Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 10 Oktober 2011

Kenapa Rosmah Hadir Mesyuarat Tertutup Belanjawan 2011 ???


PUTRAJAYA: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.

Ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.

Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.

Malah pada berita itu, nama Rosmah mendahului Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, timbalan-timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Perbuatan Rosmah yang selama ini mengaku sebagai First Lady of Malaysia (FLOM), dikecam Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan mempersoal kehadiran Rosmah dalam lawatan tersebut.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata tindakan Rosmah semakin melampau kerana mencampuri urusan negara terutama melibatkan ekonomi.

“Ini tak pernah dilakukan mana-mana isteri PM kerana ia membabitkan menteri di kementerian yang berkaitan ekonomi dan hal ehwal negara.

“Saya mendesak supaya Najib maklumkan apa peranan Rosmah. Apakah dia pakar runding? Atau Menteri Kewangan Kedua yang sebenar? Rosmah tidak perlu menyibuk kerana dia hanya isteri dan tidak ada kuasa eksekutif,” katanya.

Penglibatan Rosmah itu turut dikecam dalam laman sosial twitter.

“Siapa Rosmah Mansor untuk hadir dalam meeting bajet?” kata seorang pengguna akaun twitter, Emmiza.

“Tak boleh beza Mesyuarat Sulit Belanjawan Negara sampai Rosmah boleh hadiri? Prihatin pada negara agak-agak la sampai mesyuarat sulit kewangan negara diketahui Rosmah,” kata pengguna akaun Ikhwan Hafiz pula.Keadilandaily

Kerana Bantahan MP Pakatan Rakyat Kerajaan Batal Kenaikan Elaun Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Isnin menarik balik cadangan kenaikan gaji dan elaun bagi kemudahan 222 ahli Parlimen daripada peruntukan Bajet 2012.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan penarikan semula cadangan berkenaan dibuat berdasarkan bantahan empat pemimpin utama pembangkang.

Menurut beliau, penarikan tersebut membabitkan peruntukan kira-kira RM30 juta daripada Bajet 2012.

"Cadangan kenaikan berkenaan dibantah keras oleh pemimpin utama pembangkang, jadi saya mengambil maklum bahawa mereka bercakap bagipihak ahli Parlimen lain daripada parti masing-masing.

"Jadi saya gagal untuk buktikan kepada Perdana Menteri bahawa cadangan ini mendapat sokongan penuh daripada ahli-ahli Parlimen sendiri," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini.

Menurut Mohamed Nazri, empat Ahli Perlimen yang membuat bantahan keras berkenaan ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali; SetiausahaAgung DAP, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula elaun ahli Parlimen sekiranya mendapat sokonganpenuh wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan bebas.

Gaji semasa seorang ahli Parlimen di Malaysia berjumlah RM6,500sebulan iaitu paling rendah jika dibandingkan dengan negara jiranseperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

Dalam pada itu Mohamed Nazri berkata, pembatalan kenaikan berkenaanturut membabitkan kajian berhubung peruntukan elaun pegawai penyelidikdan pembayaran kos sewa pejabat wakil rakyat.

"Pembangkang 'buka mulut' (bantah) terlalu awal sebelum kita jelaskankandungan pakej kajian berkenaan yang merangkumi pelbagai kemudahanyang sememangnya diperlukan oleh seorang wakil rakyat.

"Sebenarnya kenaikan kaji ahli Parlimen yang dicadangkan tidak begitubanyak, mungkin dalam lingkungan RM1,000. Tapi kita banyak fokuskanmengenai elaun sampingan lain seperti elaun pegawai penyelidik,bayaran pejabat, serta gaji pemandu.

"Saya faham kebanyakkan wakil rakyat junior menghadapi masalah untukmenjalankan tugas mereka. Apa yang pasti kenaikan yang dicadangkan inibukan bertujuan mengkayakan wakil rakyat...kita tahu gaji merekadigunakan untuk rakyat dan pengundi di kawasan masing-masing,"katanya.

Ditanya sama ada cadangan mengenai kenaikan berkenaan akan dibawasemula kepada Parlimen menerusi Bajet 2013, Mohamed Nazri berkata iabergantung kepada persetujuan ahli Parlimen.

"Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab akan terus berusahamembawa isu berkaitan kebajikan ahli Parlimen pada masa-masa akandatang," katanya.Mstar

Tahniah dan terima kasih SPRM !!!

Dalam pergolakan politik tempatan, umum mengetahui wujud usaha bersungguh-sungguh Barisan Nasional (BN) untuk melemahkan pengaruh Pakatan Rakyat (PR) di mata masyarakat.
Lebih-lebih lagi pengaruh kuat beberapa pemimpin utama PR terhadap masyarakat negara ini, termasuklah sekadar menyebut beberapa nama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Lim Guan Eng.
Ia bukanlah sesuatu yang patut dianggap pelik, malah di pihak PR juga turut menjalankan usaha-usaha untuk melemahkan pengaruh BN bagi persediaan menghadapi pilihan raya nanti.
Bagaimanapun bagi sesetengah masyarakat negara ini percaya rancangan BN untuk menjerat PR dijalankan secara bersepadu yang melibatkan badan penguatkuasa seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan lain-lain.
Malahan banyak pendapat yang bersetuju bahawa rancangan yang dijalankan oleh BN dikatakan turut mempergunakan kuasa politik mereka untuk mencengkam  dan sekaligus mempengaruhi institusi perundangan negara.
Walaupun penafian terus dibuat oleh institusi-institusi ini dan pemimpin BN, namun persepsi ini semakin kuat apabila sesetengah isu yang berlaku dilihat serba tidak kena dan menyerlahkan kepincangan yang ketara dalam mengendalikan sesuatu isu.
Situasi ini, sekaligus mendorong umum menganggap BN merupakan sebuah parti politik yang memiliki kuasa mutlak sehinggakan mempunyai kawalan terhadap institusi-institusi yang sepatutnya bebas dari pengaruh politik.
Bukanlah sesuatu yang luar biasa apabila persepsi masyarakat negara ini bahawa pemimpin BN memiliki kuasa yang mampu menentukan siapa patut didakwa, siapa perlu diselamatkan dan juga menentukan perjalanan perbicaraan sesuatu kes.
Walaupun PR merupakan pihak yang tertekan dengan situasi ini, mereka wajar berbangga kerana dengan kuasa mutlak yang dimiliki BN, lawan mereka masih gagal membawa sebarang kes rasuah ke mahkamah terhadap mana-mana pemimpin negeri PR.

Rekod Anwar dikorek

Adalah dalam pengetahuan umum bahawa gerak-geri Anwar sentiasa diperhatikan oleh pihak tertentu sambil mengharapkan beliau tersalah langkah dan akhirnya terjerat.
Malah, umum juga yakin bahawa rekod kerja Anwar sepanjang beliau di dalam kabinet dahulu telah dikorek dan dikaji dengan teliti bagi mengesan sebarang penyelewengan.
Ini tidaklah menghairankan bagi umum mempunyai tanggapan demikian memandangkan musuh politik beliau memiliki kuasa mutlak dan menampakkan kecenderungan dan kebarangkalian yang amat tinggi untuk bertindak demikian.
Bagaimanapun, setelah lebih 13 tahun Anwar dipecat dari kerajaan tetapi masih belum ada kes penyelewengan yang melibatkan penyelewengan material kecuali tuduhan musuh politik beliau yang masih tidak ke mana-mana.
Walaupun sebelum ini Anwar pernah disabitkan kesalahan rasuah tetapi ianya membabitkan isu salahguna kuasa apabila beliau mengarahkan pihak polis menjalankan siasatan berkaitan penerbitan buku 50 dalil.
Adakah kegagalan usaha bersungguh-sunguh bagi mengaitkan Anwar dengan kes rasuah material ketika dalam kerajaan menandakan sikap anti rasuah yang ditunjukkan beliau bukanlah sekadar retorik semata-mata.
Persepsi umum bahawa SPRM meletakkan tahap kesiapsiagaan tertinggi di negeri bawah PR khususnya di Selangor dan Pulau Pinang berbanding negeri lain dalam membongkar kes rasuah juga tentu sukar disangkal SPRM.
Tindakan ‘terpuji’ serbuan SPRM ke atas pejabat-pejabat exco, ‘soal siasat intensif’ yang mampu melemaskan saksi dan pelbagai kaedah-kaedah lain jelas membuktikan kesungguhan SPRM memerangi rasuah di negeri bawah PR.

Elaun Ahli Perlimen Naik Dua Kali Ganda ???

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Ahli-ahli Parlimen dijangka akan menikmati kenaikan elaun mereka dua kali ganda di bawah struktur baru yang dicadangkan termasuk aspek berkaitan dengan hak dan keistimewaan wakil rakyat peringkat persekutuan itu.
The Malaysian Insider difahamkan jawatankuasa kajian semula yang dibentuk tahun lalu telah mengesyorkan agar saraan wakil rakyat dinaikkan antara RM30,000 dan RM35,000 termasuk elaun. Kini kadar diterima mereka dianggarkan sekitar RM12,000 sebulan.
Ketika membentangkan Bajet 2012 Jumaat lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, “menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja ahli-ahli Parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya kita memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan Program Transformasi Politik yang saya umumkan baru-baru ini, maka kerajaan bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli-ahli Parlimen sekalian.”
“Dengan syarat.....kedua-dua belah pihak, parti kerajaan dan parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju. Termasuklah yang bebas-bebas itu. Setelah dipersetujui nanti, elaun baru ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.
Bagaimanapun beliau tidak memberi butiran lanjut.
Jawatankuasa sembilan anggota yang dipengerusikan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga mengesyorkan agar diperluaskan hak dan kebebasan ahli-ahli Parlimen dan mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA), yang dimansuhkan pada 1992.
Wan Junaidi (gambar kanan) mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa jawatankuasa itu telah mengemukakan tiga rang undang-undang iaitu Rang Undang-undang PSA, Rang Undang-undang Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) (Pindaan) 1952 dan Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1980 kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dua minggu lalu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....