Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 14 Jun 2011

Tarik Balik Saman Utusan,Kenyataan SU Akhbar Tok Guru Nik Aziz



KUALA LUMPUR, 14 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik saman terhadap Utusan Malaysia berdasarkan tawaran penyelesaian di luar mahkamah.
Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari menjelaskan, ia berdasarkan tawaran penyelesaian di luar mahkamah oleh pihak defendan berdasarkan sejumlah bayaran yang tertentu.
Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan sebagai merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian hari ini.Berikut penjelasan beliau :

Saya merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini 14 Jun 2011 di halaman 20 di bawah tajuk 'Kes Nik Aziz Saman Utusan RM20j Selesai Luar Mahkamah'.Laporan yang sama juga disiarkan oleh Sinar Harian hari ini di halaman N4.
Sukalah saya mengesahkan laporan tersebut dengan sedikit penambahan berdasarkan kronologi berikut:

Pada 12 Jun 2009, Utusan Malaysia telah menyiarkan satu artikel dengan petikannya di muka hadapan di bawah tajuk “Nasihat Saya Mesti Didengar” dengan beberapa isi kandungan yang memfitnah YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan.
Antaranya menyebut, “Namun begitu, beliau mengingatkan bahawa nasihatnya itu mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggapnya sebelum ini sebagai ‘ilham’ UMNO.”
Artikel tersebut mengundang kepada beberapa pandangan balas yang mengecam YAB Tuan Guru, antaranya ialah seperti yang tersiar di dalam akhbar yang sama di muka surat 12 bertarikh 16 Jun 2009. Artikel yang ditulis oleh Ramli Abdul Halim itu mengecam YAB Tuan Guru dengan mendakwa tindakan tersebut bercanggah dengan Islam.
YAB Tuan Guru telah menafikan kenyataan yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 12 Jun 2009 dan penafian ini disiarkan oleh akhbar yang sama di muka surat dua pada 18 Jun 2009.
Setelah melalui proses rundingan di antara kedua-dua pihak bersama dengan peguam yang dilantik, Utusan Malaysia telah memohon maaf kepada pihak YAB Tuan Guru di atas laporan yang salah tersebut dan permohonan maaf ini disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia 29 Julai 2009( gambar atas).

Analisis : Pas Selangor Tanpa Kemudi Dr Hasan Ali



Selepas 10 hari hari muktamar tahunan ke-57, arena politik domestik menyaksikan satu lagi perkembangan mengejutkan banyak pihak dalam dan luar PAS.
Walaupun perkembangan itu bersifat mikro, di peringkat Selangor tetapi bahangnya dirasai di peringkat nasional.
Meskipun sudah lapan tahun mengetuai PAS Selangor dan di sebalik suasana tidak senang yang banyak diperkatakan mengenai kepimpinannya, difahamkan Datuk Dr Hasan Ali tidak menawarkan diri atau meminta beliau digantikan sebagai ketua peringkat negeri. Rata-rata pengikutnya pula masih terkejut dengan langkah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggugurkan beliau sebagai pesuruhjaya negeri. Selain Selangor satu lagi negeri yang menjadi perhatian ialah Terengganu.
Awal tahun lalu, Hasan (gambar atas) yang dipanggil jawatankuasa disiplin PAS memutuskan untuk mengenakan hukuman amaran. Bekas timbalannya Khalid Abdul Samad yang turut dipanggil panel itu digantung daripada memegang jawatan selama enam bulan.
Kedua-dua mereka bertanding kerusi ahli jawatankuasa kerja pusat parti 3 Jun lalu dan menang.
Malah, tindakan Hadi turut mengejutkan komponen PAS dalam Pakatan Rakyat dan juga pesaing politik perikatan itu khususnya Umno.
Dalam reaksinya Ketua Pembangkang Selangor Datuk Satim Diman menggesa kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim melakukan rombakan barisan exco susulan pelantikan pesuruhjaya baru PAS. Maksud yang hendak disampaikan wakil rakyat Umno tidak jelas tetapi membawa pengertian tersirat dan boleh difahami.
Lebih mengejutkan keputusan itu diambil ketika pilihan raya umum ke-13 dikatakan semakin hampir tiba. Bagi Pakatan Rakyat, Selangor dilihat sangat penting. Dan, ia juga menjadi idaman pentadbiran Najib. Berdasarkan pengikutnya, Hasan, Exco Kerajaan Negeri Selangor, telah menyusun jentera pilihan raya parti sejak beberapa bulan yang lalu.
“Selalunya pelantikan ini dibuat oleh presiden parti atas kuasa beliau sebagai presiden, itu hak presiden. Tetapi di Selangor kami agar terkejut,” kata Iskandar A. Samad yang juga Exco Kerajaan Negeri.
Bagaimanapun, Iskandar yang sebelum ini merupakan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor berkata, “kita berharap keputusan melantik pesuruhjaya yang baru ini akan membawa kebaikan kepada PAS dan juga kepada Pakatan Rakyat di Selangor.”
“Kami berdoa ia akan membawa kebaikan,” kata Iskandar kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.
Beberapa pemimpin PAS yang dilihat rapat dengan Hasan tidak dapat memberi sebab-sebab yang membawa kepada keputusan Hadi menggugurkan Hasan.

Anonymous ancam godam laman web kerajaan Malaysia Khamis ini

Paparan skrin mengatakan Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan Malaysia Khamis ini.

PETALING JAYA, 14 Jun — Satu kumpulan yang dikenali sebagai Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan www.malaysia.gov.my di bawah “Operation Malaysia” awal Khamis ini.

Kumpulan itu menghantar mesej mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi Khamis ini waktu Malaysia (7.30 petang, waktu GMT esok).

Laporan The Star Online pagi ini menyebut ugutan dalam bentuk grafik disiarkan di laman web http://i.imgur.com/PTFWh.png.

Mikko Hypponen, ketua pejabat penyelidikan di F-Secure Corporation, sebuah firma sekuriti perisian yang berpejabat di Helsinki, Finland menghantar mesej mengenainya menerusi Twitter kira-kira 4.42 pagi tadi (waktu Malaysia).

Tiada butiran lain diperoleh ketika ini, kata laporan itu.

Laporan itu menambah, tidak diketahui sebab Anonymous menyasarkan laman web Malaysia.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....