Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 4 September 2009

Zamri lawan Nizar:Adun Pelabuhan Kelang muncul

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini muncul dengan kenyataan rasmi buat pertama kalinya sejak isu yang mengaitkannya untuk menyertai Umno tersebar luas dengan membidas bosnya sendiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan beliau tidak sihat untuk melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Bercakap secara eksklusif dengan akhbar The Star, Badrul menafikan segala dakwaan negatif yang dilemparkan ke atas dirinya apatah lagi dalam soal yang mengaitkannya dengan Umno dan juga isu berkaitan kedudukan mentalnya selepas kononnya terlibat dalam kemalangan.

“Saya tidak terlibat dalam kemalangan sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak termasuk Menteri Besar. Jadi saya tak faham kenapa saya diserang secara pribadi. Apa yang Menteri Besar takut sangat ni?’’ tanya beliau.

Berhubung spekulasi yang beliau akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul menjelaskan, dia masih wakil rakyat Pelabuhan Klang mewakili PKR.

Dan apabila ditanya kenapa selama ini beliau menghilangkan diri, jawab Badrul, beliau tidak pernah menghilangkan diri tetapi sengaja menjauhkan diri daripada pemimpin PKR dan juga majlis rasmi PKR untuk mengelak tercetusnya sebarang kontroversi lagi.

“Tapi saya nak beritahu, saya tidak menghilangkan diri dari kawasan saya dan juga pengundi saya. Saya bertemu dengan mereka selalu khususnya semasa terawih,’’ ujarnya. Sumber-sumber memberitahu The Star, perasaan di anaktirikan oleh pejabat Menteri Besar bukan dirasai oleh Badrul seorang malah beberapa lagi Adun yang lain khususnya dalam soal pembahagian peruntukkan pembangunan kepada kawasan Dewan Undangan Negeri berjumlah RM500,000 setiap kawasan.

The Star difahamkan, Khalid Ibrahim telah melantik Setiausaha Politiknya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Adun Seri Setia untuk menguruskan peruntukkan pembangunan bagi Dun Pelabuhan Klang sejak tersebarnya cerita kononnya Badrul tidak sihat untuk melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat. mstar

Zamri lawan Nizar:Bukan Islam jadi ahli Pas?


KUBANG KERIAN, 4 Sept: Proses kajian terhadap cadangan penerimaan bukan Islam untuk menjadi ahli PAS masih belum siap sepenuhnya.

Jawatankuasa teknikal yang turut di anggotai mereka yang pakar berhubung perlembagaan PAS, masih lagi meneliti semua aspek khasnya pindaan terhadap perlembagaan parti.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, penelitian sedang dibuat secara serius menjurus kepada semua aspek dan memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan.

Sehubungan itu, semua pihak katanya diminta bersabar dan tidak memberi sebarang tekanan kepada jawatankuasa tersebut.

"Secara formal biarlah kajian ini selesai dahulu dan jawatankuasa PAS Pusat akan membawa kepada majlis ulama' untuk membuat keputusan yang sebaik mungkin," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan berhubung tempoh kajian yang dianggap terlalu lama.

Image

Terdahulu, Salahudin menyerahkan jaket khas kepada Persatuan Pemilik dan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa HUSM pada satu majlis di Pejabat Dun Demit semalam.

"Tidak timbul masa yang diambil terlalu lama dalam hal ini,walaupun masih belum diterima sebagai ahli namun segala hal yang berkaitan dengan mereka ini disalurkan melalui Kelab Penyokong PAS dan kita sentiasa menerima pandangan dari kelab tersebut," ujar beliau lagi.

Gesaan supaya bukan islam diterima sebagai ahli penuh PAS mula berbangkit selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum PRU Ke-12 tahun lalu.

Keputusan PRU itu juga memperlihatkan fenomena baru dalam PAS apabila parti Islam itu mendapat sokongan besar dari orang bukan Islam.

Antara lain ianya berpunca dari sikap keterbukaan parti itu, dan kejayaan Kelab Penyokong PAS KPP yang ditubuhkan.

Malah pada pilihanraya itu juga, seorang ahli KPP ingin bertanding atas tiket PAS di Johor tetapi gagal, sebaliknya setelah perundingan, anggota itu dibenarkan menggunakan lambang PKR.

Gesaan demi gesaan itu akhirnya menampakkan hasil apabila kertas perlaksanaannya diluluskan parti sewaktu sesi 'retreat' pimpinan parti itu di Langkawi tahun lalu.

Setakat ini ahli KPP yang terdiri dari kaum Cina dan India mencecah 20, 000 ahli di seluruh negara.

Muktamar PAS ke-54 di Shah Alam Jun lalu turut meluluskan usul untuk mengangkat KPP menjadi satu dewan yang setaraf dengan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dalam organisasi parti tersebut.

Satu jawatankuasa teknikal juga telah dibentuk, dan sedang bekerja keras melakukan persediaan bagi merialisasikan perkara tersebut._mna

harakahdaily

Zamri lawan Nizar:Jasa UMNO pada melayu P.Pinang

Satu demi satu kampung Melayu hilang atas nama pembangunan. Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan atas tapak bekas perkampungan Melayu di Pulau Pinang disempurnakan oleh kedua-dua pihak, iaitu pemaju swasta dan agensi pemerintah atau syarikat berkaitan kerajaan.

Di kawasan bandar raya George Town, tiada lagi perkampungan Melayu dalam erti kata yang sebenar. Yang masih tegak tetapi tidak semestinya tidak akan rebah ialah beberapa buah kampung kecil seperti Kampung Makam (wakaf Sheikh Kassim) dan saki baki perkampungan Melayu di Tanjong Tokong.

Di mukim Kelawai, umpamanya, kampung Melayu termasuk yang berada di sepanjang pantai yang kini terkenal dengan Plaza Gurney, Hotel G, Hotel Gurney dan Hotel Evergreen Laurel telah lama berkubur.

Antara Kelawai dan Tanjong Bunga, kampung Melayu yang sebenarnya hanya wujud di Tanjong Tokong kerana beberapa buah kampung di Bagan Jermal, Bagan Atas dan Tanjong Tokong sendiri telah hilang ditelan pembangunan.



Kondo mewah di tepi pantai Tanjong Bunga ini (kiri) pada asalnya sebuah penempatan atau kampung Melayu yang bergantung hidup sebagai nelayan. Kondo ini berharga satu juta ringgit ke atas dan tidak mampu di beli atau dimiliki oleh orang Melayu yang merupakan penduduk asal di situ.








Inilah wajah Kampung Haji Mahmood, Tanjong Tokong setelah ia dibersihkan daripada rumah-rumah kayu berbumbungkan atap nipah.

Inilah bangunan yang bakal menghiasi Kampung Haji Mahmood. Sebuah unit kondo mewah berharga tidak kurang daripada 850 ribu ringgit.




Kampung Melayu Tanjong Tokong adalah antara perkampungan Melayu yang awal wujud di Pulau Pinang. Semasa nakhoda kapal Syarikat Hindia Timur atau East India Company (EIC) bernama Francis Light mendarat di Tanjong Penaga (dekat Padang Kota Lama), kampung Melayu Tanjong Tokong sudah pun wujud. Ia bukan sebuah kampung yang dibuka selepas kedatangan Inggeris pada tahun 1786 tetapi jauh lebih awal. Ia adalah warisan bangsa.

Malangnya, atas nama pembangunan, satu demi satu kampung Melayu antara Kelawai dan Tanjong Bunga dilenyapkan. Kini nasib perkampungan Melayu Tanjong Tokong berada dihujung tanduk.

Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan untuk membangun semula Tanjong Tokong dan tugas itu diserahkan kepada UDA Holdings Bhd. Penduduk kampung dilabelkan sebagai setinggan sedangkan nenek moyang mereka telah menghuni perkampungan itu sejak 200 tahun lalu. Inilah nasib kampung-kampung Melayu di Pulau Pinang.

Musibah yang menimpa Kampung Buah Pala sebenarnya telah dialami jauh lebih awal oleh beberapa buah kampung Melayu termasuk di Ayer Itam, Kampung Rawa, Kampung Rawana, Jelutong, Sungai Nibong, Gelugor dan Bayan Lepas.

Pembangunan semula perkampungan Melayu Tanjong Tokong dikatakan akan menelan belanja 800 juta ringgit hingga satu bilion ringgit. UDA Holdings menjangkakan pembangunan semula itu akan dapat dilaksanakan antara lapan hingga 10 tahun dalam empat fasa, membabitkan pembangunan bercampur rumah kediaman dan unit-unit komersil. Keseluruhan projek pembangunan itu membabitkan kawasan seluas 30 hektar termasuk tanah pantai (laut) yang dipulih guna.

Cadangan pembanguna semula itu membabitkan 870 keluarga yang akan dan telah dipindahkan ke penempatan sementara secara berperingkat. Menurut laporan media, 250 keluarga telahpun dipindahkan pada tahun 2007 yang membolehkan fasa pertama projek berkenaan dimulakan.

Yang pasti, pembangunan semula perkampungan Melayu Tanjong Tokong akan sekali gus melenyapkan sebuah kampung tersusun yang menjadi lambang warisan Melayu Pulau Pinang kerana kampung-kampung lain dalam kawasan bandar raya dan pinggir bandar sudah menjadi sejarah.


Setiap kali pulang ke Pulau Pinang, saya dan isteri pasti ke Tanjong Tokong awal pagi untuk membeli kuih-muih Melayu. Inilah salah satu keistimewaan kampung Melayu Tanjong Tokong, iaitu mengekalkan penghasilan kuih tradisional Melayu.

Tanjong Tokong melahirkan beberapa tokoh yang berjasa kepada negara seperti pejuang kemerdekaan dan tokoh wartawan yang tidak didendang, Allahyarham Ibrahim Mahmood (Kampung Haji Mahmood sempena nama bapanya), Allahyarham Datuk Mohamad Sopiee Sheikh Ibrahim (sebatang jalan di kampung itu dinamakan sempena nama bapanya) dan anaknya Allahyarham Tan Sri Dr Nordin Sopiee, dan mantan datuk bandar KL Tan Sri Elyas Omar.

Penduduk Tanjong Tokong bukan menentang pembangunan tetapi mereka mahu mengekalkan satu-satunya kampung Melayu yang tersusun yang masih wujud dalam kawasan bandar. Kampung Melayu Tanjong Tokong adalah warisan bangsa, warisan negeri dan warisan negara.

Kita bimbang nasib yang menimpa satu-satunya perkampungan masyarakat India/Tamil di Pulau Pinang, iaitu Kampung Buah Pala, akan menimpa sebuah lagi kampung Melayu. Apakah tidak cukup pengorbanan perkampungan Melayu selama ini? Apakah sukar untuk mengekalkan sebuah kampung yang benar-benar kampung tradisional Melayu Pulau Pinang?

Nampaknya begitu. Arah aliran pembangunan di Pulau Pinang yang melibatkan pembangunan kediaman pencakar langit terutama kondo mewah kini sudah menular ke kampung-kampung Melayu di Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Teluk Tempoyak, Batu Maung dan seterusnya akan merebak ke Balik Pulau.

Di Bayan Lepas, beberapa buah kampung termasuk yang berjiran dengan kampung kelahiran mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad sudahpun hilang dan digantikan dengan pangsapuri dan kondo mewah.

Bukit-bukau turut ditarah termasuk yang menghadap laut di antara Tanjong Bunga dan Telok Bahang. Semasa membesar di Pulau Pinang, saya tidak pernah mendengar apatah melihat tanah runtuh di Tanjong Bunga hingga ke Telok Bahang. Sekarang ia menjadi kenyataan akibat daripada pembangunan kediaman mewah atas bukit.

Berbalik kepada pembangunan semula Tanjong Tokong, UDA Holdings akan menukar wajah kampung Melayu kepada dua buah projek yang dinamakan Warisan Tanjung (tak tahu pula saya warisan apa yang dimaksudkan sedangkan warisan sebenar dihapuskan) yang akan mengandungi 15 blok rumah pangsa lima tingkat (1,350 unit) dan sebuah bangunan komersil. Perlu diiangatkan pembangunan rumah pangsa lima tingkat tidak perlu disediakan lif. Ya, orang Melayu cukup gagah untuk memanjat tangga, barangkali itulah sebabnya didirikan rumah pangsa lima tingkat. Atau, itulah bentuk kediaman yang sesuai didiami oleh orang Melayu.

Projek kedua yang akan dimajukan atas tapak pulih guna (tambak laut) dinamakan Tanjung West, akan mengandungi rumah pangsa berharga sederhana rendah, pangsapuri, kondo dan bangunan komersil. Ia membabitkan kawasan seluas 16.6 hektar.

Episod Kampung Buah Pala sudahpun di penghujung jalan dan penduduk kena akur dengan kehendak undang-undang, sama ada ianya betul atau sebaliknya, kini nasib penduduk kampung Melayu Tanjong Tokong yang cuba mempertahankan warisan datuk nenek mereka sedang diuji dan kita boleh menjangkakan apa yang menimpa penduduk Kampung Buah Pala akan berulang di Tanjong Tokong.

Pulau Pinang bandar baharu,
Kapten Light menjadi raja,
jika dikenang nasib Melayu,
tentu menitis si air mata.

Inilah serangkap pantun lama warisan Melayu Pulau Pinang yang saya ubah sedikit (nasib Melayu) untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa.
Sumber: kerabubersuara.blogspot.com

USRAH MINGGUAN PAS BERIS PAK ABU DI BULAN RAMADHAN

Sambutan yang menggalakkan daripada ahli walaupun letih berpuasa,tahniah pada sek2 Pas Beris Pak Abu
Berzikir,membaca zikir mathurat
Kusyuk menadah tangan,hanya padaMu kami memohon pertolongan
Memohon pada yang Esa
Meriah,berbuka beramai ramai menjadi amalan Unit Usrah Pas Beris Pak Abu setiap minggu sempena rsmadhan ini
Muslimat turut di jemput tuan rumah untuk berbuka bersama

Usrah minggu ini diteruskan seperti biasa.Cuma dalam bulan yang mulia ini masanya diawalkan pada jam 6.00 petang dan berakhir ketika hampir waktu berbuka.Usrah yang diadakan pada petang Khamis setiap minggu ini di mulakan dengan zikir mathurat dan sedikit perbincangan isu semasa.Usrah berakhir dengan kami berbuka puasa beramai ramai.Meriah woo,saksikan gambar diatas.Terima kasih pada tuan rumah S/U Cawangan saudara Saperi Muda sekeluarga.
P/S -Minggu depan Usrah di rumah Ketua Pemuda saudara Zaidi Said
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zamri lawan Nizar:Ong Tee Kiat disiasat SPRM

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat disoal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung skandal yang melanda projek Zon bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan dakwaan bahawa beliau menerima RM10 juta daripada kontraktor projek siap guna.

“Saya di sini membantu SPRM dalam siasatan mereka,” kata Tee Keat yang juga Presiden MCA.

Semalam adalah kali pertama Tee Keat dipanggil oleh SPRM berhubung dua isu.

Setiausaha politiknya, Simon Lim berkata, Tee Keat menghabiskan masa tiga jam mulai jam 10 pagi di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif PKFZ, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, beliau telah diminta sebanyak dua kali oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung kontroversi PKFZ itu.

King Sing juga mendakwa bahawa beliau memberi RM10 juta kepada Tee Keat untuk kegiatan MCA.

Presiden MCA itu telah menafikan dakwaan itu dan berikutan itu membuat laporan poli:s dan memfailkan saman RM500 juta terhadap King Sing.

Sebelum itu, tiga pegawai MCA termasuk bendahari parti Tan Sri Tee Hock Seng disoal oleh SPRM berhubung dakwaan pemberian wang itu.

Kontroversi PKFZ timbul selepas kos pembangunannya meningkat daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Pengerusi Lembaga Pelabuha:n Klang (LPK), Datuk Lee Hwa Beng telah membuat laporan polis berhubung penyelewengan bayaran antara RM500 juta dan RM1 bilion.

Sementara itu, Pengarah Penguatkuasa SPRM, Datuk Syukri Abdull ketika dihubungi mengesahkan Presiden MCA berkenaan dipanggil SPRM kira-kira jam 10.50 pagi semalam.

“Beliau dipanggil untuk di rekod kenyataan selama dua jam sehingga jam 1.30 petang (semalam).

“Esok (hari ini) kita akan sambung mengambil keterangan dari beliau berhubung wang sumbangan sebanyak RM10 juta itu,” katanya. sinarharian

Zamri lawan Nizar :Dalang kepala lembu didedah


Sekurang-kurangnya empat pemimpin Umno peringkat cawangan dan bahagian dikenalpasti mendalangi demonstrasi mengheret kepala lembu bagi membantah pemindahan sebuah kuil Hindu di Shah Alam, kata Ahli Parlimen kawasan itu Khalid Samad.

Khalid berkata penaja demostrasi itu ialah adik Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Datuk Mohd Zain. Seorang lagi yang dikenalpasti ialah Ketua UMNO Cawangan Seksyen 18, yang dikenali dengan nama Abang Mat. Selain itu Ketua Pemuda UMNO Selayang dan ketua Umno Cawangan Seksyen 16 Shah Alam turut mendalangi demostrasi itu pada Jumaat lalu, kata Khalid.

Khalid mendedahkan pihak yang mendalangi tunjuk perasaan berbau perkauman itu sebagai menyahut cabaran Ahli Majlis Tertinggi Umno Noh Omar yang menafikan pembabitan ahli UMNO. Noh adalah juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan dilaporan merestui tunjuk perasaan yang boleh membakar sentimen kaum Melayu.

Khalid berkata demikian setelah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Shah Alam Penolong Pesuruhjaya Polis Noor Azam Jamaludin untuk membincangkan tindakan susulan polis terhadap tunjuk perasaan itu.

Setakat ini polis belum membuat sebarang tangkapan walaupun anggota polis hadir semasa konco-konco UMNO mengheret, memijak dan meludah kepala lembu di depan pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Khalid memberitahu pmberita bahawa polis memaklumkan bahawa pihaknya telah selesai menjalankan siasatan dan kini menunggu arahan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu. Demostrasi yang didalangi pemimpin UMNO itu bertujuan menghasut orang Melayu membantah pemindahan kuil berkenaan dan sekali gus membenci kaum India.

Kuil itu berusia lebih 100 setahun. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang memindahkannya dari Seksyen 19 kerana ia terletak hanya 20 meter daripada kawasan perumahan. Tapak baru kuil yang dicadangkan di Seksyen 23 adalah dalam kawasan industri dan terletak lebih 200 meter daripada kawasan perumahan.

Pakatan Rakyat bertindak sebegitu kerana masalah kuil terlampau hampir dengan kawasan perumahan telah berlarutan sekian lama di bawah pemerintahan kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional. Sayugia diingati, kedua-dua kawasan iaitu Seksyen 19 dan 23 adalah kawasan majoriti Melayu sebagai semua kawasan perumahan di Shah Alam. Bezanya ialah kuil di tapak yang dicadangkan Pakatan Rakyat adalah dalam kawasan industri dan lebih jauh daripada kawasan perumahan.

Khalid turut menyanggah fitnah yang ditaburkan oleh Umno, kononnya Selangor mempunyai 8 ribu kuil dalam satu lagi cubaan untuk membakar sentimen orang Melayu.

“Di Parlimen Shah Alam sahaja, terdapat 6 kuil berdaftar dan 8 buah kuil bakal didaftarkan. Menjadikan jumlahnya hanya 14 berbanding dengan 70 buah masjid dan surau di seluruh Parlimen Shah Alam. Ini adalah angka yang munasabah,” kata Khalid.

Merujuk kepada laporan bahawa Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein akan berdialog dengan penduduk Seksyen 23, Khalid mencabar Menteri itu supaya menjemput beliau sekali kepada majlis itu bagi mendengar rungutan penduduk berkenaan.

“Kalau betul Hishamuddin bersikap berkecuali, saya akan tunggu untuk beliau menjemput saya hadir pada perjumpaan itu supaya pandangan semua pihak boleh didengar dan diambil kira,” kata Khalid.

Khalid melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Hishamuddin bersimpati dengan penunjuk perasaan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu tempoh hari. Beliau berkata Menteri itu seolah-olah mengiyakan tindakan mencerca agama lain untuk tujuan politik. -TVA

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....