Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 29 Februari 2012

Ahli Parlimen Umno didapati bersalah buat tuntutan palsu RM80,000

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri didapati bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 empat tahun lalu, iaitu ketika masih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar.

Hakim Mahkamah Sesyen Azhanis Teh Azman Teh memutuskan demikian selepas meneliti dan membuat penilaian maksimum ke atas kesemua saksi pembelaan dan hujahan kedua belah pihak yang membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Bagaimanapun, beliau menangguhkan hukuman sehingga esok bagi mendengar rayuan kedua-dua tertuduh.

Abdul Rahman dari Barisan Nasional merupakan Adun Ayer Tawar sebelum menang kerusi Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum 2008.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam pada 21 Januari hingga 12 Februari 2008 dan didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Mengikut pertuduhan, Abdul Rahman, 47, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Antara tuntutan yang dibuat menggunakan butiran palsu ialah membeli hadiah dan cenderamata serta penganjuran jamuan Program Motivasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia, Penilaian Menengah Rendah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Ayer Tawar.

Beliau turut didakwa membuat tuntutan menggunakan butiran palsu mengenai, Program Forum Perdana Peringkat Mukim Bagan Nakhoda Omar, program mesra rakyat dan Hari Keluarga Guru-guru Kemas, Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga KRT, Program Mesra Rakyat dan sambutan Maulud Nabi di kerusi DUn diwakili beliau.

Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi setiap pertuduhan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, pembantunya, Rosli Busro, 44, yang dituduh bersubahat dengan Abdul Rahman turut didapati bersalah atas kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dibaca bersama Seksyen 20(1)(c) akta yang sama.

Sepanjang kes perbicaraan berlangsung, seramai 39 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan telah dipanggil memberi keterangan.

Mereka adalah antara lima orang yang diheret ke mahkamah oleh SPRM yang melancarkan pendakwaan besar-besaran terhadap ahli politik dan pembantu mereka di Selangor berhubung kesalahan rasuah pada 2009.SH

Gambar : Ceramah Hasan Ali sudah mula tiada sambutan



Saman Fitnah: Yong Teck Lee Diarah Bayar RM1Juta

Bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti SAPP Datuk Yong Teck Lee (tengah) membincangkan sesuatu dengan Presiden Parti Refomasi Negeri (STAR) Datuk Dr. Jeffrey Kitingan (kanan) selepas keluar dari Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini, Rabu.

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee membayar RM1 juta kepada bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh kerana memfitnah beliau berhubung nahas pesawat pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan Ketua Menteri ketika itu Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, berkata Yong bertindak di luar batasan dengan menyatakan bahawa "terdapat darah" di tangan Harris walaupun tidak salah bagi Yong meminta supaya satu siasatan semula diadakan berhubung tragedi itu.

Katanya beliau mendapati perkataan "jenayah" dan "pembunuhan" yang digunakan oleh Yong adalah satu fitnah terhadap Harris, yang mencetuskan spekulasi kononnya Harris tahu lebih awal bahawa sesuatu yang buruk akan menimpa pesawat jenis Nomad itu dan beliau (Harris) membiarkan Tun Fuad mati agar beliau dapat menjadi Ketua Menteri Sabah.

Harris memfailkan saman RM50 juta terhadap Yong sebagai defendan pertama, dan SAPP selaku defendan kedua, kerana mendakwa kononnya beliau ada kaitan dengan punca pesawat itu terhempas.

Hakim Abdul Rahman berkata beliau berpendapat RM1 juta merupakan jumlah yang adil dan wajar dengan mengambil kira semua aspek kes itu termasuk perilaku defendan dan juga hujahannya yang masih lagi memburukkan keperibadian dan kewibawaan Harris.

"(Perbuatan) ini amat kejam terhadap plaintif," katanya.-BERNAMA

Video : Idealisme Politik Islam Membawa Kemakmuran Bagi Semua - Chua Jui Meng



Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor, Datuk Chua Jui Meng meminta rakyat memilih pemimpin yang menganjurkan perjuangan berteraskan al-Quran dan Hadis kerana idealisme perjuangan politik Islam menekankan kebaikan untuk semua.

Tegasnya, walaupun terdapat perbezaan pendapat antara parti komponen Pakatan Rakyat, namun Pas, DAP dan PKR tidak memperjuangkan kepentingan kaum tertentu. Sebaliknya, Pakatan memperjuangkan hak semua kaum berlandaskan Perlembagaan.

"Saya 40 tahun dalam Barisan Nasional (Umno-BN), kita tidak begitu faham Islam. Tetapi sekarang kita bersama dengan Pas dan PKR, saya faham atas idealisme Islam itu yang nak membawa kemakmuran kepada semua," kata Jui Meng yang pernah menyandang jawatan Naib Presiden MCA.

"Dulu Umno tidak beritahu dan mengajar saya berkaitan al-Quran, Hadis dan lain-lain termasuk Menteri Agama," katanya dalam Wacana anjuran Sinar Harian yang bertajuk 'Mengapa Undi Melayu Berpecah'.

Jelas beliau, perosalan adakah undi Melayu pecah tidak relevan kerana perkara pokok yang perlu ditumpukan adalah memastikan hak semua terbela meskipun terdapat perbedaan dari segi fikiran, prinsip dan idealisme.

"Bila saya masuk kampung Melayu semasa menjadi Menteri Kesihatan dulu, saya tengok ramai orang Melayu yang miskin. Dan, ada anak-anak Orang Asal saya diberitahu mereka sanggup meletakkan pasir bagi mengisi perut. Kita sepatutnya memusatkan kepentingan rakyat, bukan kroni," katanya.

Ideologi memperjuangkan hak semua kaum merupakan tunjang kepada dasar-dasar di dalam Buku Jingga Pakatan, katanya.

Jui Meng berkata keberkesanan Buku Jingga telah dibuktikan oleh kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid yang memperkenalkan gaji minima RM1,500 kepada anak syarikat kerajaan negeri bermula tahun ini.TVS

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....