundi MCA,

"tapi orang Melayu Umno, di kawasan yang kita berlawan dengan MCA dan India (MIC), mereka boleh mengundi calon MCA dan MIC,"ujarnya.

Menurutnya, melalui Hiwar atau dailog diantara parti-parti Pakatan Rakyat yang diadakan baru-baru ini, semua anggota di kalangan bukan Islam telah menerima konsep Negara Berkebajikan yang dibentangkan oleh PAS.

Sokongan mereka terhadap usaha PAS meninggikan Islam sebagai agama persekutuan, katanya, turut diterima sebulat suara dalam resolusi sebelum ini.BO

Bersih : Polis Tutup Kezaliman Diri, Kata Mat Sabu


SHAH ALAM 21 JULAI : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menolak penafian polis menindas peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 dan menyifatkan rakaman video yang dikemukakan oleh badan itu sebagai cubaan terdesak untuk menutup kezalimannya.
"Perkara ini tidak seharusnya berlaku, sudah tentu polis (akan) menafikan (tindakan) polis. Perkara ini seharusnya dilaksanakan oleh jawatankuasa penyiasat(bebas), kalau tanya Polis memang mereka akan memberi kenyataan macam itu," kata beliau kepada TvSelangor.
Selepas hampir dua minggu, Polis Bukit Aman tampil hari ini untuk menayangkan video yang menurut badan itu menunjukkan polis bertindak mengikut batas undang-undang dalam menyuraikan perhimpunan aman Bersih.
Puluhan ribu orang menyertai perhimpuan itu untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil walaupun terpaksa menongkah arus tembakan air berkimia dan gas pemedih mata oleh polis.
Lebih 1,600 orang ditahan manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadi beliau, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad antara yang cedera.
Seorang meninggal dunia, namun polis hari ini mendakwa kematian Baharuddin Ahmad, 59, adalah akibat sakit jantung dan bukan kerana tindakan polis.
Malah, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menuduh Mohamad Sabu mereka cipta dakwaan bahawa beliau dirempuh oleh sebuah Land Rover yang dipandu anggota polis sebelum dibawa ke hospital.
Salleh sebaliknya mendakwa pemimpin pembangkang itu jatuh daripada motorsikal selepas melanggar penghadang jalan.
Timbalan Presiden PAS itu membidas Salleh dan berkata beliau bersedia membuktikan keterangannya di mahkamah jika perlu.

Suruhanjaya putuskan Beng Hock bunuh diri,syor tindakan diambil keatas 3 pegawai SPRM

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Laporan siasatan suruhanjaya diraja memutuskan Teoh Beng Hock membunuh diri ekoran tekanan daripada kaedah siasatan agresif dan berterusan di pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pegawai-pegawai SPRM telah mengenakan tekanan ke atas Teoh agar menjadi saksi dalam kes terhadap seorang Adun DAP.

Hasil siasatan diumumkan oleh Datuk Nazri Aziz yang turut mengatakan bahawa keputusan suruhanjaya itu adalah sebulat suara.

Suruhanjaya diraja juga memutuskan bahawa pegawai-pegawai SPRM didapati telah melanggar prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

Ia mengesyorkan agar tindakan diambil khususnya ke atas tiga pegawai SPRM.

Nazri berkata kerajaan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas pegawai-pegawai terbabit.

Kata beliau, polis perlu membuka satu siasatan dan membawa perkara tersebut kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan.TMI

Kenali ' Ajak ' : Dari Tukang Kasut Kepada Ikon ' Bersih '



Siapa sangka seorang peserta yang digambarkan ganas dan didakwa membawa pisau dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu merupakan seorang tukang kasut yang berperwatakan amat lemah lembut. Berbeza dengan gambaran 'perusuh' yang dipotretkan - bertubuh sasa, berseluar celoreng ala tentera dan mengharungi gas pemedih ketika orang lain bertempiaran lari - Abdul Razak Endut hanyalah lelaki biasa yang merendah diri.

Tidak hairan, peguamnya Ahmad Nizam sendiri mengakui tersentuh dengan perwatakan lelaki 32 tahun kelahiran Temerloh, Pahang itu.

"Beliau ini lain. Bukanlah asyik melepak macam anak muda lain. Ini agak jarang ditemui sekarang ini," katanya yang kebetulan sudah lama mengenali Abdul Razak. Tukang kasut di sudut kecil depan kedai pakaian lama atau bundle milik abangnya berdekatan stesen bas Temerloh itu antara beberapa 'watak kecil' yang menjadi perhatian selepas aksi mereka dipotret lensa kamera pada perhimpunan BERSIH 2.0. Bagaimanapun, berbeza dengan individu lain yang cuba diangkat sebagai wira, nasib sebaliknya menimpa Abdul Razak apabila beliau didakwa digambarkan secara negatif oleh media arus perdana.

Saya sayang kawan-kawan Berita Minggu (edisi Ahad Berita Harian) sehari selepas perhimpunan BERSIH menyiarkan gambar Abdul Razak di muka depan dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram". Tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis". Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times (edisi Ahad New Straits Times) dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".

Saman Kerajaan Kelantan Berhubung Pengharaman Judi : UMNO Dicabar Nyatakan Sikap


  1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mencabar UMNO khususnya Pergerakan Pemudanya di negeri Kelantan untuk menyatakan sikap ekoran tindakan tiga individu yang menyaman Kerajaan Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BRI) berhubung pengharaman judi dan loteri di negeri ini.
  2. Ketiga-tiga individu berkenaan seperti yang dilaporkan oleh media massa pada hari 21 Julai 2011 ini telah memfailkan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Julai 2011. Mereka seperti yang dilaporkan ialah Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58 dan Gan Han Chuan, 44 telah menamakan Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai defendan pertama dan MPKB sebagai defendan kedua.
  3. Dalam hal ini, DPPNK melihat kehadiran Ahli Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difailkan menunjukkan sokongan MCA yang juga merupakan salah sebuah parti utama dalam komponen Barisan Nasional terhadap saman yang dikemukakan tersebut.
  4. Sehubungan dengan itu, DPPNK melihat ini sebagai satu petanda bahawa UMNO pada hakikatnya hanyalah bermain wayang dan melakukan pembohongan besar apabila menyatakan bahawa perjuangan mereka untuk membela agama Islam dan umat Melayu. Jelas sekali dalam isu ini, UMNO tidak bersuara bahkan mungkin dalam masa yang sama merestui tindakan yang dilakukan oleh MCA tersebut.
  5. DPPNK ingin mempersoalkan di manakah ketegasan UMNO dan juga NGO-NGO yang selama ini kuat mendakwa mempertahankan kesucian Islam. DPPNK mempersoalkan di manakah keris UMNO sewaktu undang-undang melarang judi dan loteri yang jelas bertepatan dengan syariat Islam sedang dicabar di mahkamah. Atau adakah sudah hilang kejantanan UMNO apabila berdiam diri seribu bahasa dengan tindakan MCA ini? Bukankah UMNO juga yang mendakwa cintakan Islam dan anti judi sehingga sanggup memulangkan wang pemberian kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada warga emas pada tahun lepas dengan mendakwanya sebagai wang hasil judi?
  6. Dalam hal ini, DPPNK menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia agar menyedari hakikat bahawa UMNO sudah tidak layak untuk diberikan kepercayaan menjaga kesucian Islam. Hakikatnya, jika UMNO diberikan peluang untuk menjadi kerajaan semula di Kelantan, pastinya akan subur semula premis-premis judi dan loteri seperti yang berlaku sebelum tahun 1990.
  7. DPPNK berharap agar seluruh umat Islam terus memberikan sokongan terhadap usaha kerajaan Negeri Kelantan khususnya di dalam menjaga kesucian syariat Islam dan terus mentadbir Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam.

Sekian, wassalam.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 21 Julai 2011

PRU 13 : Pas Cadang Bertanding Di 80 Kerusi Parlimen

KUALA LUMPUR, 21 Julai — PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 — satu peningkatan sebanyak 14 kerusi berbanding tiga tahun lalu.
Ini termasuk harapan PAS agar Pakatan Rakyat mempertimbangkan kemungkinan menyerahkan kerusi-kerusi dimenangi pada pilihan raya umum 2008, tetapi wakil rakyatnya telah melompat keluar, kepada parti Islam itu, kata naib presidennya Salahuddin Ayub (gambar).
Pada pilihan raya umum ke-12, PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen dan 232 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Parti itu menang di 23 kerusi Parlimen dan 83 kerusi DUN.
Dua komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi Parlimen. DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula 31.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata mana-mana kerusi baik di peringkat DUN dan Parlimen harus diserahkan kepada parti yang dilihat boleh memenangi kerusi itu selain mahu mengelakkan “wakil rakyat lompat” berulang.
Perkara sama pernah dibangkitkan pada muktamar PAS bulan lalu yang mana Dewan Pemudanya mahu PKR dan DAP menyerahkan kerusi-kerusi yang wakil rakyat mereka telah melompat parti agar rakyat terus yakin dengan perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13.
Sejak pilihan raya umum 8 Mac 2008, PKR dan DAP kehilangan sejumlah kerusi DUN dan Parlimen. Kerusi-kerusi itu membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
“Pakatan beri ruang untuk kita berbincang kerusi dalam kategori ini (lompat parti) dan ia bukan satu pelanggaran untuk mereka buat kajian, analisis dan beri pandangan terbaik untuk kerusi ketegori ini.
“Malah kerusi yang PAS bertanding, kalau rakan Pakatan Rakyat berminat untuk bertanding, kita terbuka untuk berunding dan berbincang, dalam rundingan apa sahaja boleh berlaku,” kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider ketika ditemui semalam.
Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, pihaknya juga menambah bilangan kerusi Parlimen yang akan ditandingi termasuk di Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum ke-13, yang diramalkan akan diadakan tahun depan.
Bagaimanapun kata Salahuddin, pihaknya menyasarkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan hujung tahun ini.
“Kita mahu kerusi tambahan, tidak kurang daripada 80 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak yang mana kita telah mengenal pasti kawasan-kawasan ini.
“Tapi kita lebih tumpukan kerusi di Semananjung (Malaysia) manakala di Sabah dan Sarawak kita tidak akan bertanding banyak kerusi,” katanya.
Tambah Salahuddin, pihaknya juga mahu mana-mana kerusi yang “dipinjam” dipertimbangkan untuk “dipulangkan” semula kepada parti yang layak.

Bersih 2.0 : Lagi Mangsa Tampil Dedah Keganasan Polis

BANDAR JENGKA, 20 Julai: Seorang lagi peserta himpunan Bersih 2.0 tampil mendakwa dikasari tidak kurang 20 orang anggota polis walaupun selepas bersurai.( gambar kiri sekadar gambar hiasan).

Badrul Hisham Abdul Halim, 26, dari Felda Jengka 19 dekat sini, berkata beliau dibelasah ketika melalui tangga OCBC Bank dalam perjalanan ke stesen LRT untuk pulang.

“Saya menyertai perhimpunan Bersih di Pasar Seni bersama kira-kira 5,000 yang lain. Kira-kira pukul 4.30 petang perhimpunan bersurai setelah diarahkan polis dan saya berjalan mencari stesen LRT yang beroperasi untuk pulang ke Pahang,” katanya ketika bercerita kepada Harakahdaily.

Tambahnya, semasa perjalanan pulang itu beliau memang memegang baju kuning Bersih di tangan dan sedar terpaksa melalui deretan polis di tepi jalan.

“Polis yang berada di tepi jalan telah memanggil saya lalu meminta baju berkenaan. Saya enggan menyerahkannya lalu mereka rentap dan rampas kemudian mereka mengkasari saya.

“Seingat saya polis bernama Azrin dan seorang lagi bernama Hafizul mengheret saya sambil mencengkam kolar baju. Kemudian mereka gari saya dan heret sejauh kira-kira 200 meter ke Dataran DBKL. Saya ingat betul pada masa itu tak kurang daripada 20 orang polis berseragam membelasah sambil memaki hamun saya sebagai samseng.

“Mereka pukul saya dengan berselindung di sebalik trak polis. Saya langsung tak melawan kerana digari dan mereka hanya berhenti apabila tiba di Dataran DBKL. Selepas berada di situ selama setengah jam, saya dinaikkan ke dalam trak dan dihantar ke Pulapol. Di situ baru gari dibuka dan dibebaskan sejam kemudian,” ujarnya.

Badrul yang mengusahakan ladang bapanya sendiri, berkata pada ketika itulah baru dia sedar di sebelah mata kanannya lebam dan berdarah, kepala bengkak serta tulang betisnya amat sakit akibat disepak.

“Dari Pulapol saya kemudiannya polis hantar ke stesen LRT Dang Wangi untuk meneruskan perjalanan pulang ke Pahang,” katanya.

Bagi Badrul, ini merupakan pengalaman pertama menyertai himpunan seperti itu dan tidak sangka sudah menjadi belasahan polis.

Katanya, beliau pergi kerana gambaran awalnya perhimpunan aman dan merasa tidak takut kerana selama ini mengganggap polis adalah sebagai pelindung dan pemelihara undang-undang.

“Tapi dengan layanan sebegitu saya terperanjat. Saya sanggup tampil jika ada yang mahu menyiasat. Saya juga akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....