Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 11 Julai 2009

Tok Guru minta ahli PAS berpuasa sunat.


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli, penyokong parti serta mereka yang bersimpati dengan perjuangan Islam agar melakukan puasa sunat pada hari Ahad, 19 Rejab bersamaan 12 Julai nanti.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, dalam satu kenyataannya kepada Harakah, berkata puasa sunat bersempena pilihan raya kecil Manek Urai yang bakal berlangsung pada 14 Julai ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, pada sebelah malamnya diminta semua ahli PAS solat hajat dan bermunajat untuk memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan yang cemerlang kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Semua ahli PAS diminta melaksana arahan daripada Mursyidul Am dan Presiden itu.

"Kerjasama dan komitmen semua pihak bagi memastikan kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil itu didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Khathira," ujarnya.

Greenboc

SALAM DARI AMBO,TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Ceramah Israk mikraj anjuran Dewan Muslimat Pas negeri Terngganu di Beris Pak Abu

Setiausaha Dewan Muslimat Pas Terengganu,Puan Raja Endon Raja Abd Rahman sedang memberikan ceramah Israk Mikraj.
Antara AJK Dewan Muslimat Pas Kawasan Besut yang hadir

Muslimat sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh Setiausaha Dewan MuslimatNegeri Terengganu
Antara muslimat seluruh kawasan Besut yang hadir
Madrasah Hj Hussain(markas PAS Cawangan Beris Pak Abu) tempat berlangsungnya majlis ini.


Hari ini Muslimat Pas Cawangan Beris Pak Abu di beri penghormatan menjadi tuan rumah dalam majlis ceramah israk mikraj anjuran Lajnah Penerangan Dewan Muslimat Pas negeri Terengganu.Program yang turut mendapat kerjasama Dewan Muslimat Pas Kawasan Besut itu dihadiri oleh muslimat seluruh Kawasan Besut termasuk Jawatankuasanya.

Ceramah di sampaikan oleh Puan Raja Endun Raja Abd Rahman pada program yang bermula jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.Dewan Muslimat Pas Kawasan Besut turut menyediakan jamuan teh dan kuih muih pada semua tetamu yang hadir.Manakala jamuan makan tengahari kepada penceramah disediakan oleh Muslimat Pas Cawangan Beris Pak Abu.

SEKIAN DARI AMBO,TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT.

Ustaz Nasha di Manik Urai,tamparan buat UMNO


KUALA KRAI: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akhirnya muncul di Manek Urai – di masjid Sg Peria pagi ini.

Nasharudin yang sebelum ini menjadi topik utama kempen di Manek Urai mengakhiri tanda tanya tersebut dengan muncul dan menunaikan solat sunat Dhuha berjemaah dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ketika ditemui pemberita di luar masjid berkenaan, Nasharudin yang juga ahli Parlimen Bachok berkata beliau berada di Manek Urai selama sehari sahaja.

“Saya mungkin tidak dapat memberi ceramah sebab belum sihat sepenuhnya. Saya baru sahaja lepas jalani pembedahan,” katanya.

Nasharudin berada di masjid berkenaan kira-kira sejam.

mstar.com.my

Pemborong dan peniaga ikan Kelantan sokong Abe Uji





MANEK URAI 10 Julai 09: Selepas solat asar petang tadi , satu himpunan Pemborong dan Penjaja Ikan Negeri Kelantan turut disertai wakil dari negeri Kedah, di Kg.Laloh PRK MURAI, mereka menyatakan bersyukur dan menyokong penuh kerana wakil mereka dipilih menjadi calon PAS PRK DUN Manek Urai, mereka juga terkilan dengan penghinaan oleh TPM terhadap kerjaya mereka.





Mendengar luahan mereka TGNA, Calon PAS, Hj Hussam, Dr Hatta, turut memberi ucapan dan sokongan kepada calon rakan mereka, ialah Zulkifli Bidin Pengerusi Peniaga dan Penjaja Ikan Negeri Kedah serta Tarmizi Salleh Pengerusi Pemborong dan Penjaja Ikan Negeri Kelantan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....