Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 26 Oktober 2009

Mustafa Ali tak kecil hati dengan Tok Guru Nik Aziz

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau tidak berasa kecil hati atau terluka dengan kata-kata Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat yang melabelkannya sebagai “dua tiga kerat pemimpin dalam parti itu yang bermasalah.”

“Jika ditanya apa perasaan saya (tentang komen Nik Aziz itu), saya nak kata, saya orang yang paling tenang hari ini. (Walaupun) Tok Guru menyebut nama saya tapi saya tak rasa terluka (dengan komentarnya itu),” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan pagi Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada artikel di blog Nik Aziz itu yang mengaitkan namanya secara langsung sebagai salah seorang yang masih menjuarai konsep kerajaan perpaduan yang melibatkan Umno.

Mustafa memanggil sidang akhbar itu untuk memaklumkan bahawa Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan supaya satu pertemuan di antara Jawatankuasa PAS Pusat dengan semua Pesuruhjaya PAS Negeri diadakan pada Rabu ini jam 8.30 malam di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut untuk menyelesaikan apa jua isu yang berbangkit mengenai cadangan Nik Aziz khususnya berhubung desakan supaya diadakan Muktamar Agung Luar Biasa (EGM).

Nik Aziz dalam laman blognya telah menyarankan supaya PAS juga mengadakan EGM dengan segera untuk menyingkirkan apa yang beliau sifatkan sebagai dua tiga kerat pemimpin dalam parti itu yang bermasalah sama ada dengan masih menjuarai konsep kerajaan perpaduan dan pertemuan dengan Umno serta mereka yang seringkali berbalah dengan rakan kongsi Pakatan Rakyat.

Dan Nik Aziz secara khususnya menyebut nama-nama seperti Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan Mustafa sendiri.

Malah beliau secara sinis dan tidak langsung turut mengaitkan Hadi dalam isu ini dengan berkata, oleh kerana Muktamar sebulat suara telah memilih Hadi (sebagai presiden Jun lalu), maka apa boleh buat ikut sajalah.

Kepada satu soalan mengapa Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut setelah seketika ia tidak lagi menjadi perbualan hangat orang-ramai, Mustafa meminta para wartawan merujuk sendiri soalan itu kepada Nik Aziz untuk mendapatkan penjelasan.

"Awak kena tanya Tok Gurulah. Saya tidak boleh membuat andaian sebab apa (Nik Aziz mengeluarkan kenyataan itu)," katanya lagi.mstar

Adun PR mungkin boikot Sidang Dun Perak

IPOH - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada pakatan pembangkang mungkin tidak akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) Khalil Idham Lim berkata keputusan berkenaan bagaimanapun akan ditentukan oleh pimpinan pakatan pembangkang negeri.

"Matlamat kami adalah hadir sidang...kami akan serah kepada pimpinan jika keputusan sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di pejabat PAS Perak di sini hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussain berkata ADUN pakatan pembangkang akan membuat laporan polis meminta jaminan keselamatan daripada polis kerana dikhuatiri ada ancaman terhadap ADUN pakatan pembangkang sebelum dan semasa sidang.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah ketika dihubungi hari ini berkata polis akan menjaga keselamatan sepanjang sidang berkenaan termasuk Adun Barisan Nasional atau pakatan pembangkang. - Bernama

Kenapa saya seorang di gelar katak-Ibrahim Ali





Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang digelar 'katak' sedangkan menurutnya ramai lagi pemimpin politik yang turut melompat parti. Beliau bagaimanapun mengaku pernah menyertai banyak Parti termasuk Berjasa,Umno,S46,Umno balik,sokong Pas,Bebas Menyokong BN....

Kenapa Ibrahim Ali di gelar Katak,Kerana:
  • penipu rakyat, mempergunakan parti PAS
  • seluruh org pasir mas ditipu hidup2
  • katak melompat keluar DAN melompat balik. DSAI melompat keluar dan tidak kembali lagi. Itu bukan lompat katak, itu mara (sehala) ke hadapan.
  • memang katak pon... hahaha
  • Dah ente katak terkenal,nak buat camno..he..he..

Bajet 2010 | Perbahasan Datuk Sri Anwar Ibrahim








Bajet 2010: Rakyat Mana diutamakan ... - Ucapan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim (PKR Permatang Pauh) membahaskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat pada 26 Oktober 2009.jiwokelate 2009

Isu EGM Pas | Sidang Media Mustaffa Ali



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa PAS Pusat dan semua pesuruhjaya PAS Negeri akan bertemu Rabu ini untuk membincangkan isu Muktamar Agung Luar Biasa (EGM)yang disarankan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar pagi ini berkata, mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat dan semua pesuruhjaya PAS Negeri itu diadakan atas arahan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi mengambil masa dua hari untuk memecahkan suaranya berhubung isu kontroversi ini.

Nik Aziz pada Jumaat lalu telah mengeluarkan satu kenyataan dalam laman blognya mendesak supaya satu EGM diadakan segera untuk membuat keputusan sama ada parti itu perlu menyingkirkan dua tiga orang pemimpin utama itu yang beliau sifatkan sebagai bermasalah kerana masih terus menerus bercakap mengenai isu mengadakan pertemuan dengan Umno atau seringkali mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat (PR)

Di antara mereka yang beliau kenalpasti sebagai pemimpin bermasalah itu ialah Mustafa sendiri dan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa serta Datuk Dr Hasan Ali iaitu pesuruhjaya PAS Selangor.

Mereka ini disifatkannya sebagai pro-Umno oleh Nik Aziz.

Sementara itu, Mustafa juga menjelaskan sekiranya pertemuan Rabu ini memutuskan EGM tersebut tidak perlu diadakan maka ianya tidak perlu diadakan.

Ini kerana menurut Perlembagaan PAS, EGM hanya boleh dipanggil atas arahan presiden atau disokong oleh satu pertiga daripada Jawatankuasa PAS Pusat. Ia juga boleh diadakan sekiranya satu pertiga daripada 176 PAS Kawasan mengemukakan notis bertulis memohon supaya satu EGM diadakan.Mstar

Nizar pohon Sultan Perak tangguh sidang

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin membuat permohonan peribadi melalui media kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya menangguhkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, 28 Oktober ini.

Nizar berkata, permohonan dibuat atas alasan Datuk R Ganesan telah melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, perkara 36 (a) (5) kerana didapati menyamar sebagai Speaker DUN.

“Atas kedaulatan undang-undang, maka kita tidak mahu dewan yang mulia ini dipengerusikan oleh seorang pembohong, itulah sebenarnya mahu dikhabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya mereka faham bahawa Ganesan ini pengkhianat, persidangan yang beliau panggil itu adalah sidang tidak sah dan kami (Pakatan Rakyat) mahu sidang ini ditangguhkan,” katanya kepada pemberita, di Pejabat Pas negeri, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau juga mengecam tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang sejak dari rampasan kuasa tempoh hari yang didakwanya dalang permainan politik Perak.

Nizar mendakwa, Dr Abdul Rahman juga telah mengarahkan Ganesan dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Khadir menukarkan bentara Dewan dengan samseng UMNO seramai 15 orang.

“Sumber ini kami peroleh dari orang dalaman mereka juga dan kami mengharap sangat supaya pihak polis memastikan keselamatan kami wakil semasa sidang DUN nanti.”

“Hakikatnya Zambry tidak ada kuasa sebaliknya beliau hanyalah boneka kepada Setiausaha Kerajaan Negeri termasuklah Ganesan,” katanya. SH

Pas yang belum Pas



Oleh TAYAMUM
Meneliti setiap baris ucapan TGNA didalam blog beliau mengenai kemelut kepimpinan Parti Pas, amat tersentuh hati saya terlebih lagi bagi seorang politikus kerdil seperti saya untuk menilai dan merumuskan maksud yang tersirat dan tersurat dari setiap ayat yang terkeluar daripada mulut beliau sebagai seorang Mursyidul am yang amat kita hormati.


Kebelakangan ini boleh dikatakan kerap kita mendengar atau merasai nukilan serta luahan hati TGNA yang menyentuh mengenai gerak geri serta sepak terajang kepimpinan parti Pas,.. sebagai seorang Mursyidul am memang sudah menjadi tanggung jawab beliau untuk menegur atau memberikan nasihat sewajarnya jika terdapat sebarang ketidak seimbangan, kecelaruan, kepincangan, serta kecacatan yang berlaku terhadap Parti Pas terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan dasar dan perjuangan Parti.

Bagi seorang pemain politik diperingkat bawahan, saya melihat kenyataan TGNA dari sudut kebaikan bagi masa depan parti,. Beiau begitu sensitif dan berpandangan jauh dari segi menilai situasi serta keadaan parti yang mungkin kita tidak dapat membacanya.

Idea atau pendapat beliau bahawa Parti Pas perlu mengadakan EGM atau mesyuarat khas bagi "Proses Membersihkan Pemimpin " adalah amat sesuai dengan aspirasi rakyat. Kalau kita menoleh kembali PRU ke12 dimana UBN kehilangan 5 negeri dan kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen, ini merupakan bukti pemberontakan minda rakyat dan penolakan terhadap pemimpin negara yang tidak bersih.

Begitu juga halnya dengan rumah tangga Pas,.TGNA mungkin telah menghidu beberapa kerat pemimpin didalam parti yang mempunyai masalah,.bukannya pemimpin yang tidak sehaluan dengan beliau...

Bagi saya TGNA telah menjalankan tugas beliau dengan baik,. kerana beliau merasakan Parti Pas bukan milik beliau dan juga bukan milik segelintir pemimpin dalam Pas,. yang telah kerap kali mengelirukan minda dan keyakinan setiap ahlinya dengan berbagai tingkah laku yang boleh mendatangkan fitnah dan tohmah seperti isu KERAJAAN PERPADUAN dengan UBN,.bukankah ini semua MENGELIRUKAN ahli Parti ?????

Oleh yang demikian amatlah penting untuk sama-sama kita menilai kenyataan TGNA tersebut demi untuk kebaikan semua,. kita bukannya zalim untuk menendang keluar beberapa pemimpin dalam Parti tanpa sebarang sebab,..akan tetapi sebagai seorang Pemimpin haruslah bersikap KRITIS terhadap segala pandangan dari peringkat akar umbi.

Teguran TGNA mempunyai asas yang kuat,.kerana bagi saya,pemain politik yang kerdil inipun sudah lama menghidu bau yang kurang menyenangkan didalam RUMAH PAS,.. alangkah baiknya kita bergotong royong mencari punca bau tersebut dan mencuci RUMAH PAS sekali lagi agar dapat memberikan keselesaan kepada kita untuk kita diami dan memberikan keselesaan kepada TETAMU yang datang ke RUMAH PAS.

Rentetan peristiwa didalam Parti Pas sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan yang kurang baik di hati ahli-ahli parti dan juga pengundi yang mengundi untuk PAS,.dimanakah perasaan dan tanggung jawab Pemimpin PAS disaat ada usaha untuk berbaik-baik dengan parti yang telah mereka tolak pada pilihan raya yang lepas ?....dengan bermotifkan KERAJAAN PERPADUAN sanggup mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat yang mengundi mereka ?....

Oleh yang demikian saya merasakan amat perlu diadakan EGM didalam PAS kerana dengan cara inilah ahli parti dapat menentukan PEMIMPIN mereka bagi memimpin perjuangan dan menentukan hala tuju Parti dan bukannya Pemimpin yang sanggup menggadaikan MARWAH serta PERJUANGAN parti.,.

Alangkah baiknya seruan Mursyidul Am diperluaskan lagi di peringkat Kawasan dan Cawangan,.kerana diperingkat inipun,gejala ini telah merebak bahkan pas diperingkat ini telah banyak yang dijangkiti oleh Virus KEMARUK DAN GILA PANGKAT.

Akhir sekali fikir-fikirkanlah kepada mereka yang suka berfikir,. bacalah kepada mereka yang suka membaca,.ingat sebelum kena............

Pangkat dan kedudukan adalah amanah,..jangan leka menjalankannya.

Setiap langkah serta usaha,..menjadi penentu kepada semua..

Setiap kata serta bicara,..menjadi harapan kepada jelata

Setiap tinta keluar dari pena..menjadi penentu hasil dan jaya

jangan tersilap mengguna pena,. memberi laba pada yang kaya.

JIKA KEPALA MENCECAH LANGIT, JANGAN LUPAKAN KAKI DI BUMI.detikdaily


Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....