SHAH ALAM 28 MAC : Sebaliknya akhbar itu dan blog- blog upahan Umno terus mendakwa kononnya twitter Anwar hanya menunjukkan catatan pada pukul 11.38 malam, kononnya apabila rakaman video lucah itu selesai.
Laporan itu jelas bermotif fitnah semata- mata, kerana, sebagaimana yang diterangkan oleh Rafizi, catatan Twitter di Malaysia adalah sejam lebih awal kerana ia berlandaskan waktu yang dirakam oleh pelayan (server) Twitter di San Francisco, Amerika Syarikat.
Pelayan (server) berkenaan terikat kepada zon waktu Amerika Syarikat yang diubah ketika musim sejak antara November hingga Mac dan memberi kesan kepada waktu catatan twitter di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Maka disinilah ungkapan manusia merancang namun Tuhan menentukan amat bertepatan. Sesungguhnya kebarangkalian Anwar menggunakan Twitter tentunya tidak diambil kira oleh perancang dan dalang yang cuba mengaitkan beliau kepada rakaman video lucah 21 Februari.
Mereka mungkin berjaya mengupah pelakon ala Anwar yang hebat (namun berperut buncit) tetapi Tuhan menentukan Anwar dapat dibela menerusi catatan di Twitter dan Facebooknya.
Seperti yang diterangkan oleh Rafizi, semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menonton video itu tidak mengesan si pelaku melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan Twitter.
Apa yang jelas ialah fitnah Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay digunakan secara licik oleh pucuk pimpinan Umno untuk menggerakkan serangan terbaru terhadap Anwar menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak.
Justeru media arus perdana Utusan Malaysia sekali lagi kelihatan diarah untuk memainkan isu Twitter dan Facebook bagi menguatkan fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu.
Namun kedangkalan dan niat jahat Umno, Utusan dan blog- blog upahan parti itu mengenai Twitter dan Facebook tetap terserlah dan memerangkap diri.
Penjelasan Rafizi hari ini bukan maklumat rahsia. Ia boleh diperolehi daripada sesiapa yang arif mengenai Twitter dan Facebook.