Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 27 Mac 2013

Video : Lagi samseng Umno buat kecoh depan pejabat PKR




PETALING JAYA 27 MAC: Kira-kira 30 samseng dari beberapa NGO pro Umno membuat kecoh di depan Ibu Pejabat KEADILAN, kira-kira jam 3 petang tadi.

Kekecohan berlaku selama 20 minit sebelum kumpulan itu beredar.Perhimpunan tersebut bagi menuntut supaya Naib Presiden, Tian Chua memohon maaf susulan kenyataan kontroversi berhubung insiden di Lahad Datu, Sabah.

Sambil membawa kain rentang mengutuk Tian dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kumpulan itu menjerit-jerit memburukkan Pakatan Rakyat dan Ketua Umum KEADILAN.

Menurut pengawal keselamatan di premis itu, S Valu, kumpulan samseng tersebut merupakan kumpulan yang sama membuat kecoh di pejabat KEADILAN dua minggu lalu.

“Mereka adalah kumpulan yang sama, cuma kali ini mereka jerit-jerit burukkan parti dan Datuk Seri (Anwar).“Lepas selesai menjerit, terus mereka balik,” katanya ketika dihubungi.

Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat saman Utusan RM20 juta

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid telah mengambil tindakan undang-undang ke atas   Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dengan menyaman sejumlah RM20 juta kerana memburukkan reputasi dan nama baik beliau kepada umum.

Dalam satu kenyataan media hari ini, peguam pemohon Samarudin Md Rejab berkata kes tersebut telah difailkan semalam dan menamakan Datuk Abdul Aziz Bin Ishak dan Raja Shahrir Abu Bakar sebagai pihak defendan.

“Dalam artikel Utusan Online bertarikh 13 Mac, 2013, secara palsu dan berniat jahat, telah menyiarkan satu artikel dalam talian menuduh anak guam kami sebagai 'telah memperleceh' Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengendalikan insiden pencerobohan pengganas dari Sulu,” kata Samarudin dalam satu kenyataan.

Menurut Samaruddin lagi, artikel tersebut juga menuduh Abdul Ghafir telah mengatakan PDRM dan ATM menangani pengganas dari Sulu itu sehinggakan kini hanya “duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam”.

Disamping itu, Samarudin berkata tuduhan tersebut sengaja direka memandangkan Abdul Ghafir adalah bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia dan bertujuan untuk mewujudkan kebencian kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

“Dakwaan di atas adalah benar-benar palsu, berniat jahat dan fitnah kepada Datuk Ghafir.“Dalam hal ini, kita semua sedar bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 bakal menjelang dan Datuk Ghafir adalah salah satu daripada bekas pegawai tertinggi yang menyokong Parti Keadilan Rakyat serta Pakatan Rakyat,” tambah Samaruddin lagi.

Dalam tuntutan yang dihantar semalam, Abdul Ghafir telah meminta Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Datuk Abdul Aziz Bin Ishak dan Raja Shahrir Abu Bakar memohon maaf serta menarik menarik balik artikel tersebut dan berjanji tidak akan mengeluarkan sebarang artikel yang sama bertujuan memburukkan nama beliau.

Berita tentang kenyataan oleh Abdul Ghafir telah dilaporkan oleh Utusan ketika berucap dalam Forum anjuran Akademi Pak Sako bertajuk Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela di sini.

Turut menjadi panel pada forum itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar.TMI

Treler jelajah PAS dihalang ke program di Kamunting

TAIPING: Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS dihalang memasuki kawasan ceramah di Bandar Kamunting malam tadi.

Pihak polis membuat tiga sekatan jalan raya di laluan masuk ke tempat program tersebut mulai jam 6 petang lagi.

Kamunting merupakan lokasi ketiga bagi program jelajah treler negara berkebajikan PAS di Perak.

Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kamunting, Mohd Saad Ismail yang ditemui memberitahu beliau mendaqpat maklumat bahawa kunci treler dan juga kenderaan pacuan empat roda yang mengirinta akan dirampas kunci jika memasuki kawasan tersebut.

"Dari sumber dalam yang saya perolehi sebentar tadi ada pihak yang akan merampas kunci treler dan juga kenderaan jika ia memasuki kawasan berhampiran ceramah.

"Terdapat lebih kurang lima puluh anggota polis yang berada di kawasan tersebut dan tiga sekatan jalan dilakukan," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Datuk Fauzi Shaari bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman juga ada memaklumkan agar tidak meneruskan program di Kamunting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Konvoi jelajah berhenti di hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Jana sebelum berpatah balik ke Changkat Jering.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Taiping, Mohd Fakharuddin Abd Aziz yang juga turut berada di lokasi tersebut berasa kesal dengan halangan tersebut.

Malah menurut beliau, program malam ini hanya berbentuk santai yang dipenuhi dengan persembahan dikir barat dan juga ucapan oleh penggiat seni.

"Saya kesal dengan tindakan tidak profesional menghalang konvoi jelajah ini.

"Kenapa perlu mereka takut, program kita malam ini hanya berbentuk hiburan bukannya program ceramah sepertimana sebelum ini," jelasnya.

Ekoran halangan itu treler jelajah meneruskan perjalanan ke Changkat Jering dengan diiringi pasukan keselamatan dari Unit Amal.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....