Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 17 Oktober 2010

Hutang Kerajaan Persekutuan Meningkat,Untuk Jelaskan Rakyat Malaysia Perlu Bayar RM 15 000 Seorang




Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional 2010 yang meningkat lebih 10 peratus berbanding tahun sebelumnya hanya membebankan dan secara tidak langsung terpaksa ditanggung oleh rakyat ekoran ketidakcekapan kerajaan mengurus kewangan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada 2009 ialah RM362 bilion manakala pada 2010 meningkat kepada lebih RM408 bilion.

PM India lancar ‘Little India’ di Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Perdana Menteri India Dr. Manmohan Singh (gambar) akan melancarkan fasa pertama projek menaik taraf dan mencantikkan Brickfields menjadi “Little India” pada 27 Oktober ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M.Saravanan berkata kira-kira 85 peratus kerja-kerja persediaan telah dilakukan dan dijangka siap tidak lama lagi.

“Lawatan Manmohan Singh ke Malaysia adalah sesuatu yang amat membanggakan dan beliau pasti terpesona melihat perubahan serta imej baru Brickfields,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gotong-Royong Perdana 1Malaysia Little India-Brickfields di sini hari ini.

Beliau berkata Little India meliputi kawasan dari Jalan Travers hingga ke Jalan Tun Sambanthan, dengan fasa pertama projek bernilai RM17 juta dijangka siap dalam bulan Disember.

Fasa pertama projek itu yang menelan kos sebanyak RM7 juta, telah dimulakan dalam bulan Mei.

Ia melibatkan kerja-kerja membangunkan kawasan dari Jalan Travers ke Jalan Tun Sambanthan oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Projek dua fasa “Little India” yang bernilai RM35 juta, membabitkan pembinaan premis baru perniagaan, sebuah kompleks parkir dan pembesaran jalan. — Bernama

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Apa agaknya reaksi pemimpin Umno dan media pengampu mereka jika Guan Eng jemput PM China lancar Little China di Pulau Pinang.Tentu gegak gempita seantero Malaysia,betul tak.P/S Sedang tunggu maklumbalas dari PERKASA....

Sebab Sebab Tan Sri Khalid Ibrahim Tidak Bertanding Jawatan Tim. Presiden PKR

Gambar fail

KUALA LUMPUR, 17 Okt —Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk tidak bertanding sebarang jawatan termasuk timbalan presiden PKR kerana mahu memberi fokus terhadap usaha mengekalkan Selangor di tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.
“Tugas saya juga adalah untuk memastikan bahawa Selangor dikekalkan sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat,” tegas Menteri Besar Selangor ini dalam satu kenyataan memperjelaskan keputusan terbarunya.
Pada sesi penerimaan pencalonan semalam, sekretariat pemilihan PKR menerima pengesahan daripada dua Naib Presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub serta Datuk Zaid Ibrahim.
Seramai 19 calon bertanding jawatan naib presiden yang menawarkan empat kerusi.
Pada 10 Oktober lalu, Khalid selepas spekulasi berterusan mengesahkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden dan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menilai kesan pendiriannya itu.
Bagaimanapun beliau tidak menyerahkan borang penerimaan pencalonan semalam.
Dalam penjelasannya, Khalid berkata, dengan komitmen berterusan kerajaan negeri kepada kebajikan rakyat melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, pihaknya berkeyakinan untuk menyasarkan kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya akan datang, mengekalkan kerusi-kerusi Parlimen dan memenangi lima lagi kerusi BN sebagai sumbangan terhadap membentuk kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum.
Bekas pengerusi PKR Selangor ini berkata, satu lagi faktor yang turut dipertimbangkan ialah keperluan fokus besar terhadap Lembah Klang dalam belanjawan yang baru diumumkan.
Kata Khalid, projek “Greater Kuala Lumpur” melibatkan projek berbilion-bilion ringgit dan kerajaan Selangor mesti memainkan peranan yang besar dalam memastikan projek-projek ini dikendalikan dengan cekap dan telus.

Muzakarah UMNO dan PAS : Zambry tidak hadir.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain sedang memberikan pandangannya. Berbaju kuning, Dato Thasleem penganjur program

IPOH, 17 Okt.:- Saya menegaskan bahawa tindakan saya menganjurkan program kita pada hari ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik seperti dituduh oleh beberapa pihak. Tetapi saya menganjurkan muzakarah ini atas tanggungjawab sebagai seorang muslim dan anak Perak.. Demikian kenyataan Dato Thasleem Mohamed bin Ibrahim Al Haj sebagai penganjur Muzakarah Bersama Umno dan PAS (Pecah Amanah Pengundi) yang diadakan disebuah hotel di sini hari ini.

Pas Sudah Banyak Berubah,Umno Masih Tidak Berubah-Dr Asri


KUALA LUMPUR, 17 Okt — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin muncul pada forum anjuran Umno malam tadi sambil berkata, PAS seolah-olah memperlihatkan ia banyak berubah berbanding dengan parti dominan Barisan Nasional (BN) itu sepanjang dua dekad yang lalu.
Kata beliau (gambar) perubahan mengikut peredaran masa itu dapat dilihat dengan ketara khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12.
Sehubungan itu menurut beliau, Umno yang ada sekarang dilihat tidak lagi menjaga dan mengangkat hal-hal berkaitan agama Islam.
Malah kata beliau, Umno tidak boleh jadi parti yang membawa sentimen perkauman, sebaliknya perlu menjadi lebih matang dalam membuat keputusan.
“Umno tidak boleh jadi (parti membawa sentimen) perkauman, sebaliknya Umno perlu lebih matang dalam membuat keputusan. Jangan membuat perkara yang boleh membahayakan diri sendiri,” katanya.
“Kalau dulu Umno boleh dikatakan mendahului dalam banyak perkara termasuk dalam hal-hal agama.
“Tetapi sejak kebelakangan ini selepas pilihan raya umum ke-12, saya lihat isu yang dibawa Umno gagal mengangkat Umno di peringkat global.
“Isu yang dibawa Umno hanya setempat, saya tidak tahu macam mana Umno menyusun ulama-ulama mereka,” katanya.
Sebagai contoh kata beliau, dalam isu bukan Islam masuk masjid, doa untuk bukan Islam dalam khutbah dan juga isu wang ihsan, ia tidak menunjukkan identiti Umno yang sebenarnya.
“Saya dukacita dengan apa yang berlaku dalam isu-isu tersebut, apabila pemimpin-pemimpin Umno (kata) tidak boleh sedangkan banyak bukti mengatakan sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada forum Kursus Kepimpinan Kelab Umno Luar Negara di bawah tajuk “Menjana Modal Insan Ulul-Albab di Peringkat Global” di sini malam malam tadi.
Beberapa jam sebelum pandangan Asri itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengusulkan kemungkinan diwujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....