Nurul Izzah dan suaminya
Raja Ahmad Shahrir Raja Salim
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (gambar) dan suaminya,
Raja Ahmad Shahrir Raja Salim melahirkan kekesalan dengan cubaan dan
gangguan terhadap pasangan suami isteri itu yang menyentuh perkara
peribadi mereka.
Pasangan itu menjelaskan mereka kini gigih berusaha bagi memastikan
kelangsungan mahligai perkahwinan yang didirikan sejak tahun 2003 itu.
“Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan
dan kami memohon semua pihak memberikan ruang peribadi pada waktu ini.
“Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi
kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan
perkahwinan ini. Keluarga kami menjadi keutamaan,” katanya dalam satu
kenyataan bersama hari ini.
Akhbar berbahasa Inggeris The Star, milik MCA, hari ini mendedahkan
Nurul Izzah mungkin akan menarik balik tuntutan fasakhnya esok.
Pasangan tersebut dipercayai telah dinasihatkan ahli keluarga mereka
untuk berdamai setelah berita tuntutan fasakhnya pada Disember lalu
tersebar di media hari ini.